Thursday, July 10, 2014

PALESTIN - Sudah 43 Terkorban, 370 Cedera

BANDARAYA GAZA: Lima belas wanita dan kanak-kanak antara 22 rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza hari ini, menjadikan keseluruhan angka korban kepada 43 orang dalam tempoh dua hari.

Menurut perkhidmatan kecemasan Palestin, lebih daripada 370 orang lagi cedera.
Dalam sekurang-kurangnya empat serangan hari ini, semua mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Sejak permulaan Operation Protective Edge awal semalam, pesawat Israel membedil 550 sasaran di Gaza.

Sejak tengah malam tadi, sekurang-kurangnya 48 roket ditembak ke Israel dengan satu mengenai kawasan Tel Aviv.

Sebanyak 16 lagi roket ditembak jatuh oleh sistem pertahanan Iron Dome dengan dua di ruang udara Tel Aviv.

Semalam, 21 rakyat Palestin terbunuh, termasuk 17 dalam serangan di Gaza, serta empat pejuang Hamas yang menyusup masuk ke selatan Israel melalui laut. sumber

No comments: