Thursday, July 17, 2014

Pejuang PALESTIN Jatuhkan Dua Drone Israel

Pejuang Palestin menjatuhkan dua pesawat tanpa pemandu “Israel” yang terbang di langit Jalur Gaza dalam jangka waktu hanya dua jam, akhbar Al-mesryoon melaporkan, sebagaimana disiarkan oleh MEMO.

Menurut akhbar tersebut, para saksi mengatakan kepada pejabat berita Anadolu Agency bahawa para pejuang Palestin menjatuhkan pesawat tanpa pemandu pertama dengan menggunakan rudal anti-pesawat di udara kem pelarian Al-Nusairat di wilayah tengah Jalur Gaza. Al-Mesryoon melaporkan bahwa ini adalah pesawat kedua yang dijatuhkan oleh pejuang Palestin dalam rentang waktu kurang dari dua jam, saat pejuang Palestin sebelumnya mengumumkan bahawa mereka juga telah menembak jatuh sebuah pesawattanpa pemandu “Israel” di langit barat Kota Gaza.

Sabtu lalu, para pejuang Palestin dari Brigade Al-Qassam mengungkapkan bahawa mereka telah menjatuhkan sebuah pesawat tanpa pemandu “Israel” di langit kota Gaza. Tentera pendudukan “Israel” terus melakukan serangan brutal di Jalur Gaza, dengan sebahagian besar korban adalah rakyat awam Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Statistik terbaru, menurut kementerian kesihatan di Gaza, menunjukkan jumlah warga Palestin yang meninggal telah mencapai 202, dengan lebih dari 1.520 cedera, termasuk puluhan orang dalam keadaan kritikal. Kementerian Kesihatan “Israel” mengumumkan pada Selasa (15/7) bahawa mereka telah merawat 550 orang “Israel”, dan salah satu warga “Israel” terbunuh setelah menerima kecederaan serius yang disebabkan oleh pecahan peluru setelah disasarkan oleh pejuang Palestin di dekat penyeberangan Beit Hanoun. -sumber

No comments: