Friday, July 18, 2014

Pemisah UKRAINE Tak Mampu Tembak Jatuh MH17

Komander pemisah Ukraine Igor Strelkov mengesahkan bahawa kumpulannya ada menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi yang sama pesawat MH17 ditembak jatuh. Ada kemungkinan kumpulannya tersalah tembak tetapi belum ada pengesahan.

Namun pernyataan yang keluar kemudiannya menafikan kemungkinan itu kerana kumpulan pemisah yang menggelarkan diri mereka sebagai  Donetsk People’s Republic itu tidak memiliki peralatan dan keupayaan untuk mencapai MH17 yang terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Tetapi hal itu tidak mustahil berlaku sekiranya MH17 secara tiba-tiba turun dan terbang di paras rendah yang mampu dicapai oleh persenjataan kumpulan pemisah pro-Rusia itu. - Satu Umat

No comments: