Tuesday, July 22, 2014

Perang Gaza - Hotel2 Israel Rugi USD 125 Juta

Hotel-hotel dan penginapan di “Israel” telah mengalami gelombang pembatalan untuk minggu kedua berturut-turut di tengah meningkatnya operasi militer “Israel” di Jalur Gaza, akhbar Israel Haaretz melaporkan, Ahad (20/7/2014).

Kementerian pelancongan “Israel” mengatakan bahawa tahun ini kota-kota dan resort di “Israel” diperisapkan untuk menyambut puncak kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negeri, tetapi operasi militer “Israel” di Gaza menghancurkan semua harapan itu. Beberapa dari mereka yang membatalkan percutiannya dipanggil oleh tentera untuk mengambil bahagian dalam perang di Gaza, menurut Haaretz.

Hotel-hotel itu diperkirakan mengalami kerugian sebesar USD 99 juta dari pelancong asing yang telah membatalkan perjalanan yang telah dirancang ke negara itu, dan selanjutnya kerugian sebesar USD 24 juta USD dari pengunjung tempatan “Israel”.

 “Israel” terus beroperasi di Gaza selama dua minggu. Serangan “Israel” telah mengakibatkan kematian 508 warga Palestina dan cedera dari 3,150. Menurut tentera “Israel”, 13 askarnya terbunuh dan 101 cedera. Seminggu sebelumnya, Yedioth Ahronoth mengungkapkan bahawa ribuan penerbangan ke “Israel” dibatalkan dan ribuan pelancong yang telah menghabiskancuti musim panas mereka di “Israel” meninggalkan negara itu kerana situasi keamanan yang memburuk. Lebih dari 30.000 pelancong mempercepatkan keberangkatan mereka kerana khuatir terjadi eskalasi perang yang dapat menyebabkan penutupan Lapangan terbang Internasional Ben Gurion. Sekitar 3.5 juta pelancong yang mengunjungi “Israel” pada tahun 2013, menurut Biro Pusat Statistik “Israel” - sumber

No comments: