Perkhidmatan navigasi udara gagal mengesan pesawat MD-83 kira-kira 50 minit selepas ia berlepas dari Ougadougou, ibu negara Burkina Faso, pada 0155 GMT (9.55 pagi waktu Malaysia), menurut agensi berita Algeria, APS.
 
Menteri Pengangkutan Burkina Faso menyatakan 50 warga Perancis adalah antara mereka yang berada dalam pesawat berkenaan selain 24 rakyat Burkina Faso, enam warga Lubnan, lima rakyat Kanada, empat warga Algeria, dua rakyat Luxemburg dan masing-masing seorang warga Switzerland, Nigeria, Kemboja dan Mali.

Jean Bertin Ouedraogo juga berkata, pesawat berkenaan menghantar mesej terakhir pada 0130 GMT (9.30 pagi waktu Malaysia) meminta kebenaran pegawal trafik udara Niger untuk mengubah haluan disebabkan hujan lebat di kawasan itu.

Menteri Pengangkutan Perancis, Frederic Cuvillier, berkata pesawat berkenaan hilang di utara Mali.

Penerbangan 5017 itu dikendalikan syarikat Sepanyol, Swiftair. - AP sumber