Tuesday, July 22, 2014

RUSIA Dedah Video Pesawat UKRAINE Hampir dengan MH17

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan Russia hari ini mendedahkan rakaman video yang menunjukkan pesawat pejuang Sukhoi 25 milik tentera Ukraine berada dalam lingkungan 10 kilometer daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 pada Jumaat lalu.

Rakaman video itu ditayangkan kepada media dalam satu sidang akhbar di Kedutaan Russia di sini, sebentar tadi.
Duta Russia ke Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata, penemuan bukti baru itu membuktikan bahawa negaranya tidak terbabit secara langsung dalam insiden berkenaan.

“Bukti baharu ini perlu dipandang serius oleh pasukan penyiasat antarabangsa kerana kemunculan pesawat pejuang berkenaan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Kami juga berharap, dengan adanya bukti ini, semua pihak diharap dapat berhenti menunding jari menuduh Russia bertanggungjawab terhadap bencana ini,” katanya. sumber

No comments: