Wednesday, July 23, 2014

Sekurang2nya 52 Askar Israel Sudah Maut oleh Al-Qassam

Perang darat, Brigade Al-Qassam tewaskan 52 tentara "Israel" dan menawan seorang lainnya

Brigade Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, sayap militer kelompok pejuang Hamas, pada hari Selasa (22/7/2014) mengumumkan bahawa mujahidinnya telah berhasil membunuh 52 askar “Israel” dalam pertempuran langsung pasukan “Israel” dengan Brigade Al-Qassam sejak hari pertama serangan darat “Israel” ke Gaza. Beberapa antara korban tersebut adalah pegawai tinggi militer “Israel”.

Dalam pernyataan militer yang dimuat oleh laman rasminya, Brigade Al-Qassam menegaskan bahawa jumlah 52 askar “Israel” yang terkorban itu belum dicampur dengan askar-askar “Israel” yang terbunuh dalam kenderaan tempur mereka yang dihentam oleh mujahidin Al-Qassam.

Pemerintah penjajah “Israel” sampai saat ini menutup-nutup jumlah sebenar askar yang terbunuh. Sebahagian besar askar yang mampus dalam pertempuran darat dengan mujahidin Brigade Al-Qassam berasal dari pasukan khusus “Israel”, seperti Brigade Golan, Brigade Egus dan pasukan terjun payung.

Brigade Al-Qassam dalam pernyataan militernya lebih jauh menjelaskan pihaknya telah berjaya menghancurkan 36 kenderaan tempur “Israel” dan menyerang tempat-tempat perlindungan pasukan khusus “Israel” dengan 35 roket dan 33 jerangkap samar.

Sementara itu sniper Brigade Al-Qassam telah menembak 13 askar “Israel. Sebelumnya Brigade Al-Qassam menjelaskan bahwa dengan pertolongan dan bimbingan Allah semata, pada Ahad (20/7/2014) dini hari Brigade Al-Qassam berjaya menawan seorang tentara “Israel” bernama Saul Aron, dengan nombor induk 6092065. Askar itu ditangkap setelah Brigade Al-Qassam sukses memancing pasukan “Israel” dengan kenderaan tempurnya yang bergerak maju di sebelah timur desa Tuffah, sekitar 500 meter dari Hospital Al-Wafa’ ke zon penyergapan yang telah disiapkan oleh Briged Al-Qassam. Kenderaan pengangkut personil pasukan “Israel” dan pasukan infantri “Israel” terjebak dalam ladang ranjau. Ledakan jerangkap samar disusul oleh serangan penyergapan Brigade Al-Qassam tersebut telah mengorbankan 14 tentera “Israel” dan mencederakan lebih dari 50 tentera lainnya, salah satunya komandan Brigade Golan. -sumber

No comments: