Tuesday, July 22, 2014

Selamatkan Israel, Kerry ke MESIR


Foto Bandaraya Gaza di utara Semenanjung Gaza dipenuhi asap hitam selepas serangan tentera Israel.

Washington: Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengunjungi Kaherah awal hari ini untuk rundingan krisis di Gaza, berikutan Presiden Barack Obama yang mahukan ‘gencatan senjata segera’ di antara Israel dan Palestin.

Diplomat atasan Amerika itu dijangka akan bertemu dengan pegawai kanan Mesir dan beberapa negara lain. Ia adalah sebahagian daripada usaha untuk menghentikan serangan darat, laut dan udara yang telah menyebabkan beriburibu orang awam yang ketakutan melarikan diri dari kediaman masing-masing.

Henti permusuhan

Kenyataan rasmi Rumah Putih memaklumkan melalui kunjungan itu, Kerry akan berusaha menghentikan permusuhan antara kedua negara dan merujuk kembali kepada perjanjian gencatan senjata pada November 2012.

“Rundingan ini penting untuk melindungi orang awam dari keduadua belah pihak iaitu Gaza dan Israel,” tegas kenyataan itu lagi.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Negara, Kerry menyokong usaha Mesir untuk membawa gencatan senjata dan lawatan beliau ke rantau itu selari dengan misi damai berprofil tinggi Setiausaha Agung Persatuan BangsaBangsa Bersatu (PBB), Ban Kimoon.

Lahir rasa bimbang

Dalam pada itu, Presiden Barrack Obama semalam melahirkan rasa kebimbangannya terhadap pergolakan di Asia Barat itu melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Tindakan Amerika menghantar Kerry untuk mencari jalan perdamaian sebaik saja media Amerika melaporkan dua orang rakyat Amerika yang berada bersama Tentera Pertahanan Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza. Namun tidak didedahkan apa pekerjaan sebenar kedua-dua individu terbabit. AFP sumber

No comments: