Saturday, July 19, 2014

Seorang Pejuang Cederakan 3 Askar Zionis

Seorang pejuang Palestin berjaya mencederakan tiga askar zionis “Israel” alam pertempuran sengit di Jalur Gaza utara pada Sabtu (19/7/2014) pagi saat invasi darat penjajah memasuki hari kedua, lapor Ma’an.

 Militer “Israel” mengatakan kepada Ma’an pada Sabtu (19/7) bahawa tentera mereka sedang beroperasi di wilayah Beit Lahiya setelah tengah malam ketika seorang pejuang Palestin melepaskan tembakan ke arah mereka. Meskipun tentera zionis cuba untuk membalas tembakan pejuang Palestin yang berani itu, seorang tentera “Israel” menderita luka parah dan dua lainnya mengalami “luka ringan” dalam kejadian tersebut.

Sementara laman berita Haaretz “Israel” mengatakan bahawa salah seorang askar “Israel” yang cedera  telah mengalami “luka serius.” Beit Lahiya merupakan lokasi pertempuran yang berlangsung pada Jumaat (18/7), sebagaimana saksi mata mengatakan kepada Ma’an bahawa pasukan “Israel” dipaksa untuk berundur dari daerah itu kerana tentangan hebat dari kelompok-kelompok pejuang Palestin.

Serangan itu menambah jumlah tentera “Israel” yang cedera sejak awal invasi darat menjadi 10 orang, setelah tujuh lainnya mengalami kecedaraan dalam pertempuran pada Jum’at (18/7). Seorang askar “Israel” juga dilaporkan terbunuh pada Jumaat (18/7) pagi, meskipun penyelidikan awal “Israel” mendakwa bahawa kematiannya itu akibat kebakaran rumah. -sumber

No comments: