Tuesday, July 22, 2014

Ulama Pro-ISIS Sebaliknya Kekal Baiah dengan Mullah Umar

Syaikh Abu Mundzir Asy-Syinqithi, Ulama senior pro ISIS : "Mullah Umar lebih berhak menjadi Khalifah"
Syeikh Abu Mundzir Asy-Syinqithi adalah salah seorang ulama senior di Mimbar Tauhid wal Jihad yang selama ini aktif memberikan pembelaan kepada Daulah Islam Iraq dan Syam. Media-media pro ISIS pun selama ini sering mengangkat beliau.

Namun setelah ISIS mendeklarasikan khilafah, beliau melihat ada beberapa kerancuan dalam sikap yang diambil oleh ISIS ini. Maka beliau pun membuat sebuah risalah untuk menjelaskan timbangan syariat dari deklarasi khilafah oleh ISIS tersebut.

Yang mengejutkan, di dalam risalah beliau tersebut beliau menjelaskan bahawa Mullah Umar hafizhahullah justru yang lebih layak untuk menjadi khalifah. Beliau berdalil dengan hadits Nabi SAW : “Penuhilah bai’at yang pertama, dan yang pertama saja” [HR Muslim]. -sumber

No comments: