Tuesday, July 15, 2014

Unicef : Jangan Serang Orang Awam di PALESTIN

KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru semua pihak di Gaza dan Israel supaya mengelak daripada menyerang orang awam, bukan sahaja demi keamanan, tetapi juga untuk melindungi kanak-kanak yang paling teruk menderita akibat keganasan.

Pengarah Eksekutif UNICEF, Anthony Lake, berkata kanak-kanak menanggung akibat paling dahsyat daripada keganasan yang semakin buruk di Gaza dan Israel, dengan sekurang-kurangnya 33 daripada mereka terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, manakala beratus orang lagi cedera.
"Kanak-kanak tidak sepatutnya menanggung penderitaan dahsyat daripada keganasan ini. Keganasan ini memberikan kesan yang amat dahsyat terhadap kanak-kanak dari segi fizikal dan psikologi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Israel melancarkan serangan terhadap Gaza sejak Selasa dan laporan media menyatakan sehingga kini, sekurang-kurangnya 121 rakyat Palestin terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera.

Serangan itu juga memusnahkan masjid, sekolah dan rumah. - BERNAMA sumber

No comments: