Friday, July 18, 2014

Usaha Israel dan As-Sisi Benamkan HAMAS Masih Gagal


roket HamasAkhbar “Israel” mengakui kegagalan agresi militer di Gaza saat ini, dan mengakui pula ketabahan pejuang Palestin dalam menghadapi agresi.

Akhbar“Israel”, mengkritik apa yang di sebut sebagai petualangan Perdana menteri Benjamin Netanyahu, dan menegaskan bahawa Israel tidak boleh berharap terlalu banyak dengan senjata canggih yang dimiliki Israel.

Akhbar itu juga menyoroti Netanyahu yang masih berada di bawah tekanan Barat dari parti dan sekutu-sekutunya untuk meningkatkan pendudukan di Jalur Gaza. Akhbar Israel itu juga menyoroti kegagalan Mesir dalam menjadi insiator untuk gencatan senjata.

Akhbar “Ma’arif” dalam sebuah artikelnya yang berjudul,”Antara buruk dan lebih buruk” dijelaskan bahawa akan sangat diperlukan setelah agresi terhadap Gaza untuk menghitung kembali beberapa kerosakan yang terjadi dalam perjalanan, di mana akhbar ini mengkritik apa yang di sebut sebagai petualangan di Gaza.
Penulis artikel tersebut menjelaskan bahawa komandan tentera Israel telah keliru memperkirakan bahawa Hamas hanya akan melancarkan beberapa roket lalu kemudiannya semakin reda sedikit demi sedikit.

Akhbar itu juga menjelaskan bahawa Israel keliru ketika memperkirakan bahawa inisiatif As-Sisi dan Mesir yang di dukung AS akan berhasil memenangkan situasi, namun kenyataannya Hamas menolak apapun yang datang dari Presiden Mesir Abdul Fattah As-Sisi.

Akhbar Haaretz dalam sebuah editorialnya menyatakan bahawa Netanyahu ikut bertanggung jawab terhadap kerosakan negaranya akibat serangan meluas terhadap Hamas.(hr/im) sumber

No comments: