Monday, July 7, 2014

Video Keganasan Askar Israel terhadap Kanak2 PALESTIN


korban kekerasanRAkaman video kekerasan terhadap seorang anak Palestin yang dilakukan askar Israel di depan orang tuanya menjadi topik panas dunia maya para aktivis kemanusiaan antarabangsa.

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit tersebut nampak seorang remaja Palestin dipukul dan ditendang oleh polis Israel di kota Shuafat, Palestin.

Mangsa kekerasan diyakini bernama Tareq Abu Khudair yang merupakan sepupu dari Muhammad Abu Khudair, seorang anak yang diculik dan dibunuh oleh pemukim Israel pada minggu lepas.

Menurut saksi mata menyatakan bahawa video rakaman tersebut dirakam oleh penduduk Shuafat.
Sedangkan jurucakap polis Israel menyatakan bahawa gambar rakaman video tersebut telah di edit dan dirubah warga Palestin
.
Mangsa kini telah dibawa ke sebuah hospital Israel setelah penangkapan yang disertai kekerasan tersebut. Hingga kini pihak keluarga hanya diizinkan untuk melihat anaknya dari jauh tanpa diperbolehkan untuk berbicara dengannya. (Rassd/Ram) sumber

Lihat videonya di sini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=A_MrQQC1XFg

No comments: