Tuesday, July 1, 2014

Video - Ulama-ulama Dedah Tentang ISIS/ ISIL




Syeikh Abdullah Rahhal adalah seorang Ulama' yang kini di berada di Idlib, Syria. Beliau adalah ketua Rabithah Ulama' Idlib, dan juga diamanahkan mujahidin menjadi Ketua Mahkamah Syariah di Aleppo Selatan. Melalui Yayasan Al-Ahbab yang ditumbuhkan beliau, beliau berusaha untuk memberi nasihat dan petunjuk kepada Mujahidin yang berjuang, dan beliau juga telah menyertai beberapa pertempuran melawan Rejim Bashar. Beliau juga adalah anggota Rabithah (Persatuan) Persatuan Ulama' Syria.



Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Ali bin Jamil Ash Shabuni. Beliau lahir di kota Halb/Aleppo Syiria pada tahun 1928 M. Setelah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan di Syiria, beliau pun melanjutkan pendidikannya di Mesir, dan merampungkan program magisternya di universitas Al Azhar mengambil tesis khusus tentang perundang-undangan dalam Islam pada tahun 1954 M. Saat ini bermukim di Mekkah dan tercatat sebagai salah seorang staf pengajar tafsir dan ulumul Qur'an di fakultas Syari'ah dan Dirasat Islamiyah Universitas Malik Abdul Aziz Makkah.




Syeikh Muhamad Kurayyim bin Sa'id bin Kurayyim Rajih dilahirkan di al-Maydan, Damsyiq, Syria.pada 1344H/1926M. Bapanya seorang yang buta huruf sementara ibunya seorang hafizah (penghafal al-Quran). Beliau merupakan seorang ahli al-Quran yang mendapat sanad ilmu al-Quran dan ilmu qiraat dari ulama Syam dan hal ini diakui oleh Syeikh Ahmad al-Halwani.

Beliau belajar qiraaat sepuluh (al-Qira'at al-'Ashr) dengan ulama qiraat seperti Syeikh Sulaim al-Hilwani (m.1363H) yang merupakan Syaikhul Qura' ketika itu dan menghafal al-Syatibiah dalam waktu masa yang singkat. Beliau menghafal al-Syatibiah sepuluh bait sehari dan menamatkan hafalan dalam masa beberapa bulan saja. Ketika Syeikh Sulaim meninggal beliau belajar dengan Syeikh Ahmad al-Hilwani (m. 1384H) yang menjadi Syeikhul Qura' yang mengantikan ayahnya. Beliau tamat belajar qiraat sepuluh dengan Syeikh Ahmad Sulaim al-Hilwani dan mengulangi bacaan qiraat sepuluh dengan Syeikh Mahmud Faiz al-Dir'atani.(m.1384H). Beliau mendapat ijazah sanad dari mereka semua mengenai ilmu qira'at

No comments: