Friday, July 11, 2014

XINJIANG - 32 Orang Dihukum Penjara

BEIJING: China menjatuhkan hukuman penjara ke atas 32 orang di wilayah barat Xinjiang kerana memuat turun atau menghantar video ‘keganasan’ ketika pihak berkuasa melancarkan operasi terhadap golongan pemisah.

Tiga orang dikenakan penjara seumur hidup semalam dan 29 lagi dikenakan antara empat hingga 15 tahun, kata laman web rasmi kerajaan, Tianshan.

“Kes itu membabitkan penggunaan telefon mudah alih dan internet untuk menyimpan, memuat turun dan menghantar video keganasan berunsur keagamaan dan fail audio untuk menganjurkan, mengetuai atau menyertai pertubuhan pengganas,” kata Tianshan.

China sudah mengambil tindakan ke atas 40 kumpulan yang dianggap sebagai ‘kumpulan pengganas’ dan menahan lebih 400 orang di Xinjiang sejak pihak berkuasa memulakan operasi pada 23 Mei lalu. - Reuters
 sumber

No comments: