Sunday, August 17, 2014

Eksport Makanan Israel Merosot 50 Peratus


ASA boikot akademik IsraelSaluran 10 Israel mengungkapkan bahawa agresi militer ke Jalur Gaza sejak 7 Julai lalu telah mengakibatkan penurunan eksport makanan Israel sebanyak 50% dalam 3 minggu terakhir.

Dalam berita yang ditayangkan hari Sabtu (16/08), Saluran 10 Israel menyatakan bahawa penurunan tersebut akibat boikot penduduk Palestin di Tebing Barat terhadap produk susu dan jus Israel.

Menurut Biro Pusat Statistik Israel, eksport makanan Israel ke kota-kota di wilayah Tebing Barat setiap tahunnya mencapai 1.5 billion dolar AS.

Sementara itu disiarkan pejabat berita Anatolia dari perusahaan susu terbesar Israel , Tnuva, menyatakan bahawa perniagaan mereka rugi sekitar 70% dalam beberapa minggu terakhir akibat boikot warga Palestin.
Tercatat hingga hari Jumaat (15/08) seramai 1,980 orang terbunuh dan lebih dari 10,500 cedera akibat agresi biadab Israel ke Jalur Gaza. (Rassd/Ram) sumber

1 comment:

Hati Muda said...

manusia terutama rakyat malaysi sudah didoktrin dengan budaya hidup yahudi..
kembali budayakan budaya islam... tak perlu colgate, tak perlu maggi dan nescafe, Tak perlu kfc, coke dan mcdonald.