Saturday, August 2, 2014

Gagalnya Gencatan Senjata, 91 Maut, 350 Cedera

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 91 rakyat Palestin terbunuh dan 350 lagi cedera dalam serangan tentera Israel selepas gencatan senjata di Gaza gagal apabila Israel terus melancarkan bedilan.

Dalam serangan udara sepanjang malam tadi dan berterusan awal pagi ini di Rafah, 19 penduduk Palestin dilaporkan maut.

Daripada jumlah itu, 15 mangsa termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 dan 12 tahun daripada satu keluarga maut apabila rumah mereka musnah akibat ledakan bom Israel.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Acjraf al-Qodra, berkata lima lagi penduduk Palestin terkorban dalam dua serangan berasingan kereta perisai Israel di Rafah. - AFP   sumber

No comments: