Friday, August 1, 2014

Gencatan Senjata Hanya Beberapa Jam, 40 Maut

GAZA: Sekurang-kurangnya 40 orang terkorban apabila Israel melancarkan serangan dekat bandar Rafah, selatan Gaza hari ini pada ketika gencatan senjata yang dipersetujui hanya mampu bertahan selama beberapa jam.

Israel menuduh Hamas dan kumpulan pejuang Palestin yang lain mencabuli gencatan senjata Amerika Syarikat-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Media Israel melaporkan lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah askar Israel di kawasan Rafah berkenaan. - Reuters sumber

No comments: