Wednesday, August 20, 2014

HAMAS Puji EU Tolak Produk Israel

Sikap Kesatuan Eropah yang memboikot produk-produk dari pemukiman “Israel” adalah langkah yang benar, kata jurucakap Hamas, seperti yang disiarkan MEMO.

“Langkah ini mesti diikuti oleh langkah-langkah yang lebih tegas terhadap penjajahan Israel sebagai sebuah hukuman bagi jenayah-jenayah yang telah dilakukannya terhadap rakyat Palestin di Jalur Gaza,” kata Fawzy Barhoum.

Pada Ahad (17/8/2014), Kesatuan Eropah memutuskan untuk menghentikan import produk-produk susu dan daging haiwan dari pemukiman “Israel” di Tebing Barat, Jerusalem dan Dataran Tinggi Golan. Komisi Eropah telah memutuskan pada 17 Februari untuk mengikuti aturan baru yang menetapkan perkhidmatan keseihatan haiwan “Israel” tidak diakui yang mana hal tersebut akan memberi kesan pada produk-produk daging yang berasal dari pemukiman-pemukiman Yahudi di Tebing Barat, Jerusalem Timur (Al-Quds), dan Dataran Tinggi Golan.

Akhbar “Israel’ Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa “Israel” telah merespon keputusan Komisi Tinggi Kesatuan Eropah dengan memutuskan untuk menghentikan eksport produk susu dan haiwan. Keputusan EU tersebut akan berlaku bermula 1 September akan datang. -sumber

No comments: