Wednesday, August 6, 2014

Israel Beri HAMAS 3 Pilihan


avigdor liebermen

Seperti dipetik oleh Israel Yediot Ahronot dari Menteri Luar Israel Avigdor Lieberman pada hari Isnin (04/08) , “Ada 3 pilihan bagi Hamas, iaitu mengakhiri konflik dan mencapai kesepakatan jangka panjang, menghancurkan Hamas, ataupun tentera Israel tetap berada di Jalur Gaza dan terus membalas setiap aksi serangan roket pejuang Palestin.”

Ini dikatakan Lieberman sebagai tanggapan atas usaha gencatan senjata 72 jam di Jalur Gaza pada hari Selasa ini, yang ditengahi oleh pemerintah Mesir.

Avigdor Lieberman menambahkan bahawa tentera Israel masih memusatkan perhatiannya untuk menghancurkan sistem terowong Hamas yang dapat mencapai tengah kota Israel, dan mencegah kembalinya Hamas ketampuk kekuasaan.

Menangapi pertanyaan wartawan apa yang akan terjadi jika Israel terus menghancurkan Jalur Gaza, Lieberman mengatakan “Hanya akan ada satu hasil, iaitu mandat PBB seperti yang terjadi di Kosovo.”

Sementara itu pemimpin parti pembanagkang, Yitzhak Herzog, mengkritik sikap Menteri Luar Israel dan menyebutnya sebagai penyebab hilangnya pengaruh politik luar negeri Israel di mata antarabangsa.
Yitzhak Herzog mengatakan “Tidak ada keraguan lagi bahawa kita telah mencapai kebuntuan diplomatik dengan Palestin kaerana Lieberman. Saatnya pemerintahan yang buruk perlu diganti.” (Dostor/Ram)
   sumber

No comments: