Tuesday, August 26, 2014

MESIR dan UAE Terlibat Serang LIBYA


libya strikeAkhbar Amerika Syarikat, The New York Times, mengungkapkan bahawa serangan udara terpadu pesawat asing terhadap milisi Islam di Libya dilakukan oleh Mesir dan UAE dibawah perjanjian rahsia antara kedua-dua negara.

Seperti disiarkan New York Times dari 4 orang diplomat AS menyatakan bahawa serangan pesawat tempur asing di atas ruang udara  Libya pada minggu lalu didalangi oleh pemerintah Kaherah dan Abu Dhabi, ini dilakukan dalam rangka untuk mengebom kelompok revolusioner Muslim Libya.

New York Times menyatakan bahawa serangan udara tersebut adalah kejutan dari kedua sekutunya di Timur Tengah tanpa adanya koordinasi terlebih dahulu kepada pemerintahan AS.

Pegawai AS mengatakan bahawa ini bukan pertama kalinya kerja sama pemerintah Mesir dan Emirat untuk menghanguskan kelompok Islamik di Mesir, pegawai tersebut memperkirakan bahawa Pasukan
Khas Mesir sedang melaksanakan operasi militer yang mensasarkan keompok Islamik di Libya timur.

Perlu diketahui bahwa Mesir, Arab Saudi dan Uni Emirat Arab membentuk satu blok di kawasan Timur Tengah untuk melawan ancaman dari mereka kelompok Islam, termasuk Ikhwanul Muslimin yang didukung Qatar dan Turki. (Akhbarak/Ram) sumber

No comments: