Thursday, August 7, 2014

PALESTIN - Apa Setelah Gencatan 72 Jam?

KAHERAH: Timbalan ketua Hamas, Mussa Abu Marzuq berkata setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan mengenai sebarang cadangan untuk melanjutkan gencatan senjata 72-jam dengan Israel yang akan tamat esok.

“Tiada perjanjian untuk melanjutkannya,” kata Abu Marzuq menerusi Twitternya. Beliau adalah antara wakil Palestin yang mengadakan perbincangan tidak langsung dengan Israel di Kaherah.
 
Semalam Israel memberi gambaran bahawa ia bersedia untuk melanjutkan gencatan senjata itu berikutan gesaan perunding Mesir yang mahukan keganasan dihentikan.

Pegawai palestin berkata mereka tidak dihubungi mengenai kesediaan Israel untuk menyambung gencatan senjata itu.
Anggota Palestin yang menyertai perbincangan itu menyifatkan rundingan yang dijalankan sebagai “serius dan terperinci”. - AFP sumber

No comments: