Saturday, August 9, 2014

PALESTIN - Israel Terus Serang Gaza


Foto Asap, debu dan serpihan berterbangan di ruang udara Gaza berikutan serangan Israel di bandaraya itu semalam.

Budak lelaki 10 tahun korban pertama sebaik gencatan senjata berakhir

Bandaraya Gaza: Israel meneruskan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza sebaik saja tamat tempoh gencatan senjata 72 jam antara Tel Aviv dan pejuang Hamas.
 
Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 10 tahun menjadi korban pertama serangan terbaru yang bermula sebaik saja tempoh gencatan senjata berakhir, kira-kira jam 8.00 pagi waktu tempatan semalam.

Tindakan itu sudah pasti disahut pejuang Hamas dengan bedilan roket ke wilayah Israel. Puluhan roket dilancarkan ke beberapa bandar di Israel termasuk Ashkelon, Eshkol dan Kivosim. sumber

No comments: