Tuesday, August 12, 2014

PALESTIN - Lagi Gencatan Senjata 72 Jam


Foto Serpihan dan cebisan bahan letupan berterbangan di udara selepas serangan udara tentera Israel. - Foto AFP

Delegasi Israel tiba di Kaherah untuk berunding secara langsung dengan Palestin

BANDARAYA GAZA: Gencatan senjata baharu selama 72 jam antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Gaza semalam, membuka jalan bagi rundingan di Mesir bertujuan menamatkan konflik selama sebulan yang menyebabkan pertumpahan darah dahsyat.
 
Perjanjian itu, yang bermula jam 12.01 pagi waktu tempatan bertujuan mengekang keganasan yang sudah mengorbankan 1,939 penduduk Palestin dan 67 di pihak Israel sejak 8 Julai lalu.

Beberapa minit sebelum perjanjian bermula, sayap bersenjata Hamas mendakwa ia membedil beberapa roket ke arah Israel, termasuk satu ke Tel Aviv. Tiada laporan sebarang kerosakan.

Mesir menggesa Israel dan Palestin menjadikan perjanjian baharu itu untuk mencapai gencatan senjata menyeluruh dan kekal, selepas gencatan senjata sebelum itu selama tiga hari yang berakhir Jumaat lalu, tidak berpanjangan. sumber

No comments: