Wednesday, August 6, 2014

SAUDI Bantu LUBNAN USD 1 Billion

JEDDAH: Arab Saudi memutuskan untuk memberi bantuan satu bilion dolar (RM3.2 bilion) kepada tentera Lubnan yang sedang menghadapi ancaman pergerakan Jihad di sempadan Syria, kata bekas perdana menteri Lubnan, Saad Hariri.

“Raja Abdullah memaklumkan kepada saya kemurahan hatinya untuk membantu tentera Lubnan, yang berjuang mempertahankan negara daripada ancaman pergerakan Jihad di sempadan Syria, dengan satu bilion dolar bagi memperkukuhkan keupayaan kami dan mengekalkan keselamatan Lubnan,” kata Hariri kepada wartawan di sini.
 
Bercakap dari istana Raja Abdullah di Jeddah, wakil politik Sunnah Lubnan itu menambah bahawa beliau sudahpun menerima bantuan berkenaan.

Sejak Sabtu lalu tentera Lubnan menghadapi pihak militan dalam pertempuran di Arsal, sebuah bandar di timur Syria.

Sebelum ini Arab Saudi pernah membiayai pakej peralatan ketenteraan dan senjata Perancis bernilai AS$3 bilion (RM9.6 bilion) kepada tentera Lubnan.

Panglima angkatan tentera Lubnan, Jeneral Jean Kahwaji semalam menggesa Perancis supaya mempercepatkan penghantaran bekalan senjata bagi memperlengkapkan pasukannya seperti dijanjikan.

Raja Abdullah juga menyatakan sokongannya kepada Beirut dalam menghadapi keganasan itu ketika beliau menghubungi bekas presiden Lubnan, Michel Sleiman.
Pertempuran di Arsal adalah keganasan paling dahsyat yang berlaku di kawasan sempadan sejak penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assas pada 2011. - AFP  sumber

No comments: