Wednesday, August 20, 2014

Seorang Askar Sekarelawan Israel Hilang


militer israelPihak polis Israel meminta bantuan pihak militer dan masyarakat untuk mencari seorang petugas mereka yang hilang sejak 3 hari lalu, yang kini belum diketahui keberadaannya.

Dalam pemberitaan radio Israel hari Selasa (19/08), pihak polis Israel meminta bantuan masyarakat untuk menemukan seorang askar bernama David Menachem Gordon (21 tahun) dengan tinggi 170 cm.”

David Menachem dilaporkan hilang sejak hari Ahad (17/08) lalu, dan terakhir terlihat di pengkalan militer di tengah Israel.

Sementara itu akhbar Jerusalem Post mengabarkan “seorang perajurit berkebangsaan Amerika dilaporkan hilang hari Ahad lalu.”

David Menachem Gordon datang dari Amerika Serikat untuk menjadi sukarelawan dalam tentera Israel, dan dilaporkan tinggal dengan keluarganya di kota Herzliya, Israel.

Perlu diketahui bahawa untuk menjadi sukarelawan dalam tentera Israel tidak perlu untuk mendapatkan kewarganegaraan Israel terlebih dahulu.

Tercatat setiap tahun ratusan askar dari dunia yang mendukung Israel datang untuk bergabung menjadi tentera sukarelawan Israel. (Rassd/Ram) sumber

No comments: