Wednesday, August 13, 2014

SYRIA - Sudah 37 Sekarelawan PBSM Terkorban

Sebanyak 37 orang sukarelawan Gerakan Bulan Sabit Merah (IRC) etnik Arab-Syria syahid sejak perang Syria bermula, sebagaimana dilaporkan IRC pada akaun rasminya pada Facebook, Selasa (12/8/2014).

Kebanyakan dari mereka terkorban atau ditangkap ketika sedang menyalurkan bantuan atau sedang mengevakuasi korban kekejaman rejim Assad. Sungguh biadab, padahal mereka adalah para pejuang kemanusiaan yang datang membantu dengan jalan yang damai. Hingga saat ini, banyak pemuda tergabung dalam Palang Merah Antarabangsa dan sukarelawan Gerakan Bulan Sabit Merah.

Ramai yang mempertaruhkan kehidupan mereka setiap hari untuk membantu menyelamatkan kehidupan orang lain – seperti yang ada di Syria, Gaza, wilayah pendudukan “Israel”, Sierra Leone, Guinea, Libya, Iraq dan dalam banyak komuniti yang lebih menderita di seluruh dunia. - sumber

No comments: