Thursday, September 18, 2014

AS Tak Akan Hantar Tentera Darat Perangi IS

Presiden Amerika Seyarikat, Barack Obama, menegaskan bahawa dirinya tidak akan mengirimkan tentera darat untuk berperang di Iraq, meskipun ada lebih dari 40 negara menawarkan bantuan untuk memerangi  ISIS.

Dalam ucapannyanya di depan tentera AS di Pusat Komando Florida hari Rabu (17/08) kelmarin, Obama mengatakan “Saya tidak akan mengirim tentera kita untuk berperang di Iraq, pasukan kita tidak akan terlibat dalam perang liar di sana.”

Obama melanjutkan “Amerika tidak berperang sendiri di sana. Ada lebih dari 40 negara menawarkan bantuan untuk kempen memerangi ISIS, ada beberapa di antara mereka telah menyatakan akan ikut ambil bahagian dalam serangan udara.”

Menurutnya, misi militer Amerika telah sukses dalam melindungi para diplomat dan fasiliti AS di Iraq, serta membantu tentera Kurdish dan pemerintah dalam memerangi milisi ISIS. “Sekurang-kurangnya 160 serangan telah dilancarkan pesawat udara AS dalam tempoh waktu satu bulan terakhir,” ujar Obama. (Rassd/Ram) sumber

No comments: