Tuesday, September 23, 2014

IS Bakal Serang Saudi?


kun aogerSeorang penganalis politik dan strategi asal Amerika menyatakan bahawa organisasi Negara Islam Iraq dan Syria akan mensasarkan Arab Saudi menjadi negara berikutnya yang diserang, untuk memancing pemerintah Obama campur tangan dalam konflik di Timur Tengah.

Dalam paparannya, Kun Aoger mengatakan “ISIS menginginkan Amerika campur tangan dalam konflik di Saudi, hal ini lebih mudah mengorbankan sentimen jihad global umat Muslim terhadap AS kerana Makkah menjadi kiblat umat muslim di seluruh dunia.”

“Jika memang al Baghdadi pintar, dia tidak akan menyerang Iran ataupun Turki pada awalnya, kerana kedua negara tersebut memiliki tentera dan persenjataan yang kuat,” tambahnya.

“Saya kira mereka akan lebih memilih arah ke selatan yang menjadi mitra terpenting AS di Timur Tengah selain Israel,” ungkap Kun Aoger.

“Kerana Saudi adalah negara yang penuh cakap kosong dan tenteranya lemah, mereka membeli billionan dollar senjata dari Amerika akan tetapi tidak dapat digunakan. Oleh kerana itu jika mereka mensasarkan Arab Saudi, mereka akan maju dengan mudah,” ujar penganalisis politik dan strategi asal Amerika ini.

Menurutnya, Arab Saudi lebih penting bagi Amerika dibandingkan dengan Israel dan Britain. (Rassd/Ram) sumber

No comments: