Friday, September 12, 2014

Kubur besar 500 mayat ditemui di IRAQ

HAMPIR 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur besar di Iraq yang dipercayai dibunuh oleh kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di daerah Hamidat, Iraq, baru-baru ini. - AGENSI
 
BAGHDAD 11 Sept - Hampir 500 mayat ditemui dalam sebuah kubur besar di Iraq yang dipercayai terbunuh di tangan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL), lapor TV Press.
Seorang pegawai dari wilayah utara Mousl, baru-baru ini berkata, kubur besar itu ditemui di daerah Hamidat, Iraq.
Katanya, mayat-mayat itu dipercayai merupakan banduan dari penjara Badoosh Mosul yang dihukum bunuh oleh militan Takfiri yang merupakan salah satu rangkaian ISIL.
Sementara itu, seorang pegawai Kurdish berkata, berpuluh-puluh mayat termasuk mayat beberapa orang kanak-kanak ditemui dalam satu kubur besar berasingan di barat Mosul.
Kesemua mangsa dipercayai daripada puak Izadi Kurds yang menjadi sasaran ISIL bersama beberapa kaum lain.
Kerajaan Iraq kini melancarkan operasi ketenteraan memerangi pengganas ISIL yang berjaya menguasai Mosul pada 10 Jun lalu, diikuti bandar Tikrit yang terletak 140 kilometer di barat laut Baghdad.
Bagaimanapun tentera kerajaan berjaya menawan semula Tikrit daripada ISIL.
Kumpulan pengganas Takfiri ketika ini mengawal sebahagian kawasan di timur Syria dan kawasan utara dan barat Iraq.
Kumpulan pengganas itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian perisikan Arab Saudi dan dipercayai mendapat sokongan Israel.

Sumber

No comments: