Sunday, September 14, 2014

MH198 Patah Balik, Masalah Teknikal

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH198 yang berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik akibat masalah teknikal.

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.
Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten pesawat mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi menegaskan keselamatan penumpang kekal keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu. sumber

No comments: