Tuesday, September 23, 2014

PM IRAQ tentang penggunaan tentera darat

BAGHDAD 23 Sept. - Perdana Menteri Iraq Haidar al-Abadi menentang penghantaran tentera darat asing di negara ini sebagai sebahagian usaha untuk memerangi kumpulan militan negara Islam (IS).
Dalam pertemuan dengan Menteri Pertahanan Australia, David Johnston di sini, Haidar mengesahkan `penolakan beliau terhadap campur tangan di darat di Iraq dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau, semalam.
Amerika Syarikat dan Perancis telah melancarkan beberapa serangan udara ke atas kumpulan militan di Iraq, satu kempen yang mungkin diperluaskan di Syria, namun Amerika telah menghantar beratus-ratus tenteranya di Iraq bagi tujuan termasuk menasihat pasukan tentera Iraq. - AFP

Sumber

No comments: