Monday, September 15, 2014

SYRIA: 19 terkorban pertempuran puak Kurdish dengan IS

BEIRUT 15 Sept. - Seramai 19 orang terkorban dalam pertempuran ganas antara puak Kurdish dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) di timur laut wilayah Hasakeh semalam.
Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, antara yang terkorban merupakan penduduk perkampungan Hajiyeh dan Tal Khalil serta lima orang kanak-kanak.
Pertempuran tercetus antara Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) dengan IS ketika unit tersebut menawan beberapa penempatan dalam kawasan kubu militan, Tal Hamis. - AFP

Sumber

No comments: