Friday, October 31, 2014

AS Berang SWEDEN Iktiraf PALESTIN


bendera palestina 1Menteri Luar Negeri Sweden, Margot Wallstrom, menanggap santai kritik keras pemerintah Amerika Syarikat atas pengiktirafan rasmi Sweden terhadap Negara Palestin pada Khamis (30/10).

Dalam keterangannya, Menteri Luar Margot Wallstrom mengatakan “Washington tidak boleh mengatur tindakan luar negeri Sweden,” seperti disiarkan pejabat berita Sky News Arab.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyambut baik keputusan Sweden yang mahu mengakui Palestin sebagai negara merdeka dan berdaulat, “Ini adalah sebuah keputusan bersejarah bagi Palestin,” ujar Abbas.

Sementara itu menanggapi sambutan Abbas kepada Sweden, Menteri Pelancongan Israel, Uzi Landau, menganggap Mahmoud Abbas sebagai musuh utama Israel.

Tercatat sekitar 134 negara, termasuk tujuh anggota negara-negara EU, seperti Republik Ceko, Hungary, Poland, Bulgaria, Romania, Malta dan Cyprus, didakwa pemerintah Ramallah mengakui Palestin sebagai sebuah negera merdeka. (Dostor/Ram) sumber

No comments: