Wednesday, October 1, 2014

Hotel Jemaah Haji INDONESIA Kebakaran


jamaah haji indonesiaSeramai 107 orang jemaah haji asal Indonesia dan Pakistan selamat, setelah sebuah hotel di kawasan Azizia Selatan pada Isnin (29/09).

Dalam keterangannya kepada media, Direktorat Jenderal Pertahanan Awam Mekkah, Kolonel Abdullah Al-Orabi Al-Harthi mengatakan “ Kami menerima maklumat adanya kebakaran di sebuah hotel milik jemaah haji asal Indonesia.”

“Sebanyak 6 kereta bomba dan sejumlah ambulan dikerahkan untuk memadamkan api yang membakar tingkat paling atas sebuah hotel petempatan jemaah haji,” tambah Kolonel Abdullah Al-Orabi Al-Harthi.

Menurut Kolonel Abdullah Al-Orabi Al-Harthi menyatakan bahawa kebakaran terjadi di tingkat 10 yang digunakan sebagai ruang makan oleh para jemaah.

Seramai 3 orang jemaah yang mengalami sesak nafas segera dikejarkan ke hospital berhampiran. (Alarabiya/Ram) sumber

No comments: