Wednesday, October 1, 2014

ISIS Sasar Kalahkan IRAQ dalam Tempoh Sebulan Lagi


John Cantlie 1Negara Islam Iraq dan Syria kembali menerbitkan bahagian ke 2 dari video kebenaran mengenai perang global koalisi internasional terhadap mereka di Iraq dan Syria, seperti dikuti akhbar harian Britain, Daily Mail.

Dalam rakaman video sepanjang sekitar 5 minit lebih tersebut, seorang jurugambar Britain yang ditawan ISIS, John Cantlie, mengkritik tajam strategi Presiden Amerika Barack Obama yang melakukan serangan udara terhadap IS tanpa membezakan sasaran awam dan militer.

Cantlie juga mengkritik tajam sikap Amerika yang mendanai dan mempersenjatai kelompok-kelompok pejuang Syria, dan mengatakan “Pada akhirnya senjata-senjata tersebut akan jatuh kepada IS melalui pasaran gelap.”

Selain itu Cantlie mengatakan “Adalah kebohongan propaganda Barat yang menuduh IS telah melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap warga awam dan kanak-kanak dari kaum Nasrani dan Syiah Zayidiyah di kota Sinjar dan Mosul, Iraq.”

Di akhir videonya, Cantlie menyatakan “ Ingatlah pasukan pemerintah Iraq, kalian akan kami taklukkan dalam tempoh waktu satu bulan,” dan meminta masyrakat dunia untuk mengikuti bahagian ke 3 dari video kebenaran IS. (Akhbarak/Ram) sumber

No comments: