Friday, October 31, 2014

MESIR Haramkan Kumpulan Pro-Mursi

KAHERAH: Mesir hari ini mengharamkan sebuah kumpulan pendesak yang mahu mengembalikan kepemimpinan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin yang digulingkan oleh tentera tahun lalu.

Perdana Menteri, Ibrahim Mehleb mengeluarkan arahan supaya pergerakan terbabit dan sayap politiknya, Parti Pembebasan dibubarkan, berikutan keputusan mahkamah sebelum ini terhadap pertubuhan berkenaan.
Pakatan berkenaan, yang dianggotai Ikhwanul Muslimin dan kumpulan lain, ditubuhkan selepas pihak tentera diketuai Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Morsi pada Julai 2013 berikutan bantahan terhadap pemerintahannya.

Sejak itu pihak berkuasa Mesir melancarkan gerakan terhadap Ikhwanul Muslimin dan mengharamkan pertubuhan politik Mesir paling lama itu. - REUTERS sumber

No comments: