Friday, October 31, 2014

Penduduk Kurdis Sambut Tentera Peshmerga IRAQ

SURUC (Turki): Tentera Peshmerga Iraq disambut oleh penduduk Kurdis di sini ketika tiba bagi menghulurkan bantuan mempertahankan Bandar Kobani daripada jatuh ke tangan militan Negara Islam (IS).

"Kami memang tunggu Peshmerga. Kami ingin lihat senjata mereka," kata seorang penduduk, Nidal Attur, 30, yang tiba di Suruc dua minggu lalu dari perkampungan berdekatan Kobani.

Dia dan sebilangan penduduk Kurdis itu menunggu selama beberapa jam di sepanjang jalan raya di Suruc untuk melihat tentera Peshmerga yang dianggap sebagai wira.
Sebahagian besar melihat mereka buat kali pertama.

Tentera Peshmerga itu mendarat di Lapangan Terbang Sanliurfa di tenggara Turki awal semalam dan dibawa dengan bas, diiringi oleh pasukan keselamatan dan kemudian dibawa ke sempadan Mursitpinar untuk memasuki Kobani. - AP sumber
Penduduk Kurdis di Turki sambut konvoi Peshmerga di Pelabuhan Habur sebelum mereka menyeberang ke sempadan Turki-Iraq bagi membantu mempertahankan bandar Kobani daripada jatuh ke tangan militan Negara Islam (IS). - Foto AFP

No comments: