Tuesday, November 4, 2014

ISIS Dera Kanak-kanak Kurdis?

BEIRUT: Militan Negara Islam (IS) menyeksa dan mendera kanak-kanak Kurdis yang diculik awal tahun ini berhampiran bandar Kobani di utara Syria, kata sebuah badan hak asasi antarabangsa.

Human Rights Watch membuat kesimpulan itu berdasarkan temuramah dengan beberapa kanak-kanak daripada lebih 150 kanak-kanak lelaki Kurdis dari Kobani yang diculik pada penghujung Mei lalu ketika merek dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menduduki peperiksaan di bandar raya Aleppo.

Katanya, kira-kira 50 rakyat Kurdis berjaya melepaskan diri manakala yang lain dibebaskan secara berperingkat sehingga kumpulan terakhir pada 29 Oktober lalu.

Empat daripada kanak-kanak yang dibebaskan memberitahu Human Rights Watch bahawa mereka ditahan oleh kumpulan ekstremis itu di pekan Manbij di utara Syria dan kerap didera dengan menggunakan hos dan kabel elektrik. - AP sumber

No comments: