Wednesday, November 12, 2014

PAKISTAN - 17 Terbunuh

PESHAWAR: Anggota militan menyerang sebuah pusat pemeriksaan tentera di kawasan bergolak Pakistan, mengakibatkan dua askar dan 15 pemberontak terbunuh.

Serangan berlaku malam tadi di pusat pemeriksaan Pengawal Sempadan Paramilitari (FC) di kawasan Shireendara di Daerah Orakzai.

"Lebih 50 anggota militan menyerang pusat pemeriksaan itu. Dua askar mati sementara 15 pengganas terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan itu," kata pegawai kanan keselamatan.

Katanya, enam askar turut cedera dalam kejadian itu dan menambah, militan terbabit melarikan diri apabila anggota FC mula membalas tembakan. - AFP sumber

No comments: