Tuesday, November 4, 2014

SAUDI - 5 Maut dalam Tembakan

DUBAI: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati lima orang di wilayah timur Arab Saudi lewat petang semalam, lapor agensi berita tempatan.

Jurucakap polis berkata, sembilan orang cedera dalam serangan di pekan al-Dalwah di Daerah al-Ahsa.

"Ketika sekumpulan warga Arab Saudi sedang keluar dari sebuah bangunan, tiga lelaki bertutup muka melepaskan tembakan ke arah mereka dengan mesingan dan pistol," kata jurucakap itu.

Katanya, kejadian sedang disiasat namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Al-Ahsa adalah satu daripada dua pusat utama golongan minoriti Syiah di Arab Saudi, di samping Daerah Qatif.

Gambar video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan mayat yang terbaring berlumuran darah di luar sebuah bangunan, dengan orang ramai di sekelilingnya meminta pertolongan. - REUTERS
 sumber

No comments: