Thursday, November 27, 2014

Tentera SYRIA Bom Kubu IS, 95 Maut

BEIRUT: Serangan udara tentera Syria terhadap kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang ketika delegasi kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengadakan rundingan dengan sekutu utamanya, Russia semalam.

Serangan bom semalam adalah serangan berdarah paling terbesar oleh tentera udara rejim Assad di Raqa sejak kumpulan pejuang kumpulan ekstremis Sunni IS menawan bandar itu tahun lalu dan mengisytiharkannya sebagai 'ibu negara'.

Lebih separuh jumlah korban membabitkan orang awam, demikian menurut Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Tidak diketahui berapa ramai korban membabitkan militan IS.

Raqa adalah yang pertama dan satu-satunya bandar yang gagal dipertahankan tentera rejim kerajaan sebelum ditadbir oleh IS.
Ia digunakan oleh IS sebagai ibu pejabat gerakan itu bagi Syria dan negara jirannya, Iraq.

Sementara itu di Russia, delegasi Syria diketuai Menteri Luar, Walid Muallem mengadakan rundingan dengan Presiden Vladimir Putin di Laut Hitam di Sochi, semalam.
Namun kandungan rundingan membabitkan perbincangan tertutup itu tidak didedahkan.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik di Syria sebanyak dua kali di Switzerland pada awal 2013, namun kedua-duanya berakhir tanpa sebarang persetujuan. - AFP sumber

No comments: