Monday, December 22, 2014

JORDAN - 11 Dihukum Gantung Mati

AMMAN: Kerajaan Jordan menggantung sampai mati 11 lelaki atas kesalahan membunuh sekali gus menamatkan penangguhan hukuman gantung selama lapan tahun, kata Kementerian Dalam Negeri.
"Seramai 11 pesalah didapati bersalah atas pelbagai kes bunuh dihukum gantung sampai mati pada waktu Subuh," kata agensi berita Petra memetik jurucakap kementerian berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, kesemua itu adalah warga Jordan yang didapati bersalah atas tuduhan pada 2005 dan 2006.

Kali terakhir kerajaan negara itu melaksanakan hukuman gantung sampai mati ialah pada Jun 2006 dan 122 orang sudah dijatuhi hukuman mati.
 
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Hussein Majali mencadangkan hukuman gantung mungkin ditamatkan dan berkata, wujud "perdebatan besar" di Jordan berkaitan hukuman mati dan "orang awam percaya peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh penangguhan" hukuman mati. 
 
Sejumlah negara di Asia Barat terus melaksanakan hukuman bagi jenayah berat termasuk jiran Jordan, Arab Saudi yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 83 orang sepanjang tahun ini.

Pemantau hak asasi manusia, Amnesty International dalam laporannya Mac lalu berkata, China muncul negara paling ramai melaksanakan hukuman mati tahun lalu membabitkan beribu-ribu orang, diikuti Iran, Iraq, Arab Saudi dan Amerika Syarikat. - AFP sumber

No comments: