Monday, December 29, 2014

Kehilangan QZ8501 Mirip Pesawat Air France 2009

LONDON: Insiden kehilangan pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang dalam penerbangan dari Surabaya, Indonesia ke Singapura, semalam sama seperti tragedi nahas pesawat Air France AF447 pada 2009, kata pakar penerbangan, Geoffrey Thomas.

Beliau berpendapat, juruterbang QZ8501 kemungkinan memandu pesawat pada kedudukan terlalu rendah ketika berdepan dengan cuaca buruk atau ribut.

"Juruterbang berkeyakinan, kru (QZ8501) bersedia menambah ketinggian untuk menghindari kemungkinan perkara buruk berlaku, namun menyedari ketika itu mereka terbang terlalu perlahan.

"Dengan kelajuan itu, mereka telah melengahkan aerodinamik (pergerakan pesawat di udara) seperti yang terjadi ketika hilangnya Air France AF447 pada 2009," katanya.

Pada 2009, pesawat Air France AF44 jatuh ke Lautan Atlantik dalam perjalanan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris, Perancis.
Thomas menganggarkan, kelajuan QZ8501 adalah sekitar 100 knot, iaitu purata kelajuan dalam lingkungan 160 kilometer sejam.
"Terlalu lambat, ketika itu ketinggiannya juga sangat berbahaya," katanya.

Beliau berkata, Airbus A320-200 yang digunakan dalam penerbangan ini adalah sebuah pesawat canggih dan beliau berpendapat terputusnya hubungan pesawat itu adalah disebabkan faktor ribut.
"Pesawat ini 'terperangkap' dengan tarikan udara ke atas atau sesuatu seperti itu, sesuatu yang sangat sukar," katanya.

Beliau menjelaskan, pesawat itu juga terbang dengan kelajuan perlahan pada ketinggiannya ketika itu, dan udara terlalu tipis sehingga sayap pesawat tidak mampu berfungsi.
Dalam pada itu, Thomas berkata, radar pada pesawat berkenaan bukan produk terbaru dan ada kalanya bermasalah ketika berada dalam keadaan ribut yang berbahaya.

"Ada kemungkinan juruterbang terpedaya dengan keadaan itu."
Radar terbaharu yang diperkenalkan oleh Qantas pada 2002 itu katanya memiliki kemampuan pembacaan yang lebih lengkap terhadap ribut, namun radar itu belum diluluskan untuk digunakan Airbus A320-200 sebelum 2015.

"Ketika kita tidak mempunyai alat yang disebut dengan 'multi-skilled', kita harus meneliti data radar itu secara manual.

"Kita harus melihat tahap ribut itu, berapa tinggi kelembapan dan hujan di dalamnya, seterusnya kita membuat keputusan (secara) manual, boleh jadi ada kesalahan..dan itu yang terjadi," katanya. -AP/KOMPAS
  sumber

No comments: