Friday, January 31, 2014

PALESTIN - Tentera Zionis Membunuh Lagi


acara pemakamanMiliter Israel kembali menembak mati seorang warga Palestin di kem pelarian Jalazoun dekat kota Ramallah wilayah Tebing Barat pada hari Rabu (29/01) lepas.

Sumber perubatan Palestin mengatakan seorang pemuda Palestin bernama Muhammad Mubarak ( 22 tahun ) ditembak 3 kali di bahagian belakang.

Seorang jurucakap militer Israel mengatakan bahawa askar terpaksa menembak Mubarak setelah dia dituduh mencuba menyerang sebuah pos militer dekat pemukiman Ofra. sumber

SYRIA - Bantuan Kemanusiaan ke Kem Yarmouk

Kementerian Maklumat Syria, mengumumkan pada hari Khamis, bahawa masuknya bantuan kemanusiaan ke kem Yarmouk yang disekat sejak Jun lalu, telah dimulai.

Kementerian itu mengatakan bahawa “Masuknya bantuan kemanusiaan ke kem pelarian Yarmouk telah dimulai, dan akan selesai pada setelah zuhur hari ini (30/1).

Memetik perkataan Ketua rekonsiliasi Palestin, Syeikh Muhammad Umar, bahawa penyerahan bantuan telah bekerjasama dan berkoordinasi dengan badan PBB untuk bantuan dan urusan pelarian Palestin “UNRWA” dan organisasi kemanusiaan lainnya.

Perlu dicatat bahawa pelarian kem Yarmuk yang terletak di Selatan Damsyik, yang telah dikuasai oleh sebahagian besar militan pembangkang, dan telah disekat oleh rejim sejak Jun lalu . dan PBB menghimbau kepada semua pihak dan negara-negara untuk segera memenuhi dan memfasilitasi bantuan kemanusiaan kepada 18 ribu orang yang terpernagkap di kem. sumber

Suhu Dunia - Tanah Arab Kembali Subur (audio kuliah)

Orang ramai heboh tentang perubahan suhu dunia. Berikut ialah rakaman audio kuliah hadith peristiwa akhir zaman oleh pengasas Satu Umat iaitu Abu Zulfiqar yang menyentuh hal ini.








KULIAH 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN
kali ke-60 (Hadis ke-27)

Daripada Abu Hurairah radhiallaahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah saw:
Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai.
(Hadis riwayat Muslim)

KETERANGAN

Sekarang kita telah mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat Tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput dan pohon-pohon kayu. 

Contohnya, Padang Arafah di Makkatul Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya. 

Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana Padang Masyhar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari kiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jemaah haji di padang Arafah setiap 9 Dzulhijjah tahun Hijriyyah.

PALESTIN - Israel Risau Hamas Semakin Kuat


hamasAkhbar Ibrani pada hari Khamis melaporkan bahawa mereka telah mulai khawatir tentang kekuatan dan kehadiran gerakan pejuang Islam Hamas di Jerussalem yang diduduki.

Akhbar Ibrani “Israel Today” menyebut : kekhuaatiran datang menyusul pengumuman Shin bet dua hari sebelum penangkapan jaringan Hamas di kora Jerussalem.

Akhbar tersebut menunjukkan bahawa jaringan yang tertangkap telah bekerja pada segala bidang dakwah, pendidikan , dan bantuan keuangan di lingkungan kota Jerussalem dan Masjid Al-Aqsa, yang bertujuan untuk membuat penduduk Palestin di Jerussalem lebih dekat dengan ideologi Hamas, dengan membangun lembaga-lembaga yang berafiliasi dengan Gerakan untuk memperluas wilayah dukungan terhadap gerakan.

Akhbar itu mengutip kata-kata seornag pegawai Zionis bahawa aktivis Hamas telah berhasil menarik pendukung melalui penyediaan perkhidmatan sosial dan membangun kekuatan militer yang kuat, untuk menuju pada kekuasaan politik. (hr/im) sumber

Musuh Utama IRAN dan SAUDI Bukan Zionis


iran
Diplomat AS “Freud Huff” mengungkapkan bahawa para pejabat Iran sepakat di sela pertemuan dengan mereka, bahwa Arab Saudi adalah musuh utama Iran dan bukan entiti Zionis.

Huff mengatakan, “Para pegawai Iran sepakat bahawa musuh yang sebenarnya adalah Saudi Arabia, di dalam dan di luar Syria.”

Fia menunjukkan bahawa salah seorang pegawai Iran menganggap Arab Saudi semakin hari semakin menjadi ancaman bagi Iran, dan dia khuatir terhadap konsekuensi dari perang dan perselisihan sektarian di Syria, dan Amerika – Iran memiliki kepentingan yang sama di Syria.

Menurut Huff, seorang pegawai Iran mengatakan, “Iran mempersenjatai militan Syiah dan Syria tidak dalam rangka mendukung rejim Assad, tetapi untuk menjaga jalannya Hizbullah ketika  sistem ini runtuh.”
Sebagaimana pegawai Iran yang lain mengatakan,”menurut Iran Assad adalah bahagian penting dari strategi Iran, dan itu tidak boleh ditawar.”(hr/im)

GLOBAL - Cuaca Sejuka Melampau Landa Eropah

Cuaca sejuk melampau landa Eropah Seorang sukarelawan menghidangkan makanan percuma kepada pelarian dalam khemah panas di Moscow kelmarin.
Sofia: Cuaca sejuk melanda bahagian tengah dan timur Eropah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di Bulgaria sejak beberapa hari lalu manakala kelmarin disifatkan sebagai hari paling sejuk di Moscow tahun ini.

Di Bulgaria, salji tebal dan angin kencang menyebabkan berpuluh-puluh perkampungan di timur negara Balkan itu terputus bekalan elektrik dan air.

SWEDEN - Anak Pasangan Diserah ke Kedutaan MALAYSIA

Anak pasangan diserah kepada Kedutaan Malaysia
STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Disember lalu.Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Empat beradik itu yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah
sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara
mereka.

"Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya," kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini.
Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu
iaitu keluarga Islam Malaysia di sini.

Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan
padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lalu.
- BERNAMA sumber

Thursday, January 30, 2014

Israel Guna Tentera MESIR Hapuskan Ikhwanul Muslimin dan Hamas


adraeeJurucakap militer Israel, Avichay Adraee, menyatakan dalam akaun Twitter rasmi miliknya bahawa kehancuran organisasi Ikhwanul Muslimin di Mesir mesti dimanfaatkan sebesar-besarnya oleh Israel  ditengah ketidakpedulian bangsa Arab terhadap Ikhwan.

Adraee menuliskan dalam ruangan rasminya “Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Hamas kini mengalami goncangan, melemahnya kekuatan Ikhwanul Muslimin di wilayah Timur Tengah merupakan peluang terbesar bagi Israel.”

Dia menambahkan “kemungkinan Israel untuk lakukan serangan militer seperti masa lalu bukanlah solusi, kerana isu perbatasan dapat mencetuskan perang kedua negara .”

Adraee mengatakan “Ketua intelijen telah mengidentifikasi tiga peluang di depan Israel, mengurangi kekuatan kelompok militan Islam, melemahkan Ikhwanul Muslimin, dan mendongkrak kekuatan moderat seperti Arab Saudi dan negara-negara Teluk .” sumber

RUSIA dan KOREA Bantu SYRIA Bina Senjata Kimia


rudal suriahSebuah majalah khusus tentang militer dan keamanan “Giant” melaporkan ada bukti baru yang membuktikan bahawa rejim Assad sedang mengembangkan kemampuannya dalam memproduksi senjata, terutama rudal untuk “Hizbullah” dengan bantuan negara-negara sekutu seperti Iran dan Korea Utara dan bahkan Belarus, yang telah mamasuk peralatan system untuk mengubah rudal jenis M600 dan de scud menjadi lebih tepat.

Menurut majalah mingguan tersebut, bahawa Pusat kajian dan riset Ilmia Syria, bertanggung jawab terhadap pembinaan senjata kimia, sebagaiaman ia juga mesti mengawasi proyek pembuatan rudal, dan bahwasanya para pegawai di masyarakat Internasional, termasuk PBB, Rusia, da Amerika Syarikat tidak melakukan pengawasan dalam proses di dalam, dan juga tidak memberikan sanksi pada pusat riset ini.

Ia menjelaskan bahawa meskipun penghancuran senjata kimia yang dimiliki Syria telah mulai dimusnahkan. Namun pusat masih memiliki informasi dan pengetahuan tentang bagaimana membuat senjata yang mengandung bahan kimia mematikan, termasuk sarin.

Majalah tersebut juga melaporkan tentang meskipun ada informasi bahawa beberapa kilang yang memproduksi senjata kimia telah ditutup, namun ia memberikan informasi dari sumber yang dapat dipercaya bahwa masih ada kilang-kilang yang masih membuat senjta kimia. Meski tidak menambah produksinya.
Ia juga menunjukkan dalam laporannya tersebut, bahawa senjata baru yang diproduksi  lebih berbahaya namun  perlu ketepatan dan tidak menjangkau jarak yang jauh. sumber

FILIPINA - Aquino Tekad Hapuskan BIFF

Manila: Presiden Filipina Benigno Aquino semalam berikrar untuk menghapuskan militan yang menentang perjanjian yang sudah termete-rai bertujuan menamatkan pemberontakan pemisah Islam sejak berdekad lamanya, ketika angka kematian akibat serangan tentera terhadap mereka meningkat kepada 38 orang.

Kerajaan merumuskan perbincangan damai dengan kumpulan pemisah Islam terbesar negara itu pada Sabtu, dan segera menghantar tentera menentang serpihan yang dipanggil Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).


“Pasukan tentera bersenjata meneruskan operasi untuk menghalang aktiviti melanggar undang-undang daripada menjejaskan penduduk dan secara serius mengurangkan keupayaan mereka menentang perjanjian damai ini,” kata Aquino kepada pemberita di Manila.

Kumpulan pemisah utama, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sejak 1970-an berjuang untuk kuasa autonomi bebas di pulau selatan dengan majoriti penduduk beragama Islam.

Kira-kira 150,000 orang terbunuh dalam konflik terbabit.

Di bawah rancangan damai yang dirancang, MILF akan mengawal wilayah Islam di selatan Filipina. Aquino mensasarkan rancangan damai itu menjadi kenyataan sebelum beliau meletak jawatan pada pertengahan 2016.
BIFF adalah kumpulan serpihan daripada beberapa ratus militan yang dipercayai daripada MILF yang mempunyai 12,000 anggota. Mereka menjalankan serangan maut sejak beberapa tahun untuk cuba menggagalkan usaha damai.

Jurucakap tentera tempatan, Kolonel Dickson Hermoso berkata askar menemui 37 mayat ahli BIFF yang dibunuh dalam masa tiga hari ketika bertempur dalam dan sekitar perkampungan di selatan. - AFP sumber

LIBYA - TPM Terselamat Cubaan Bunuh

Tripoli: Timbalan Perdana Menteri Libya, Sadiq Abdulkarim (gambar) terselamat daripada cubaan membunuhnya di Tripoli semalam, demikian menurut pejabat perdana menteri.


Penembak melepaskan tembakan ketika Abdulkarim mahu memasuki Kemen-terian Dalam Negeri yang diketuainya, kata pegawai pejabat Perdana Menteri tanpa mengulas lanjut. Pegawai Kementerian Dalam Negeri pula berkata identiti penembak tidak jelas.



Libya berdepan tentangan daripada berpuluh militan yang membantu menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011, yang kini sering kali mencabar pihak berkuasa kerajaan yang baru.

Sebahagian daripada negara itu dikuasai militan dan kumpulan puak bersenjata. - REUTERS sumber

AM - Tempat Paling Banyak Terima Pancaran Kilat, 3,600 Pancaran Sejam

Caracas: Sebuah kawasan di Venezuela mencatat nama di dalam rekod Guinness apabila menjadi tempat paling banyak menerima pancaran kilat iaitu sebanyak 3,600 pancaran bagi setiap sejam.

Sijil rekod terbabit diserahkan oleh wakil Guinness Book of World Records, Johanna Hessling kepada Naib Presiden Venezuela, Jorge Arreaza.


Bilangan mengejutkan

Bilangan panahan kilat ini juga amat mengejutkan; dianggarkan 18 hingga 60 bagi setiap minit, iaitu lebih 3,600 sejam dan 1.2 juta pancaran dalam tempoh setahun di mana setiap kilat berkenaan cukup untuk menyalakan lebih 100 juta mentol lampu, kata Agencia Venezolana de Noticias.

Fenomena terbabit dicadangkan kepada Guinness tahun lalu oleh seorang aktivis alam sekitar Venezuela, Erick Quiroga yang memantau kilat selama 17 tahun. - AFP sumber

INDONESIA - Jakarta Banjir



Jakarta banjir Seorang lelaki menjinjing kasut meredah banjir di Jakarta, semalam. - Foto REUTES
Jalan sesak, pengangkutan bas terjejas, landasan kereta api dinaiki air

JAKARTA: Hujan lebat semalaman memburukkan lagi keadaan penduduk yang sudah teruk dilanda banjir dan memungkinkan banyak lagi perpindahan di ibu negara Indonesia ini selepas beberapa beberapa bahagian di Tengah Jakarta turut dinaiki air.

MALAYSIA - 3,513 Calon STAM Dapat Maqbul, Mumtaz

PUTRAJAYA: Seramai 3,513 calon berjaya memperoleh sijil, iaitu pangkat Maqbul (Lulus) hingga Mumtaz (Cemerlang) bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata jumlah itu daripada 5,816 calon yang menduduki 10 mata pelajaran serta kali pertama menduduki peperiksaan sijil berkenaan.


Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan keputusan STAM 2013, di sini, sebentar tadi. sumber

Wednesday, January 29, 2014

MYANMAR - 18 Wanita Muslim Diculik Pengganas Buddha


rohingya
Segerombolan penganut Buddha sejak seminggu ini, telah menculik 18 wanita muslimah dari Arakan, mereka dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain secara rahsia, dan masih belum diketahui bagaimana nasib mereka saat ini.

Menurut pejabat berita Arakan, pemerintah Myanmar tidak memperdulikan keluhan yang disampaikan oleh para ibu bapa mangsa, sementara itu mereka menghadapi ancaman dari tentera Myanmar apabila mereka mencuba menghubungi pasukan pemerhati antarabangsa.

Dalam konteks yang sama, sekelompok penganut Buddha juga menjadi ancaman bagi Muslim rohingya. Salah satunya adalah Nur haq, salah satu pemandu kereta, dia mengatakan bahawa seorang lelaki Buddha telah menusuknya dengan pisau, setelah tejadi pertengkaran di antara mereka berdua keranalelaki itu tidak mau membayar wang yang sesuai dengan tarif.

Nur mengaku bahawa lelaki itu telah bersetuju dengan tarif yang akan dibayar sebelum dia naik kenderaan miliknya. Namun ketika telah sampai di tempat tujuan ternyata lelaki tersebut tidak membayarnya.

Nur juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis terdekat , namun polis tersebut menyuruhnya untuk pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan berjanji akan memburu pelakunya. Tapi Nur tidak melakukan apa – apa kerana hospital tidak menerimanya meskipun lukanya sangat berbahaya.
Seperti yang telah diketahui bahwa hospital di Arakan tidak menerima sama sekali pesakit Rohingya tidak kira bagaimanapun keadaan si sakit.

Dan perlu disebutkan, bahawa sebuah pasukan pemerhati antarbangsa baru – baru ini melakukan siasatan di sebuah desa di Arakan, untuk menyelidiki adanya pelanggaran kemanusiaan terhadap penduduk Muslim di sana. (hr/im) sumber

MESIR - Televisyen Dilarang Siar Perbicaraan Mursi


mursi
Safa Hijazi – ketua pemberitaan – mengatakan “seharusnya sidang Presiden Muhammad Mursi pada hari ini disiarkan secara langsung di televisyen Mesir, namun tiba-tiba datang arahan bahawa kamera dilarang memasuki ruang pengadilan untuk merakam proses pengadilan.

Hijazi menambahkan dalam pernyataannya, “tidak diketahui alasan dibalik pelarangan tersebut, namun diharapkan hal tersebut akan diumumkan oleh pihak berkuasa.” Katanya.

Sementara itu,wartawan, Salim Azuz, mengecam keputusan memasukkan Presiden Muhammad Mursi ke dalam kurungan kaca pada pengadilannya di akademi polis.

Dia menambahkan,”pertama kalinya dalam sejarah pengadilan di Mesir, memasukkan terdakwa kedalam kurungan kaca kedap suara,” (hr/im) sumber

LIBYA - Tentera Pro-Ghaddafi Masih Gigih Berperang


pasukan revolusi libya
Kejadian berbalas tembak kembali terjadi dengan pasukan yang setia kolonel Muammar Gaddafi setelah pasukan militer Libya kembali melakukan operasi militer untuk membersihkan kota Sabha dari tangan loyalis pada hari Selasa (28/01).

Sumber keamanan mengatakan bahawa “sebagaian besar wilayah di kota Sabha telah berada di bawah penguasaan angkatan bersenjata Libya dan pasukan revolusi, operasi militer untuk mengambil alih kota dari tangan loyalis Gaddafi hampir selesai dilakukan.”

Sumber tersebut menambahkan “basis militer Tamanhunt kini telah berada di bawah kawalan dan penguasaan tentara Libya, semangat dan moral tentara Libya beserta pasukan revolusi kini semakin berkobar untuk mengalahkan sisa-sisa loyalis di wilayah selatan Libya setelah berhasil merebut basis militer tersebut.” (Rassd/Ram) sumber

INDONESIA - Tanah Runtuh, 19 Maut

Jakarta: Dua kejadian tanah runtuh disebabkan hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang manakala 10 lagi masih hilang di Jawa, kata pegawai kerajaan semalam.

Lima rumah tertimbus apabila lumpur melungsur turun daripada bukit di sekitarnya selepas tengah malam di kampung Mekarsari di daerah Jombang Jawa Timur, kata jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
Beliau berkata, pasukan penyelamat mengeluarkan tujuh mayat daripada timbunan lumpur dan masih mencari 10 yang dilaporkan hilang. “Kekurangan peralatan menyukarkan usaha menyelamatkan mereka yang masih hilang dan dikhuatiri mati,” katanya.



Pihak berkuasa bergelut mendapatkan traktor dan jentolak. Rakaman televisyen menunjukkan beratus-ratus polis, anggota tentera dan penduduk menggali runtuhan dengan tangan, penyodok dan cangkul.

Bencana semalam adalah kejadian tanah runtuh kedua membawa maut dalam tempoh beberapa hari di Pulau Jawa. - AP sumber

FILIPINA - 17 Pemisah Islam Terbunuh

Manila: Tentera Filipina semalam berkata, pihaknya membunuh 17 militan yang menentang perjanjian keamanan yang dicapai antara kerajaan dan kumpulan pemisah Islam negara itu, ketika pertempuran meningkat pada hari kedua.

Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Dickson Hermoso, berkata lebih 1,500 tentera terbabit dalam kempen menentang Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di kawasan pertanian selatan negara itu.
Beliau berkata, 17 ahli BIFF disahkan terbunuh di dalam pertempuran minggu ini, sementara dua lagi tentera dan seorang awam cedera.


Serangan dilancarkan kelmarin, dua hari selepas kejayaan memuktamadkan rundingan antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang disasarkan untuk menamatkan pemberontakan selama berdekad yang membunuh berpuluh ribu orang.

Serangan maut

BIFF adalah kumpulan militan kecil yang menentang usaha damai, dan melakukan banyak serangan maut beberapa tahun kebelakangan ini bagi menggagalkan proses perdamaian.

“Usaha menamatkan ancaman BIFF adalah aspek penting untuk membantu entiti politik pemerintahan sendiri Islam yang akan ditubuhkan menerusi perjanjian damai ini,” kata Hermoso kepada AFP.
Beliau berkata, pertembungan bersenjata kecil berterusan pada Selasa dalam tiga perkampungan pertanian berhampiran pekan Datu Piang, kira-kira 800 kilometer di selatan Manila.

Hermoso berkata, BIFF mempunyai 120 ahli ‘tegar’ disokong sejumlah saudara terdekat dan kumpulan bersenjata lain yang menentang rundingan aman.

Beliau berkata, tentera melaksanakan ‘operasi melaksanakan undang-undang’ bagi menangkap 25 militan, yang berdepan beberapa tuduhan jenayah, termasuk penculikan, pembunuhan dan penyeksaan orang awam.

MILF sudah menerajui pemberontakan sejak 1970-an, yang disasarkan untuk mencapai kemerdekaan atau pemerintahan sendiri bagi minoriti Islam di wilayah selatan Mindanao, yang mana mereka menganggapnya sebagai tanah tumpah darah mereka.

BIFF tarik diri berunding

Bagaimanapun ketika kumpulan itu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan, BIFF menarik diri dan menuduh pemimpin utama pemberontak Islam itu mengkhianati usaha minoriti Islam untuk mencapai kemerdekaan.

Selepas 18 tahun rundingan, MILF dan kerajaan bersetuju pada Sabtu membabitkan bahagian akhir perjanjian keamanan yang dirancang iaitu penubuhan wilayah autonomi. Perjanjian itu dijangka ditandatangani pada akhir Mac depan. - AFP sumber

SYRIA - Kapal AS Bakal Tiba

Kapal tentera AS berlepas ke Itali 
 Kapal MV Cape Ray berlepas dari pelabuhan Norfolk di Virginia. - Foto AGENSI
 
Washington: Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat dengan kelengkapan khas berlepas ke Itali semalam bagi misi penting memusnahkan senjata kimia paling berbahaya Syria, menurut Pentagon.

“Kapal MV Cape Ray yang berlepas dari pelabuhan Norfolk di Virginia, dijangka tiba di pelabuhan selatan Gioia Tauro dalam ‘dua atau tiga minggu,” kata jurucakap tentera Kolonel Steven Warren.
 
 Sistem hidrolisis


Kapal kargo 650 kaki (197.5 meter) itu sudah dilengkapi dua sistem hidrolisis mudah alih yang besar, direka khas bagi meneutralkan bahan kimia berbahaya Syria.

Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel menghantar sepucuk surat kepada Kapten Rick Jordan dan krew 135 orang itu dengan memberitahu mereka melakukan ‘misi bersejarah.’

“Pencapaian kamu adalah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan,” kata Hagel dalam surat yang diterbitkan Jabatan Pertahanan.

“Kamu akan memusnahkan simpanan senjata nuklear terbesar dunia di laut dan menjadikan dunia lebih selamat,” tulisnya.
Cape Ray dirancang berlepas lebih awal kelmarin tetapi masalah enjin menangguhkan pergerakan, kata pegawai rasmi.

Ia mempunyai krew 35 orang awam yang mengendalikan kapal dan 63 anggota yang bertanggungjawab mengendalikan unit hidrolisis selain pasukan keselamatan.

Jentera hidrolisis akan mencampurkan air panas dengan bahan kimia lain bagi memisahkan kimia berbahaya, menghasilkan mendakan seakan-akan sisa toksik industri.

Tahun lalu, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong perjanjian Amerika Syarikat dan Russia akan mengeluar dan memusnahkan senjata kimia Syria.

Perjanjian itu dilakukan sebagai salah satu cara mengelakkan serangan bom Amerika Syarikat selepas serangan kimia berhampiran Damsyik, dan rejim Assad dipersalahkan berikutan kejadian itu.

Di bawah perjanjian itu, senjata kimia Syria akan dihapuskan menjelang 30 Jun. Ia akan menyaksikan bahan kimia berbahaya dineutralkan kapal Amerika Syarikat di laut, berikutan tiada negara bersedia melakukan operasi memusnahkannya. - AFP sumber

AM - Jatuh 915 Meter tapi Selamat

TULSA (Oklahoma): Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang terjatuh dari ketinggian 915 meter ketika bermain payung terjun, terselamat dan kini menerima rawatan lanjut.

Doktor pakar bahagian trauma, Dr Jeffrey Bender berkata Makenzie Wethington mengalami kegagalan fungsi hati, patah tulang pelvis, tulang belakang dan beberapa tulang rusuk serta bahu beliau ketika tragedi pada Sabtu lalu.

Bender berkata, remaja berkenaan berada berada dalam keadaan stabil dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). - AP

sumber

Tuesday, January 28, 2014

INDONESIA - 70,000 Mangsa Banjir di Jepara

Banjir masih menggenangi sejumlah wilayah di Jepara, Jawa Tengah (Jateng) hingga hari Isnin (27/1/2014). Ketinggian banjir di beberapa wilayah bahkan mencapai tiga meter.

Ribuan rumah dan sejumlah kawasan sawah padi tak tampak lagi, hanya air berwarna coklat yang terlihat jelas di mana-mana. Inna lillahi wainna ilaihgi roji’un.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana (BPBD) Jateng, Sarwa Pramana, mengatakan kondisi ketinggian banjir di Kabupaten Jepara masih parah. Dia mengatakan, hujan lebat yang berterusan beberapa hari kebelakangan ini membuat ketinggian air di Kudus, Pati, dan Jepara meningkat.

Sarwa menyebut jumlah pengungsi korban banjir di Jepara saat ini sudah mencapai angka 70.000 orang. Pihak BPBD mengaku sudah menyiapkan pos pengungsian yang tersebar pada sembilan kecamatan di Jepara. - See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/01/28/banjir-jepara-masih-parah-pengungsi-mencapai-70-ribu-jiwa.html#sthash.EK4Fy15E.dpuf

GLOBAL - Syeikh Abdul Karim Zaidan Meninggal Dunia

Ulama besar fiqh dan syariat Iraq, Syeikh DR. Abdul Karim Zaidan meninggal pada Isnin pagi (27/1/2014) di ibu kota Yaman, Shan’a. Syeikh Zaidan meninggal dalam usia lebih dari 97 tahun, laporan akhbar Yaman Sahafa dan sejumlah laman berita Timur Tengah. Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji’un.

Hai’ah Ulama Al-Muslimin (Organisasi Ulama Kaum Muslimin) dalam pernyataan rasminya mengungkapkan belasungkawa atas wafatnya Syeikh Abdul Karim Zaidan pada Isnin pagi di kota Shan’a. Selama setahun terakhir Syeikh Abdul Karim Zaidan menjalani perawatan perubatan akibat beberapa penyakit yang beliau alami. sumber

MESIR Berdarah Lagi, 50 Maut


mesir berdarah
Sekurang-kurang hampir lima puluh orang meninggal dunia dan ratusan lainnya mengalami kecederaan  dalam pertempuran antara pasukan keamaan dan penunjuk perasaan menolak kudeta di beberapa wilayah di Mesir, dalam rangka peringatan tiga tahun revolusi 25 Januari.

Di wilayah “Alf maskan” terdapat dua puluh orang meninggal kerana pertempuran antara pihak keamanan dan demonstran,. Sebelumnya sumber perubatan mengesahkan bahwa ada dua puluh jasad yang masuk di hospital Kaherah.

Sedangkan di “Mathariyah” 11 orang meninggal dan ratusan orangcedera . Menurut doktor di hospital daerah tersebut luka-luka mereka sangat serius, kebanyakan mengalami kecederaan di perut.

Angka tersebut belum termasuk korban yang jatuhn di Iskandariyah,Giza dan kota-kota lainnya. (hr/jzr) sumber

PALESTIN - Hacker Berjaya Ceroboh Web Mossad

Serangan hacker terhadap sejumlah perkhidmatan keamanan dan badan intelejen Israel “Mossad” terus mengalami peningkatan dalam tempoh waktu satu bulan terakhir, seperti disiarkan akhbar Israel Maariv.

Akhbar tersebut menyatakan bahawa serangan dilakukan oleh hacker Palestin dengan mengirimkan email yang berisi virus komputer yang apabila dibuka akan menyebabkan kerosakan komputer dan hancurnya data dan informasi yang disimpan didalamnya.

Maariv mengungkapkan baahwa sebuah perangkat komputer Kementerian Dalam Negeri di wilayah Tebing Barat, Palestin berhasil dihancurkan, serangan tersebut berhasil menghancurkan banyak data dan informasi penting mengenai kegiatan pemantauan pihak keamanan Israel terhadap kegiatan sejumlah militan Palestin.

Perang yang disebut “Interfadoh” oleh para hacker Palestin telah dimulai sejak tahun 2000 lalu. (Akhbarak/Ram) sumber

sumber

MESIR - Dewan Militer Setuju AsSisi Jadi Calon Presiden

Keinginan Jeneral Abdel Fattah Sisi untuk mencalonkan diri sebagai presiden dalam pilihan raya akan datang telah mendapat persetujuan dari dewan militer Mesir dalam sebuah pertemuan yang diadakan pada hari Isnin (27/01).

Seperti disiar pejabat berita Timur Tengah Mena mengatakan “Keputusan tersebut diambil dengan suara bulat dalam pertemuan komandan militer senior yang dipimpin oleh Sisi, Sisi sendiri akan mengumumkan pencalonan dirinya dalam beberapa jam akan datang.” sumber

MESIR - Sudah Lama AsSisi Idam Jadi Prseiden

Seorang pengamat politik Mesir memperkirakan bahawa Sisi telah merancang sejak awal untuk dapat menjadi presiden sebelum menggulingkan Muhammad Mursi pada 3 Julai lalu.

Dalam sebuah rakaman video yang di muatnaik ke laman video sosial Youtube, Doktor Muhammad Baradai mengatakan “sejak awal Sisi telah merencanakan mengambil peranan penting dalam tunjuk perasaan anti pemerintah Mursi 30 Jun lalu, sesaat sebelum dirinya mengultimatum Mursi untuk berundur dari jabatannya.”

Hal ini diperkuat dengan rakaman dialog yang bocor antara Sisi dengan salah satu anggota komite penyusunan konstitusi, Yasser Rizq, yang memintanya untuk mempertahankan Sisi sebagai Menteri Pertahanan Mesir dan sebuah pasal yang memperkuat kedudukannya di dalam undang-undang baru.

Provokasi media juga turut berperanan penting untuk mendongkrak citra Sisi sebagai sosok pahlawan baru Mesir, tercatat dalam 6 bulan terakhir seluruh akhbar dan media siaran menampilkan keberhasilan Sisi menyelamatkan Mesir dan memujinya sebagai pahlawan baru di negeri 1000 menara. (Rassd/Ram)

Berikut link video tersebut dalam bahasa arab:
http://www.youtube.com/watch?v=sDXM6151xhc

sumber

IRAN - Gempa Bumi 4.9 Skala Ritcher


IRAN-QUAKE
Gempa berkekuatan lebih dari 4 skala richter melanda wilayah tenggara Iran pada Isnin (27/01) waktu tempatan.

Menurut lembaga Geologi AS mengatakan bahawa titik gempa berkekuatan 4.9 richter berada seratus kilometer barat daya kota Zahedan Iran pada pukul 06:16 waktu setempat ( 02:46 GMT ). Daerah ini terletak di dekat perbatasan sebelah timur yang berbatasan dengan Pakistan.

Menurut keterangan rasmi pemerintah Iran tidak ada korban jiwa atau kecederaan  akibat gempa yang melanda wilayahnya pada Isnin pagi.

Sebelumnya pada tahun 2003 lalu sebanyak 26 ribu orang terbunuh setelah gempa berkekuatan 6.6 skala ritcher melanda kota Bam yang terletak di tenggara Iran.

Iran sendiri terletak pada serangkaian garis patahan bumi yang dapat menyebabkan gempa bumi kecil setiap harinya.sumber

IRAQ Bakal Beli 24 Heli Apache dari AS

Rancangan pemerintahan Presiden Obama menjual 24 helikopter tempur jenis Apache kepada pemerintah Iraq nampaknya akan segera terlaksana setelah mendapat isyarat persetujuan dari anggota kongres AS.

Bahagian Kerjasama Keamanan Pertahanan dalam Kementerian Pertahanan AS menyatakan dalam satu pernyataan rasmi di situs web mereka “Kongres telah menyetujui penjualan 24 helikopter tempur Apache kepada Perdana Menteri Nouri al Maliki untuk menghadapi ancaman militan bersenjata di Iraq barat.”

Akan tetapi kesepakatan itu boleh saja diganggu oleh sejumlah anggota Komite Hubungan Luar Negeri Senat Amerika Syarikat jika mereka tidak bisa mendapatkan jaminan dari para pemimpin Iraq untuk tidak menggunakan pesawat tersebut untuk tujuan lain.

Al – Maliki sendiri kini sedang menghadapi kecaman sengit oleh kaum majoriti Sunni Iraq yang mengeluhkan marginalisasi pemerintah terhadap mereka. sumber

PALESTIN - 120 Kader Fatah Dibenarkan Pulang ke Gaza


hania
Ismail Haniyah, Ketua  pemerintah Palestin di Jalur Gaza, mengumumkan bahadwa ia akan memperbolehkan kembalinya 120 pemimpin dan kader dari gerakan Fatah yang telah meninggalkan Gaza selama pengambilalihan militer pada bulan Jun 2007.

Haniyah mengatakan dalam sebuah wawancara Tv tempatan, “rekonsiliasi bergerak maju, dan keputusan untuk mengizinkan kembalinya 120 kader gerakan Fatah adalah salah satu langkah dalam rangka mempercepat pencapaian rekonsiliasi dan mengakhiri divisi.

Haniyah menyarankan agar pemerintah terus melangkah menuju rekonsiliasi dan tidak akan berundur.  Sebelumnya para pemimpin dari gerakan Fatah, pada minggu lalu telah kembali ke Jalur Gaza., termasuk di antaranya Majid AbuShamala, Alaa Yaghi dan Sofyan  Abu Zaida, setelah beberapa keputusan diambil oleh Haniyah awal bulan ini untuk memajukan rekonsiliasi di negara tersebut  (hr/im) sumber

FILIPINA - Kumpulan Serpihan Islam Diserang

Kumpulan serpihan  Islam kena serang  
Gambar pada September 2011 ketika anggota MILF berkawal di kem Darapanan di wilayah Sultan Kudarat, selatan Mindanao. MILF dilaporkan bekerjasama dengan tentera Filipina menyerang BIFF di selatan Mindanao kelmarin. - Foto AFP
 
Manila: Tentera Filipina semalam dilaporkan menyerang sebuah kumpulan serpihan Islam yang belot, dua hari selepas kumpulan pemisah Islam utama negara itu berjaya mengakhiri rundingan bagi menamatkan pemberontakan sejak berdekad yang membunuh berpuluh penduduk.

Tentera yang dibantu meriam, menyerang gerila Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di sebuah kampung pedalaman di pulau selatan Mindanao, mencetuskan pertempuran yang menyebabkan beratus-ratus penduduk awam melarikan diri, kata tentera.


Serangan berterusan

Serangan bermula pagi Isnin dan berterusan sepanjang hari, kata Kolonel Hermoso, yang menjelaskan tiada sebarang kematian atau kecederaan dilaporkan.

Hermoso berkata Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang mempunyai kekuatan 12,000 tentera merumuskan rundingan damai dengan kerajaan hujung minggu lalu, turut membantu tentera.

“MILF adalah sebahagian daripada operasi penguatkuasaan undang-undang itu. Mereka menjaga keselamatan penduduk di mana BIFF tidak dapat memasukinya. Mereka juga marah dengan BIFF,” katanya.
Jurucakap tentera MILF Von al-Haq mengesahkan bahawa tentera bekerjasama dengan MILF sebelum serangan.

“BIFF tidak memasuki wilayah kami. Kami mempunyai garisan di mana kami mempunyai kakitangan yang ditempatkan semula. Jika mereka lari mereka tidak boleh memasukinya kecuali jika menyerah diri,” katanya.

Brigadier Jeneral Edmundo Pangilinan, seorang daripada komander operasi berkata ia adalah satu serangan yang secara kebetulan berlaku selepas rumusan rundingan damai dengan MILF. - AFP sumber

SWEDEN - 4 Anak Bakal Dijaga oleh Keluarga Muslim

Kuala Lumpur: Harapan untuk empat anak pasangan warga Malaysia yang dalam tahanan pihak berkuasa Sweden dipindahkan untuk jagaan keluarga Islam, dijangka menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous, berkata ketika ini segala urusan dengan pihak berkuasa Sweden berhubung perkara itu sedang dibuat bagi mendapatkan perintah Mahkamah Pentadbiran negara itu.

Beri kerjasama

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di negara itu berusaha keras dan memberi kerjasama sebaik mungkin dalam usaha memperoleh kebenaran memindahkan empat anak pasangan itu.

“Peluang untuk menempatkan anak-anak berkenaan di bawah penjagaan keluarga Islam amat cerah dan keputusan mengenainya akan diperoleh dalam masa terdekat ini selepas mahkamah memutuskannya.

“Dua keluarga rakyat Malaysia yang disenarai pendek sebagai penjaga anak berkenaan memenuhi kriteria ditetapkan pihak berkuasa Sweden,” katanya ketika dihubungi di Stockholm, semalam.sumber

MESIR - Militan Letupkan Saluran Gas ke Sinai

KAHERAH: Kumpulan militan Mesir meletupkan saluran paip gas di Sinai yang membawa gas ke Jordan lewat semalam dalam serangan ketiga seumpama itu dalam tempoh kurang sebulan, kata pegawai keselamatan.

Mereka berkata, tiada laporan segera berhubung kecederaan tetapi saksi menyatakan api besar menjulang ke udara di tempat di mana saluran paip itu diletupkan.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, saluran paip gas itu diletupkan di kawasan yang dikenali sebagai Muqtadiba, selatan Al-Arish. - AFP sumber

Monday, January 27, 2014

Saturday, January 25, 2014

AFRIKA TENGAH - 50 Muslim Dibunuh

Ketegangan di Afrika Tengah terus meningkat.  Pengganas Kristian yang menyebut diri mereka anti-Balaka semakin haus akan darah kaum Muslimin.  Mereka mensasarkan setiap Muslim yang melintas di hadapan mereka.

Laporan aktivis hak asasi manusia mengatakan lebih dari 50 Muslim telah terbunuh dalam dua serangan di desa-desa di barat laut Republik Afrika Tengah.

Amnesti Internasional pada Jumaat (24/1/2014) mendesak pasukan “penjaga perdamaian” antarabangsa untuk meningkatkan upaya untuk mengamankan pedesaan, siar AP.

Sekitar 4,.600 pasukan “penjaga perdamaian” Afrika berada di Afrika Tengah, namun 3,200 dari mereka tetap berada di ibukota.

Perancis juga telah mengirimkan 1,600 askar, namun hanya beberapa yang mencapai wilayah lebih jauh ke utara.


SYRIA - Hizbullah Berperanan Aktif

Sebuah kajian yang dilakukan oleh America Study Center menyatakan bahawa penglibatan pasukan bersenjata Hizbullah berperang bersama tentera Syria melawan pasukan pejuang revolusi menyebabkan kerugian tersendiri bagi Hizbullah.

Dalam penelitian yang dilakukan oleh The Washington Institute mengenai penglibatan Hizbullah di Syria “apakah sebuah keberhasilan atau kekalahan?” oleh ahli defensif intelijen AS Jeffrey Weit, menyatakan bahawa milisi Hizbullah berperanan penting dalam perang di Syria.

Jeffrey menyatakan bahawa milisi Hizbullah merupakan kekuatan terbaik yang dimiliki oleh rezim Bashar al Assad saat ini di tanah Syria. Menurutnya milisi Hizbullah memiliki peranan mengembalikan semangat tempur sekitar 50 ribu tentera Syri di berbagai titik lokasi peperangan.

Akan tetapi Jeffrey mengingatkan bahawa Hizbullah mengalami kerugian tersendiri di dalam tubuh mereka dan perang menghadapi Israel ditengah fokus mereka di Syria. sumber

YAMAN - 3 Maut dalam Serangan Drone AS

3 orang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan pesawat drone AS pada Khamis (23/01) malam terhadap sebuah kenderaan yang dicurigai ditumpangi oleh anggota al Qaida Yaman.

Seperti dinyatakan oleh seorang pegawai keamanan Yaman mengatakan “serangan udara mensasarkan sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh gerilawan di lembah Ubaida di Marib, pada Khamis.”

Para pegawai menjelaskan bahawa ledakan besar menggoncang daerah tersebut setelah serangan udara yang dilancarkan pesawat drone AS, pegawai keamanan menduga bahawa kendaraan itu membawa senjata atau amunisi.

Pemerintah Yaman telah melakukan perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk memerangi jaringan al Qaeda Yaman dengan membolehkan Angkatan Udara AS melakukan serangan udara menggunakan pesawat drone di wilayah udara Yaman. sumber

MYANMAR - Ramai Terbunuh

Keganasan terhadap etnik Rohingya: Myanmar  diarah  lakukan siasatan adil Gambar fail menunjukkan etnik Rohingya melarikan diri daripada keganasan di wilayah mereka di negeri Rakhine, Myanmar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan penduduk Rohingya di Myanmar adalah etnik paling tertindas di dunia.
 
PBB terima maklumat kukuh pembunuhan di Rakhine

Yangon: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Myanmar menyiasat laporan pembunuhan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam serangan ke atas etnik Islam Rohingya dengan pembabitan pihak polis.

PBB berkata, ia menerima ‘maklumat kukuh’ beberapa siri serangan di kawasan pedalaman Rakhine awal bulan ini, yang mana ia adalah salah satu kebimbangan terbaru membabitkan pergolakan wilayah itu.


“Saya bersimpati ke atas korban di kampung Du Chee Yar Tan dan menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan adil sepenuhnya dengan segera selain memastikan mangsa dan keluarga mereka menerima keadilan,” kata ketua hak asasi manusia PBB, Navi Pillay dalam satu kenyataan pada Khamis.


Lelaki Islam diserang

PBB berkata, ia mempunyai maklumat bahawa lapan lelaki Islam Rohingya diserang dan terbunuh di kampung itu, berhampiran sempadan Bangladesh disebabkan tindakan sekumpulan etnik Rakhine beragama Buddha pada 9 Januari.

Polis dibunuh

Empat hari kemudian, seorang polis berpangkat sarjan dalam kampung yang sama ditangkap dan dibunuh oleh etnik Rohingya.

Kesannya, polis dan etnik Rakhine tempatan bertindak membunuh sekurang-kurang 40 lelaki Islam Rohingya, wanita dan kanak-kanak pada petang hari sama, menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa PBB sudah menyerahkan maklumat yang diperoleh kepada kerajaan Myanmar. - AFP sumber

MESIR - 3 Bom Gegar Kaherah

gambar sebelum  gambar berikut
Foto Letupan pertama di Bangunan Direktorat Keselamatan, Kaherah. 4 maut, 70 cedera.
Sekurang-kurangnya lima maut, 70 cedera dalam keganasan terbaharu di Mesir

KAHERAH: Tiga letupan bom menggegarkan ibu negara Mesir, menyebabkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh semalam, ketika rakyat negara itu bersiap sedia memperingati ulang tahun ketiga kebangkitan rakyat pada 2011.

Dalam serangan pertama, penyerang memandu kereta dipenuhi bom merempuh pagar besi yang mengelilingi bangunan direktorat keselamatan di Kaherah kira-kira jam 6.15 pagi waktu tempatan, mengorbankan empat orang dan mencederakan lebih 70 lagi, kata pegawai polis dan kementerian kesihatan.

Serangan berlaku sehari sebelum polis ditempatkan di seluruh Kaherah menjelang ulang tahun ketiga kebangkitan menumbangkan bekas diktator Hosni Mubarak, dengan pergerakan Islam menggesa bantahan besar-besaran menentang rejim baharu.

“Mereka tidak mahu rakyat meraikan ulang tahun 25 Januari,” kata Menteri Dalam Negeri, Mohamed Ibrahim mengenai penyerang, sambil menambah beliau menjangkakan ramai yang akan turun ke jalan raya semalam.

Saksi pengeboman di ibu pejabat polis berkata, kereta dipenuhi jerangkap samar merempuh pagar besi di sekeliling bangunan.
“Saya berada di tingkat tiga, dengan ketua keselamatan. Kereta merempuh pagar dan letupan kedengaran,” kata anggota polis, Mahmud Mushref.

Letupan menyebabkan kawah besar di tanah dan asap memenuhi bandar raya itu, kata wartawan AFP.

“Kenderaan itu cuba hampir dengan bangunan tetapi dihentikan di pintu pagar. Angka korban kecil berbanding saiz letupan,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif.

Tidak ramai berada di jalan raya kerana penduduk lelaki menunaikan solat Jumaat. Televisyen melaporkan penyiasat menemui mayat suspek pengebom bunuh diri.

Saksi yang tinggal di pangsapuri kira-kira 200 meter dari bangunan polis berkata beliau terbangun akibat letupan itu.

“Bangunan kediaman saya bergegar,” kata Yahya Attiya.

Beberapa jam kemudian, bom meletup berhampiran stesen metro di tengah Kaherah, mengorbankan seorang mangsa.

Ibrahim berkata bom menyasarkan kenderaan yang membawa anggota polis ke tempat mereka.

Bom kecil ketiga diletakkan di belakang papan tanda berhampiran balai polis di jalan raya menuju ke piramid Giza, kata kementerian dalam negeri, sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Polis pencegah rusuhan menghalang beratus orang, sebahagian daripadanya melaungkan slogan mengecam Ikhwanul Muslimin. Penyerang meningkatkan serangan sejak tentera menyingkirkan Presiden Mohamed Morsi Julai lalu. – AFPsumber

Friday, January 24, 2014

MAGHRIBI - Snowboarding in Marakesh (video)


MESIR - Gerbang Rafah Ditutup Kembali


rafah

Pemerintah kudeta Mesir kembali menutup gerbang perlintasan Rafah di wilayah Sinai Utara setelah berakhirnya kesepakatan rasmi antara kedua pemerintahan Mesir-Palestin sejak hari Khamis (23/01) semalam.

Seorang sumber keamanan Mesir mengatakan kepada media Jerman ‘DPA’ , “pasca berakhirnya pembukaan pintu perlintasan Rafah selama 3 hari lamanya, pihak berkuasa Mesir kembali menutup pintu perlintasan sampai menunggu pemberitahuan lebih lanjut untuk membuka gerbang Rafah.”

Sebelumnya pihak berkuasa Mesir telah membuka penyeberangan Rafah dari kedua arah luar dari hari Selasa kelmarin, setiap harinya gerbang Rafah dibuka untuk jangka waktu 6 jam.

Pintu perlintasan Rafah merupakan satu-satunya akses jalan keluar bagi 2 juta penduduk Jalur Gaza setelah sekatan yang dilakukan oleh Israel sejak akhir 2006 lalu.sumber

KUWAIT - Polis Mesti Berjanggut


militer kuwait

Kementerian Dalam Negeri Kuwait mengenakan peaturan baru bagi pegawai polis yang melarang pencukuran janggut tanpa izin atasan terlebih dahulu dengan alasan wibawa seorang petugas keamanan.

Wakil Kementerian Dalam Negeri Kuwait, Jeneral Sulaiman Al-Fahad, mengatakan bahawa “peraturan tersebut wajib dipatuhi seluruh petugas kepolisian, ini untuk menjaga harga diri dan kewibaan mereka.”

Selain pelarangan cukur janggut, Kementerian dalam Negeri juga memberlakukan peraturan yang melarang cukur rambut dengan model terkini dan penggunaan gel ataupun krim rambut.

Peraturan baru yang ditetapkan oleh pemerintah kerana seringnya pelanggaran yang dilakukan oleh petugas keamanan dan militer mengenai atribut dan penampilan standard yang telah ditetapkan pemerintah. (Alarabiya/Ram) sumber

GLOBAL - Makanan Sihat, Negara Mana?


saudi MC D
Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa negara seperti Belanda , Perancis dan Swiss, menduduki peringkat teratas dalam penyelenggaraan pola makanan sihat di dunia menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh organisasi dari Britain, OXFAM.

Sementara peringkat terburuk diduduki oleh negara Yaman yang menjadi negara teratas dalam penyelenggaraan pola makanan sihat diantara negara-negara Arab.

Salah satu alasan yang menempatkan Belanda sebagai negara teratas adalah rendahnya tingkat warga Belanda yang terjangkit penyakit diabetes dan obesiti.

Penelitian ini didasarkan pada peran negara mendukung ketersediaan makanan, kualiti dan keterjangkauan di daerah terpencil, tingkat penyebaran penyakit akibat kelebihan dan kekurangan makanan.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa Yaman bergabung dengan India , Madagaskar , Ethiopia dan Chad, dalam penyedian makanan sihat baik bagi warganya.

Sementara hasil penelitian juga menunjukan bahawa sepertiga dari orang-orang Saudi menderita obesiti dan sebanyak 18 % warga Saudi menderita penyakit diabetes sumber.

PALESTIN - Israel Dakwa Ada Cubaan Letupakan Kedutaan AS

Badan Keamanan Dalam Negeri Israel, Shin Bet, berhasil menangkap 3 orang warga Palestin di kota Jerusalem Timur yang dituduh akan melakukan pengeboman di beberapa tempat penting di kota Israel dan Jerusalem.

Dalam kicauan di akaun twitter rasmi milik Pegawai Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman, menuliskan “Shin Bet berhasil menangkap sejumlah warga Palestin yang merancang melancarkan berbagai-bagai serangan, termasuk pengeboman Kedutaan Besar AS di Tel Aviv,” seperti disiarkan AFP.

Mereka dituduh oleh Badan Keamanan Dalam Negeri Israel berafiliasi dengan jaringan al Qaeda, dan direkrut oleh seorang pegawai penting organisasi tersebut yang digelar sebagai Oraib al Sham, yang berada di Jalur Gaza. sumber

PALESTIN - Ditangkap kerana Namakan Anak sebagai Mursi


palestinSebuah keluarga Palestin menuduh perisikan Palestin di Tebing Barat telah menangkap anaknya, Abdul Halim Ghannam, pada hari di saat dia menamakan anaknya yang baru lahir dengan nama “Muhammad Mursi”, seperti nama presiden terpilih yang digulingkan oleh kudeta Mesir pada tiga Julai tahun lalu.

Keluarga tersebut mengatakan dalam satu sidang media,”Intelijen Palestin di Ramallah telah menangkap anak kami.” Dan dia menuntut tanggung jawab atas segala bahaya yang mungkin diterimanya.

Hingga kamis pagi ini, belum ada kejelasan dari aparat keamanan tentang penangkapan tersebut.  Sedangkan isterinya menyatakan bahawa suaminya sedang dalam keadaan tidak sihat akibat keluar masuk penjara Israel selama lebih dari 7 tahun. (hr/im) sumber

GLOBAL - Salafi dan Syiah Bersatu Jatuhkan Ikhwan

Penasihat Menteri Pertahanan Kuwait mengkritik kempen yang dilakukan  oleh beberapa negara   terhadap kelompok Ikhwanul Muslimin.

Nasser al-Duwailah, mengatakan dalam Tweet-nya bahawa dirinya tidak berafiliasi dengan Ikhwan, dia menekanan bahawa “tidak semua dunia sepakat tentang ancaman Ikhwanul Muslimin terhadap masa depan peradaban manusia.”

Dia menunjukkan bahawa “ Belum pernah sejarah menyaksikan pertentangan dari berbagai kelompok termasuk orang-orang kafir, sebahagian dari kelompok salafi dan Syiah bersatu melawan Ikhwanul Muslimin.” Dia menegaskan bahawa “Para pengamat yang moderat kebingungan dalam memahami apa yang sebenarnya terjadi pada beberpa kelompok internasional ini, yang bersama melawan Ikhwan, padahal mereka adalah kelompok yang toleran dan tidak ekstrim dalam beragama, ada sesuatu.” kata mereka. sumber

MESIR - 87.2% Tak Setuju As-Sisi Jadi PM

Satu pungutan suara yang dilakukan oleh laman “Mesir Today” mengenai sokongan pembaca terhadap pencalonan Jeneral Abdul Fattah Al-Sisi menjadi Presiden Republik  Mesir.

Hasil dari bancian tersebut sangat mengejutkan , di mana  sebahagian besar pemilih ternyata tidak setuju dengan pencalonan tersebut. Peratusan mereka yang menolak pencalonan Sisi sebagai presiden mencapai 87.2% atau 383,685 orang. Sedangkan mereka yang setuju berjumlah 49,045 atau 12.7% saja !.
Bancian ini menunjukkan bahawa Sisi gagal dalam menarik simpati warganya, meskipun dia menganggap telah melancarkan perang terhadap “Ikhwan” yang dituduh sebagai teroris. sumber