Friday, February 28, 2014

MESIR - Kuasa As-Sisi Bertambah Besar

Presiden sementara rampasan kuasa Mesir,  Adly Mansour pada hari Khamis mengeluarkan dekrit mengenai reshuffle dewan militer negara itu dan memilih  untuk pertama kalinya pihak militer sebagai pimpinan dewan militer sebagai pemimpinnya .

Keputusan Mansour menempatkan Abdel – Fattah el – Sisi bertanggung jawab atas dewan militer .
Langkah ini dianggap yang pertama dalam sejarah Mesir bahawa dewan militer tidak lagi dipimpin oleh presiden yang dahulunya menurut konstitusi Mesir , presiden adalah  komandan kepala angkatan bersenjata.

Keputusan hari Kamis itu terlihat sebagai sebahagian dari authorized reorder siries  pihak keamanan negara itu yang semakin meluas  sebelum pemilihan presiden terpilih nantinya.

Sebuah analisa  akhbar tempatan  pada hari Khamis bahawa memperkirakan Sisi akan segera mengundurkan diri dari jawatannya sebagai menteri pertahanan dan segera  mencalonkan diri sebagai presiden .

Berita Harian milik negara al- Ahram mengutip mantan Ketua Liga Arab Amr Moussa pada hari Khamis mengatakan bahawa Sisi akan membuat pengumuman pengunduran dirinya dari Menteri Pertahanan  dalam 10 hari akan datang .(Arby/Dz) sumber

PALESTIN - Amensty Int. Dakwa Israel Langgar HAM

Amnesty Internasional mendakwa Israel telah lakukan pelanggaran HAM berat terhadap warga Palestin sejak tahun 2011 lalu.

Dalam data rasmi yang dikeluarkan, Amnesty Internasional menyebut sekurang-kurangnya tentera Israel telah membunuh 45 orang awam Palestin dan mencederakan ribuan orang lainnya sepanjang tempoh waktu 3 tahun terakhir.

Organisasi Internasional ini menyerukan PBB dan pemerintah Israel untuk segera melakukan penyelidikan independen mengenai insiden tersebut.

Di sisi lain, pemerintah Israel membantah tudingan tersebut dan menyebutnya sebagai tudingan bodoh yang tidak mendasar. (Aljazeera/Ram) sumber

PALESTIN - 2 Warga Ditangkap Zionis

Dua orang warga Jalur Gaza ditangkap pihak tentera Israel setelah cuba meyeberangi pagar perlintasan di sebelah timur perbatasan Israel-Jalur Gaza hari Khamis (27/02) .

Seperti disiarkan laman berita online berbahasa Ibrani, Walla.co.il, menyatakan bahawa kedua-dua orang tahanan tersebut tidak kedapatan membawa senjata ketika ditangkap, sekarang kedua-duanya berada dalam pemeriksaan intensif badan keamanan dalam negeri Israel , Shabak.

Situasi ekonomi yang memburuk di Jalur Gaza akibat sekatan Israel menyebabkan sejumlah pemuda Palestin nekad menyeberangi secara ilegal untuk mencari pekerjaan di wilayah Tebing Barat, tercatat kes serupa meningkat drastik dalam kurun waktu 4 hari terakhir, seperti disiarkan seorang sumber militer Israel. sumber

GLOBAL - Rakyat AS Makin Ramai Jadi Ateis

Rakyat Amerika semakin meninggalkan agama. Itulah kesimpulan dari hasil kajian lembaga Religious Landscape Survey yang disiarkan baru-baru ini.

Hasil survei menunjukkan bahawa terjadi perubahan yang sangat cepat di kalangan masyarakat AS usia 18 tahun ke atas terkait dengan afiliasi agama mereka, di mana makin banyak orang yang memilih tidak beragama atau tidak mahu dirinya dilihat sebagai pemeluk agama tertentu
.
“Lebih dari seperempat dari kalangan usia dewasa atau sekitar 28 peratus memilih meninggalkan agama, meski mereka dibesarkan di tengah lingkungan yang memeluk keyakinan tertentu atau tidak memeluk salah satu agama pun, ” demikian laporan Religious Landscape Survey.

Survey yang dilakukan oleh Pew Forum on Religion and Public Life ini merupakan survei tentang afiliasi agama masyarakat AS yang baru pertama kali diadakan, melibatkan 35.000 responden warga AS berusia 18 tahun ke atas. Dari hasil survei juga ditemukan fakta bahawa setiap kelompok agama secara konstan kehilangan pemeluknya, kerana pindah ke agama lain. Misalnya, Kristiann ke Islam, Protestan ke Yudaisme atau dari Ortodoks ke Katolik.

Dari kelompok agama itu, agama Katolik yang paling banyak ditinggalkan pemeluknya. Disebutkan, hampir satu dari tiga orang Amerika (31%) dibesarkan di tengah keluarga penganut Katolik. Tapi saat ini kurang dari 24 peratus atau satu dari empat orang Amerika yang menyatakan berafiliasi ke agama Katolik.

Menurut data CIA Fact Book, dari 301 juta jumlah penduduk AS, 52 peratusnya adalah penganut Protestan, 24 peratus penganut Katolik Roma, 2 peratus Mormon, `satu peratus penganut agama Yahudi dan satu peratus Muslim. Penganut kepercayaan lainnya 10 peratus dan 10 peratus lagi menyatakan tidak beragama.

Salah seorang warga AS, imigran dari Vietnam Anh Khochareun adalah salah satu yang sekarang memilih atheis. Dulu Anh memeluk agama Budha, lalu pindah ke agama Katolik saat berimigrasi ke AS dan sekarang dia beserta suaminya mengaku sebagai atheis.

“Kami membuat keyakinan kami sendiri, dalam kerangka apa yang boleh kami lakukan untuk diri kami sendiri dan dalam kehidupan kami sekarang, ” ujar Anh.

Fred Kurth, pesara ahli teknik pesawat ruang angkasa, dulunya adalah penganut Evangelis, kemudian menganut kepercayaan Unitarian Universalism, dan sekarang menjadi seorang Muslim setelah menikah dengan isterinya yang berasal dari Morocco.

Menurut Kurth yang kini memakai nama Ibrahim, dia melakukan “pencarian jiwa” sebelum akhirnya memutuskan memeluk agama Islam. Ibrahim Kurth sekarang selalu membawa sejadah di keretanya dan solat berjamaah setiap hari di masjid dekat rumahnya di Frederickburg, Virginia. (ln/iol) sumber

MESIR - 7 Pengguna Facebook Ditahan

Polisi Mesir juga menahan tujuh orang yang dituduh menggunakan Facebook dengan tuduhan menghasut orang untuk melawan pasukan keamanan , Kementerian Dalam Negeri mengatakan pada hari Khamis , dalam rangka membasmi aktivisme internet  para pendukung Presiden terguling Mohammad Mursi .

Mereka yang ditahan  berusia antara 21 hingga  43 tahun . Pendukung Mursi ini telah menggunakan sarana Facebook sebagai sarana perjuangan medianya sejak Julai tahun lalu  , ketika para ahli polirik Ikhwan ditangkap oleh militer setelah protes massal menentang kekuasaan dan sebagai responnya negara melancarkan tindakan keras .

Dikatakan pasukan keamanan telah mengesan jejak elektronik FB  pengguna ” untuk menangkap mereka . Juru cakap Kementerian Dalam Negeri menolak untuk memberikan perincian lebih lanjut .

Pemerintah menuduh Ikhwanul Muslimin  melakukan kekerasan , dan mengatakan aktiviti Ikhwan  telah berubah menjadi terorisme – walaupun  kelompok Islam itu menyangkal tuduhan tersebut , tetap saja pihak keamanan Mesir menangkap ribuan pendukung Mursi setelah dia digulingkan . (Arby/Dz) sumber

BRUNEI Tahan Suspek Jemaah Islamiyah

Bandar Seri Begawan: Pihak berkuasa Brunei menahan seorang warga Indonesia yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) kerana didakwa terbabit dalam aktiviti berkaitan keganasan di negara itu, lapor media semalam.

Suspek, dikenali sebagai ‘Daniel atau Awaluddin Sitorus, ditahan pada 21 Februari lalu dan dipercayai menjadi anggota JI yang beribu pejabat di Indonesia, menurut Brunei Times.
 
 JI, yang dikatakan bersekutu dengan al-Qaeda, dipersalahkan di atas beberapa serangan di Asia Tenggara, dengan paling dahsyat adalah pengeboman di Bali pada Oktober 2002 yang mengorbankan 202 orang.


Awaluddin disyaki merancang membantu militan memasuki dan menggunakan Brunei - yang berkongsi kepulauan Borneo dengan Malaysia dan Indonesia - sebagai kubu dan menyalurkan kewangan untuk militan di luar negara, menurut akhbar itu yang memetik kenyataan pegawai keselamatan Brunei.

Pihak berkuasa Brunei tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Awaluddin, yang dinyatakan dalam akhbar, berusia dalam lingkungan 40-an dan menggunakan banyak nama samaran termasuk Abu Yasar dan Dani Sitorus, dibicarakan di Indonesia sedekad lalu berhubung rancangan mengebom tiga gereja di Medan pada Mei 2000. - AFPsumber

MALAYSIA - Polis Pantau Pertemuan Pemimpin Sulu

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau pertemuan pemimpin kanan ‘Kesultanan Sulu’ yang dikatakan akan ke Sabah kononnya untuk membincangkan tuntutan ke atas Negeri di Bawah Bayu itu.

Berdasarkan maklumat diterima PDRM, pemimpin itu dipercayai akan tiba di Sabah dalam masa terdekat untuk bertemu ‘individu berkepentingan’ bagi membincangkan isu berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata maklumat dan risikan polis mendapati pemimpin itu akan ke Sabah dalam beberapa hari lagi tetapi enggan mendedahkan identiti ‘individu berkepentingan’ terbabit.


“Kita akan memantau pertemuan itu dan mengambil tindakan sewajarnya jika ia mengancam keselamatan negara mengikut undang-undang sedia ada,” katanya selepas majlis ramah mesra dengan bekas pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, semalam.

Khalid berkata, pihaknya turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya membangkitkan isu ancaman ‘tentera diraja Sulu’ dan pembabitan warga Filipina dalam kes penculikan di Sabah kepada Presiden negara itu, Benigno S Aquino III, yang berada di negara ini sempena lawatan dua harinya bermula semalam.

“PDRM mencadangkan Perdana Menteri membincangkan isu keselamatan negara ini dengan Presiden Filipina bagi dicari jalan penyelesaian,” katanya.

Kawal keselamatan pesisir pantai
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, pasukan Polis Marin akan kembali mengawal keselamatan pesisir pantai negara atas persetujuan Perdana Menteri.

Katanya, kerajaan tidak mengehadkan tugas polis dalam mengawal keselamatan negara, termasuk membabitkan perairan negara.

“Kerajaan membenarkan PDRM mengawal pesisir pantai negara bagi memudahkan polis melaksanakan rondaan dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya. sumber

MALAYSIA - Ketua Menteri Baru Sarawak

Petra Jaya: Menteri Tugas Tugas Khas Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, 70, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-5 dalam istiadat penuh bersejarah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri, tepat jam 9.40 pagi tadi.

Beliau menggantikan Ketua Menteri paling lama dalam sejarah negara, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 78, yang bersara bermula hari ini, seterusnya bakal dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri yang baharu, menggantikan Abang Muhammad Salahuddin, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya, juga pada hari ini.
 
 Adenan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu itu mula menyertai Kabinet Sarawak selepas peristiwa Ming Court pada 1987.


Beliau adalah antara pemimpin paling senior dalam Kabinet Sarawak selepas Abdul Taib dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Sementara itu, Abdul Taib dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur sebelum Solat Jumaat untuk menghadap, seterusnya menerima watikah pelantikannya sebagai Yang di-Pertua Negeri Ke-7 daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara kira-kira jam 3 petang ini sebelum kembali semula ke Kuching menggunakan pesawat khas.

Adenan memulakan majlis angkat sumpah jawatan pagi ini dengan menerima watikah perlantikannya daripada Abang Muhammad Salahuddin disusuli majlis ikrar taat setia dan acara menandatangani surat akuan jawatan.

Selain Abdul Taib, turut sama menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar dan barisan Kabinet negeri. sumber

MALAYSIA - Anwar Menang Saman Papa Gomo

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang dalam samannya terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' berhubung penyiaran perkataan fitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki. sumber



Thursday, February 27, 2014

PALESTIN - Kekacauan di Kota Al-Quds


Pergaduhan kembali tercetus di kota Al Quds pada Rabu (26/02) malam antara pemuda Palestin dengan pasukan keamanan Israel, bertepatan dengan upacara pemakaman warga Palestin Jihad Thowil.

Jihad Thowil adalah seorang tahanan Palestin yang meninggal di penjara Israel beberapa hari lalu akibat di abaikan keadaan kesihatannya setelah menjalani penyiksaan oleh warder penjara Israel.

Pwergaduhan terjadi di wilayah Ra’su ‘Amud, menurut keterangan saksi mata “warga Palestin yang marah merosakkan sebuah pos polis dan menghancurkan kamera.”

Di tempat lain, warga Palestin yang marah akibat meninggalnya Jihan Thowil dan aksi penyerbuan Masjid Aqsha hari Selasa (25/02) kelmarin,  terlibat dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Harah Sa’diyah. (Rassd/Ram) sumber

MESIR - 26 Dihukum Mati


Mahkamah Jenayah Kaherah utara pada hari Rabu (26/2/2014) menjatuhkan vonis mati kepada 26 terdakwa di Suez atau yang dikenal dengan kes “Sel Suez”. Surat keputusan vonis mati tersebut telah diserahkan pihak Mahkamah Jenayah Kaherah utara kepada mufti umum Mesir sebagai persiapan untuk pelaksanaan eksekusi, Al-Jazeera melaporkan.

Mahkamah Jenayah Kaherah utara menjatuhkan vonis mati kepada para terdakwa atas beberapa tuduhan, diantaranya membentuk kelompok teroris yang merencanakan penyerangan terhadap kapal-kapal di Terusan Suez.

Sumber-sumber pengadilan mengatakan kepada pejabat berita Reuters bahwa para terdakwa berjumlah  27 orang. Sebanyak 26 orang terdakwa telah dijatuhi vonis hukuman mati. Seorang terdakwa lainnya masih menjalani proses pengadilan. Vonisnya terdakwa tersebut baru akan dijatuhkan pada hari pelaksanaan eksekusi mati terhadap 26 penjenayah lainnya, pada 19 Mac akan datang.



Pengadilan Pidana Kairo utara pada hari Rabu (26/2/2014) menjatuhkan vonis mati kepada 26 terdakwa di Suez atau yang dikenal dengan kasus “Sel Suez”. Surat keputusan vonis mati tersebut telah diserahkan pihak Pengadilan Pidana Kairo utara kepada mufti umum Mesir sebagai persiapan untuk pelaksanaan eksekusi, Al-Jazeera melaporkan.
Pengadilan Pidana Kairo utara menjatuhkan vonis mati kepada para terdakwa atas beberapa tuduhan, diantaranya membentuk kelompok teroris yang merencanakan penyerangan terhadap kapal-kapal di Terusan Suez.
Sumber-sumber pengadilan mengatakan kepada kantor berita Reuters bahwa para terdakwa berjumlah total 27 orang. Sebanyak 26 orang terdakwa telah dijatuhi vonis hukuman mati. Seorang terdakwa lainnya masih menjalani proses pengadilan. Vonisnya terdajwa tersebut baru akan dijatuhkan pada hari pelaksanaan eksekusi mati terhadap 26 terpidana lainnya, pada 19 Maret mendatang.
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/02/27/pengadilan-mesir-memvonis-mati-26-orang-terdakwa-dalam-kasus-organisasi-jihad-sel-suez.html#sthash.c2oYcRUe.dpuf

AS Bakal Berundur dari AFGHANISTAN

Foto Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel (membelakangkan kamera) berucap kepada tentera Amerika Syarikat di Kem Bastion, Agfhanistan 8 Disember tahun lalu. - Foto AP
Tindakan selepas Presiden Hamis Karzai enggan tandatangan perjanjian

WASHINGTON: Presiden Barack Obama kelmarin memaklumkan kepada Presiden Afghanistan, Hamid Karzai bahawa beliau merancang pengunduran penuh tentera Amerika Syarikat.

Rancangan itu dibuat selepas pemimpin berkenaan enggan menandatangani Perjanjian Keselamatan Dua Hala (BSA) dengan Washington.
 
 Obama bagaimanapun tidak menyatakan sebarang perjanjian berkaitan misi selepas 2014 dengan kerajaan Kabul selepas itu.


Kenyataan Rumah Putih melaporkan Obama yang bercakap dengan Karzai melalui telefon memberitahu bahawa Pentagon mempunyai pilihan terhad kecuali berundur sepenuhnya.

“Presiden Obama memberitahu Presiden Karzai mengenai rancangan itu selepas beliau enggan menandatangani BSA dan Washington perlu meneruskan rancangan sokongan,” kata kenyataan itu.

“Pastinya, Presiden Obama sudah meminta Pentagon memastikan ia mempunyai rancangan cukup bagi melaksanakan pengunduran yang lancar menjelang akhir tahun ini, jika Amerika Syarikat merancang untuk tidak menempatkan tentera di Afghanistan selepas 2014.”

Rumah Putih sebelum ini mengingatkan keengganan Karzai menandatangani perjanjian yang dicapai menerusi rundingan sukar pada tahun lalu akan memaksa Washington memulakan pengunduran sepenuhnya.
Walaupun Karzai enggan menandatangani BSA, masih ada sebilangan calon pilihan raya negara itu menyatakan hasrat untuk menandatanganinya.

BSA menawarkan perlindungan undang-undang kepada tentera Amerika Syatikat dan menggariskan misi menentang keganasan pasca-2014.

Kenyataan itu menyatakan Obama masih menunggu untuk “kemungkinan memuktamadkan BSA dengan Afghanistan lewat tahun ini”, jika beliau dapat mencari rakan kerjasama dalam kerajaan Afghanistan yang baru.

Ia adalah petunjuk paling jelas bahawa Washington sanggup menunggu proses pilihan raya Afghanistan sebelum membuat keputusan akhir mengenai masa depan Afghanistan.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengingatkan “semakin lama BSA tergantung, pelaksanaan misi AS akan menjadi semakin mencabar untuk dirancang dan dilaksanakan,” menurut White House.

“Selain itu, semakin lama BSA tidak dimuktamadkan, terdapat kemungkinan misi AS selepas 2014 mempunyai skala dan matlamat lebih kecil.”

Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap Karzai dan kemahuan beliau memegang kuasa untuk tempoh beberapa bulan terakhir mandatnya yang hanya akan menjejaskan keselamatan negara itu pada masa depan. - REUTERS

sumber

BRUNEI - Sultan Murka Kritikan Media

Sultan Brunei murka kritikan media sosial   Sultan Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menyuarakan kemurkaan dan mengarahkan pengguna media sosial berhenti mengkritik rancangan beliau untuk memperkenalkan undang-undang syariah di negara itu.

Hassanal, salah seorang individu terkaya dunia pada, Oktober lalu mengumumkan bahawa Brunei akan melaksanakan undang-undang syariah seperti sebatan, pemotongan anggota badan serta hukuman rejam sampai mati mulai 1 April ini.
 
 Tindakan cetus kritikan

Tindakan itu mencetuskan kritikan daripada media sosial, satu-satunya kaedah rungutan awam membabitkan pihak berkuasa negara itu dengan tindakan mempersoalkan Sultan dielakkan.

Dalam titah ucapan hujung minggu lalu, Hassanal memberi amaran keras kepada pengkritik beliau.

“Mereka tidak boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” katanya menurut salinan ucapan yang diterbitkan media kerajaan.
Beliau tidak memperincikan bagaimana pengguna media sosial boleh didakwa di bawah undang-undang Islam itu. Sultan kekal sebagai individu amat dihormati di negara 400,000 penduduk itu yang menikmati taraf hidup tertinggi di Asia.

Bagaimanapun, beberapa minggu lalu perdebatan internet berlaku membabitkan penyokong undang-undang berkenaan dan mereka yang amat bimbangkan pelaksanaannya.

“Amat menakutkan untuk memikirkan kami mungkin direjam dengan batu sehingga mati kerana menyintai atau didenda kerana meminati sesama jantina dan pakaian kami turut dikawal,” kata satu kiriman internet.

Brunei mempunyai penggunaan dan kadar penembusan media sosial terbesar dunia. Undang-undang syariah memperuntukkan hukuman mati kepada zina, potong tangan kerana mencuri serta sebatan dalam kesalahan seperti pengguguran, minum arak dan homoseks.

Negara itu melaksanakan ajaran Islam konservatif berbanding jiran Islamnya, iaitu Malaysia dan Indonesia dengan mengharamkan jualan arak dan mengehadkan agama lain.

Ia juga mempunyai dua sistem perundangan, iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang mengendalikan kes perkahwinan, pewarisan harta dan banyak isu kecil lain. - AFP sumber

Wednesday, February 26, 2014

PALESTIN - 30 Cedera di Masjidil Aqsa

Sekurang-kurangnya 30 warga Palestin cedera dalam pertembungan dengan pasukan Israel pada Selasa (25/02) pagi di kompleks Masjid Al Aqsha, Al Quds, Palestin.

Pertempuran meletus setelah pasukan Israel yang terdiri dari tentera dan polis menyerbu warga Palestin yang telah berkumpul di Masjid Aqsha sejak Isnin (24/02) malam.

Tembakan gas pemedih mata, granat kejut, dan peluru karet dibalas lemparan batu oleh warga Palestin.
Saksi mata mengatakan “Pasukan Israel yang terdiri dari polis  dan pasukan militer menyerbu masuk masjid al- Aqsa melalui gerbang Mugrabi, mereka kemudian membubarkan paksa warga Palestin yang telah berkumpul di sekitar Masjid. 30 orang dilaporkan mengalami sesak nafas akibat menghirup gas pemedih mata. sumber

PAKISTAN - 30 Taliban Terbunuh

gambar berikut
Foto Penduduk melarikan diri untuk mencari perlindungan, ketika melalui kampung Saidgi, Utara Waziristan, semalam. - Foto AFP

Pakistan bedil kubu di Selatan, Utara Waziristan

MIRANSHAH: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh selepas jet pejuang Pakistan membedil kubu persembunyian Taliban di barat daya bandar itu semalam, menjadikannya serangan udara keempat sejak rundingan damai tertangguh. 


Serangan awal pagi di tempat persembunyian di Utara dan Selatan daerah puak Waziristan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan udara oleh Tentera Udara Pakistan (PAF) sejak 20 Februari yang didakwa membunuh lebih 100 militan. sumber

MESIR - Militan Letupkan Paip Gas di Sinai

KAHERAH: Puak militant dilaporkan meletupkan satu rangkaian paip gas di Sinai, lewat semalam yang menyambungkan bekalan ke Jordan, demikian menurut pegawai keselamatan hari ini.

Ia adalah serangan keempat tahun ini di kawasan Semenanjung Sinai.


Letupan itu menyebabkan kebakaran dan letupan kecil sehingga ke udara. -sumber

AFRIKA: Penduduk Islam diancam bunuh


Gambar bertarikh 13 Februari lalu menunjukkan, sekumpulan penduduk Islam berehat di sebuah kem pelarian sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Mpoko di Bangui, sementara menanti giliran dibawa keluar dari Republik Afrika Tengah berikutan krisis agama. - REUTERS
CARNOT, Republik Afrika Tengah 25 Feb. - Sekumpulan 800 penduduk Islam yang kini berlindung di dalam sebuah gereja di sini, berdepan ancaman bunuh oleh militan Kristian sekiranya mereka gagal meninggalkan Republik Afrika Tengah dalam tempoh masa seminggu.
Dalam kejadian semalam, kumpulan militan Kristian itu turut berkumpul di hadapan gereja tersebut dengan membawa 40 liter minyak sambil mengugut untuk membakar rumah ibadat itu.
Keadaan itu memaksa kira-kira 30 orang anggota pengaman dari Cameroon, melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan anggota kumpulan Kristian anti-Balaka tersebut.
Penduduk Islam yang mendapatkan perlindungan di gereja itu merupakan penduduk Kampung Guen, kira-kira 100 kilometer dari Carnot, yang melarikan diri setelah kumpulan anti-Bakala menyerang penempatan mereka sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang penduduk terbunuh, awal bulan ini.
Sebelum ini, penduduk Islam dan Kristian yang tinggal di Carnot hidup dalam keadaan aman damai, sehinggalah kumpulan pemberontak Muslim Seleka menggulingkan kerajaan pimpinan Presiden, Francois Bozize pada Mac tahun lalu.
Kumpulan pemberontak itu, dipersalahkan atas kejadian pembunuhan beramai-ramai penganut Kristian dan kekacauan yang berlaku di negara ini.
Menurut seorang paderi, Rigobert Dolongo yang membantu mengebumikan mayat-mayat berkenaan, kumpulan anti-Balaka melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan seperti membunuh penduduk kampung berkenaan dengan kejam.
Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dalam serangan hari pertama dan 43 orang lagi pada hari kedua.
Seorang saksi kejadian, Ibrahim Aboubakar, 22, berkata, anggota kumpulan anti-Balaka menyerang Kampung Guen dan membunuh dua orang abangnya, selepas anggota kumpulan tersebut mendengar mereka berkomunikasi menggunakan bahasa Arab.
"Selepas kejadian itu, kumpulan berkenaan mengumpulkan berpuluh-puluh orang dan memaksa mereka untuk baring sebelum bertindak menembak mereka satu persatu,’’ jelas Ibrahim.
Sementara itu, dua orang penduduk Islam yang enggan mendedahkan nama mereka atas faktor keselamatan mendakwa, penduduk yang masih berada di Kampung Guen bertindak menelefon pasukan pengaman Afrika di sini, untuk segera membantu menyelamatkan mereka dan menegaskan bahawa tentera anti-Balaka yang lengkap bersenjata masih mengawal kampung ini, hari ini. - AGENSI

PALESTIN: Polis Israel ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS 25 Feb. - Polis Israel bertindak menceroboh masuk kompleks masjid al-Aqsa, bagi menyuraikan penunjuk perasaan Palestin yang didakwa melemparkan batu ke arah mereka, di sini hari ini.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, polis menggunakan bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan berkenaan, meningkatkan lagi ketegangan selepas Parlimen Israel dijangka membincangkan rancangan untuk membangunkan kawasan tersebut, lewat hari ini.
Tambah Rosenfeld, tindakan membaling batu telah mengakibatkan dua orang anggota polis cedera dan tiga orang penunjuk perasaan ditahan.
"Polis akan terus berkawal di kawasan berkenaan dan kegiatan pelancongan di sekitar kawasan tersebut tidak terjejas,’’ jelas Rosenfeld. - AFP

MYANMAR: Dasar Nasaka kawal pergerakan, kehidupan etnik Rohingya

YANGON 25 Feb. - Kerajaan Myanmar didakwa mengamalkan dasar yang menafikan hak penduduk Islam Rohingya termasuk mengenakan langkah mengawal penduduk dan sekatan ke atas pergerakan mereka, jelas satu laporan, hari ini.

Laporan yang diedarkan oleh sebuah pertubuhan hak asasi manusia Fortify Rights, yang beribu pejabat di Asia Tenggara itu, turut menekankan dasar diskriminasi lain yang dikenakan ke atas etnik Rohingya termasuk sekatan untuk berkahwin, kelahiran anak dan pembinaan rumah-rumah ibadat.

Kumpulan itu dalam laporannya setebal 79 muka surat menyatakan, ‘Dasar Penindasan’ tersebut diterbitkan hasil 12 dokumen-dokumen rasmi yang bocor dan satu semakan tentang maklumat mengenai penindasan terhadap Rohingya yang pernah didedahkan.

Pengarah Eksekutif Fortify Rights, Matthew Smith berkata, kesan sekatan-sekatan itu agak teruk dan telah didokumenkan dengan baik selama beberapa dekad, tetapi arahan kerajaan itu telah disimpan daripada diketahui awam.

Laporan itu sebagai contoh menunjukkan satu dokumen kerajaan yang menyatakan penduduk Rohingya Islam yang berkahwin mesti ‘mengehadkan jumlah anak dalam usaha mengawal kadar kelahiran supaya mereka akan cukup makan dan tempat berlindung’.

Pasukan keselamatan Myanmar menurut pertubuhan itu juga, diberi kuasa oleh pegawai kerajaan untuk melakukan pemeriksaan ke atas kediaman penduduk Rohingya dan mengesahkan wanita adalah ibu kepada anak yang dilahirkan.

Sementara itu, jurucakap bagi negeri Rakhine, Win Myaing memberitahu Wall Street Journal bahawa sekatan ‘bagi pengawalan jumlah penduduk, perkahwinan dan kadar kelahiran’ dilaksanakan di bawah dasar ‘Nasaka’. satu kuasa keselamatan sempadan kontroversi ditubuhkan pada tahun 1992, kebanyakannya bagi mengawal pergerakan keluar masuk antara Bangladesh dan Myanmar.

Dasar Nasaka kata Myaing, melarang penduduk Rohingya daripada bergerak antara kampung, namun dasar itu membenarkan mereka yang mempunyai Kad Pendaftaran Asing untuk bergerak secara bebas.
Dasar Nasaka ditarik balik oleh Presiden Myanmar, Thein Sein, Julai tahun lalu, bagaimanapun kumpulan hak asasi menegaskan, amalan diskriminasi itu masih berlaku.

Tuesday, February 25, 2014

BRUNEI Larang Agama Lain Guna Kalimah Allah


Brunei islamPenerapan Syariah Islam  di Brunei , melarang kafirin untuk meminum alkohol di depan umum atau berhampiran Muslim . dan juga melarang Kafirin untuk menggunakan kata kata Islam dalam peribadatannya.

” 19 kata-kata Islam dilarang untuk Kafirin di Brunei , ” dikutip dari  harian berita The Sun.
Pemerintah Brunei akan melarang penggunaan 19 kata Islam , termasuk ” Allah ” dan ” masjid ” , oleh kaum Kafir , menurut Brunei Times.

Larangan itu akan berlaku mulai  April mendatang , kata akhbat itu .

Berdasarkan hukum Syariah yang akan diterapkan , kata-kata Islam ini tidak dapat digunakan oleh agama-agama lain .

Kata kata itu seperti  Azan , Baitullah , Al Quran , Allah , fatwa , Firman Allah , hadits , haji , Hukum syara ‘; ilahi , Ka’bah , kalimah syahadah al , kiblat , masjid , imam , mufti , mu’min , shalat , dan wali .

The Brunei Times mengutip dari Hardifadhillah Mohd Salleh , seorang pakar hukum syariah  dari Unit Hukum Islam.

Dia juga mengatakan beberapa ketentuan  juga berlaku untuk kaum kafir , seperti perbuatan zina, minum alkohol di tempat umum , dan berkhalwat  dengan  Muslim/muslimah .

Jika terbukti bersalah , hukuman bagi kafir  adalah denda sebesar  Brunei $ 4.000 atau minimum satu tahun penjara .

Untuk perzinaan  seorang Muslim yang sudah menikah, kedua belah pihak dapat dihukum dengan rejam sampai mati jika pelanggaran tersebut dibuktikan dengan pengakuan atau kesaksian dari empat saksi mata .

Ketentuan bahawa mesti ada empat saksi mata didasarkan pada Al-Qur’an  surah An Nur: 4
” Selain itu , bila ada  orang tua Muslim yang menyerahkan anaknya ke dalam perawatan seorang non – Muslim dapat didenda sampai dengan Brunei  $ 20.000 atau dipenjara hingga lima tahun , ” katanya.  (JW/KH) sumber

MESIR - Potong Tangan dan Salibkan Anngota Ikhwan

Penekanan rejim kudeta terhadap Ikhwanul Muslim dari kekuasaan di Mesir tidak bererti bahawa negara ini hanya  didominasi oleh kaum sekularis yang berorientasi Barat ,  tetapi juga  beberapa pendukung rejim  berasal dari kalangan ulama ulama aneh dari Al Azhar yang menggunakan sebagai pejuang Syariah .

Salah satu saranan dari ulama Al Azhar iaitu , Syeikh Shaheen yang selalu mengutip sebahagian ayat ayat Al-Qur’an untuk menguatkan pernyataannya yang mendukung pemerintahan rejim kudeta.
Dia  menuntut penerapan hukuman syariah terhadap anggota Ikhwanul Muslimin dengan  memotong tangan mereka , menyalibkan mereka, dan mengirim mereka ke pengasingan . 

Dalam sebuah wawancara dengan saluran media Tahrir yang dikuasai oleh militer, Shaheen menyerukan penerapan  hukuman bagi anggota Ikhwanul Muslimin , dengan hukuman menyalibkan dengan  memotong tangan dan kaki mereka , dan cara hukuman itu sebaiknya dimasukkan di antara hukuman pidana di ” UU Anti – terorisme . “

Shaheen juga menyerukan untuk melarang siswa yang bersimpati dan berafiliasi dengan Ikhwanul Muslimin untuk mengikuti perkuliahan atau sekolah , kerana peranan mereka yang selalu menghasut protes terhadap pemerintahan. (JW/KH) sumber

SYRIA - 15 Maut, 65 Cedera dalam Pengeboman

Sekurang-kurangnya 15 orang terkorban manakala 65 lagi cedera dalam serangan bom yang berlaku di kawasan hospital di bandar Atma, berhampiran sempadan dengan Turki, semalam.
Letupan itu hampir memusnahkan Hospital Orient iaitu hospital kebajikan yang ditubuhkan oleh seorang ahli perniagaan Syria.

“Kesemua mereka terbunuh dan cedera merupakan pesakit dan kakitangan di Hospital Orient," kata seorang aktivis. - dpa

PAKISTAN - Komander Kanan Taliban Dibunuh

Miranshah: Sekumpulan penyerang tidak dikenali menembak mati komander kanan Taliban Pakistan yang dikehendaki kerajaan semalam kata pegawai dan keluarga mangsa.

Bekas ketua sementara pergerakan itu, Asmatullah Shaheen, diserang hendap di kampung Dargah Mandi di Miranshah, bandar utama daerah puak bergolak, Waziristan Utara.

 “Penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta Asmatullah Shaheen. Beliau bersama-sama tiga pembantu meninggal dunia di tempat kejadian,” kata pegawai keselamatan di Miranshah.


Saudara rapat Shaheen memberitahu AFP dua lagi yang berada di dalam kereta cedera parah.

Penyerang melarikan diri dengan kenderaan berasingan, kata pegawai.

Tiada kumpulan mendakwa bertanggungjawab di atas pembunuhan itu tetapi pegawai tempatan menyalahkan kumpulan militan saingan.

Kerajaan menawarkan ganjaran AS$160,000 (RM525,472) untuk kepala Shaheen, yang menjadi ahli kanan Taliban dan pemimpin puak Bhittani. - AFP sumber

MESIR - Kabinet Letak Jawatan

Kaherah: Kerajaan Mesir pimpinan Perdana Menteri Hazem al-Beblawi semalam mengumumkan peletakan jawatan Kabinet, menjelang pemilihan presiden yang berkemungkinan akan membawa ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi memegang tampuk kuasa.

Sisi, yang popular di negara itu, bagaimanapun belum mengumumkan pencalonannya untuk pilihan raya presiden itu, tetapi pegawainya berkata dia sudah membuat keputusan untuk bertanding dan akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
Beliau yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri pertama dalam Kabinet yang meletak jawatan itu, perlu meletak jawatan daripada kerajaan dan tentera sebelum boleh membuat pengumuman rasmi mengenai pencalonannya.


Kerajaan Beblawi dilantik pada Julai selepas Sisi menggulingkan presiden yang dipilih dan yang pertama di kalangan orang awam, Mohamed Morsi.

“Kabinet memutuskan berdasarkan situasi yang dilalui negara sekarang... untuk mengemukakan peletakan jawatan kepada presiden sementara Adly Mansour,” kata Kabinet dalam satu kenyataan.

Beblawi dalam siaran televisyen memuji prestasi kerajaan. - AFP sumber

Monday, February 24, 2014

PALESTIN - Hamas Buat Protes di depan Gerbang Rafah

Komite Nasional untuk memecah sekatan pada hari Ahad memasang tenda di depan pintu gerbang penyeberangan Rafah di Jalur gaza Selatan, Sebagai protes dan menuntut untuk dibuka kembali, dijadualkan aksi ini akan berlangsung empat hari.

Aksi ini diikuti oleh Para pemimpin Gerakan Pejuang Islam, Hamas, dan wakil dari Dewan Legislatif Palestina serta perwakilan dari “asosiasi Profesi”.

Hammad alruqb, jurucakap aksi “tenda Protes” saat pembukaannya mengatakan,”Sekatan yang diberlakukan di Jalur Gaza sejak lapan tahun lalu,mencakup semua bidang kehidupan. Dan menyebabkan penderitaan rakyat Palestin, sama ada siswa, orang sakit dan lainnya.” sumber

SYRIA - 229 Trak Bantuan dari TURKI

Sekitar dua ratus lebih trak berisi bahan bantuan kemanusiaan berhasil masuk ke Syria melalui perbatasan Turki-Syria hari Ahad (23/02) lalu.

Seperti dipetik pejabat berita Anatolia dari pernyataan kepala urusan bantuan Turki, Bulent Yildirim, mengatakan “sebanyak 229 trak berisi bahan bantuan kemanusiaan berhasil memasuki Syria hari Ahad kelmarin.”

Dia menambahkan ”Tercatat ada 2300 trak bahan bantuan kemanusiaan yang terdiri dari bahan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan bahan perlengkapan lainnya masih berada di Turki.” sumber

MESIR - Doktor Dipenjara 2 Tahun krna Pakai Pin Rabia


pin rabiaMahkamah Mesir menjatuhkan hukuman dua tahun penjara, pada hari Ahad, dengan tuduhan telah menghasut kerusuhan di hospital, dan berafiliasi pada kelompok yang dilarang dan melakukan hasutan untuk melawan tentera, hal itu kerana doktor tersebut menggunakan pin yang berlogo “Rabia”.

Pengadilan telah memenjarakan Mervat Jalilah, seorang Ketua Bahagian Radiologi di hospital awam Mit Ghamr, selama dua tahun setelah dinyatakan bersalah atas tuduhan terhadap dirinya, di mana media menyebutnya isu “Pin Rabia”.

Sementara itu, Essan ezab, suami  Mervat, mengatakan : Pengadilan tersebut sangat mengejutkan dia dan isterinya serta pengacara yang telah mengikuti kaes ini, meskipun fakta menyatakan bahawa semua kesaksian dari doktor, teknisyn, dan pekerja hospital mendukung dan menekankan bahawa tuduhan tersebut tidaklah benar.”

Pihak berkuasa Mesir telah menangkap Doktor Mervat setelah memakai pin Rabia di hospital dan juga menuduh suaminya menyerang pihak keamanan dan melakukan pemukulan terhadap polis saat penangkapan.
Mervat juga dituduh berafiliasi dengan Ikhwan, menganggu kerja hospital serta dituduh berbicara dengan pasien dalam urusan politik. (hr/im) sumber

PALESTIN - Lelaki Berusia 125 Tahun

Gaza: Seorang lelaki Palestin, Rajab Al Toum, meminta Guinness Book of World Records memasukkan namanya sebagai manusia tertua dunia pada usia 125 tahun kerana dilahirkan pada 1889 dan pernah berperang di dalam Perang Dunia Pertama mempertahankan Empayar Uthmaniah yang memerintah wilayah itu selama ratusan tahun.

Al Toum berkata, kesihatannya masih baik dan mendedahkan rahsia umur panjangnya adalah tabiat pemakanan yang elok dan tidak mempercayai daging merah dan selalu mengambil minyak zaitun, susu dan daging arnab.

 Beliau yang tinggal di Semenanjung Gaza, hidup pada lima zaman berbeza termasuk Uthmaniah, penjajahan Britain, pemerintah Mesir, pencerobohan Israel dan kini di bawah pentadbiran Hamas.


Dikerah tentang tentera bersekutu

Dipetik agensi berita Anatolia, Al Toum, berkata beliau dikerah berkhidmat untuk empayar berkenaan ketika berusia 30 tahun.

Beliau berjuang mempertahankan empayar itu ketika Perang Dunia Pertama menentang tentera bersekutu di Lubnan sebelum dikalahkan dan terpaksa keluar dari Asia Barat pada 1918.

Beliau kembali ke Gaza dan berkahwin tetapi tidak mendapat anak. Beliau berkahwin lagi dan memperoleh sembilan anak dan keluarganya kini mengandungi 370 anggota.

Al Toum berkata, beliau kemudian pergi di pelabuhan Haifa untuk bekerja sebelum berpindah ke bandar Beersheeba di Negev untuk kerja lain. Kemudian beliau kembali ke Gaza dan bekerja sebagai peladang.

Al Toum masih ingat ketika tentera Israel menewaskan askar Arab pada 1948 dan menghalau beratus ribu penduduk Palestin daripada rumah mereka.

Katanya, ramai daripada penduduk meninggalkan kediaman masing-masing tetapi terus menyimpan kunci kerana menyangka akan pulang semula dalam masa beberapa hari.

Katanya, beliau banyak menghabiskan masa membaca al-Quran dan menonton berita, menambah amat kecewa dengan berita pembunuhan di kebanyakan negara Arab.

AGENSI sumber

Friday, February 21, 2014

SAUDI Izinkan Bina Gereja Pertama di SAUDI

Untuk pertama kali dalam sejarah berdirinya kerajaan Arab Saudi, akan dibangunkan sebuah gereja di negeri kaya minyak yang dipimpin oleh Raja Arab Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz, setelah Paus Alexandria dan Patriarkh Saint Mark Episkopa berhasil melobi pihak kerajaan.

Seperti disiarkan pejabat berita MCN (Middle East Christian News) dari Paus Twadharos II, Patriarkh Saint Mark Episkopa “ bahwa dirinya telah melakukan perjanjian dengan duta besar Saudi di Kaherah untuk mendirikan gereja pertama di Arab Saudi.”

Sebelumnya Paus Twadharos dilporkan telah mengunjungi kedutaan Saudi pada Rabu (19/02) pagi. (Rassd/Ram) sumber

SATU UMAT :  Peninggalan sejarah Rasulullah dan para sahabat dimusnahkan, gereja pula yang dibangunkan.

PALESTIN - Zionis Gigih Roboh Rumah Palestin

Laporan Israel pada hari Khamis menyebutkan bahawa pemerintah Isarel sejak awal tahun ini telah meningkatkan usaha menghancurkan rumah-rumah Palestin di Jerusalem Timur, dengan alasan pembangunan tanpa izin dan polis menggunakan kekerasan terhadap penghuni rumah tersebut,

Menurut sebuah laporan yang diterbitkan oeh akhbar“Haaretz” pihak berkuasa Israel sepanjang tahun 2013 telah menghancurkan 25 bangunan , sedangkan di awal 2014 ini telah menhancurkan 12 bangunan.

Akhbar tersebut mengatakan bahwa pasukan keamanan telah menghancurkan rumah milik Muhammad Sawahir, dan saat ini sawahir beserta isteri dan lima anak-anaknya tinggal di khemah yang disediakan palang merah. sumber

PALESTIN - Kapal Perang Israel Tembak Gaza

Kapal perang Israel, pada Khamis pagi melepaskan tembakan ke arah Badan Keamanan Nasional di jalur Gaza dekat perbatasan Mesir di pantai Mediteranian.

Belum ada pengesahan tentang korban dari pihak pasukankeamanan milik Hamas di Jalur Gaza sampai saat ini, setelah serangan tersebut.

Selain itu, kapal perang tersebut juga mengejar perahu nelayan Palestin, lepas pantai Rafah di Jalur Gaza Selatan, kemudian melepaskan tembakan kearah mereka, dan melukai salah seorang nelayan.(hr/Islammemo.cc) sumber

MALAYSIA - Menjawab Puak Anti Hadis (audio kuliah)

http://www.youtube.com/watch?v=BQ5PbPFYY70&list=PL94019F756E7F8C51


Benarkah Rasulullah saw hanya mengajarkan al-Quran?
Benarkah Rasulullah melarang menulis hadith?
Benarkah umat Islam hanya berpandukan al-Quran tanpa hadith?
Benarkah al-Quran sudah ditokok-tambah?
Al-Quran terpelihara kerana bahasa ataupun Kod 19?
Kod 19 ada dinyatakan dalam al-Quran?
Benarkah "Al-Mudaththir" bermaksud "Rahsia yang Terpendam"?
Benarkah "Bismillah..." ada 19 huruf?
Benarkah solat umat Islam hanya 3 waktu sehari semalam?
Benarkah kiamat akan berlaku pada tahun 2280?
Benarkah Nabi Muhammad bukan rasul terakhir?

Daripada Miqdaam bin Madiikarib radiallhuanhu berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadith daripada hadithku, maka ia (orang itu) berkata: Pegangan kami dan (pegangan) kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) saja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan dan apa yang ia (al-Quran) haramkan kami haramkan. (Kemudian Nabi saw melanjutkan sabdanya): Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah swt.

(Hadith riwayat Imam Abu Daud & Ibnu Maajah)

*Kuliah oleh pengasas Satu Umat.

LIBYA - Mangsa Rogol Dibela

LUAR NEGARA


TRIPOLI 21 Feb. - Kerajaan Libya semalam memutuskan untuk mengiktiraf wanita yang mengalami keganasan seksual sepanjang kebangkitan rakyat menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011 sebagai ‘mangsa perang Menteri Kehakiman, Salah al-Marghani berkata, mereka mengguna pakai dekri ‘melindungi masa rogol semasa perang pembebasan dan mengiktiraf mereka sebagai mangsa perang’.

Di bawah undang-undang itu, mereka yang terlibat boleh mendapat manfaat sama ada dalam bentuk kewangan, perubatan, perumahan dan bantuan pendidikan.

Dekri itu kini akan dihantar kepada Kongres Agung Kebangsaan, pihak berkuasa politik tertinggi di negara ini supaya dapat diluluskan sebagai undang-undang. - AFP

sumber:

AFRIKA TENGAH - Pengganas Kristian Bertempur dengan Pengaman


DUA anggota tentera Perancis, berkawal di atas sebuah kereta perisai di pusat pemeriksaan di kawasan digelar PK12 di Bangui, Republik Afrika Tengah, kelmarin. - AFP
BANGUI 20 Feb. - Konflik keganasan agama di Republik Afrika Tengah (RAT) semakin meruncing apabila pasukan pengaman antarabangsa bertempur dengan kumpulan militia Kristian berdekatan sebuah lapangan terbang di sini, semalam.

Letupan serangan artileri turut kedengaran seawal pagi di lapangan terbang di Bangui yang menjadi lokasi pangkalan tentera Afrika dan Perancis memerangi militia anti-Balaka yang mengganas di kawasan penempatan penduduk Islam.

Menurut laporan wartawan AFP, serangan kumpulan terbabit hampir mengenai pintu masuk lapangan terbang yang dikawal oleh sejumlah askar Perancis.

Pertempuran turut dilaporkan berlaku di kawasan penempatan Boy-Rabe yang merupakan kubu kuat kumpulan anti-Balaka di utara bandar ini.

Sumber hospital melaporkan, dua orang disahkan terbunuh dan kira-kira 40 lagi mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bangui.

Kumpulan anti-Balaka yang berkubu berhampiran lapangan terbang terbabit, mula mensasarkan tentera Kesatuan Afrika yang diketuai pasukan pengaman MISCA sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kira-kira 300 penduduk berkumpul beberapa ratus meter daripada pangkalan tentera antarabangsa bagi menyatakan bantahan terhadap askar Afrika dan Perancis.

Malah, sesetengah penduduk tempatan bertindak mendirikan penghadang jalan di sekitar lapangan terbang sebagai usaha menghalang operasi pasukan pengaman antarabangsa yang disokong tentera Perancis memerangi kumpulan milita.

Bagaimanapun, pasukan tentera antarabangsa membersihkan penghadang terbabit tidak lama kemudian. - AFP

IRAN - Tasik Air Masin Mengecil

Sebuah kapal terkandas di Tasik Oroumish, barat laut Iran selepas tasik air masin tersebut kering. - AGENSI
 
TEHERAN 20 Feb. - Keluasan Laut Oroumieh di barat laut Iran yang merupakan satu daripada tasik air masin terbesar di dunia, dilaporkan menyusut lebih daripada 80 peratus kepada hanya 1,000 kilometer persegi dalam tempoh 10 tahun berikutan perubahan cuaca.

Disebabkan keadaan itu, batu-batu yang diselaputi garam yang sebelum ini berada di dasar tasik, kini kelihatan seperti berada di tengah-tengah gurun.

Tasik itu sebelum ini menjadi sumber sistem pengairan ladang-ladang berhampiran serta sungai-sungai.

Pakar melahirkan kebimbangan, tasik yang merupakan antara destinasi pelancongan dan lokasi persinggahan burung migrasi termasuk burung flamingo dan burung camar, akan terus kering dalam tempoh dua tahun jika tiada usaha untuk memuliharanya.

Presiden baharu Iran, Hassan Rohani baru-baru ini turut melancarkan kempen untuk menyelamatkan tasik tersebut.

Kabinet pimpinan Hassan membentuk satu pasukan untuk menjemput ahli-ahli akademik di Iran dan pakar-pakar asing bagi membantu mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Ketua pasukan tersebut, Isa Kalantari berkata, manusia merupakan punca utama tasik itu mengering dan bukan cuaca.

"Tasik ini menjadi kering kerana pengurusan sumber yang salah dan kita sebagai manusia tidak memuliharanya. Kini kita perlu melaksanakan pemuliharaan. Lima juta penduduk di rantau ini terpaksa berpindah jika tasik ini kering,’’ katanya. - AGENSI

SYRIA - Pejuang Perintah Muslimah Berhijab

Mujahidin di timur Syria telah memerintahkan Muslimah yang hidup di bawah kekuasaan mereka untuk mengenakan hijab, memperingatkan bahawa siapa pun yang tidak melakukannya akan dimintai pertanggung jawaban, dalam usaha terbaru oleh mereka untuk menerapkan hukum Islam.

Dalam sebuah pernyataan oleh organisasi yang menamakan dirinya Dewan Hukum Islam Deir al-Zor, mereka memberikan waktu kepada para Muslimah sampai hari Sabtu (22/2/2014) untuk berhijab. Tidak dikatakan apa hukuman yang akan diterima oleh wanita yang tidak mematuhi perintah tersebut, siar Al Arabiya.

“Mengingat bahawa dosa adalah alasan utama ditundanya kemenangan, dewan undang-undang di kota Deir al-Zor wajib untuk mempromosikan kebajikan dan mencegah kejahatan,” ujar pernyataan yang diposting oleh aktivis Syria di halaman Facebook dan juga dilaporkan oleh Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia (SOHR) yang berpusat di Britain.

Bulan lalu, Human Rights Watch melaporkan bahawa Mujahidin Daulah Islam Iraq dan Syam (ISIS) serta Jabhah Nushrah mewajibkan wanita yang hidup di wilayah yang mereka kuasai untuk mengenakan hijab penuh-jubah panjang. sumber

Mujahidin di timur Suriah telah memerintahkan Muslimah yang hidup di bawah kekuasaan mereka untuk mengenakan hijab, memperingatkan bahwa siapa pun yang tidak melakukannya akan dimintai pertanggung jawaban, dalam upaya terbaru oleh mereka untuk menerapkan hukum Islam.
Dalam sebuah pernyataan oleh organisasi yang menamakan dirinya Dewan Hukum Islam Deir al-Zor, mereka memberikan waktu kepada para Muslimah sampai hari Sabtu (22/2/2014) untuk berhijab. Tidak dikatakan apa hukuman yang akan diterima oleh perempuan yang tidak mematuhi perintah tersebut, lansir Al Arabiya.
“Mengingat bahwa dosa adalah alasan utama ditundanya kemenangan, dewan hukum di kota Deir al-Zor wajib untuk mempromosikan kebajikan dan mencegah kejahatan,” ujar pernyataan yang diposting oleh aktivis Suriah di halaman Facebook dan juga dilaporkan oleh Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia (SOHR) yang berbasis di Inggris.
Bulan lalu, Human Rights Watch melaporkan bahwa Mujahidin Daulah Islam Irak dan Syam (ISIS) serta Jabhah Nushrah mewajibkan perempuan yang hidup di wilayah yang mereka kuasai untuk mengenakan hijab penuh-jubah panjang. (haninmazaya/arrahmah.com)
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/02/21/mujahidin-di-timur-suriah-memerintahkan-muslimah-untuk-mengenakan-hijab.html#sthash.oErEIwdT.dpuf


sumber