Monday, March 31, 2014

INDONESIA - Pesanan Susilo Bambang

Semarang: Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono meminta anggota partinya tidak memburuk-burukkan parti-parti politik lain.

“Mudah menyalahkan, mengatakan orang lain jelek (tidak bagus). Belum tentu dirinya lebih baik,” katanya ketika berucap ketika berkempen di Semarang, kelmarin. Beliau berkata memburuk-burukkan pihak lain atau orang lain adalah perbuatan tidak baik.

“Parti-parti politik lain bukan musuh kita. Mereka rakan kita, tidak perlu saling memburukkan-burukkan,” katanya.

Beliau mengakui meskipun masih ada kekurangan selama 10 tahun kepemimpinannya namun banyak kejayaan telah dicapai, dan rakyat harus menanam tekad untuk membawa Indonesia lebih maju untuk lima tahun akan datang.

Teruskan program
Menurutnya, program yang telah berjalan selama sepuluh tahun pemerintahan pimpinannya harus terus dilaksanakan kerana membawa kebaikan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Seperti Kredit Usaha Rakyat (KUR) dan Program Nasional Pembudayaan Masyarakat (PNPM). Apakah rela kalau KUR, PNPM diganti? Tidak, rakyat tidak rela,” katanya, sambil disambut dengan sorakan penyokong parti itu.

Anggota Dewan Pembina Parti Demokrat, Pramono Edhie Wibowo juga meminta ahlinya supaya mematuhi apa yang dikatakan oleh Susilo.

“Demokrasi dibangunkan daripada rasa saling menghormati dan saling memberi maklumat yang benar. Bukan mengolah maklumat untuk tipu muslihat,” katanya. - AGENSI sumber

MALAYSIA - Awang Adek Duta Besar ke AMERIKA

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Menurut Wisma Putra, Awang Adek, 59, menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara hari ini.

Awang Adek berkelulusan ijazah sarjana muda dalam matematik dan ekonomi dari Drew University Amerika Syarikat sebelum melanjutkan pelajaran ke Wharton School, University of Pennsylvania di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).


Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 hingga 1985.

Beliau kemudian menyertai Bank Negara Malaysia pada 1985 hingga 2001 dengan jawatan terakhir sebagai penolong gabenor.

Pada Pilihan Raya Umum 2004, beliau bertanding kerusi Parlimen Bachok dan selepas memenangi kerusi itu dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah hingga 2006.

Seterusnya, beliau dilantik sebagai timbalan Menteri Kewangan, yang dipegangnya hingga April 2013.
Pada 9 April 2009 beliau dilantik sebagai senator, dan kemudian dilantik semula untuk penggal kedua pada 9 April 2012.  sumber

SYRIA - Tentera Berjaya Menduduki Kota Yabrud

Setelah melakukan operasi militer besar-besaran selama kurang lebih satu bulan, pasukan rejim Nushairiyah Syria dan milisi-milisi Syiah mendakwa berhasil menduduki kota Yabrud, distrik Qalamoun, wilayah pinggiran Damsyik.

Berita jatuhnya kota Yabrud ke tangan pasukan rejim Nushairiyah dan milisi-milisi Syiah mendapat liputan luas media rasmi rejim Bashar Asad. Observatorium Syria untuk Hak-hak Asasi Manusia dan sejumlah media mainstream membenarkan hal itu. Mujahidin sendiri tidak memberikan pernyataan resmi yang menyangkal mahupun membenarkan berita tersebut.

Nampaknya fokus mujahidin lebih tertuju kepada aksi nyata di lapangan. Sehari setelah TV rejim Syria memberitakan jatuhnya kota Yabrud ke tangan pasukan Nushairiyah, Jabhah Nushrah di Lebanon meresponnya dengan melakukan serangan bom kereta yang menghentam salah satu markas milisi Syiah “Hizbullah” Lebanon di lembah Bekaa.

sumber
Setelah melakukan operasi militer besar-besaran selama kurang lebih satu bulan, pasukan rezim Nushairiyah Suriah dan milisi-milisi Syiah mengklaim berhasil menduduki kota Yabrud, distrik Qalamoun, propinsi pinggiran Damaskus.
Berita jatuhnya kota Yabrud ke tangan pasukan rezim Nushairiyah dan milisi-milisi Syiah mendapat liputan luas media resmi rezim Bashar Asad. Observatorium Suriah untuk Hak-hak Asasi Manusia dan sejumlah media mainstream membenarkan hal itu. Mujahidin sendiri tidak memberikan pernyataan resmi yang menyangkal maupun membenarkan berita tersebut.
Nampaknya fokus mujahidin lebih tertuju kepada aksi nyata di lapangan. Sehari setelah TV rezim Suriah memberitakan jatuhnya kota Yabrud ke tangan pasukan Nushairiyah, Jabhah Nushrah di Lebanon meresponnya dengan melakukan serangan bom mobil yang menghantam salah satu markas milisi Syiah “Hizbullah” Lebanon di lembah Bekaa.
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/03/31/100-roket-grad-jabhah-nushrah-goncangkan-markas-markas-rezim-dan-milisi-syiah-di-qalamoun.html#sthash.vnzKXU6e.dpuf

PALESTIN - 735 Orang Dibenarkan Lintas Gerbang Rafah

Pemerintah Mesir pada hari Ahad (30/3), mengizinkan 735 warga Palestin yang memiliki keperluan kemanusiaan, pesakit, pelajar dan mahasiswa serta mereka yang berkewarganegaraan Mesir untuk meninggalkan Jalur Gaza melalui Gerbang Rafah.

Sebanyak 11 bas meninggalkan gerbang Rafah dari jumlah 20 bus yang telah disiapkan oleh pihak Palestin di gerbang perlintasan Rafah. Demikian menurut pernyataan rasmi pegawai perbatasan dan perlintasan Palestina di Jalur Gaza.

Sementara itu Bahagian Perlintasan menjelaskan sebanyak 132 orang yang terkatung-katung berhasil tiba di perlintasan Rafah di sisi Palestin. 

Sementara itu Pihak Berkuasa Mesir menolak 21 orang lainnya tanpa menyebutkan alasannya.

(asw) sumber

PALESTIN - Apa Itu Hari Bumi?


hari bumiHari Bumi adalah hari peringatan tahunan warga Palestin yang jatuh setiap tanggal 30 Mac, untuk memperingati terbunuhya 6 warga Palestin dan puluhan lainnya cedera dalam aksi demonstarsi damai menentang pencerobohan wilayah Palestin di sebelah utara.

Demonstrasi besar-besaran diadakan oleh penduduk Palestin pada 30 Mac 1997 menolak penjarahan tanah seluas 2000 hektar di wilayah yang sekarang dikenal dengan nama Galilea dan sejumlah wilayah lainnya.
Aksi damai tersebut berubah menjadi insiden berdarah setelah militer Israel melepaskan tembakan ke arah warga Palestin. 6 warga Palestina terbunuh dan puluhan orang lainnya cedera dalam insiden  tersebut.
Sejak saat itu warga Palestin melakukan mogok massal terbesara yang dilakukan untuk melawan penjajah Israel.

Kemudian setiap tanggal 30 Mac warga Palestin memperingati sebagai Hari Bumi Palestin. (Wikipedia/Ram) sumber

MESIR - Mengapa Israel Kuat Menyokong As-Sisi?

Profesor Zionis, Yoram Meital, menegaskan bahawa Mantan Menteri Pertahanan Abdul Fattah as-Sisi mengembalikan kehangatan hubungan baru antara Kaherah dan Tel Aviv.

 Meital, ketua pusat “Haim Hartzog” untuk kajii Timur Tengah dan Diplomasi di Universitas Ben Gurion, mengatakan dalam sebuah artikel di Yediot Ahronot,”Penggulingan Mursi dan kembalinya jeneral pada pemerintahan menumbuhkan antusiasme besar di Israel. Di mana Israel menerima pergeseran sikap Mesir mengenai Hamas dan konflik yang dilancarkan oleh pasukan keamanan Mesir terhadap kelompok-kelompok bersenjata di Sinai.

Dia menambahkan,”memang benar bahawa Mesir di bawah kepemimpinan Mursi menghormati komitmen terhadap kesepakatan damai, namun di Israel khuatir terhadap berkuasanya Ikhwanul Muslimin dan meningkatnya kerjasama antara Kaherah dan Hamas.” Dia menunjukkan bahawa entiti Zionis bekerja melalui saluran diplomatik dan media untuk mengurangi kecaman Internasional terhadap pemerintah Mesir yang baru. (hr/im) sumber

TURKI - 8 Maut, 13 Cedera dalam Pilihan Raya

Istanbul: Lapan orang terbunuh manakala 13 lagi cedera dalam keganasan yang meletus ketika pilihan raya tempatan bagi memilih pemimpin peringkat kejiranan dan kampung di Turki semalam.

Sekurang-kurangnya enam orang mati dan empat cedera di sebuah kampung di Yuvacik, wilayah Sanliurfa yang dihuni sebahagian besarnya oleh puak Kurish di tenggara negara itu, demikian menurut laporan agensi berita Dogan.

Di selatan bandar Hatay pula, dua orang terbunuh dan sembilan lagi cedera apabila beberapa keluarga yang bersaing bergaduh menggunakan kayu pemukul, pisau dan pistol berhubung calon masing-masing, kata Dogan.


Lebih 50 juta orang, layak mengundi di seluruh negara yang juga bagi memilih datuk bandar dan ahli majlis perhimpunan tempatan di 81 wilayah negara itu.

Undian peringkat wilayah dan bandar itu dilihat sebagai ujian penting populariti Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, ketika kerajaan pimpinannya berdepan demonstrasi dan protes jalanan serta dakwaan skandal rasuah.

Keputusan undian terutama di Istanbul dan ibu negara Ankara akan memberi kesan kepada masa depannya kerana dia berhasrat bertanding jawatan presiden Ogos nanti, atau meminda perlembagaan parti membolehkannya memegang jawatan perdana menteri untuk penggal keempat tahun depan.

Undian bermula jam 7 pagi (0500 GMT) di timur Turki dan 8 pagi di bahagian barat. Untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar, pihak berkuasa menangguhkan selama sehari perubahan waktu Turki ke waktu musim panas.
Berdepan banyak krisis

Erdogan, disanjung dalam dan luar negara kerana memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi berdepan banyak krisis dalam tempoh 10 bulan lalu.

“Meskipun banyak kenyataan yang tidak wajar (oleh pembangkang) dan dalam ucapan ketika perhimpunan sehingga kini, rakyat akan menzahirkan apa yang benar hari ini,” kata Erdogan yang mengetuai Parti Pembangunan dan Keadilan.

“Apa yang dinyatakan oleh rakyat itulah yang sebenarnya,” kata bekas datuk bandar berusia 60 tahun itu selepas mengundi semalam.

Golongan sekular kelas menengah di bandar semakin terasing sejak polis memburu penunjuk perasaan di Taman Gezi, Istanbul pada Jun lalu, yang mencetuskan pertempuran selama berminggu di jalan raya sehingga menyebabkan lapan orang terbunuh dan beribu cedera.

Ia membangkitkan tindak balas dan persepsi dia pemimpin autokratik tatkala bermusuh pula dengan bekas sekutunya
terutama ulama Islam berpengaruh, Fethullah Gulen yang kini diisytiharkan sebagai musuh utamanya.

Erdogan menuduh imam berusia 73 tahun itu dan penyokongnya dalam polis Turki serta dalam sistem keadilan, terbabit dalam mendedahkan di dalam media sosial mengenai rasuah dan rundingan keselamatan peringkat tinggi di Syria. - AFP sumber

TURKI - Erdogan Hadapi Ujian Getir

Ankara: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang berdepan protes dan dakwaan skandal rasuah, semalam melalui ujian penting apabila lebih 50 juta rakyat negara itu yang layak, mengundi dalam pilihan raya tempatan.

Disifatkan sebagai “sultan” oleh penyokong setianya tetapi dilabel “diktator” oleh musuhnya, Erdogan sudah berminggu berkempen bersama calon datuk bandar, untuk menjadikan undian itu sebagai satu pungutan suara terhadap pemerintahannya yang sudah bertahan selama 11 tahun.

Keputusan undian terutama di Istanbul dan ibu negara Ankara akan memberi kesan kepada masa depannya kerana dia berhasrat bertanding jawatan presiden Ogos nanti, atau meminda perlembagaan parti membolehkannya memegang jawatan perdana menteri untuk penggal keempat tahun depan.


Undian bermula jam 7 pagi (0500 GMT) di timur Turki dan 8 pagi di bahagian barat.

Lebih 50 juta orang mengundi untuk jawatan datuk bandar dan ahli majlis perhimpunan tempatan di hampir 200,000 pusat mengundi, yang menyaksikan saingan antara parti Pembangunan dan Keadilan pimpinan Erdogan yang berpaksikan Islam dengan parti sekular, nasionalis dan kumpulan lain.

Tangguh sehari

Untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar, pihak berkuasa menangguhkan selama sehari perubahan waktu Turki ke waktu musim panas.
Erdogan, pemimpin yang disanjung dalam dan luar negara kerana memacu pertumbuhan ekonomi, berdepan banyak krisis dalam tempoh 10 bulan lalu.

Semakin terasing

Bagaimanapun golongan sekular kelas menengah bandar semakin terasing sejak polis memburu penunjuk perasaan di Taman Gezi, Istanbul pada Jun lalu, yang mencetuskan pertempuran selama berminggu di jalan raya sehingga menyebabkan lapan orang terbunuh dan beribu cedera.

Ia membangkitkan tindak balas dan persepsi dia pemimpin autokratik tatkala bermusuh pula dengan bekas sekutunya terutama ulama Islam berpengaruh berpangkalan di Pennyslvania, Fethullah Gulen yang kini diisytiharkan sebagai musuh utamanya.

Erdogan menuduh imam berusia 73 tahun itu dan penyokongnya dalam polis Turki serta dalam sistem keadilan, terbabit dalam mendedahkan di dalam media sosial mengenai rasuah dan rundingan keselamatan peringkat tinggi di Syria.

Kerajaan bertindak balas terutamanya dengan menghalang Twitter dan YouTube sejak dua minggu lalu yang mencetuskan kritikan daripada sekutu Turki dalam NATO dan kumpulan hak asasi manusia.

“Kita akan mengajar Pennyslvania, yang mencuri dengar perbualan telefon,” kata Erdogan sehari sebelum pilihan raya. “Mereka adalah pengkhianat... mereka adalah pengintip... Kita akan bangkit lebih kuat lagi, Insya-Allah.” - AFP sumber

INDONESIA - Selamat Walau Terapung 14 Hari di Lautan

JAKARTA: Pantang maut sebelum ajal. Itulah yang dialami seorang wanita selepas hanya bergantung kepada air hujan untuk hidup setelah terapung di laut selama dua minggu.

Susanti, 32, yang berasal dari Desa Lebo dalam daerah Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, ditemui oleh dua nelayan di laut, pagi tadi.

Ketua Polis Wilayah Poso Kota, Urbanus Songgo berkata kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki Susanti dan suaminya, Toni, 33, terbalik dilambung ombak ketika memancing ikan di laut.


"Dari keterangan mangsa, dia sudah 14 hari terumbang-ambing di laut. Dia boleh bertahan hidup kerana minum air hujan. Wanita ini diselamatkan oleh dua nelayan yang berasal dari Tegalredjo, Poso, kira-kira 11 pagi tadi," kata Urbanus yang dipetik akhbar Kompas.com, hari ini.

Urbanus berkata, daripada keterangan dua nelayan berkenaan, Sudirman, 30, dan Aco, 36, mereka melihat sebuah bot terbalik dan seorang wanita yang berada dalam keadaan lemah.

"Kedua-dua nelayan itu membawa mangsa ke klinik berdekatan. Sehingga kini, suami Susanti belum ditemui," katanya. sumber

Sunday, March 30, 2014

PALESTIN - Abbas Dipercayai Menculik Pimpinan Hamas

Pegawai Hamas, Fauzi Barhum mendakwa ketua pihak berkuasa Palestin, Mahmud Abbas dan PM Romi Hamdalah serta pasukan keamanannya bertanggungjawab penuh atas penangkapan dan penyiksaan terhadap para pimpinan dan kader Hamas di penjara Tebing Barat, terutama pimpinan Hamas, Nazih Abu Aun yang meringkok di penjara Jenin sejak seminggu lalu.

Pusat Informasi Palestina, Sabtu (29/3) Barhum memaparkan kehairanannya terhadap sikap diam gerakan Fatah dan para pimpinannya terhadap pelanggaran serius yang melewati garis merah di Tebing Barat. 

Barhum menuntut segenap faksi Palestin dan elemennya di Tebing Barat, untuk menghadapi tindakan jahat di Tebing Barat, dan melawannya dengan segenap kekuatan, untuk melindungi kehormatan diri, kebebasan dan kemuliaan yang membutuhkan pengorbanan semua pihak. (qm) sumber

MESIR - Perbicaraan Pimpinan Ikhwan

Mahkamah Jenayah Kaherah melanjutkan perbicaraan 17 anggota utama Ikhwanul Muslimin (IM), termasuk Pimpinan Umum Mohamed Badie dan wakilnya Khairat Al-Shater, pada Sabtu (29/3/2014), siar MEMO.
 
Para pemimpin IM itu diadili atas tuduhan kekerasan, yang terjadi di sekitar markas gerakan di Mokattam, Kaherah, sebelum kudeta yang menggulingkan Presiden Muhammad Mursi pada 3 Julai tahun lalu.

Para terdakwa termasuk wakil pemimpin Rashad Bayoumi dan presiden Parti Kebabasan dan Keadilan Saad Al-Katatny, dan mantan Pimpinan Umum IM Mohamed Mahdy Akef.

Mahkamah Jenayah Minya telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 yang dikatakan pendukung Mursi pada Isnin (24/3) lalu. Hukuman mati massal ini mencetuskan kegemparan antarabangsa, dan dikritik oleh sejumlah negara dan kelompok hak asasi internasional sebagai tindakan yang tidak dapat diterima dan sebuah pengabaian terhadap keadilan. 


Pengadilan Pidana Kairo melanjutkan persidangan 17 anggota utama Ikhwanul Muslimin (IM), termasuk Pimpinan Umum Mohamed Badie dan wakilnya Khairat Al-Shater, pada Sabtu (29/3/2014), lansir MEMO.
Para pemimpin IM itu diadili atas tuduhan kekerasan, yang terjadi di sekitar markas gerakan di Mokattam, Kairo, sebelum kudeta yang menggulingkan Presiden Muhammad Mursi pada 3 Juli tahun lalu.
Para terdakwa termasuk wakil pemimpin Rashad Bayoumi dan presiden Partai Kebabasan dan Keadilan Saad Al-Katatny, dan mantan Pimpinan Umum IM Mohamed Mahdy Akef.
Pengadilan Pidana Minya telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 pendukung Mursi pada Senin (24/3) lalu. Hukuman mati massal ini memicu kegemparan internasional, dan dikritik oleh sejumlah negara dan kelompok hak asasi internasional sebagai tindakan yang tidak dapat diterima dan sebuah pengabaian terhadap keadilan.
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/03/30/mesir-melanjutkan-sidang-para-pemimpin-ikhwanul-muslimin.html#sthash.OFb5gIs1.dpuf

SYRIA - Assad Rancang Buat Pilihan Raya



Aneh, meskipun dibenci oleh rakyatnya dan perang masih berkecamuk hampir di seluruh negeri, presiden rejim Nushairiyah dan jajarannya secara diam-diam mempersiapkan penyelenggaraan pilihan raya umum pada awal musim panas ini untuk mendapatkan masa memegang jawatan bagi 7 tahun lagi.

Di tengah kehancuran, yang telah mengorbankan lebih dari 140,000 orang menurut laporan PBB, pemilihan presiden mungkin nampak mustahil. Namun para pegawai rejim Syria berkeras mengadakannyanya tepat waktu.

Pemilihan ini didakwa sebagai pusat penggambaran pemerintahan Syria terhadap konflik di panggung antarabangsa. Rejim Syria menyajikan pemilihan umum yang dijadualkan pada akhir massa Assad sebagai “solusi” untuk krisis : Jika rakyat memilih Assad dalam pilihan raya, pertempuran mesti berakhir dan jika Assad kalah, dia akan pergi.


INDONESIA - 176 Warga Terlepas Hukuman Mati

JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mendedahkan sebanyak 176 rakyat republik itu termasuk tenaga kerja Indonesia, (TKI) dibebaskan daripada hukuman mati di negara lain.

"Selama ini, sudah berhasil kita bebaskan daripada hukuman mati sebanyak 176 orang. Itu bukan angka yang kecil. Ingat, bukan mudah memberi keampunan kepada seorang saja," kata Susilo di Semarang, seperti dipetik agensi berita Antara, hari ini.

Perkara itu didedahkan Presiden Indonesia itu ketika mengadakan pertemuan dengan keluarga empat TKI yang dijatuhi hukuman mati di Arab Saudi.


Empat warganegara Indonesia itu ialah Satinah yang berasal dari Semarang, Tuti Tursilawati (Majalengka, Jawa Barat), Siti Zaenab (Bangkalan, Madura) dan Karni dari Brebes, Jawa Tengah.

"Sebanyak 176 warga negara Indonesia yang berhasil dibebaskan daripada hukuman mati itu rata-rata terbabit dengan kes pembunuhan dan dadah," kata Presiden Indonesia itu.

Bagaimanapun, Susilo berkata sehingga kini terdapat 246 rakyat negara itu bakal dijatuhi hukuman mati di negara lain dan kerajaan Indonesia masih dalam proses memohon pengampunan daripada negara-negara terbabit terhadap hukuman itu.

"Inilah tugas berat yang kami pikul, tetapi ikhlas semua demi rakyat Indonesia.
"Sebab kewajipan saya, sebagai pemimpin warganegara ini, berkaitan warganegara kita. Apa pun kesalahannya, saya memohon dibebaskan daripada hukuman mati," kata Susilo.sumber

PAKISTAN - Penghina Rasulullah Dihukum Mati

Sebuah mahkamah di Pakistan telah menghukum mati seorang lelaki Kristian atas dakwaan menghina agama yang mencetuskan rusuhan di kota kedua terbesar di negara itu, kata peguamnya sebagaimana disiarkan oleh The Guardian, Khamis (27/3/2914).

Sawan Masih dihukum kerana menghina Nabi Muhammad dalam perbualan dengan seorang teman Muslimnya di Joseph Colony kawasan Lahore pada Mac tahun lalu.

Lebih dari 3,000 Muslim mengamuk dan membakar sekitar 100 rumah keluarga Kristian di Joseph Colony.

Naeem Shakir, salah satu peguam Sawan Masih, mengatakan kepada AFP: “Hakim telah mengumumkan hukuman mati bagi Sawan Masih. Kami akan mengajukan banding di pengadilan tinggi Lahore.”

Pakistan mempunyai undnag-undnag yang ketat terhadap pemfitnah Islam, termasuk hukuman mati kerana menghina Nabi Muhammad.

Masih telah mempertahankan bahwa dirinya tidak bersalah dan menyatakan alasan sebenarnya atas tuduhan penodaan agama merupakan sengketa properti antara dia dan temannya.

Tidak ada yang terbunuh dalam kerusuhan di Joseph Colony tahun lalu, namun insiden tersebut menyoroti sensitiviti penodaan agama di Pakistan.

Sebuah laporan terbaru dari sebuah panel penasihat pemerintah AS mengatakan bahawa Pakistan menggunakan undang-undang penghujatan agama lebih ketat daripada di negara lain di dunia. Tercatat sebanyak 14 orang dihukum mati mati dan 19 orang lainnya menjalani hukuman seumur hidup kerana menghina Islam.


Sebuah pengadilan di Pakistan telah menghukum mati seorang pria Kristen atas dugaan menghujat agama yang memicu kerusuhan di kota kedua terbesar di negara itu, kata pengacaranya sebagaimana dilansir oleh The Guardian, Kamis (27/3/2914).
Sawan Masih dihukum karena menghina Nabi Muhammad selama percakapan dengan seorang teman Muslimnya di Joseph Colony kawasan Lahore pada Maret tahun lalu.
Lebih dari 3.000 Muslim mengamuk dan membakar sekitar 100 rumah keluarga Kristen di Joseph Colony, setelah dugaan terhadap Masih muncul.
Naeem Shakir, salah satu pengacara Masih, mengatakan kepada AFP: “Hakim telah mengumumkan hukuman mati bagi Sawan Masih. Kami akan mengajukan banding di pengadilan tinggi Lahore.”
Pakistan memiliki hukum yang ketat terhadap memfitnah Islam, termasuk hukuman mati karena menghina Nabi Muhammad.
Masih telah mempertahankan bahwa dirinya tidak bersalah dan menyatakan alasan sebenarnya atas tuduhan penodaan agama merupakan sengketa properti antara dia dan temannya.
Tidak ada yang tewas dalam kerusuhan di Joseph Colony tahun lalu, namun insiden tersebut menyoroti sensitivitas penodaan agama di Pakistan.
Sebuah laporan terbaru dari sebuah panel penasehat pemerintah AS mengatakan bahwa Pakistan menggunakan undang-undang penghujatan agama lebih ketat daripada di negara lain di dunia. Tercatat sebanyak 14 orang terpidana mati dan 19 orang lainnya menjalani hukuman seumur hidup karena menghina Islam.
- See more at: http://www.arrahmah.com/news/2014/03/29/pakistan-menghukum-mati-penghina-nabi-muhammad.html#sthash.wAH3sWZF.dpuf