Wednesday, April 30, 2014

PALESTIN - 30 Kota di Eropah Bantah Sekatan Israel

30 kota di 12 negara Eropah pada Sabtu malam lalu melakukan aksi solidariti untuk Gaza dan pernyataan sikap penolakan terhadap sekatan yang telah dilakukan selama lapan tahun di jalur Gaza.

Aksi ini tergabung dalam sebuah acara yang bertema “ Hari Eropah memecahkan sekatan Gaza”, dan di antara negara yang mengambil bahagian adalah Jerman, Perancis, Itali dan Denmark.

Romi Abdo, ketua salah satu organisasi Hak Asasi Manusia untuk Gaza, mengatakan kepada pejabat berita Anatolia,” jalan-jalan di Eropah malam ini beralih kepada apa yang disebut dengan “pemberontakan oleh martabat manusia” dalam rangka menolak sekatan yang dzalim terhadap Jalur Gaza. sumber

PALESTIN - 1 Masjid, 4 Rumah Dihancurkan

Sebuah masjid dan 4 rumah serta sebuah pusat ternakan kecil milik warga Palestin di kawasan Khirbet Thowil sebelah timur kota Nablus, Tebing Barat, dihancurkan oleh tentera Israel pada Selasa (29/04) pagi, Israel beralasan bahawa bangunan-bangunan tersebut tidak mendapat keizinan untuk didirikan.

Dalam kesaksiannya mangsa  mengatakan kepada Reuters “Sekitar lima ratus petugas keamanan yang teridiri dari tentera dan polis mengepung rumah kami pada hari Selasa pukul dua dini hari bersama dengan enam jentolak.” sumber

SAUDI - Tentera Buat Latihan Terbesar dalam Sejarah

Pemerintah Saudi menutup secara rasmi latihan perang terbesar dalam sejarah berdirinya kerajaan yang di beri nama “Saif Abdullah“ pada hari Selasa (29/04) lalu.

Sekitar 130 ribu pasukan Kerajaan dari berbagai bahagian angkatan tersebut mengadakan latihan militer di sepanjang perbatasan dengan Iraq, Kuwait dan daerah perbatasan lainnya yang berlangsung sejak hari Ahad (27/04).


Pasukan elit seperti Garda Nasional Saudi, helikopter tempur Apache dan pesawat F 15 buatan AS juga ikut bagian dalam latihan tempur terbesar Saudi. (Skynewsarabia/Ram)

Berikut foto dan video latihan militer tersebut:
latmil Saudi 4
latmil saudi 1
latmil Saudi 3
latmil Saudi 2latmil Saudi 5sumber

MESIR - 50 Mumia Baru Ditemui

Pengkaji temui 50 mumia Gambar dikeluarkan oleh Majlis Agung Antikuiti Mesir semalam, menunjukkan sebuah kawasan perkuburan ditemui di Lembah Raja-Raja di Luxor.
Kaherah: Sekurang-kurangnya 50 mumia ditemui di ‘Lembah Raja-Raja’ di Mesir baru-baru ini bersama pelbagai objek lain termasuk keranda kayu, topeng orang mati dan balang kanopi.

Ahli kaji purba berjaya membaca nama dan tulisan pada sebahagian besar objek itu untuk menentukan siapa pemiliknya dan siapa mumia itu. Mumia terbabit merangkumi pelbagai peringkat umur termasuk bayi baru lahir.
 
 Nekropolis besar itu mengandungi mumia yang mungkin daripada kalangan keluarga diraja, khususnya anak lelaki raja Tutmoses III dan Tutmoses IV daripada dinasti ke-18 yang mentadbir dari tahun 1550 hingga 1292 sebelum masihi, kata kementerian kepurbaan.


Lembah Raja-Raja yang juga lokasi makam Raja Tut ditemui adalah pusat pelancongan popular.

Ahli kaji purba menemui beberapa mumia di kawasan itu dan berusaha lagi mencari yang baharu. Mereka percaya sebahagian besar daripada mumia ditemui baru-baru ini, tidak diketahui kewujudannya oleh pengkaji.

Sepasukan pengkaji dari Universiti Basel, Switzerland membuat penemuan berkenaan ketika bekerja dengan kerajaan Mesir. Kajian akan dilakukan terhadap mumia itu dan mungkin akan dipamerkan pada masa depan.

“Sebahagian daripada mumia dan barang purba yang ditemui itu mungkin boleh dijual kepada muzium di negara lain atau ditukar ganti dengan artifak lain,” kata seorang daripada pengkaji berkenaan.
Ahli kaji purba dapat memastikan bahawa makam itu sebelum ini pernah diceroboh tetapi terkejut apabila mendapati banyak objek dan artifaks masih ada. AGENSI sumber

AFGHANISTAN - Tentera Bunuh 60 Orang di Sempadan




Menurut kenyataan Lembaga Keselamatan Kebangsaan (NDS), pertempuran bermula apabila kira-kira 300 anggota kumpulan militan Haqqani dan pejuang asing menyerbu pangkalan udara Afghanistan di daerah Ziruk di negeri Paktika.

Paktika berkongsi sempadan yang panjang dengan Pakistan di mana kumpulan militan Haqqani, sekutu puak Taliban, dipercayai berpangkalan. - Reuters
 sumber

MALAYSIA - Tiada Harta Karun di Pulau Nangka

MELAKA: Smart Partnership International (M) Sdn Bhd, syarikat yang menjalankan kerja mencari harta peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit di Pulau Nangka, gagal menemui harta itu setakat ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata kontrak pencarian selama empat bulan bermula Januari lalu yang diperoleh syarikat itu, akan tamat pada 12 tengah malam ini.

Mulai esok, katanya, kerja pencarian itu akan dilaksanakan oleh sebuah syarikat lain yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain di pulau itu.


"Sebenarnya kerja pencarian harta karun di pulau itu telah dilakukan sejak lebih 25 tahun lepas oleh pelbagai pihak tetapi sehingga kini ia tidak ditemui," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Isnin lalu, EXCO Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek Melaka, Datuk Abdul Ghafaar Atan, berkata kerja-kerja mengorek dinding batu di kawasan yang dipercayai pintu tempat simpanan harta itu, sudah siap 90 peratus dan dijangka siap sepenuhnya hari ini.

Idris berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Nangka sebagai pusat tarikan pelancong jika harta itu ditemui tetapi tidak dapat dikeluarkan dari pulau itu atas sebab tertentu.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa bersedia menyiasat dakwaan salah laku yang melibatkan pegawai kanan pentadbirannya jika dakwaan yang dikemukakan itu berasas dan mempunyai bukti kukuh.
"Setakat ini, aduan yang dikemukakan itu sekadar aduan emosi sahaja...aduan apabila saya meletakkan orang baharu yang tegas dalam organisasi itu.

"Kita sentiasa bersikap terbuka, tetapi janganlah buat aduan sesuka hati tanpa kemuka bukti yang kukuh," katanya.

Baru-baru ini, seorang pegawai kanan sebuah akhbar harian milik Kerajaan Negeri Melaka dikaitkan dengan penyelewengan membabitkan wang kerajaan negeri.

Sebelum itu, seorang pegawai kanan Jabatan Ketua Menteri Melaka dikaitkan dengan kegiatan judi haram di negeri ini.

Dalam sidang akhbar itu juga, Idris turut mengumumkan Melaka bakal menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada 21 Jun ini.

"Kita jangka antara 15,000 dan 20,000 orang bakal menghadiri sambutan itu. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dijadual merasmikan sambutan itu," katanya.

- BERNAMA sumber

Sunday, April 27, 2014

MALAYSIA - Video Lakonan Ustaz2 Terkenal


Penyatuan PALESTIN, AS Beri Amaran


fatah-hamas
Seorang pegawai tinggi di pemerintahan AS meminta Amerika Syarikat  mempertimbangkan kembali bantuan kepada Palestin jika pemerintah Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas benar-benar melakukan rekonsiliasi dengan Gerakan Perlawanan Islam (Hamas).

Pegawai  itu mengatakan kepada Reuters “pemerintahan Palestina mesti berkomitmen dengan tegas dan jelas mengakui negara Yahudi, dan menerima perjanjian Israel-Palestina yang sebelumnya disepakati.”

DiIa menambahkan “Langkah bantuan AS akan tergantung pada pemerintah baru Palestin yang terbentuk serta komitmen mereka terhadap perjanjian tersebut.” 
 
Sebelumnya pada hari Rabu (23/04) lalu pemerintah Hamas dan Fatah telah mengumumkan langkah rekonsiliasi nasional dan usaha pembentukan pemerintah nasional dalam waktu 5 minggu ke depan, dan mengadakan pilihanraya dalam waktu 6 bulan setelah itu.”

Perlu diketahui bahawa AS telah menempatkan Hamas dalam organisasi teroris Rumah Putih yang dapat berdampak pada tindakan bantuan Amerika ke Palestin. (Rassd/Ram) sumber

PALESTIN - Bom Misteri Meledak di Pos Israel



israel-palestina
Sebuah bom kembali meledak di sekitar perbatasan Jalur Gaza utara dan Israel pada Kamis (24/04) seperti disiarkan pejabat berita Anatolia Turki.

Menurut saksi mata mengatakan “sebuah bom meledak di sebuah markas militer Israel di dekat perbatasan antara timur kota Jabaliya di Jalur Gaza utara dan Israel, ledakan menyebabkan asap tebal mengepul dari lokasi kejadian.”

Sejumlah tembakan dari senjata berat Israel dilepaskan tentera Israel ke wilayah Gaza beberapa saat setelah bom meledak di pos tersebut, tidak ada yang cedera dalam insiden tembakan.

Sejumlah pesawat pengintai dan helikopter dilaporkan berada di sekitar tempat kejadian pasca ledakan tersebut.

Hingga kini belum diketahui penyebab ledakan tersebut. (Rassd/Ram) sumber

PALESTIN - Diam2 Israel Bina Sinagog di Al-Aqsa

Di tengah-tengah kesibukan usaha penyatuan Hamas –Fatah di Jalur Gaza, pemerintah Israel dilaporkan menjadikan sebahagian jalan dari gerbang Mughrabi yang berada di sebelah barat Masjid Al Aqsha sebagai sinagog khusus bagi wanita Yahudi, ungkap Al Aqsa Foundation untuk Wakaf dan Warisan budaya.

Seperti dipetik Bawabat Ahram dari Al Aqsa Foundation pada hari Khamis (24/04) lalu menyatakan “pemerintah Israel mulai mendirikan tiang  kayu besar di sekitar jalur Gerbang Mughrabi, serta sejumlah kerusi dan kipas angin yang diperuntukan bagi kaum wanita Israel.”

Al Aqsa Foundation menambahkan “Sepanjang hari-hari terakhir hari raya Paskah Yahudi, pemerintah Israel telah mengubah bahagian ini menjadi sebuah sinagog sementara bagi kaum wanita untuk melakukan doa dan ritual keagamaan Talmud.”

Yayasan yang  melindungi Al Aqsha dari usaha Yahudisasi Israel ini menyerukan seluruh umat Islam dan pemimpin Muslim di dunia segera menghentikan projek Yahudisasi kota Al Quds yang merupakan ancaman serius masjid suci ke 3 umat Islam. (Rassd/Ram) sumber

XINJIANG - China Sangat Anti Janggut dan Jilbab


uighur1
Pihak berkuasa di wilayahXinjiang (Turkistan Timur) menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemberi maklumat yang melaporkan jika ada  jiran mereka ada yang  menyimpan janggut , media pemerintah China melaporkan .

” Wang insentif itu disediakan untuk Muslim Uighur di bahagian selatan , ” ujar Alim Seytoff , juru cakap kelompok advokasi hak asasi  Kongres Uighur Dunia ( WUC ) , mengatakan kepada Al Jazeera pada hari Jumaat, 25 April.

” Mereka sangat miskin . Wang itu digunakan sebagai  insentif untuk mengkhianati sesama Muslim Uighur  dengan imbalan mendapatkan beberapa keuntungan finansial . “

Imbalan wang yang disediakan dengan jumlah mulai dari 50 hingga  50.000 yuan untuk jasa informan yang melaporkan tetangga mereka yang memelihara janggut , Global Times mengatakan pada hari Khamis .

Pihak berkuasa Xinjiang juga telah melancarkan kempen yang berlabel Project Beauty , kempen itu  mencuba untuk mencegah penduduk setempat mengenakan kerudung / jilbab di kalangan wanita Uighur , dan agar wanita wanita muslimah tersebut memperlihatkan kecantikannya di depan umum.sumber

SEMESTA - Perjalanan ke Marikh Pendekkan Usia 15-24 Tahun

Sinar kosmik halangan ke Marikh   
Marikh mungkin berbahaya kepada manusia.
 
Washington: Sebuah kajian mendedahkan, salah satu masalah utama yang menghalang impian untuk menghantar manusia ke Marikh adalah radiasi sinar kosmik galaksi.

Sinar kosmik mengandungi partikel partikel yang berkuasa tinggi. Apabila manusia meninggalkan atmosfera bumi, sinar ini boleh membunuh sel dan menyebabkan kanser. Ia juga amat sukar untuk dibendung, demikian lapor Wired.
 
 Kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal saintifik PLOS One, berkata angkasawan boleh menerima dos dos radiasi sinar kosmik melebihi had seumur hidup mereka selepas hanya 18 bulan (bagi wanita) atau dua tahun (bagi lelaki) yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Jenis tumor yang dihasilkan ion sinar kosmik lebih agresif berbanding daripada radiasi lain” Francis Cucinotta, Pakar radiasi

“Jenis tumor yang dihasilkan ion sinar kosmik adalah lebih agresif berbanding dengan apa yang kita dapat daripada radiasi lain,” kata pakar radiasi Francis Cucinotta, yang menulis laporan itu.

Kesimpulannya nyata sekali memberikan kesan yang lebih meluas, semakin jauh ruang angkasa dijelajahi. Sekiranya kita akan menghantar seseorang ke Marikh, adalah wajar jika kita mampu melindungi mereka daripada kesan radiasi ini.

Cucinotta menganggarkan bahawa, berdasarkan tahap kemajuan teknologi sedia ada, jangka hayat seorang angkasawan akan dipendekkan sebanyak 15 hingga 24 tahun selepas hanya satu perjalanan ke planet merah.

NASA semestinya mengambil langkah wajar bagi memastikan angkasawannya tidak berdepan risiko lebih tinggi untuk mati akibat kanser. Sebaik seorang angkasawan menghabiskan terlalu banyak masa mengumpul radiasi di angkasa, mereka perlu dikurung, lapor Wired. - Agensi sumber

GLOBAL - Aisberg Seluas Singapura Mula Hanyut

Aisberg seluas Singapura mula hanyut Rekahan aisberg seluas 660 kilometer persegi.
WASHINGTON: Saintis kini memantau aisberg sebesar negara Singapura, salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka.

Pakar glasier NASA, Kelly Brunt pada Rabu lalu berkata, aisberg itu meliputi kawasan seluas 660 kilometer persegi dan setebal 500 meter.
 Dikenali sebagai B31, aisberg itu terpisah daripada Glasier Pulau Pine Antartica pada November lalu, kata Brunt.

“Ia adalah ketulan ais cukup besar untuk mencetuskan pemantauan,” kata Brunt dalam perbualan telefon, sambil mengesahkan pertubuhan kerajaan termasuk Pusat Ais Kebangsaan yang memerhatikan beberapa aisberg pada satu-satu masa.

Lokasi terkini aisberg itu bukanlah kawasan yang dipenuhi laluan kapal.

“Tiada banyak kapal melalui kawasan ini. Kami tidak bimbang mengenai laluan kapal. Kami tahu semua lokasi aisberg besar,” katanya.

Saintis amat tertarik dengan aisberg ini bukan saja disebabkan saiz besarnya tetapi ia berasal daripada lokasi yang tidak dijangka, kata Brunt. “Ia seperti kepingan kek yang terapung di Lautan Selatan,” katanya.
Rekahan glasier yang menghasilkan aisberg itu kali pertama dikesan pada 2001, menurut Brunt, seorang saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA dan Universiti Negeri Morgan di Maryland.

Pulau Glasier Pine sudah dikaji secara dekat sejak dua dekad lalu kerana ia kian menipis dan mencair pantas. Ia mungkin penyumbang utama peningkatan paras air laut, kata saintis.

Mereka berkata, aisberg itu sudah terapung di sekitar Teluk Pulau Pine, kawasan perairan Laut Amundsen dan kemungkinan besar akan hanyut kerana arus deras Lautan Selatan. - REUTERS sumber

AFGHANISTAN - Banjir, 123 Terkorban 150 Hilang

gambar berikut
Foto Seorang lelaki menggunakan penyodok untuk mencari barang kepunyaannya yang ditenggelami banjir di Jowzjan semalam. Gambar kecil, Wanita mangsa banjir menerima bantuan perubatan.
Bencana alam terburuk dalam tempoh 30 tahun

KABUL: Sekurang-kurangnya 123 orang terbunuh, manakala 150 lagi hilang manakala 3,000 kediaman musnah akibat banjir kilat yang melanda utara dan barat Afghanistan semalam, banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun kata pegawai.

 Beribu-ribu kediaman dinaiki air di empat wilayah selepas hujan lebat turun tanpa henti selama tiga hari ketika negara itu berdepan perubahan cuaca yang lazim diketahui sebagai tempoh paling basah pada permulaan musim bunga.


Ketua Polis Faqer Mohammad Jawzjani berkata di wilayah utara Jowzjan, 55 mayat berjaya dikeluarkan manakala jumlah korban diramal meningkat sepanjang tempoh beberapa hari akan datang. sumber

Friday, April 25, 2014

Kabinet Israel bincang kerajaan perpaduan PALESTIN

BAITULMAQDIS 24 April - Kabinet Israel, hari ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan maklum balas ke atas perjanjian perpaduan yang diadakan antara kepimpinan Palestin dan pergerakan Hamas semalam, termasuk rundingan damai antara rejim Yahudi itu dengan Palestin.

Radio tempatan melaporkan menteri-menteri Kabinet Israel dijangka mengumumkan pendekatan keras, selain mengenakan sekatan kewangan kepada Palestin yang diumumkan pada bulan ini apabila Palestin memohon untuk menyertai 15 organisasi antarabangsa.

“Bagaimanapun, menteri-menteri Kabinet Israel dilihat tidak akan mengarahkan menamatkan rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS),'' lapor radio tempatan.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam menyuarakan kemarahannya berhubung perjanjian pembentukan kerajaan perpaduan yang dicapai antara Hamas dan Fatah.

Netanyahu menuduh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memilih Hamas yang menolak semua rundingan damai dengan rejim Zionis Israel itu, dan bukan keamanan.

Beliau turut mengarahkan rundingan damai dengan Palestin yang sepatutnya diadakan malam tadi dibatalkan, namun Palestin pula menyatakan tiada sebarang pertemuan dijadualkan.
Israel pada 10 April lalu mengumumkan pembekuan pemindahan cukai berjumlah 80 juta euro (RM3.62 bilion) yang dikumpul untuk Pihak Berkuasa Palestin.

Polis BRITAIN dekati wanita Islam elak ke SYRIA

LONDON 24 April - Polis Britain di sini, hari ini mendekati wanita Islam di negara ini bagi menghalang niat anak-anak muda Britain pergi ke Syria bagi tujuan kemanusiaan atau perang saudara di sana, selepas berlaku peningkatan tangkapan mendadak mereka yang pergi ke negara itu berkaitan konflik di sana.
Pegawai memerangi keganasan baru-baru ini melancarkan kempen bagi membantu meningkatkan kesedaran terhadap risiko pergi ke Syria, terutama bagi mereka yang ingin menawarkan bantuan kemanusiaan.
Kempen ini dibuat berikutan peningkatan bilangan rakyat negara ini yang terperangkap dalam perjalanan atau kembali dari Syria, selepas 40 orang ditahan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 25 orang pada tahun lalu.
Sebahagian mereka yang ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan keganasan.
Minggu lalu, seorang bapa, Abubaker Deghayes dari Brighton di pantai selatan England mendedahkan bahawa tiga anak lelakinya terlibat dalam perang di Syria dan seorang daripada mereka terkorban dalam pertempuran di sana.
Abdullah Deghayes, 13, terbunuh awal bulan ini selepas meninggalkan tanah air pada Januari lalu, manakala abangnya berusia 20 tahun, Amer mengalami luka di bahagian perut dalam pertempuran yang sama.
“Kami semakin bimbang peningkatan jumlah anak muda yang merancang untuk pergi ke Syria bagi menyertai perang saudara di sana," kata penyelaras kanan kebangsaan bagi memerangi keganasan, Helen Ball.
Kata Ball, pihaknya mahu memastikan orang ramai, terutamanya wanita yang prihatin terhadap orang tersayang diberi maklumat tepat tentang apa yang boleh mereka lakukan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pusat Antarabangsa bagi Kajian Radikalisasi di College King of London, menganggarkan 200 hingga 366 orang rakyat Britain terlibat dengan perang saudara di Syria.
Polis akan mengadakan mesyuarat di negara ini, hari ini bersama wanita daripada kumpulan yang berbeza, pekerja kebajikan dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat bagi mencegah fahaman pelampau.
Risalah yang menyenaraikan risiko perjalanan pergi ke Syria, yang akan diedarkan di lapangan terbang dan juga pelabuhan.
Suruhanjaya Kebajikan turut terlibat dalam kempen itu, bagi menasihati orang ramai bagaimana mereka boleh membantu menghantar bantuan kemanusiaan ke Syria tanpa menyalurkannya kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Lebih 100 warga BELANDA berjihad di SYRIA

AMSTERDAM 24 April - Lebih 100 orang warganegara Belanda meninggalkan negara ini pada tahun 2013, untuk berjihad di Syria dengan menyaksikan 10 daripada mereka sudah terkorban, termasuk seorang pengebom berani mati.
Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Am dan Perkhidmatan Keselamatan (AIVD) itu, turut melaporkan potensi ancaman mereka ke atas keselamatan penduduk Belanda.
Menurut laporan itu lagi, lebih kurang 30 orang daripada mereka sudah pulang ke tanah air sejak perang saudara Syria berlaku empat tahun lalu. - AGENSI

Thursday, April 24, 2014

Penyatuan PALESTIN, Israel Mula Bimbang


abbas-haniyah
Seorang pegawai penting Israel menyebut bahawa usaha rekonsiliasi nasional yang dilakukan oleh Hamas-Fatah dapat mengakibatkan hancurnya negara Yahudi Israel, ujar wakil menteri luar negeri Israel Zeev Elkin hari Rabu (23/04) kelmarin.

Dalam pernyataannya yang disiarkan di laman akhbar Yediot Aharonot Israel, Zeev Elkin mengatakan “Persatuan di antara mereka ( Hamas dan Abbas ) bertujuan untuk menghancurkan negara Yahudi, dan saya tidak terkejut dengan hal tersebut.”

Sebelumnya pada hai Selasa (22/04) Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman, meminta Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk memilih perdamaian antara Israel atau dengan Hamas.

Dalam sidang media yang diadakan di rumah Perdana Menteri Ismail Haniyah di Jalur Gaza mengatakan “kami telah sepakat dalam pertemuan 2 hari sejak Isnin (21/04) lalu untuk membentuk pemerintah konsensus nasional sejak tanggal penandatanganan perjanjian persatuan Palestin, yang akan diumumkan dalam lima minggu akan datang.”

Selain pembentukan pemerintah konsensus nasional, Hamas dan Fatah juga bersepakat untuk segera melakukan pilihanraya yang akan diselenggarakan dalam 6 bulan akan datang setelah pembentukan pemerintah konsensus nasional. (Rassd/Ram) sumber

MESIR - Ketua Polis Anti-Rusuhan Terbunuh

Aksi pengeboman kembali menggegarkan ibukota Mesir, Kaherah. Kali ini seorang pegawai polis terbunuh dalam sebuah aksi peledakan bom di Sixth of October hari Rabu (23/04).

Menurut penuturan seorang saksi mata kepada Sky News Arabia mengatakan “Brigadier Jeneral Ahmad Zaki yang memegang ajwatan ketua polis anti rusuhan cedera parah dalam aks peledakan di depan rumahnya, korban kemudian maut akibat luka-luka yang dideritanya.”

Selain Brigadier Jeneral Ahmad Zaki, seorang pengawal peribadinya juga turut cedera parah akibat terkena serpihan ledakan bom.

Sementara itu di kota Alexandria satu orang pegawai keselamatan terbunuh dalam pertempuran bersenjata senjata dengan milisi bersenjata yang dikenal dengan nama “Anshar Bait Maqdis”.

Menurut keterangan polis menyatakan bahawa pihaknya berhasil menemukan 4 senjata api automatik, granat, rompi dan ikat pinggang disekitar tempat kejadian.

Menanggapi hal tersebut kelompok Anshar Bait Maqdish membantah tuduhan yang diajukan pemerintah Kaherah, mereka menyatakan bahawa akan melakukan aksi damai untuk menentang kudeta militer 3 Julai 2013 lalu. (Skynewsarabia/Ram) SUMBER

100 Warga Belanda dan 300 Warga Perancis berjuang di SYRIA

Lebih dari 100 warga Belanda dilaporkan ikut berperang di Syria sepanjang tahun 2013 lalu dan 10 orang diantaranya terbunuh, seperti disiarkan badan intelejen Belanda hari Rabu (24/04).

Dalam laporan tahunan yang dikeluarkan Bahagian Intelijen Belanda menyatakan ada lebih dari 100 orang pergi ke Syria sepanjang tahun 2013 lalu untuk melibatkan diri dalam perang dengan tentera rejim Bashar Al Assad.

Menurut Bahagian Intelijen Belanda mencatat bahawa jumlah warga Belanda yang pergi ke Syria terus meningkat setiap tahunnya, seruaan syahid di internet menjadi magnet penarik kaum muda Muslim Belanda untuk ke sana.

Dalam keterangan lanjutan mengatakan bahawa mereka yang kembali dari Syria tidak berniat melakukan kekerasan di Belanda. Tercatat sedikitnya sekitar 20 warga belanda kembali dari Syria tahun 2013 lalu.

Selain warga Belanda terdapat sekitar 300 warga Perancis yang turut berperang melawan tentera pemerintah Syria, seperti disiarkan pihak berkuasa Paris. (Skynewsarabia/Ram)

sumber

PALESTIN - Kerajaan Perpaduan Bakal Dibentuk



Palestin bentuk kerajaan perpaduan  
Rakyat Palestin sambil membawa potret presiden Mahmoud Abbas mengadakan perhimpunan menyokong usaha menyatukan pergerakan Hamas dan PLO di Bandar Gaza, semalam.
 
Bandaraya Gaza: Pemimpin Palestin yang bertelagah dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza memutuskan untuk membentuk kerajaan perpaduan kebangsaan dalam masa “lima minggu lagi”, menurut pegawai semalam.

Persetujuan antara ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Hamas dicapai hasil rundingan di Bandaraya Gaza sejak petang kelmarin, menurut ahli PLO yang mahu identitinya dirahsiakan, kepada AFP.
 
 “Terdapat juga kemajuan untuk mengadakan pilihan raya akan datang selain membabitkan penstrukturan semula PLO,” kata pegawai Palestin itu tanpa memberikan butir lanjut. Rundingan dilakukan secara rahsia dan berlangsung sehingga lewat semalam.


Ia bukan kali pertama kerajaan penyatuan diumumkan kedua-dua pihak dan beberapa percubaan sama sebelum ini gagal.

Fatah, komponen utama PLO, dan Hamas menandatangani perjanjian rundingan di Kaherah pada 2011 yang disasarkan untuk menamatkan perpecahan politik antara Gaza dan Tebing Barat yang dikawal pihak berkuasa Palestin.

Tetapi tarikh akhirnya sudah tiba dan perjanjian berlangsung tanpa kemajuan dalam melaksanakan perjanjian berkenaan.

Pegawai kanan Fatah pimpinan Mahmus Abbas, Azzam al-Ahmad mengetuai pasukan itu dan disambut perdana menteri Hamas, Ismail Haniya dan timbalannya, Abu Marzuq.

Haniya kelmarin menyeru penyatuan menerusi rundingan Palestin “bagi membentuk satu kerajaan, satu sistem politik dan satu program politik”. Ahmad berkata, “Saya gembira perpecahan sudah berakhir.” - AFP sumber

Wednesday, April 23, 2014

PBB Kutuk Penggunaan Senjata Kimia di SYRIA

Pasca mendapat kutukan keras dari lembaga dan masyarakatantarabangsa  akibat menggunakan senjata kimia dalam perang, kini tentera pemerintah kembali menggunakan bom beracun di sejumlah tempat di Syria.

Dalam laporan yang disajikan PBB hari Selasa (22/04) kelmarin menyatakan keprihatinan tentang adanya dugaan penggunaan gas klorin dalam serangan terhadap warga awam di pedesaan Kafr Zeta provinsi Hama, Syria.

Jurucakap Sekretaris Jeneral PBB Estefan Dogrk mengatakan padasidang media  hari Selasa , “hingga kini kami sedang melakukan hubungan dengan para pegawaiOrganisasi Pelarangan Senjata Kimia mengenai laporan tersebut. Kami akan segera melakukan penyelidikan segera mengenai berita tersebut.”

Gas klorin (chlorine gas) adalah seyawa yang umum digunakan dalam industri, gas ini bersifat sangat beracun dan pernah digunakan selama Perang Dunia I.

Gas ini sangat reaktif dengan air yang terdapat di selaput lendir paru-paru dan mata, reaksi yang terjadi akan menghasilkan asam klorida dan asam hipoklorit yang menvetuskan iritasi pada mata dan paru-paru serta mencetuskan korosi pada jaringan.

Belum ada penawar bagi gas ini sehingga pengobatan segera menjadi kuncinya untuk menyelamatkan penderita. (Rassd/Ram) sumber

MESIR - AS Kirim 10 Helikopter Apache


apache
Kementerian Pertahanan AS (Pentagon ) mengumumkan bahawa pemerintah Washington akan menyerahkan 10 helikopter tempur Apache kepada pemerintah Kaherah, setelah memutuskan untuk mencabut larangan bantuan militer kepada Mesir yang diumumkan tahun 2013 akibat kudeta militer terhadap presiden rakyat Muhamad Mursi.

Jurucakap Pentagon Laksamana John Kirby mengatakan pada hari Selasa (22/04)  “Menteri Pertahanan AS Chuck Hagel dalam pembicaraanmellaui  telefon dengan Jeneral Sidqi Subhi di Mesir mengatakan bahawa AS akan menyerahkan 10 helikopter tempur untuk mendukung operasi memerangi terorisme di Semenanjung Sinai.”

“Kami percaya bahawa helikopter baru ini akan membantu pemerintah Mesir dalam memerangi kaum ekstremis yang mengancam keamanan Amerika, Mesir dan Israel,” tambah Laksamana John Kirby. (Skynewsarabia/Ram) sumber

AFRIKA TENGAH - 100 Muslim Dipindahkan

Bangui: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memindahkan hampir 100 penduduk Islam dari ibu negara Republik Afrika Tengah yang sedang dilanda krisis bagi menyelamatkan nyawa mereka, kata pegawai.

Dengan dibantu kakitangan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 93 penduduk Islam dipindahkan ke timur dari Bangui ke bandar Bambari, kata pegawai kanan di bandar itu El Hadj Abacar ben Ousmane. Bandar itu terletak sejauh 300 kilometer dari ibu negara.Keganasan di negara bekas jajahan Perancis itu membunuh beribu-ribu penduduk tahun lalu.

Kumpulan penduduk Islam itu berpindah dari Bambari sejak Ahad lalu hingga kelmarin dalam dua buah trak, diiringi satu konvoi kenderaan pasukan pengaman Perancis Sangaris, agensi pelarian UNHCR dan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa.

Konvoi terbabit turut dilemparkan dengan batu ketika melintasi bandar Sibut, kata seorang anggota pengaman MISCA diketuai Afrika.

“Ini adalah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa mereka, sebagai jalan terakhir selepas sekian lama mempertimbangkan kes mereka,” kata timbalan ketua UNHCR di Republik Afrika Tengah itu, Tammi Sharpe.

Beliau berkata penduduk Islam yang dipindahkan itu menjadi sasaran serangan di kejiranan Bangui dan keadaan sekarang disifatkan terlalu tegang.

Di Bambari, bandar dengan majoriti seramai 45,000 penduduk Kristian, El Hadj Abacar ben Ousmane berkata penduduk Islam dan Kristian boleh hidup secara harmoni.

“Kami tidak ada bantahan untuk menyambut yang lain. Kami tidak mempunyai masalah antara satu sama lain,” katanya.

Republik Asia Tengah itu adalah satu daripada negara termiskin di dunia, dilanda krisis selepas satu rampasan kuasa oleh kebanyakan pemisah Islam Seleka pada Mac tahun lalu. - AFP

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PBBpindahkan100pendudukIslam/Article/index_html

SYRIA - Pilihanraya Presiden pada 3 Jun

Damsyik: Syria mengumumkan akan mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun yang dijangkakan untuk mengembalikan semula Bashar al-Assad sebagai Presiden, ketika dakwaan terbaru muncul mengenai penggunaan senjata kimia oleh rejim beliau.

Pilihan raya presiden pertama Syria selepas pindaan perlembagaan memansuhkan sistem referendum, akan diteruskan walaupun keganasan membunuh 150,000 penduduk sejak Mac 2011.

Serangan mortar membunuh dua penduduk berhampiran bangunan parlimen ketika tarikh pilihan raya hendak diumumkan.

Speaker Mohammad al-Lahham mengumumkan tarikh itu di Parlimen dengan berkata penduduk Syria tinggal di luar negara akan mengundi pada 28 Mei manakala calon boleh mendaftar mulai semalam sehingga 1 Mei.

Undian akan dijalankan secara adil dan bebas di bawah pengawasan kehakiman penuh, katanya.


PBB kutuk pengumuman
Bagaimanapun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengumuman itu, sambil memberi amaran ia mungkin menjejaskan penyelesaian politik terhadap konflik itu.

“Pilihan raya terbabit tidak selaras dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Geneva,” kata jurucakap PBB, Stephen Dujarric di New York.

Beliau merujuk kepada satu perjanjian mengenai perubahan ke arah demokrasi sebagai asas rundingan antara kerajaan dan pembangkang.

Lancar serangan kimia

Pengumuman pilihan raya itu dibuat beberapa jam sebelum Amerika Syarikat berkata, regim Assad melancarkan satu serangan kimia terhadap sebuah kampung pembangkang awal bulan ini.

“Kami mengesan tanda penggunaan kimia industri toksik kemungkinan klorin di Syria bulan ini di sebuah kawasan yang dikuasai pembangkang di Kafr Zita,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

“Kami memeriksa dakwaan bahawa kerajaan bertanggungjawab.”

Washington mengarahkan satu siasatan. Dakwaan terbaru itu dibuat ketika Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan pakar lain berusaha untuk mengalihkan bekalan senjata kimia rejim Assad.

Ia berikutan satu perjanjian dicapai selepas serangan kimia yang membawa maut di luar Damsyik pada Ogos lalu yang dipersalahkan Barat terhadap rejim Assad. - AFP sumber

SAUDI - Menteri Kesihatan Dipecat, 81 Kematian Akibat MERS-CoV

Jumlah kematian akibat MERS-CoV meningkat kepada 81 kes

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Saudi memecat menteri kesihatan negara itu Abdullah al-Rabiah kelmarin, pada ketika jumlah kematian akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di negara itu meningkat kepada 81 dan kes jangkitan turut meningkat.

Agensi berita negara itu melaporkan bahawa menteri buruh Adel Faqih mengambil tugas sementara sebagai menteri kesihatan sehingga seorang pengganti dipilih.

Ia menyatakan al-Rabiah kini menjadi menjadi penasihat kepada Mahkamah Diraja.

Tiada sebab diberikan atas pemecatan itu, tetapi ia berlaku ketika negara itu sedang berusaha keras untuk mengawal MERS daripada merebak.

Al-Rabiah, minggu lalu melawat hospital di Jeddah untuk menenangkan penduduk yang dilanda panik berhubung penularan virus berkenaan di kalangan kakitangan perubatan yang mencetuskan penutupan sementara bilik kecemasan hospital.

Sementara itu kementerian kesihatan lewat kelmarin menyatakan seorang warga Arab Saudi berusia 73 tahun yang menderita penyakit kronik meninggal dunia di Riyadh, dan seorang lagi yang didiagnos dengan virus itu berusia 54 tahun, meninggal dunia di Jeddah.

Kementerian berkata, ia mendaftarkan 261 kes jangkitan di seluruh negara itu sejak penemuan MERS pada September 2012.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada 17 April lalu, ia dimaklumkan mengenai 243 kes jangkitan MERS yang disahkan makmal di seluruh dunia, termasuk 93 kematian.

MERS pada awalnya bertumpu di timur Arab Saudi tetapi kini melanda kawasan lain.

Virus berkenaan dianggap membawa maut tetapi kurang dipindahkan berbanding virus Sindrom Pertahanan Yang Teruk (SARS) yang melanda Asia pada 2003 dan menjangkiti 8,273 orang, sembilan peratus daripadanya meninggal dunia.

Pakar masih berusaha memahami MERS, dan masih tiada vaksin.

Kajian terbaru menunjukkan virus berkenaan amat biasa pada unta sekurang-kurangnya sejak 20 tahun lalu, dan mungkin dipindahkan secara langsung daripada haiwan kepada manusia. – AP/AFP sumber

Tuesday, April 22, 2014

TURKI dan QATAR Banyak Bantu PALESTIN


Ismael HaniyahKeTUA pemerintah Palestin di Jalur Gaza, Ismail Haniyah, mengucapkan rasa terima kasihnya atas perjuangan Turki untuk mengangkat sekatan di Jalur Gaza yang telah berlangsung 8 tahun lamanya.

Ini disampaikan Haniyah dalam sidang media pada Rabu (16/04) setelah memeriksa sejumlah projek yang didanai oleh pemerintah Qatar. Dalam ucapannnya Haniyah mengatakan “Kami tidak akan lupa dengan perjuangan Turki di Palestin, dengan segenap usaha mereka berupaya untuk mengangkat sekatan di jalur Gaza melalui gerakan politik dan diplomatik dengan semua pihak.”

Haniyah menambahkan “Kami berterima kasih kepada Mesir untuk memfasilitasi masuknya bahan bangunan untuk pelaksanaan projek-projek ini , dan kami meminta mereka untuk terus membuka perbatasan Rafah secara berkala untuk memfasilitasi masuknya bahan makanan dan ubat-ubatan ke Jalur Gaza.”

Di akhir ucapannya Haniyah menyatakan atas nama ketua pemerintahan mengucapkan banyak terima kasih kepada Qatar atas sejumlah bantuan infrastruktur di wilayah Jalur Gaza. Menurut Haniyah “tidak perlu waktu lebih dari satu jam bagi Emir Hamad untuk membiayai projek pembangunan sebesar $ 400 juta dolar AS di Gaza.”

Perlu dicatat bahawa 9 warga Turki terbunuh dalam serangan kapal Mavi Marmara yang bertujuan untuk memecahkan sekatan terhadap Gaza pada 31 Mei 2010 lalu. (Rassd/Ram) sumber

PALESTIN - 3 Roket Pejuang Menghentam Israel


Islamic Jihad Graduates Demonstrate Fighting SkillsTiga roketditembakkan pejuang Palestin di Jalur Gaza ke wilayah selatan Israel pada Isnin (21/04) siang, ditengah hari terakhir perayaan Paskah yang menjadi salah satu hari perayaan rasmi di negara Yahudi.

Dalam keterangannya militer Israel menyatakan “Serangan tidak menimbulkan korban atau kerosakan material. Kesemua roket jatuh di daerah gurun Negev.”

Akhbar Yediot Ahronot menyiarkan bahawa warga Israel di kota Sderot mendengar ada suara ledakan bersamaan dengan peringatan siren datangnya roket, tidak ada korban luka atau kerosakan material dalam kejadian tersebut. (Skynewsarabia/Ram)
 sumber

MESIR - Hanya Dua Orang Calon Presiden?

Mantan Perdana Menteri pemerintahan sementara Mesir, Dr Hazem Beblawi, menyebut terpilihnya Marshal Abdel Fattah Sisi dalam pilihanraya akan datang akan menjadikan Mesir kembali ke era rejim militer.

Selain itu Dr Hazem Beblawi mengatakan bahawa pihak militer Mesir tidak akan menerima pemerintahan awam kembali berkuasa di negeri piramid, dan hanya Sisi yang dapat menundukan pihak militer tersebut.

Dalam wawancaranya di stesenn MBC Mesir pada hari Ahad (20/04) lalu, Dr Hazem Beblawi mengatakan “ Marshal Sisi adalah satu-satunya calon yang akan mampu mengendalikan lembaga militer Mesir, kerana di Mesir tidak ada yang mampu menekan militer selain dirinya.”

Tercatat menjelang pemilihan calon presiden akan datang hanya Marshal Abdel Fattah Sisi dan Hamdeen Sabahi yang mengisyhtiharkan dirinya sebagai calon presiden Mesir, sedangkan calon lainnya tidak berani untuk mengajukan diri kerana takut akan kekuasaan militer.

Perlu diketahui bahwa KPU dan pengadilan Mesir telah mengeluarkan arahan tidak menerima calon dari kalangan yang dianggap sebagian dari Ikhwanul Muslimin. (Shourouknews/Ram) sumber

MESIR - Pesawat Rusia Bakal Diimport


MIG 35
Pemerintah Moscow nampaknya sangat serius menjalin hubungan militer dengan Mesir yang menjadi sekutu AS di Timur Tengah, dalam perkembangan barunya pengurus umum perusahaan pesawat tempur MIG menyatakan kesediaannya memasukkan jet tempur terbaru buatan Rusia.

Menurut pengurus umum MIG Sergei Korotkov menyatakan “perusahaannya sangat antusia mengerjakan kontrak dengan Kementerian Pertahanan Mesir mengenai pasukan jet tempur MIG-35,” seperti disiarkan pejabat berita ITAR – TASS hari Isnin (22/04) lalu.

Akan tetapi Korotkov mengatakan bahawa pihaknya hingga kini belum mengetahui berapa jumlah pesawat MiG – 35 yang akan diimport sesuai dengan pemerintahan Mesir.

Perlu diketahui bahwa pesawat MIG MiG – 35 merupakan model MIG terbaru yang didakwa lebih canggih dari generasi sebelumnya MiG – 29. (Dostor/Ram) sumber

PALESTIN - Anggota Briged Izz Maut dalam Latihan


al qassamSeorang perajurit dari briged Izz al-Din al-Qassam di laporkan terbunuh akibat kemalangan dalam latihan militer di kota Rafah pada Ahad (20/04) malam waktu tempatan.

Dalam keterangannya brigade Izz al-Din al-Qassam menyatakan “perajurit Ashraf Samir Nassar (22 tahun) meninggal saat latihan militer pada Ahad malam.” (Akhbarak/Ram) sumber

PALESTIN - Serangan Jet Israel


serangan ke gazaSatu orang cedera dalam serangkaian serangan udara pesawat tempur Israel di wilayah Jalur Gaza pada Isnin (21/04) petang.

Menurut keterangan sumber keamanan Palestin, serangan pertama mensasarkan basis militer milik polis Palestin di belakang penjana elektrik Nusseirat Jalur Gaza. Satu orang cedera dan segera dibawa ke hospital terdekat.

Selain itu pesawat tempur Israel juga melepaskan sejumlah roket ke sebuah pertenakan milik warga dan mengakibatkan kerugian material yang tidak sedikit, serta sebuah kawasna pertanian kosong di Jalur Gaza tengah turut menjadi sasaran serangan.

Markas militer milik Brigade al – Qassam, al Qadisiyah, juga tidak luput dari serangan udara Israel pada isnin sore, tidak ada korban dalam serangan tersebut.

Militer Israel mendakwa ini sebagai aksi balasan jatuhnya 6 roket Palestin ke wilayah selatan seperti Sderot dan Negev barat sepanjang hari Isnin pagi. (Dostor/Ram) sumber

RUSIA Cipta Senjata Paling Berbahaya


ilustrasi volcanoSeperti disiarkan Russia Today dari badan rasmi antariksa Rusia menyatakan kejayaan Moscow merancang senjata moden masa depan yang bernama Volcano yang didakwa sebagai senjata pemusnah besar untuk generasi akan datang.

“Beberapa percubaan telah dilakukan dalam beberapa tahun terakhir untuk merancang peluru berpandu balistik bernama “Volcano” yang mampu menghancurkan gunung ais dan mencairkannya dalam beberapa minit, “ seperti disiarkan Russia today.

Seorang sumber perancang senjata mengatakan bahawa bahan peledak tersebut dapat terbakar dalam air dan menciptakan suhu yang sangat tinggi untuk waktu yang lama.

Moscow mendakwa bahawa rudal tersebut mampu membanjiri Amerika Syarikat hanya dalam satu jam, menurut Institut Riset Ilmiah di pinggiran ibukota Moscow tersebut.

Dalam percubaan yang telah dilakukan mencatat bahawa 1 gram bahan peledak dapat menguapkan 1 gelas air dalam waktu 4 saat. Hal ini bererti bahwa satu rudal seberat 5 tan boleh membakar sebuah kota berukuran sederhana dalam waktu setengah jam dan sebuah kota besar seperti New York dalam waktu 1 jam. (almasryalyoum/Ram) sumber

PALESTIN - Amnesty Int. Ajak Rakyat Kumpul Bukti

Amnesty International mengecam penggunaan kekerasan berlebihan dan senjata maut oleh pihak berkuasa Israel dalam membubarkan demonstrasi warga Palestin sepanjang tahun 2014.

Kecaman ini datang dalam sebuah surat yang diterima Menteri Informasi Palestin dari juru cakap rasmi organisasi, sekaligus bertindak sebagai direktur eksekutif untuk wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Said Boumedouha.

Dalam surat tersebut Amnesty International hingga kini masih mencari bukti dan dokumen pelanggaran HAM Israel yang berkaitan dengan pembunuhan seorang hakim terkemuka Raid Zu’aytir di pintu perlintasan Karamah, dan Saji Darwish di desa leptin, Palestin.

Sebelumnya pemerintah Palestina meminta meminta organisasiantarabangsa pemantau HAM untuk mengambil langkah yang lebih efektif untuk melindungi rakyat Palestin dari jenayah pendudukan dan penyeksaan pihak Israel.

Dalam suratnya Amnesty Internasional meminta pemerintah Palestin untuk bekerjasama menyediakan bukti dan data tentang praktik pelanggaran HAM oleh Israel.

Organisasi internasional ini mengajak kerjasama kepada semua awak media dan rakan wartawan serta warga Palestin untuk mendokumentasikan semua jenayah Israel, sehingga dapat mengajukan para pimpinan dan pejabat Israel ke pengadilan internasional. (Dostor/Ram) sumber

Monday, April 21, 2014

SYRIA: Lagi serangan gas klorin

BEIRUT 20 April - Kumpulan aktivis mendakwa tentera Syria melancarkan satu lagi serangan gas klorin di sebuah perkampungan berdekatan bandar Hama.
Rangkaian berita, Al-Jazeera melaporkan, satu rakaman video aktivis yang dimuat naik dalam Internet, kelmarin menunjukkan berpuluh-puluh penduduk kampung Kafr Zeta mengalami masalah pernafasan disebabkan bahan beracun itu.
Satu lagi rakaman video atas talian turut menunjukkan sebutir bom dipercayai mengandungi gas klorin, namun Al-Jazeera tidak dapat mengesahkan imej berkenaan.
Sementara itu, pihak penentang serta kerajaan saling berbalah berhubung kejadian itu, yang merupakan serangan gas beracun ketiga pada minggu lalu.
Gas klorin pernah digunakan secara besar-besaran dalam Perang Dunia Pertama yang mampu membunuh jumlah yang besar penduduk.
Tentera Presiden Bashar al-Assad berulang-kali dituduh menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di Syria.
Serangan kimia terburuk berlaku di timur Ghouta pada tahun lalu yang menyebabkan ratusan penduduk terkorban akibat penggunaan gas sarin.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Syria sehingga memaksa mereka bersetuju menyerahkan bahan senjata kimia yang dimiliki untuk dilupuskan.
Namun, memandangkan gas klorin digunakan dalam industri, bahan itu tidak termasuk dalam senarai senjata kimia yang perlu dihapuskan oleh kerajaan.
Semalam, ketua pasukan anta­rabangsa yang memantau proses penghapusan senjata kimia di Syria melaporkan, Syria telah menghantar atau melupuskan kira-kira 80 peratus senjata kimia.
Penyelaras khas misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Sigrid Kaag berkata, semua senjata kimia Syria akan selesai dibawa keluar untuk dilupuskan pada 27 April ini sekiranya semua proses berjalan lancar.

Sumber

PBB bimbang makanan di kem pelarian PALESTIN berkurangan

NEW YORK 20 April - Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya berhubung bekalan makanan yang semakin berkurangan dan mungkin kehabisan di kem pelarian Palestin di Yarmouk akibat kepungan berlarutan di kawasan itu berikutan perang saudara yang sedang melanda Syria.

Agensi Bantuan dan Kerja bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat PBB (UNRWA) memberi amaran tentang kekurangan makanan yang begitu mencemaskan di kem Pelarian itu sehingga Sabtu apabila pertempuran antara pihak yang terlibat dalam perang saudara di Syria semakin memuncak dan sekali gus menyekat penghantaran bekalan yang amat diperlukan.

Menurut jurucakap UNRWA Chris Gunness, agensi itu tidak dibenar mengagihkan bantuan makanan pada 18 April di Yarmouk, tempat yang menjadi tumpuan lebih 20,000 orang awam bagi mendapatkan bantuan daripada PBB.
Gunness dengan penuh terharu berkata "ini hari kesepuluh berturut-turut UNRWA tidak dapat mengagihkan bantuan makanan di Yarmouk".

Katanya, memandangkan makanan yang dibekalkan UNRWA boleh bertahan paling lama hanya 10 hari, maka bekalan yang telah disumbangkan PBB kepada kem itu akan kehabisan.
Yarmouk menempatkan lebih 160,000 pelarian Palestin sebelum tercetusnya perang saudara di Syria pada Mac 2011.

Sejak Disember 2012, antara 140,000 dan 145,000 pelarian Palestin dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Yarmouk apabila tentera puak penentang meningkatkan kehadiran mereka di kawasan itu dan tentera kerajaan pula menguasai kawasan sekelilingnya.

Gunness berkata, UNRWA "teramat bimbang" dengan keadaan manusia yang begitu memerlukan bantuan di Yarmouk dan ingin memaklumkan bahawa pertikaian bersenjata yang tidak putus-putus berlaku sejak sebulan lepas, mengganggu usahanya untuk meringankan penderitaan orang awam yang terperangkap di kawasan itu.

UNRWA dapat memasuki Yarmouk hanya sebanyak 10 hari dalam tempoh 30 hari antara 11 Mac dan 10 April dan oleh itu, hanya dapat mengagihkan 3,390 bungkusan makanan.
Gunness mengulangi harapan UNRWA agar semua pihak menamatkan permusuhan dan mencari penyelesaian terhadap perselisihan mereka secara aman dan agensi itu pula dapat memasuki kawasan berkenaan secara kerap dan terus menerus bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Dalam perkembangan berasingan, ketua Misi Bersama Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia dan PBB (OPCW-UN) mengumumkan pada Sabtu bahawa sehingga 19 April, Syria telah membuang atau memusnahkan kira-kira 80 peratus bahan senjata kimianya.

Sigrid Kaag, penyelaras khas misi bersama OPCW-UN, dalam kenyataannya berkata hasil perbincangan yang diadakan dijangka dapat "mengekalkan momentum itu dan menyelesaikan sepenuhnya operasi pembuangan bahan berkenaan dalam masa beberapa hari lagi".
Beliau menyuarakan keyakinan bahawa langkah itu akan dapat memenuhi tempoh yang ditetapkan majlis eksekutif OPCW, termasuk tarikh akhir 30 Jun 2014 bagi memusnahkan sepenuhnya program senjata kimia Syria.

Kaag menyifatkan "pembaharuan fasa dalam gerakan itu" sebagai sesuatu yang "positif dan perlu dilakukan" bagi memastikan wujud kemajuan ke arah menepati tempoh yang ditetapkan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Kaag berkata Syria juga selesai memusnahkan semua bekas gas mustard kosong dan mencapai kemajuan dalam menghentikan pengeluaran senjata kimia serta tempat penyimpanan senjata itu.

Pembuangan bahan paling kritikal bermula pada awal Januari, sejajar dengan persetujuan yang diatur Rusia dan Amerika yang mewajibkan Syria membuang bahan senjata kimianya dan menyertai Konvensyen mengenai Pencegahan, Pembangunan, Pengeluaran, Penyimpanan dan Penggunaan Senjata Nuklear 1992. - BERNAMA

Wednesday, April 16, 2014

PALESTIN - Hamas Serukan Intifada ke-3


petinggi hamasPemimpin Gerakan Pejuang Islam Hamas menyerukan rakyat Palestina untuk kembali melancarkan gerakan intifada ketiga sebagai reaksi membela Masjid Al – Aqsa dari usaha Yahudisasi terhadap kota Jerusalem oleh penjajah Israel.

Dalam ucapan yang disampaikan di depan penduduk kota Khan Younis di Jalur Gaza, Bardawil, mengatakan “Jika Zionis Israel saat ini berjanji mendirikan Kuil Sulaiman di komplek Masjid, kita akan merasmikan kembali intifada jilid ketiga.”

Bardawil melanjutkan “Jika musuh Zionis dan para pemimpinnya mengumumkan hari ini bahawa mereka adalah generasi pembebas, kita beritahukan kepada mereka bahawa kita adalah generasi hari akhirat.”

“Pembebasan Al Quds bukanlah wacana politik oleh pemimpin negara-negara Arab, Allah telah menjanjikan kemenangan bagi umat Islam dalam firmannya. Karena kota Al Quds adalah milik umat Islam sedunia, dan kita yakin bahwa kemenangan yang dijanjikan Allah akan datang.”

Sejak awal April lalu, organisasi Haikal Sulaiman telah menyerukan perayaan hari Paskah di komplek Masjid yang dimulai pada hari Isnin (14/04) kemarin.sumber

MESIR - 2 Bom Gegar Kaherah

Sekurang-kurangya lima orang cedera termasuk pegawai polis, dalam rangkaian aksi pengeboman yang mensasarkan pasukan keselamatan di kota Kaherah sepanjang hari Selasa (15/04) kelmarin.

Dua oranga wam dilaporkan cedear dalam sebuah ledakan bom yang ditempatkan di bawah sebuah kereta milik seorang pegawai polis di lingkungan Faisal sebelah barat kota Kaherah, sumber keamanan menyatakan bahawa salah seorangmangsa cedera adalah saudara dari pegawai polis tersebut.

Serangan tersebut terjadi hanya selang beberapa jam setelah serang bom tangan yang terjadi di sebuah pos polis lalu lintas di daerah Giza, Mesir.

3 orang cedera dalam insiden Selasa pagi tersebut, satu orang diantaranya adalah warga awam yang berada disekitar tempat kejadian.

Dalam keterangan yang disiarkan Kementerian Dalam Negeri Mesir menyatakan bahawa “ledakan itu terjadi Selasa pagi ketika seseorang tak dikenal dengan menggunakan motosikal melemparkan bom buatan di pos polis lalu lintas di kota Giza.”sumber

MESIR Larang Calon Ikhwan Bertanding Presiden

Pihak berkuasa Mesir telah melarang orang-orang daripada Ikhwanul Muslimin bertanding dalam pilihanraya presiden akan datang. Hal ini kerana Ikhwanul Muslimin sudah dicop sebagai pengganas dan diharamkan.

Field Marshal Abdul Fattah As-Sisi, mantan Menteri Pertahanan Mesir yang menjadi dalang utama dalam rampasan kuasa oleh tentera tempoh hari disebut-sebut sebagai calon pemenang dalam pemilihan presiden tersebut.

Dikatakan cabaran utama As-Sisi dalam pemilihan presiden dijangka datang daripada syap kiri liberalis Hamdeen Sabahi meskipun dia belum mengemukakan pencalonannya. sumber

Tuesday, April 15, 2014

PALESTIN - Zionis Mahu 60 peratus Wilayah Tebing Barat

Menteri ekonomi Zionis sekaligus pemimpin parti “al-beit al-Yahud” yang merupakan parti ekstrem, Navtali Bennett, menuntut aneksasi  60% wilayah Tebing Barat ke dalam wilayah entiti Zionis.

Bennett mengungkapkan rancangannya itu pada akaun Facebooknya  dan mengusulkan aneksasi area (c) di Tebing Barat untuk berada di bawah kawalan Israel Zionis, dan memberikan kepada penduduk Palestin di sana yang jumlahnya sekitar 45 ribu jiwa kewarganegaraan Zionis.

Berdasarkan rancangan Bannet ini, maka Palestin akan memiliki dua wilayah otonomi (a.b), dan menikmati kebebasan bergerak antara kota-kota tanpa hambatan yang membuat situasi di Jerussalem dan Gaza tidak berubah, sedangkan Palestin wilayah (c) maka akan menjadi sebagian dari entiti Zionis. sumber

PALESTIN - 3 Ditangkap di Tebing Barat

3 orang warga Palestina di kota Hebron, Tebing Barat, ditangkap pihak keamanan Israel. Saksi mata mengatakan “sekelompok tentera Israel mengepung sejumlah desa di kota Hebron, Tebing Barat,  mereka mendirikan penghalang di pintu masuk ke kota Beit Awwa di selatan kota dan menangkap 3 orang warga Palestin.”

Perlu dicatat bahawa hampir setiap hari tentera Israel melakukan penggerebekan dan penangkapan di wilayah Tebing Barat. (Aljazeera/Ram) sumber

PALESTIN - 3 Petani Cedera Ditembak

Tiga orang warga Palestin cedera ditembak tentera Israel pada Khamis (10/04) pagi di di kota Beit Hanoun, sebelah utara Jalur Gaza. Sementara itu di kota Hebron wilayah Tebing Barat 3 warga Palestin ditangkap pihak berkuasa Israel.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf Qudrah, mengatakan “3 warga Palestin cedera setelah ditembak oleh militer Israel di dekat dekat perlintasan Beit Hanoun.”

Ashraf Qudrah menambahkan “kondisi ketiganya kini dalam perawatan intensif pihak hospital di kota Beit Hanoun.”

Menurut saksi mata “pasukan militer Israel menembaki warga Palestin yang sedang mengumpulkan kerikil di sekitar pagar pembatas.”

Tercatat lebih dari 10 kali insiden serupa dalam tempoh waktu satu tahun terakhir, tentera Israel sering kali menembak petani Palestin ketika mereka di ladang pertanian mereka yang berada di dekat pagar perbatasan dengan wilayah Israel. sumber

PALESTIN - Yahudi Ortodhoks Kepung Al-Aqsa

Pertempuran kembali terjadi antara warga Palestin dengan pihak polis Israel di halaman Masjid Al – Aqsa di Yerusalem. Sampai saat ini pihak berkuasa Israel masih menutup area komplek Masjid sampai adanya pemberitahuan lebih lanjut.

Huru-hara dicetuskan sikap pihak polis Israel yang membuka salah satu gerbang di komplek Masjid Aqsha untuk ziarah warga Yahudi ke sekitar masjid.

Seperti disiarkan berita AFP, tembakan gas air mata dan granat kejut dibalas dengan lemparan batu. Dua orang pegawai polis Israel dilaporkan terluka, serta satu orang wanita Palestin berhasil diamankan pihak berkuasa Israel dalam pertemuran tersebut.

Perlu diketahui bahwa sejak awal bulan April lalu bahawa sejumlah kalangan Yahudi Ortodoks telah menyerukan perayaan Hari Paskah di komplek Masjid Al Aqsha.

Hingga berita ini diturunkan, ratusan pemuda Palestin terus bersiaga untuk menghalangi rancangan penistaan tempat suci ke 3 umat Islam tersebut. (Bbcarabic/Ram) sumber

QATAR Setuju Bekukan Sokongan Terhadap Ikhwan


Emir QatarSeperti disiarkan akhbar UK Today yang berpusat di London menyatakan bahawa pemerintah Qatar setuju untuk membekukan dukungan politik dan kewangan kepada kelompok Ikhwanul Muslimin, sebagai langkah rekonsiliasi hubungan dengan negara-negara teluk.
Langkah Qatar ini dilakukan setelah mendapat tekanan dari sejumlah negara teluk seperti Saudi Arabia , UAE , Bahrain yang menarik duta besar mereka dari Doha.

UK Today menyatakan dalam akhbar terbitan hari Isnin (14/04) ini, “Ada beberapa pemimpin dari Ikhwanul Muslimin untuk meninggalkan Doha pergi ke Afrika Selatan atau Swiss setelah pemerintah Britaian kini sedang mengkaji semula status Ikhwan. (Dostor/Ram) sumber

PALESTIN - Lelaki Bawah 50 Tahun Tak Dibenarkan ke Al-Aqsa

Baitulmaqdis: Polis Israel semalam mengehadkan kemasukan orang Islam di pintu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, berikutan kebimbangan tercetus keganasan baru selepas pertempuran hujung minggu lalu, kata jurucakap.

Jurucakap polis Micky Rosenfeld, berkata sebagai sebahagian langkah keselamatan, penduduk lelaki Baitulmaqdis akan dikenakan sekatan had umur.

Lelaki 50 tahun dibenar

“Bagi lelaki, hanya mereka berumur 50 tahun ke atas dibenarkan untuk bersembahyang, manakala wanita pula semua peringkat umur,” katanya.

“Ia adalah satu langkah berjaga-jaga yang diambil selepas penilaian keselamatan menyatakan kekacauan mungkin berlaku lagi. Lima orang ditangkap Ahad lalu apabila penduduk Palestin dan polis Israel bertempur di pekarangan bandar lama bertembok itu.

Polis berkata, perusuh melempar batu dan beberapa bom molotov koktel manakala pegawai membalas dengan bom tangan yang menyebabkan perusuh pengsan.

Wartawan AFP berkata anggota pergerakan Hamas Palestin adalah antara penunjuk perasaan di pekarangan bandar itu.
Kawasan itu turut menempatkan Kubah Batu dan masjid Al-Aqsa, tapak suci ketiga umat Islam.

Orang Yahudi berkata, sebuah kuil pernah didirikan dan dihormati sebagai tempat suci penganut Yahudi.

Sekatan polis berkuat kuasa ketika penganut Yahudi bersedia untuk meraikan perayaan Passover selama seminggu, bermula sebaik matahari terbenam.

Pihak tentera dalam kenyataannya menyebut, oleh kerana ia hari cuti utama penganut Yahudi, askar menyekat kemasukan penduduk Tebing Barat ke Israel selama 48 jam bermula dari tengah malam Ahad lalu.

Ia menyatakan kemasukan akan hanya dibenarkan untuk kes-kes perubatan, kemanusiaan dan luar biasa. - AFP sumber

Wednesday, April 9, 2014

PALESTIN - Abbas Contohi Gaddafi, Wujudkan Pasukan Wanita


PALESTINIAN-ISRAEL-SECURITY-WOMEN

Di zaman emansipasi wanita seperti hari ini, mereka ingin bekerja seperti layaknya kaum lelaki di pelbagai tempat di belahan dunia manapun. Tidak terkecuali di wilayah Tebing Barat, Palestin, disini kita dapat melihat wanita mengambil alih beberapa pekerjaan yang sepatutnya dipegang oleh kaum lelaki.

Antara mereka ada yang mengambil alih posisi datuk bandar, seorang menteri dan hakim, ataupun terjun dalam dunia perdagangan dan ekonomi.

Ada yang berbeza pada hari Sabtu (05/04) lalu di Tebing Barat, Palestin. Untuk pertama kalinya dalam sejarah berdirinya negara ini, Presiden Mahmoud Abbas mewujudkan angkatan pertama Pengawal Presiden dari kalangan wanita.

Tercatat sebanyak 25 orang pasukan wanita terlatih Palestin mengikuti acara tersebut. Mereka adalah lulusan dari Universiti Kemerdekaan, bahagian dari akademi polis di kota Jericho (Ariha dalam bahasa Arab).

Latihan bagi kaum hawa ini berlangsung di Pusat Pelatihan Pasukan Pengamanan Presiden di kota Jericho (Ariha dalam bahasa Arab) yang meliputi latihan menembak, bela diri, menuruni bangunan 6 lantai dan sejumlah latihan dasar lainnya bagi seorang Paspamres, seperti disiarkan  aklhbar Britain The Independent.

Pengarah program , Brigadir Munir Razyah, mengatakan “ini adalah contoh bagi wanita dan ibu Palestina yang selalu menjadi pendorong kaum lelaki dalam semua tahap perjuangan.”

Perlu dicatat bahwa Pasukan Pengawal Presiden Palestin terdiri dari 2,600 Element dan semuanya adalah kaum lelaki. Sedangkan pasukan wanita hanya menyumbang 3 % dari 30 ribu pasukan militer dan pegawai polis yang ada di wilayah Tebing Barat, Palestin. (Skynewsarabia/Ram)

NIGERIA - Tentera Bunuh Muslim


Nigerian
Kelompok Muslim terkemuka Nigeria telah mengeluarkan pernyataan keras mengutuk pembunuhan atas warga Muslim oleh tindakan tentera Nigeria di negara bahagian utara dengan alasan memerangi aksi Boko Haram dan terorisme .

” Pembunuhan di luar batas undang-undang oleh militer menggambarkan dengan jelas bahawa umat Islam telah menjadi spesies yang terancam punah , dibunuh tanpa  pandang bulu dengan alasan tindakan memerangi terorisme , ”  pernyataan yang dikeluarkan oleh Jama’atu Nasril Islam (JNI) ,  pada hari Selasa, 8 April.

JNI  menyiarkan  pernyataan tersebut untuk  menanggapi kejadian serangan pada hari Sabtu di Zamfara barat laut di mana lebih dari 112 muslim terbunuh  dalam serangan yang dilakukan oleh kelompok bersenjata tak dikenal .

Laporan oleh Komisi Nasional Hak Asasi Manusia mengungkapkan juga bahawa lapan orang Muslim terbunuh September lalu oleh pasukan tentera dengan alasan mengejar anggota Boko Haram .

JNI juga  katakan terjadi pembunuhan di luar undang-undang ke atas  15 Muslim Fulani di Keana di  Nasarawa . sumber

JEPUN - Dahi Bengkak Jadi Trend

Dahi bengkak kegilaan baharu di Jepun
Aliran bengkak dahi menjadi kegilaan ramai wanita Jepun dan mendapat perhatian masyarakat di Negara Matahari Terbit itu.

Mereka melihat membengkakkan dahi dan membentuk ia seperti sebiji donut adalah kecantikan diri terkini untuk dicuba.

Tidak kira tua atau muda, lelaki mahupun wanita dan kononnya tampak cantik, mereka begitu taasub mencipta pengubahsuaian itu.

Bagaimanapun, budaya yang ditawarkan di Jepun ini begitu asing dan tidak diterima pakai oleh masyarakat negara ini.

Ibu bapa di negara ini pasti akan runsing, sebaik melihat dahi anak bengkak dan segera menuamkan tuala panas pada dahinya bagi menghilangkan bengkak, sedangkan kebanyakan golongan muda di sana menganggap ia sebagai kecantikan yang perlu dicuba. sumber

PAKISTAN - Letupan Kereta Api, 13 Maut 40 Cedera



13 maut letupan bom kereta api di Pakistan  
Anggota keselamatan dan penduduk tempatan melihat keadaan kereta api yang musnah dalam letupan bom di stesen kereta api Sibi di Quetta di barat laut Pakistan semalam.
 
Sibi: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh manakala 40 lagi cedera apabila sebutir bom meletup di dalam kereta api di Baluchistan, wilayah barat laut Pakistan semalam, kata pegawai.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, namun seorang menteri kanan Pakistan, berkata ia mungkin mempunyai kaitan dengan operasi besar-besaran menggempur pemisah yang bermula semalam.

Letupan berlaku selepas sebuah kereta api yang penuh sesak berhenti di stesen kereta api Sibi kira-kira 160 kilometer ke selatan Quetta untuk menurunkan penumpang.

Pegawai kanan polis tempatan, Mohammad Nazar berkata, dua gerabak terbakar serta merta sejurus letupan dan dipenuhi asap, manakala penumpang, sebahagiannya terbakar, menjerit dan bersesak-sesak untuk menyelamatkan diri. sumber

AM - Cawan Dinasti Ming Berharga RM117 Juta

Cawan Dinasti Ming dilelong RM117 juta 
Cawan dari Dinasti Ming yang dibeli oleh Yiqian melalui lelongan pada harga RM117 juta.
 
Hong Kong: Cawan minuman keras era Dinasti Ming yang sukar ditemui, memecahkan rekod lelongan dunia untuk mana-mana porselin China semalam, apabila ia dijual di Hong Kong pada harga AS$36.05 juta (RM117 juta) kepada jutawan Shanghai Liu Yiqian, demikian menurut pusat lelongan Sotheby.

Cawan kecil porselin berwarna putih itu yang dihiasi dengan lukisan berwarna ayam jantan dan ayam betina yang b ersama anak-anak ayam dihasilkan semasa era Maharaja Chenghua antara 1465 dan 1487.

Harga itu jauh mengatasi rekod sebelum ini oleh porselin Dinasti Ming — yang dipegang oleh vas berwarna biru dan putih yang dijual pada harga HK$168.66 juta (RM70.4 juta) pada 2011. sumber

Friday, April 4, 2014

MESIR - Ajnad Misr Mengaku Letupkan Bom Berhampiran Uni Kaherah

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan ke akaun Facebook dan Twitter rasminya, sebuah kelompok jihad yang dikenal sebagai Ajnad Misr menyatakan bertanggung jawab atas pengeboman pada Rabu (2/4/2014) berhampiran Universiti Kaherah. Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya seorang petugas polis dan mencederakan sekitar enam orang.

Ajnad Misr menyatakan bom-bom mereka mensasarkan para penjahat yang diketahui telah melakukan pembantaian. Dalam pernyataannya, Ajnad Misr mengatakan bahawa Brigadir Jenderal Tarek Al-Mergawi disasarkan kerana keterlibatannya dalam “pembunuhan terhadap orang-orang yang tak berdosa, pelanggaran kehormatan, dan partisipasi dalam pembantaian Nahda.”

Kelompok ini mencatat bahawa pengeoman tersebut menyusul peningkatan penangkapan terhadap sejumlah Muslimah Mesir.