Monday, June 30, 2014

MESIR - Demo Penentang Kudeta 3 Julai Ini


aliansiPakatan yang mendukung legitimasi di Alexandria menyerukan kepada seluruh pendukung Mursi dan legitimasi untuk turun ke jalan pada 3 Julai akan datang, dalam rangka peringatan digulingkannya kekuasaan Presiden Muhammad Mursi, dan sekaligus menuntut untuk dikembalikannya Mursi pada posisinya sebagai Presiden.

Beberapa pemuda mendistribusikan pernyataan pakatan tersebut yang mengajak seluruh pendukungnya untuk tidak balik ke rumah pada tanggal 3 Julai tersebut, kecuali setelah tercapainya tujuan mereka untuk mengembalikan Presiden yang telah digulingkan ke posisinya kembali sebagai Presiden Mesir, serta jatuhnya rejim saat ini dan melepaskan seluruh pemimpin Ikhwan yang di tahan oleh tentera.

Pernyataan tersebut juga menunjukkan bahawa demonstrasi akan datang akan serentak di seluruh penjuru kota, dan akan berpusat di Masjid al-Qoid Ibrahim dan keluar dari sana di mulai setelah solat Terawih., (hr/im) sumber

PALESTIN - Israel Giatkan Perang Psikologi

Pasca lelah dalam perang fizikal melawan gerakan perjuangan Islam (Hamas), kini pemerintah Israel melamcarkan perang psikologi melawan Hamas di wilayah Jalur Gaza.

Dalam kempen baru yang dimulai hari Ahad (29/06) kelmarin, pemerintah Yahudi mengagihkan mancis api dan guka-gula yang berisi ajakan provokasi membenci Hamas kepada warga Gaza melalui udara.

Dalam pesan terselubung pada gula-gula dan mansis api yang dibahagikan Israel, menyebut Hamas bertanggung jawab atas operasi militer Israel di wilayah Tebing Barat.

Perlu diketahui bahawa pemerintah Israel melancarkan operasi militer di Tebing Barat untuk mencari 3 warga Yahudi yang hilang sejak 12 Jun lalu.

Pemerintah Israel menuduh Hamas bertanggung jawab atas penculikan tersebut. Akan tetapi Hamas menuduh balik bahwa Israel sengaja mereka-reka penculikan tersebut untuk membenarkan operasi penangkapan pejuang Palestin di Tebing Barat.

Guka-gula dijatuhkan pesawat Israel  dari 2 kota berbeza di Jalur Gaza dan membawa pesan kedamaian dalam bulan Ramadhan tahun 1435 Hijriyah. (Rassd/Ram)

Berikut beberapa gambar lainya:
korek api dan permen Israel 1
korek api dan permen Israel 2

sumber

FILIPINA Berjaga-jaga

gambar berikut
Foto Pegawai polis Filipina mengiringi Mundos (kanan) ketika dibawa keluar daripada mahkamah di kem polis di Taguig, selatan Manila, Jumaat lalu.
Maklumat risikan dapati kumpulan militan rancang letup bom kereta

MANILA: Pasukan keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di selatan Filipina semalam, kata polis selepas perisik tentera melaporkan kelibat militan Islam di wilayah berkenaan selepas penahanan pemimpin tertinggi kumpulan itu yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Minggu lalu, sepasukan tentera dan pegawai polis menahan, Khair Mundos, pakar membuat bom dan pemimpin Abu Sayyaf, yang menjadi terkenal awal dekad lalu dengan menculik warga asing. Mundos dikehendaki Amerika Syarikat, yang menawarkan ganjaran AS$500,000 (RM1.6 juta) bagi penangkapannya.

“Maklumat kukuh diterima, mendedahkan kemungkinan ancaman kepada keamanan dan keselamatan Wilayah 11, terutama di Bandaraya Davao. sumber

TAHILAND - 2 Polis Maut, 2 Orang Awam Cedera

NARATHIWAT: Harapan untuk menyambut hari pertama Ramadan dalam keadaan damai tidak kesampaian di selatan Thailand apabila dicemari dengan tindakan keganasan.

Pada tengah malam kelmarin pertempuran berlaku antara enam anggota polis daerah Takbai dan 10 lelaki bersenjata selama kira-kira setengah jam di Jalan Taba, Mukim Jekhe, Wilayah Narathiwat.

Menurut polis, dua anggota polis terkorban dan dua laras raifal serta dua pucuk pistol mangsa dilarikan. Dua orang awam turut tercedera dalam kejadian berkenaan.
Kumpulan berkenaan dipercayai anggota gerakan pemisah di kawasan Pulau Satol Takbai. Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang anggota keselamatan memburu suspek” Pakdee Prichachon, Ketua polis daerah Takbai

Ketua polis daerah Takbai, Pakdee Prichachon berkata keenam-enam anggota polis itu sedang meronda dengan tiga buah motosikal ketika diserang hendap.

Beliau berkata kumpulan itu, dipercayai puak pemisah, dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan satu kumpulan menyerang polis, kumpulan kedua melakukan kawalan dan kumpulan ketiga menabur paku dan bahan-bahan lain untuk menyekat bantuan pihak keselamatan Thailand.

Katanya, kumpulan berkenaan dipercayai anggota gerakan pemisah yang aktif di kawasan Pulau Satol Takbai.

Ekoran kejadian itu, lebih 100 orang anggota keselamatan melakukan kepungan memburu suspek dengan mengguna anjing pengesan.
Sementara itu, pada jam 7.25 pagi semalam, dua bom diletupkan di dua tempat, iaitu kawasan kilang kayu getah dan di sebatang tiang elektrik tetapi tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Menurut saksi, pada jam 2 pagi, terdapat empat hingga enam orang lelaki menaiki tiga motosikal yang dipercayai meletak bom di kawasan tersebut.

Umat Islam di Thailand menyambut Ramadan dan mula berpuasa semalam. - BERNAMA sumber

Abu Bakr Al-Baghdadi Diisytihar sbg Khalifah Umat Islam

BEIRUT: Anggota pergerakan jihad di Syria dan Iraq mengisytiharkn penubuhan sebuah kerajaan khalifah’ mirip kepada sistem pemerintahan yang sudah pupus hampir 100 tahun lalu dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah.

Dalam rakan audio yang disebarkan melalui online, pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang kini melancarkan ancaman di Iraq dan Syria, juga mengisytiharkan ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai ‘Khalifah’, iaitu pemimpin bagi orang Islam di semua tempat.

“Majlis Syura Negara Islam mengadakan perjumpaan dan berbincang isu ini (kerajaan Khalifah)...Pergerakan ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan melantik seorang khalifah bagi negara Islam,” kata jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani.

“Ulama jihad, Baghdadi diisytiharkan sebagai Khlafiah orang Islam,” kata Adnani.

Baghdadi “menerimanya dan menjadi pemimpin orang Islam di semua tempat.”

“Sekaligus dengan pengumuman itu, ungkapan ‘Iraq’ dan ‘Levant’ dikeluarkan daripada nama Negara Islam berkenaan dalam dokumen dan kertas rasmi,” kata Adnani.

Beliau menyifatkan kerajaan Islam itu sebagai “impian dalam hati semua orang Islam” dan “harapan untuk semua anggota jihad”.
Sistem pemerintahan khalifah itu dimansuhkan berikutan keruntuhan Empayar Uthmaniah pada 1924. - AFP



sumber

TURKI - Abdullah Gul Tak Pertahan Jawatan Presiden

ISTANBUL: Presiden Turki, Abdullah Gul berkata beliau tidak akan bertanding untuk mengekalkan jawatannya untuk penggal kedua, sekaligus memperkuatkan lagi spekulasi mengenai pencalonan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

“Saya tidak akan mengemukakan pencalonan...penggal saya tamat pada 28 Ogos,” Abdullah memberitahu pemberita sebelum mengadakan perbincangan tertutup dengan Erdogan di sini hari ini.

Katanya, beliau sudahpun menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding kepada perdana menteri sebelum pilihan raya tempatan Mac lalu.

Erdogan yang memegang jawatan perdana menteri bagi penggal ketiga, tempoh maksimum di bawah peraturan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP), dijangka mengumumkan untuk bertanding presiden esok.

Sementara itu, Abdullah Gul pula dijangka akan menjadi calon perdana menteri andainya Erdogan bertanding dalam pilihan raya presiden pada 10 Ogos depan, pilihan raya pertama di mana rakyat memilih ketua negara.

Semalam, dua parti pembangkang utama di Turki memberi sokongan kepada bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu sebagai calon presiden bagi menentang Erdogan. - AFP  sumber

Monday, June 23, 2014

Komander Elit IRAN Dipindahkan ke SYRIA


Qassem SuleimaniMenjaga kepentingan Syiah di kawasan Timur Tengah, pemimpin spiritual tertinggi Ali Khamenei memerintahkan pemindahan tugas komandan elit Garda Revolusi Iran, Qassem Soleimani, dari wilayah Iraq ke Suriah.

Menurut sumber yang dekat dengan pegawait militer Teheran, komandan Brigade Al Quds Mejar Jeneral Qassem Soleimani akan kembali ke Syria untuk membantu tentara Bashar Al Assad.

Perlu diketahui bahawa Iran terpaksa mengambil alih peperangan di Syria untuk menjaga kepentingan Assad serta Teheran di Syria dan Timur Tengah.

Hingga kini Iran dilaporkan telah memberikan bantuan senjata dan keuangan untuk mempertahankan rjzim Syiah di Syria.

Sementara itu akhbar New York Times menyebut Jeneral Soleimani adalah pemimpin de facto dari operasi militer di Syria. (Alarabiya/Ram) sumber

IRAQ - 3 Bandar Strategik Jatuh

Baghdad: Pemberontak Sunnah diketuai kumpulan pecahan al- Qaeda meluaskan serangan mereka di wilayah barat Iraq, menawan tiga bandar strategik serta sempadan penyeberangan dengan Syria dalam bahagian sempadan Iraq, sekali gus memberi tamparan hebat terhadap Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Kemaraan mereka Jumaat dan kelmarin itu terus menjadi tekanan buat al-Maliki, yang bergelut dengan kehidupan politiknya ketika militan yang di luar kawalannya menolak negara itu ke arah satu lagi persengketaan fahaman.

Sebagai bukti perpecahan ketara, ribuan militia Syiah yang bersenjata berat, nekad menumpaskan pemberontak Sunnah, berarak di seluruh bandar raya di negara itu dalam perarakan gaya tentera kelmarin di atas jalan raya tempat kebanyakan mereka bertempur dengan tentera Amerika Syarikat setengah dekad lalu.

Wilayah pertama ditawan Bandar Qaim, Rawah dan Anah adalah wilayah pertama ditawan di wilayah Anbar yang dikuasai Sunnah, di barat Baghdad, sejak militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menawan Fallujah dan beberapa bahagian ibu negeri wilayah itu, Ramadi, awal tahun ini.

Penawanan Rawah di pinggir Sungai Furat, serta Anah menjadi sebahagian daripada laluan kemaraan ke arah empangan utama di Haditha, yang kemusnahannya akan merosakkan grid elektrik negara itu dan menyebabkan banjir besar.

Pegawai tentera Iraq berkata, lebih 2,000 anggota segera dikerah ke kawasan empangan untuk melindunginya. sumber

IRAQ - ISIL Tawan Bandar Rawa dan Ana

BAGHDAD: Militan sunnah hari ini mara ke barat Iraq dan membunuh 21 orang selepas menawan bandar Rawa dan Ana kelmarin.

Ia adalah ancaman terbaru pergerakan jihad Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang mengakibatkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Mereka menembak mati 21 pemimpin tempatan di Rawa dan Ana dalam tempoh keganasan selama dua hari, menurut pegawai dan doktor.

ISIL berhasrat untuk mewujudkan sebuah negara Islam meliputi Iraq dan Syria, di mana kumpulan itu adalah juga penggerak utama dalam penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad. - AFP sumber

IRAQ - 6 Maut dalam Letupan

RAMADI (Iraq): Enam orang terkorban dalam serangan bunuh diri dan letupan bom kereta semalam ketika orang ramai memberi penghormatan ke atas pegawai polis yang maut dalam pertempuran dua hari lalu.

Pengebom bunuh diri itu meletupkan bahan letupan di dalam sebuah bangunan di bandar ini, yang terletak di barat Baghdad, di mana orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada keluarga Kolonel Majid al-Fahdawi.
Sejurus kemudian, satu letupan kereta berlaku tidak jauh dari situ. Kedua-dua serangan mengorbankan enam orang dan mencederakan lapan orang.

Pasukan keselamatan Iraq kini sedang berusaha untuk mematahkan ancaman daripada pihak militan yang sedang mara ke wilayah Anbar, di mana Ramadi adalah ibu negerinya. - AFP sumber

IRAQ - Kerry Buat Lawatan Mengejut ke Baghdad

Kerry mula perbincangan dengan Maliki
BAGHDAD: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dalam lawatan mengejutnya ke Baghdad hari ini.

Pertemuan itu adalah yang pertama dalam siri perbincangan yang akan diadakan antara Kerry dan pemimpin Iraq meliputi isu politik dan hal ehwal dalaman negara berkenaan. - AFP sumber

LIBYA - Pilihanraya Rabu Ini

TRIPOLI: Libya akan mengadakan pilihan raya Rabu ini bagi memilih ahli Kongres Nasional Umum (GNC) atau parlimen.

Pilihan raya itu dianggap penting bagi masa depan negara berkenaan berikutan kekacauan dan pergolakan politik yang berlarutan terlalu lama.
Walaupun hampir 3.5 juta rakyat layak mengundi, terdapat hanya 1.5 juta pengundi sahaja yang berdaftar, kata pegawai.

Pengundi akan memilih ahli GNC daripada kalangan 1,628 calon, di mana 32 daripada 200 kerusi diperuntukkan untuk wanita dan ahli parlimen yang dilarang menganggotai mana-mana parti.

Sejak ketiadaan pemimpin terulungnya, Muammar Gaddafi, GNC adalah badan politik tertinggi, yang dipilih pada Julai 2012 dalam pilihan raya bebas pertama di negara berkenaan. - AFP
sumber

Israel Serang Bukit Golan

Israel lancar serangan udara di Golan       ASKAR Israel membuat persiapan di kawasan yang diduduki Israel di Bukit Golan, di mana tentera Yahudi itu melepaskan tembakan meriam ke arah kedudukan tentera Syria semalam. - Foto Reuters 
 
BAITULMAQDIS: Israel melakukan serangan balas terhadap tentera Syria di Bukit Golan atas alasan kononnya seorang remajanya terbunuh dalam serangan awal Syria.

Serangan semalam adalah yang paling serius di kawasan peletakan senjata di Syria sejak Perang Asia Barat 1973.
Kawasan yang disasarkan termasuk ibu pejabat tentera Syria dan kawasan pelancaran serangan, kata Leftenan Kolonel Peter Lerner bagi pihak tentera Israel.

Tentera Yahudi mendakwa serangan udara itu dilakukan selepas anak lelaki kontraktor kementerian pertahanan Israel dibunuh di Golan semalam. - AFP sumber

Sunday, June 22, 2014

PALESTIN - Berbalas Tembak di Tebing Barat


militer israel 1Berbalas tembak terjadi antara pasukan militer Israel dengan pemuda Palestin pada Khamis (19/06) malam di jalan-jalan wilayah Tebing Barat, pasca hilangnya 3 warga Yahudi sejak hari Khamis (12/06) minggu lalu.

Menurut pegawai hospital Palestin mengatakan “3 warga Palestin cedera dalam tembak-menenbak yang berlangsung pada Khamis malam di kota Jenin, Tebing Barat. Sementara itu tidak ada laporan mengenai jumlah korban di kubu tentera Israel.

Perlu diketahui bahwa ini merupakan insiden berbalas tembak pertama kalinya selama 10 tahun di kota Jenin, Tebing Barat.

Militer Israel menyatakan bahawa sekitar 300 warga Palestin melemparkan sejumlah peledak dan rentetan tembakan kepada pasukan Israel yang memasuki kota Jenin untuk mencari 3 pemuda Israel yang menghilang sejak Khamis minggu lalu.

30 orang ditangkap  militer Israel sepanjang hari Khamis lalu di bebberapa wilayah Tebing Barat, tercatat 280 orang telah ditangkap dalam tempoh waktu seminggu terakhir. (Skynewsarabia/Ram) sumber

MESIR - Hukuman Mati 180 Ikhwan Disahkan Mahkamah

Kaherah: Mahkamah Mesir semalam mengesahkan hukuman mati ke atas lebih 180 anggota Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpin atasan pergerakan itu, kata peguam.

Tidak dapat dipastikan berapa banyak hukuman sebenar yang disahkan, dengan peguam memberikan anggaran daripada 182 hingga 197.

Dalam kes lain, ia menjadi hukuman mati beramai-ramai paling besar disahkan dalam sejarah Mesir. Peguam memulaukan pembukaan perbicaraan pada 25 Mac lalu bagi membantah hukuman mati beramai-ramai terdahulu oleh Hakim Said Youssef. Sebulan selepas sesi itu, hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas 683 orang lagi termasuk pemimpin agung Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.

Tertuduh tidak hadir

Daripada 683 itu, 110 dibicarakan tanpa kehadiran tertuduh, menurut peguam Khaled elKomi.

Hukuman mati ke atas mereka yang tidak hadir terbatal secara automatik di Mesir jika menyerah diri atau ditangkap, dan perbicaraan semula perlu diadakan.sumber

MALAYSIA Antara 3 Pusat Penyeludupan Manusia Terburuk

Washington: Amerika Syarikat kelmarin menyenaraikan Malaysia, Thailand dan Venezuela sebagai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia, sekali gus membuka ruang bagi negara-negara terbabit dikenakan sekatan dan meletakkan ia dalam kategori sama dengan Korea Utara dan Syria.

Ketiga-tiga negara itu diturunkan taraf kepada status ‘Tier 3’ yang paling rendah dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi penghapusan jenayah itu.

Tiada usaha mencukupi Ia menyatakan Malaysia tidak melakukan usaha mencukupi memperbaiki rejim perlindungan mangsa yang kurang berkesan, dan cuma menyiasat segelintir kes berbanding pada 2012.

Thailand, salah satu sekutu perjanjian Washington yang paling lama di Asia, meluahkan kekecewaan berhubung laporan itu. Pegawai menyatakan keyakinan negara mereka akan dinaikkan taraf, dan menyerahkan laporan 78 muka surat kepada Amerika April lalu bagi menjelaskan keadaan.

Pemangku Menteri Luar Thai, Sihasak Phuangketkeow, meminta Amerika mempertimbangkan semula penilaian itu, sambil berkata kategori berkenaan ditujukan kepada negara yang tidak berbuat apaapa. - Reuters sumber

ISIL Tawan Pos di Sempadan SYRIA, Syiah Semakin Goncang

Militan Sunnah menawan kawasan pos kawalan lintasan sempadan Iraq bersempadan dengan Syria selepas pertempuran selama sehari yang mengorbankan kirakira 30 tentera Iraq, kata pegawai keselamatan semalam.

Pegawai polis dan tentera berkata Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) serta sekutu militan menawan kawasan pos kawalan lintasan sempadan yang berhampiran bandar Qaim, kirakira 320 kilometer di barat Baghdad itu, selepas bertempur sepanjang hari kelmarin dengan tentera Iraq.
Pegawai itu yang tidak memberikan nama kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bercakap kepada media, berkata keadaan itu membolehkan militan Sunnah bergerak lebih bebas untuk membawa senjata dan peralatan berat ke tempat-tempat pertempuran.

Kegagalan mempertahankan kawasan pos kawalan itu membuatkan Perdana Menteri Nouri al-Maliki berdepan tekanan berat membentuk kerajaan campuran atau meletak jawatan berikutan kehilangan sebahagian besar wilayah kepada militan, dengan ulama Syiah dan Rumah Putih jelas membayangkan beliau menjadi sebahagian punca krisis itu.

Sertai desakan selepas Obama cabar Ulama Syiah paling dihormati di kalangan penganut fahaman berkenaan di Iraq kelmarin menyertai desakan supaya al-Maliki mendekati minoriti Kurdis dan Sunnah sehari selepas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mencabar beliau mewujudkan kepemimpinan mewakili semua puak di Iraq. sumber

Piala Dunia - BOSNIA Tersingkir

CUIABA: Penampilan sulung Bosnia-Hercegovina pada peringkat akhir Piala Dunia berakhir dengan kekecewaan apabila gol kontroversi oleh Peter Odemwingie mengakibatkan mereka kecundang 1-0 di tangan juara Afrika, Nigeria sekali gus tersingkir untuk ke pusingan kedua.

Kemenangan pertama Nigeria pada peringkat akhir Piala Dunia sejak 1998 itu menjadikan mereka sebagai pasukan pilihan untuk mengiringi Argentina ke pusingan kedua.

Nigeria dijadual bertemu Argentina dalam perlawanan terakhir kumpulan, awal pagi Khamis depan. - AFP 
sumber

Friday, June 13, 2014

IRAQ - Pejuang Akan Mara ke Baghdad dan Karbala



Foto Lelaki Iraq melaungkan slogan menentang kumpulan militan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di luar sebuah kem tentera ketika mendaftar sebagai sukarelawan di Baghdad semalam. - Foto AP

AS pertimbang serangan udara ke atas pemberontak

KIRKUK: Militan menawan Bandaraya Tikrit dan semakin menghampiri Baghdad, memaksa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan rundingan krisis semalam manakala Amerika Syarikat mempertimbangkan serangan udara ke atas pemberontak.

Militan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menawan Bandaraya Mosul Selasa lalu dan sejak itu berjaya menguasai sebahagian besar utara dan tengah Iraq termasuk Tirkit, kampung halaman Presiden Saddam Hussein.

Jurucakap ISIL, Abu Mohammaed al-Adnani, berkata pergerakan itu akan mara ke Baghdad dan Karbala, bandar raya di barat daya ibu negara Iraq itu yang dianggap antara paling suci bagi mazhab Syiah, kata Kumpulan Perisikan SITE.

Majlis Keselamatan PBB mengadakan pertemuan untuk membincangkan krisis dalam petunjuk kebimbangan antarabangsa semakin memuncak berikutan keadaan itu. sumber

PALESTIN - Ratusan Kedai Sertai Mogok


mogok makan palestinaRatusan kedai di kota Al Quds mengadakan aksi mogok jualan sepanjang hari Khamis (12/06), sebagai bentuk solidariti terhadap ratusan tahanan yang telah melakukan aksi mogok makan sejak 24 April lalu.

Jurucakap penjara Israel mengatakan kepada AFP “ada sekitar 250 tahanan administratif Palestin melakukan mogok makan, 80 orang diantaranya kini berada dalam perawatan intensif di hospital Israel.”
Aksi mogok jualan sendiri berakhir pada pukul 20.00 malam waktu Al Quds.

Sementara itu negosiator tahanan Palestin, Saeb Erekat, meminta masyarakat internasional untuk mendesak Israel melepaskan ratusan tahanan Palestin yang ditangkap tanpa adanya tuduhan yang jelas terhadap mereka.

Menurut catatan Erekat, ada sekitar 130 tahanan administratif Palestina yang terlibat dalam aksi mogok makan di penjara-penjara Israel.

Perlu diketahui bahwa ini adalah aksi mogok makan massal paling lama yang dilakukan oleh tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.

Menurut undang-undnag yang diwarisi pemerintah Israel dari Britain, memungkinkan penahanan mereka yang disyaki selama enam bulan tanpa tuduhan di bawah penahanan administratif dan dapat diperpanjang untuk jangka waktu yang tidak ditentukan oleh pihak militer. (Rassd/Ram) sumber

Mufti IRAQ Pertahan ISIS


mufti irakMenteri negara Iraq, Rafi’ Rafii, menyebut militan bersenjata negara Islam Iraq dan Syam (ISIS) yang disebut Barat dan pemerintah Syiah Iraq sebagai golongan teroris dan pemberontak adalah pasukan pembebas kezaliman yang terjadi pada warga Sunni Iraq.

Mufti rafi mengatakan “Apa yang kini terjadi di Iraq adalah sebuah proses pembebasan rakyat Iraq, terutama warga Sunni. Mereka (ISIS ) mengangkat senjata untuk menghilangkan ketidakadilan yang dilakukan pasukan militer Nouri al Maliki.”

Mufti Iraq juga menolak ISIS disebut sebagai organisasi teroris seperti yang digambarkan oleh pihak Barat dan pemerintah Syiah Iraq
.
Selain itu Mufti Iraq juga meminta ISIS untuk terus melanjutkan perjuangannya dan menyerukan pembebasan warga Sunni di wilayah Iraq lainnya.

Mufti Rafi juga memuji sikap ISIS yang memberikan pengampunan bagi para prajurit yang menyerahkan senjata mereka dan tidak menyerang pada rumah-rumah ibadah dari agama lain. (Alarabiya/Ram) sumber

IRAQ - Turki Usaha Bebaskan Rakyatnya yang Diculik

ANKARA: Turki mengesahkan sedang mengadakan perbincangan untuk membebaskan berpuluh-puluh rakyatnya yang diculik oleh militan jihad di utara Iraq.

“Kami sedang bincang dengan semua pihak di Iraq, termasuk Kurdis dan Turkmenistan,” kata jurucakap kerajaan.

Katanya, mereka sudah mempertingkatkan inisiatif diplomatik bagi pembebasan warganya yang diculik. Militan daripada kumpulan jihad Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) menculik 49 orang daripada konsulat Turki di Mosul, termasuk ketuanya kelmarin.ISIL juga menawan 31 pemandu trak Turki dari sebuah stesen janakuasa di bandar berkenaan. Kerajaan Turki kini menggesa semua rakyatnya yang masih berada di Iraq supaya keluar dengan segera. - AFP sumber

PBB Desak Dialog Tentang IRAQ

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak agar diadakan dialog inklusif segera bagi mengutuk kegiatan ‘pengganas’ di Iraq.

Semalam Majlis berkenaan mengadakan pertemuan tertutup selama dua jam dan semua 15 anggota majlis berkenaan memberi sokongan sebulat suara kepada kerajaan dan rakyat Iraq dalam perjuangan mereka menangkis keganasan.

“Ini adalah peluang terbaik bagi mengadakan dialog inklusif,” kata Duta Russia, Vitaly Churkin berikutan kegagalan ahli Parlimen Iraq untuk menyokong cadangan Perdana Menterinya untuk mengisytiharkan darurat di negara berkenaan. - AFP   sumber

Erdogan Diberi Amaran oleh AUSTRIA

VIENNA: Austria memberi amaran kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan supaya ‘menjaga mulutnya’ dan tidak menyatakan sesuatu yang boleh ‘memecahbelahkan’ rakyat di negara berkenaan apabila melakukan lawatan minggu depan.

Sebelum ini dalam lawatannya ke Jerman, Erdogan dilaporkan membuat kenyataan yang menyinggung pemimpin pembangkang Jerman daripada keturunan Turki dan lantang bersuara menentang asimilasi dalam ucapannya di Cologne.

“Saya memberi amaran tegas kepada Perdana Menteri Erdogan: beliau tidak harus menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Austria,” kata Menteri Luar Austria, Sebastian Kurz dalam akhbar Oesterreich Daily.

“Jika beliau membuat kenyataan positif dan berucap dengan menyentuh perkara yang baik, ia sudah tentunya dapat membantu,” kata Kurz.

“Tapi jika beliau melakukan sebaliknya, seperti di Jerman, beliau akan hanya menyebabkan kemusnahan bukan sahaja kepada penduduk majoriti tapi juga terhadap pendatang Turki,” katanya.

Erdogan dijadualkan berada di Vienna, yang kini mempunyai 250,000 penduduk asal Turki, pada 19 Jun ini.

Lawatan itu dilihat sebagai usahanya untuk meraih undi di luar negara bagi pertandingan yang dijangka untuk jawatan presiden Ogos depan. - AFP sumber

Thursday, June 12, 2014

Siapa ISIS atau ISIL?


ISISjihadisDengan ribuan pejuang Arab dan asing dan seorang komandan kharismatik dengan cargaya mirip dengan  kepemimpinan al-Qaeda, Negara Islam Iraq dan Levant telah menjadi ancaman terbesar setiap pemerintahan sekular di wilayah tersebut.

Meskipun mendapat kemarahan pimpinan inti al-Qaeda untuk metodenya, ISIS ternyata memperluas kuasanya di  wilayah  Iraq dan Syria kerana nyatanya ISIS sangat berusaha untuk mendirikan sebuah kekhalifahan Islam yang baru.

Akar gerakan  ISIS dapat ditelusuri berawal dari gerakan  Tauhid dan Jihad, sebuah kelompok Sunni yang menentang AS dan bentukan pemerintahan Iraq setelah jatuhnya Saddam Hussein pada tahun 2003.

Pemimpin Tauhid, Abu Musab al-Zarqawi, asal Jordan, menyatakan setia kepada al-Qaeda pada tahun 2004, dan berganti nama kelompoknya di Iraq dan mendorong kempen serangan bom  terhadap setiap sasaran pemerintahan Iraq dan AS.

Abu Musab al-Zarqawi

Syeikh Zarqawi, yang terkenal mahir  menembakkan senapan mesin dari pinggul, menjadi musuh nombor satu AS dan dia gugur  pada tahun 2006, pada saat hari gugurnya,  banyak kemeriahan di kalangan Syiah Iraq dan Amerika.

Setelah kematian Zarqawi, kelompok namanya bertukar menjadi Negara Islam di Iraq, atau ISI, dengan pemimpin barunya , Abu Omar al-Baghdadi, dalam usaha nyata untuk “menasionalisasi” citranya.
Namun, banyak yang mengatakan bahwa Baghdadi adalah tetaplah orang asing.

Baghdadi memimpin kelompok tersebut , yang terus menyerang sasaran Syiah  dan AS, sampai akhirnya dia juga gugur  dibunuh oleh pasukan AS dan Iraq pada tahun 2010.

Dia digantikan oleh Abu Bakr al-Baghdadi, yang nama aslinya adalah Ibrahim Awwad Ibrahim al-Badri. Pada titik inilah  kelompok itu mulai menjadi perhatian antarabangsa.

Sedikit sejarah Baghdadi diketahui, tetapi difahami dia menghabiskan lima tahun penjara setelah ditangkap oleh pasukan AS di Iraq pada tahun 2005.

Pada tahun 2012, Baghdadi mengalihkan perhatiannya untuk memperluas operasinya ke Syria, mengirim komandan melintasi perbatasan ktika perang saudara berkecamuk .

Baghdadi  pada tahun 2012 menyatakan penggabungan antara ISI dan Nusra Front, kelompok mujahidin lainnya , dipimpin oleh seorang mantan bawahan Baghdadi, dengan  membentuk Negara Islam Iraq dan Syam/Syria (ISIS).

Pernyataan ini  ditolak oleh komandan Nusra , dan Ayman al-Zawahiri, pemimpin al-Qaeda, yang menyatakan bahawa hal tersebut tidak valid.

Ayman Zawahiri segera menyatakan bahawa al-Qaeda telah tidak mengakui kelompok ISIS , dan menyatakan front Nusra adalah afiliasi utama al-Qaeda di Syria.

Tapi itu tidak menghentikan Baghdadi. Sebaliknya dia mengecam Zawahiri, yang menyatakan bahawa tidak ada yang akan mencegah anak buahnya melawan rejim Syria atau musuh  lainnya. sumber

Bashar Dedah Kerjasamanya dengan SAUDI Hancurkan Ikhwan


bashar assadPresiden Bashar Al Assad mendedahkan  pertemuan rahsia dengan utusan dari raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz, yang memintanya untuk menghancurkan revolusi Syria yang disebut sebagai revolusi Ikhwanul Muslimin Syria seperti dalam surat tertulis dari Raja Saudi.

Dalam wawancaranya dengan pejabat berita rasmi Syria, Assad mengatakan “Ketika gelombang revolusi mulai datang ke Syria, Raja Abdullah Abdul Aziz mengirimkan puteranya menawarkan bantuan untuk meminta kami menghancurkan kelompok penentang khususnya Ikhwanul Muslimin.” (Rassd/Ram)

Berikut petikan surat:
petikan permintaan tersebut


sumber

Serangan di Karachi, Pejuang UZBEKISTAN Mengaku


bandara karachiMilitan bersenjata Uzbekistan menyatakan bertanggung jawab atas serangan berdarah di lapangan tervang Karachi pada hari Ahad (08/06), yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang termasuk kelompok bersenjata.

Dalam pernyataan rasminya, Milisi Uzbek menyatakan bahawa serangan tersebut sebagai langkah balas dendam atas serangan udara yang mengorbankan kanak-kanak dan kaum wanita di wilayah kesukuan Pakistan bulan April lalu.

Tercatat milisi Uzbek kembali melancarkan serangan bersenjata di  Karachi hari Selasa (10/06)lalu, 2 hari setelah serangan pada hari Ahad.

Menurut keterangan Koresponden BBC Haaza Gilani di Islamabad mengatakan, “Gerakan Islam Uzbekistan adalah salah satu kelompok bersenjata terlatih dan berbasis di wilayah kesukuan Waziristan Utara.”

“Gerakan bersenjata ini memiliki hubungan kuat dengan al-Qaeda dan Taliban, serta bertanggung jawab atas serangan serupa di lapangan terbang Peshawar pada tahun 2012 lalu,” tambah Gilani.

Kekerasan bersenjata kembali menggoncang seluruh wilayah Pakistan pasca berhentinya perundingan damai antara pemerintah dengan kelompok Taliban yang dimulai bulan Mac lalu.

Sebelumnya Perdana Menteri Nawaz Sharif telah berjanji untuk mengadakan pembicaraan damai dengan Taliban Pakistan dalam kempen pemilihannya beberapa waktu lalu. (Bbcarabic/Ram) sumber

MALAYSIA - Larang Guna Lambang Islam

gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Elak pengeluar manipulasi jenama untuk kelirukan pengguna Islam

Kuala Lumpur: Penggunaan sesuatu lambang yang boleh mempengaruhi atau memperdaya pengguna terutama umat Islam, wajar dilarang penggunaannya di negara ini.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, berkata berlaku manipulasi jenama atau lambang oleh sesetengah pengeluar dengan tujuan menarik pengguna Islam membeli produk mereka.

Berikutan itu katanya, pengguna perlu berhati-hati kerana tidak bermakna sesuatu produk yang menggunakan lambang berkaitan Islam, adalah suci dan halal.


Tipu pengguna


“Sekiranya sesuatu lambang digunakan pada produk boleh mempengaruhi pengguna hingga mereka tertipu, maka ia wajar dilarang.”

“Barangan yang memiliki tanda halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang boleh dipercayai halal,” katanya ketika dihubungi semalam.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perbuatan ini jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan sewajarnya tindakan tegas diambil ke atas pengusaha terbabit.   sumber

IRAQ - 500,000 Lari dari Mosul

BASHIQA, IRAQ: Sekurang-kurangnya 500,000 penduduk melarikan diri dari Mosul apabila kumpulan militan terus mengukuhkan cengkaman mereka selepas mengambil alih kawalan di bandar kedua terbesar di Iraq itu semalam.

Militan jihad yang menggelarkan kumpulan mereka Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) kelmarin, berjaya menawan Mosul, serta wilayah bersebelahannya iaitu Nineveh dan Kirkuk serta wilayah Salaheddin.

“Semalam, mereka cuba untuk menawan Baiji di wilayah Salaheddin tetapi berundur apabila tentera dan polis sokongan tiba,” kata pegawai kerajaan.

Kemaraan mengejut mereka memberi tamparan hebat dan menjadi cabaran utama kepada pentadbiran kerajaan di Baghdad, manakala penganalisis berkata kekuatan mereka akan dikukuhkan daripada tunai bank di Mosul, perkakas daripada pangkalan tentera dan beratus-ratus lelaki yang dibebaskan dari penjara.

Ia juga mencetuskan penghijrahan besar-besaran, dengan keluarga menaiki kereta bersesak-sesak di pusat pemeriksaan di luar bandar utara itu, yang kebiasaannya menjadi lokasi dengan dua juta penduduk saja.

Perdana Menteri, Nuri al-Maliki bertindak balas dengan meminta parlimen mengisytiharkan darurat dan mengumumkan penduduk akan diberikan senjata untuk memerangi mereka.

Amerika Syarikat pula mengingatkan bahawa ISIL mengancam seluruh rantau itu.
Kelmarin, kumpulan bersenjata yang berpakaian tentera serta pakaian serba hitam mengawal bangunan kerajaan dan bank di Mosul, kata saksi yang dihubungi menerusi telefon daripada Bashiqa, sebuah pekan ke di timur.

Mereka memanggil menerusi pembesar suara, supaya kakitangan kerajaan kembali bertugas.

“Saya tidak membuka perniagaan sejak Khamis lalu kerana keadaan keselamatan,” kata pemilik kedai berusia 30 tahun, Abu Ahmed.

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata kira-kira separuh juta warga Iraq melarikan diri dari rumah di Mosul selepas bandar itu kalah, bimbangkan peningkatan keganasan.

Pertubuhan yang beribu pejabat di Geneva itu berkata sumber menjangkakan keganasan sehingga membawa kepada kejayaan pengambilalihan kumpulan jihad itu “menyebabkan perpindahan 500,000 penduduk dari dalam dan luar bandar itu”.

“Keganasan di Mosul “menyebabkan ramai penduduk awam cedera,” kata IOM, sambil menambah pertempuran mengehadkan akses kepada perkhidmatan kesihatan daripada empat hospital di kawasan itu. “Sebaliknya, masjid ditukar kepada klinik untuk merawat mereka yang cedera,” katanya. - AFP   sumber

Monday, June 9, 2014

BRITAIN - Aidil Fitri Akan Jadi Cuti Umum


inggris muslimSebanyak 119 ribu orang menandatangi petisyen pengajuan hari cuti umum saat Aidil Fitri . Jika berhasil, ini akan menjadi cuti keagamaan non Kristian pertama di Britain.

Sejarah baru bagi masyarakat muslim Britain mungkin sebentar lagi terwujud. Sebuah petisyen berisi 119 ribu tandatangan, mendukung adanya hari cuti umum Aidil Fitri.

Mengutip laman Daily Mail, sebuah petisyen boleh diajukan ke parlimen jika mendapat dukungan 100 ribu orang. Ketentuan ini berlaku sejak 2011. Usul cuti nasional Aidil Fitri tersebut tentunya mencetuskan perdebatan sengit di kalangan masyarakat Britain.

Para penolak usulan petisyen umumnya menilai Britain selama ini sudah cukup bermasalah dengan perayaan Paskah. Maklum, perayaan Paskah boleh terjadi bila saja dalam empat minggu, tergantung posisi Bulan Purnama.

Di tengah keinginan penduduk muslim untuk libur nasional Hari Raya Idul Fitri di Britain, anggota Federasi Organisasi Muslim Britaian justru memiliki pandangan berbeda. “Setiap peringatan untuk agama adalah hal bagus. Namun saya fikir hari raya Aidil Fitri tak perlu sampai dibuatsuti umum peringkat kebangsaan,” katanya. (Ism/Dream) sumber

SYRIA - Hizbullah Alami Krisis Kewangan Akibat Perang

Seorang pegawaiinternal Syiah Hizbullah mengungkapkan krisis kewangan yang melanda kelompok Syiah dari Lebanon, akibat turut serta mereka dalam perang di Syria.

Krisis kewangan ini diakibatkan dari penurunan pendapatan parti selama lebih dari setahun akibat partisipasinya dalam perang atas nama rejim Bashar al Assad dan Iran di Syria.

Kondisi ini juga diungkapkan warga di pinggiran selatan ibukota Beirut (basis HizbullahLebanon), dalam keterangannya mereka mengungkapkan situasi ekonomi yang memburuk dalam satu tahun terakhir.

Selain itu kelompok Syiah Lebanon juga terpaksa menangung biaya hidup sebesar 50 ribu dolar Amerika bagi setiap keluarga yang anggota keluarganya terbunuh dalam perang melawan kelompok revolusi di Syria.

Warga Syiah Lebanon menganggap bahwa mereka yang berjuang bersama Hizbullah di Suriah dan meninggal akan lebih dekat dengan Ahlul Bait, tentu ini sebuah pendapat salah yang terjadi dikalangan warga Syiah.

Hizbullah dilaporkan menderita penurunan bantuan resmi dari pemerintah Iran setelah mantan Presiden Ahmadinejad habis masa jabatannya, dan diperparah dengan sanksi yang diterapkan oleh Eropah dan Amerika Syarikat.

Sementara itu untuk tetap menopang perniagannya di luar negeri, Syiah Hizbullah Lebanon bekerja sama dengan sistem kewangan Rusia untuk dapat meyalurkan hasil perniagaan yang dikelola Hizbullah dalam bidang real estate di Angola. (Alarabiya/Ram) sumber

PALESTIN - Netanyahu Minta Palestin Lucutkan Senjata


netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta Presiden Palestin Mahmoud Abbas untuk melucutkan senjata di daerah yang dikuasai Pihak Berkuasa Palestin, termasuk di Jalur Gaza.

Dalam pertemuan pekanan kabinet pemerintahan Israel, Netanyahu mengatakan “akhir minggu lepas pemimpin Hamas telah menyatakan niat mereka untuk menghancurkan negara Israel, mereka memperkirakan bahawa rekonsiliasi Fatah dan Hamas akan menyebabkan moderatisasi Hamas adalah salah.”

Netanyahu menambahkan “Alih-alih Abbas dapat merebut Poihak Berkuasa Palestin di Jalur Gaza, yang akan terjadi adalah Hamas akan meningkatkan penguasaan mereka di wilayah Tebing Barat,” seperti disiarkan pejabat berita Anatolia Turki. (Rassd/Ram) sumber

IRAQ - Bom di Baghdad, 60 Maut

Bom gegar Baghdad Keadaan kawasan dan kereta selepas letupan bom kereta di Baghdad, semalam.
 
Ramadi, Baghdad: Beberapa siri letupan bom kereta berlaku di Baghdad kelmarin mengorbankan lebih 60 orang, dan kumpulan bersenjata menceroboh masuk sebuah kampus universiti di barat Iraq.

Keseluruhannya, berpuluhpuluh letupan berlaku terutamanya di daerah yang didiami puak Syiah dengan kejadian paling teruk di Bayaa, lokasi bom kereta menyebabkan kematian 23 orang kebanyakannya remaja lelaki yang sedang bermain biliard.

“Ketika itu saya baharu saja mahu menutup kedai, kemudian saya terdengar letupan kuat di jalan utama,” kata Kareem Abdulla. Kaki beliau masih menggigil akibat kejutan daripada letupan.

“Saya nampak banyak kereta dan kedai turut terbakar.” Letupan bom yang lain berlaku di panggung wayang, sebuah kedai jus yang popular serta sebuah masjid Syiah.

Komuniti Syiah jadi sasaran Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap manamana insiden pengeboman itu tetapi komuniti Syiah sering menjadi sasaran pemberontak Sunnah yang meningkatkan kembali pergerakan dan serangan di Iraq tahun lalu. sumber

PAKISTAN - Taliban Mengaku Serang Lapangan Terbang



Foto PEGAWAI polis Pakistan memaparkan peluru yang dirampas daripada penyerang di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Pakistan, hari ini. - Foto AP

MIRANSHAH: Taliban Pakistan hari ini mengaku bertanggungjawab atas serangan di lapangan terbang Karachi yang mendakwa sebagai membalas dendam kematian ketuanya, Hakimullah Mehsud, yang terbunuh dalam serangan udara Amerika, November lalu.

“Kami melancarkan serangan di lapangan terbang Karachi sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” kata jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), Shahidullah Shahid.

Katanya, pergerakan itu menolak tawaran kerajaan Pakistan untuk mengadakan rundingan damai, sebaliknya berjanji akan melakukan beberapa lagi serangan pada masa depan.

“Pakistan menggunakan rundingan damai sebagai alat perang, ia sudah membunuh ratusan mereka yang tidak berdosa, termasuk kanak-kanak dan wanita.

"Ini adalah serangan pertama kami sebagai membalas dendam kematian Hakimullah Mehsud,” katanya. - AFP sumber

AFGHANISTAN - Banjir, 81 Maut

80 maut bah di Afghanistan Polis dan penduduk Afghanistan membawa mayat mangsa banjir kilat di wilayah Baghlan, kelmarin.
 
Lebih 80 mayat ditemui dua hari selepas banjir kilat teruk di kawasan pergunungan dan terpencil di utara Afghanistan, kata pegawai perbandaran semalam, ketika polis dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa yang hilang manakala helikopter tentera menyampaikan bekalan kepada ribuan yang kehilangan tempat tinggal.

Ketua Polis di daerah Guzirga i-Nur di wilayah Baghlan, Leftenan Fazel Rahman, berkata angka kematian akibat banjir kilat Jumaat lalu bertambah kepada 81 daripada 54 orang.
Katanya, 850 rumah di beberapa kampung musnah sama sekali dan lebih 1,000 lagi rosak akibat hujan lebat dan banjir, menyebabkan ribuan penduduk memerlukan perlindungan, makanan, air dan ubat-ubatan.   
Helikopter tentera  Jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi, berkata helikopter tentera membantu usaha menyelamat di daerah terpencil yang terletak 140 kilometer ke utara ibu negeri wilayah itu, Puli Khumri, tetapi memakan masa lapan hingga sembilan jam melalui jalan darat kerana keadaan bentuk muka bumi. sumber

Friday, June 6, 2014

Rakyat MALAYSIA Diminta Tangguh ke LIBYA

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diminta menangguhkan atau menjadualkan semula perjalanan yang tidak perlu ke Libya susulan konflik yang kini berlaku di negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Wisma Putra sedang memantau secara dekat situasi di negara berkenaan menerusi Kedutaan Malaysia di Tripoli.

 Kerajaan Malaysia sangat bimbang dengan konflik dan pergolakan politik yang berlaku di Libya sekarang, katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat 24 rakyat Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan di sana.

"Kesemua mereka dilapor selamat. Mereka sudah dinasihatkan agar mematuhi segala garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Tripoli dan pihak berkuasa tempatan," katanya.

Anifah berkata Malaysia juga berharap semua pihak bertelagah dapat menyelesaikan konflik secara baik serta menggesa mereka agar tidak menggunakan keganasan.

"Malaysia berpandangan pihak berkuasa Libya perlu berbincang secara serius dengan semua yang terlibat bagi tujuan perdamaian dan menggubal penyelesaian untuk menamatkan konflik," katanya. - BERNAMA sumber

Video Taliban Bebaskan Askar Amerika

MAJLIS Syeikh Nuruddin Jun 2014


PALESTIN - 6311 Yahudi Ceroboh Masjidl Aqsa sepanjang 2014


polisi khusus IsraelYayasan Al Aqsa untuk Wakaf dan Warisan menyatakan hingga hari Selasa (03/06) seramai 6311 warga Yahudi telah menyerbu masuk ke dalam Masjid Al Aqsha sepanjang tahun 2014.

Menurut Al Aqsha untuk Wakaf dan Warisan, jumlah tersebut tidak termasuk serangan militer yang dilakukan oleh pasukan pasukan khas Israel dalam membubarkan warga Muslim di dalam Masjid Al – Aqsa.

Dalam laporan tertulis yang diterima pejabat berita Anatolia Turki pada hari Rabu (04/06) menyatakan “Jumlah peziarah Yahudi yang menyerbu masuk ke dalam Masjid Al Aqsha mencapai 5707 sampai 6311 orang sepanjang tahun 2014.

Yayasan Al Aqsha yang berpusat di Jordan memperingatkan kaum Muslimin mengenai rancangan undang-undang Israel yang mengatur pembahagian waktu dan tempat bagi warga Muslim dan Yahudi, serta penjadualan penggunaan Masjid Al Aqsha untuk ibadah Talmud warga Yahudi. (Rassd/Ram) sumber

BRITAIN Kecam Tindak Balas Israel


haguePemerintah Britain mengecam keputusan pembangunan 1500 unit rumah baru oleh pemerintah Israel di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem Timur, sebagai reaksi atas pembentukan pemerintah baru konsensus nasional Palestin.

Dalam keterangan rasminya, Menteri Luar Negeri Britain, William Hague, mengatakan “Saya perihatin dengan keputusan yang diambil pegawai Israel untuk menambah perumahan baru di Tebing Barat dan Jerusalem Timur, keputusan tersebut telah menutup celah untuk mencapai perdamaian antara 2 negara.”

William Hague menambahkan “pembangunan unit baru Israel tidak sesuai dengan undang-undang antarabangsa dan dapat mengancam solusi dua negara Israel-Palestin untuk mengakhiri konflik.”

Hague menekankan bahawa solusi dua negara adalah satu-satunya jalan keluar untuk mengakhiri krisis Israel – Palestina dan menyerukan kedua negara untuk berjalan ke arah tersebut.

Khamis (05/06)  Menteri Perumahan Israel Uri Ariel mengumumkan pembangunan 1500 unit rumah baru di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem Timur, Palestina. (Rassd/Ram) sumber

MAJLIS Abu Zulfiqar (Satu Umat) 9 Jun 2014


Israel Balas Dendam, PALESTIN Beri Amaran

Pemerintah Israel mengumumkan pembangunan 1500 unit pemukiman baru di wilayah Tebing Barat dan Jerusalem Timur, sebagai respon atas pembentukan pemerintahan baru konsensus nasional Palestin hari Isnin (02/03).

Dalam keterangan rasminya pada Khamis (05/06) malam, Menteri Menteri Perumahan Uri Ariel mengatakan “Saya menyambut keputusan pemerintah Israel yang memberikan respon tepat kepada pemerintah teroris Palestin, Israel memiliki hak dan kewajiban untuk membangun permukiman di seluruh negeri,” seperti disiarkan akhbar Haaretz, Israel.

Sementara itu menanggapi tindakan baru tersebut, pemerintah Palestin menuntut Amerika Syarikat untuk bergerak serius menghentikan pembangunan pemukiman baru Israel.

Dalam keterangan media jurucakap kepresidenan Palestin, Nabil Abu Radinah, pada Khamis malam mengatakan “pembangunan pemukiman baru datang pada saat dunia menyatakan dukungan bagi pemerintah persatuan nasional Palestin, Israel ,mesti menyedari bahawa langkah pemukiman tidak dapat diterima masyarakat dunia.”

Nabil menambahkan “pemerintah Palestin akan merespon tindakan Israel tersebut dengan respon yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

Israel menanggapi marah pelantikan pemerintah konsensus nasional Palestin hari Isnin lalu yang mendapat sambutan baik dari pemerintah Amerika Syarikat, PBB, Uni Eropa dan Rusia. (Skynewsarabia/Ram) sumber

Buku Berkulitkan Kulit Manusia


buku kulit manusia
Sebuah kulit buku di buat dari kulit manusia, hmm bagaimana yaa ketika hal itu benar menjadi kenyataan?

Mungkin kita dapat menemukannya dalam salah satu buku koleksi di perpustakaan Havard University.
Seperti disahkanpara ilmuwan dari Harvard University menyatakan bahawa salah satu buku koleksi di perpustakaan universiti yang berasal dari abad ke 19 hampir seluruhnya adalah 99,9% kulit manusia.

Para ilmuwan Havard percaya bahawa kulit tersebut diambil dari bagian belakang seorang wanita yang berpenyakit mental yang meninggal kerana serangan jantung, sedangkan pihak keluarganya tidak mahu menerima tubuhnya.

Buku yang berjudul “nasib jiwa” adalah karya novelis Perancis “Arsene Jose,” buku ini berisi banyak artikel kontemplatif tentang jiwa manusia dengan bahasa Perancis.

Buku ini pertama kali ditemukan di perpustakaan Hutton yang merupakan cabang dari perpustakaan Harvard, buku tersebut disumbangkan oleh seseorang tiga puluh tahun lalu.

Menurut keterangan pemberi “sebuah buku tentang jiwa manusia layak bercover kulit manusia.” (Skynewsarabia/Ram) sumber

MAJLIS Haul Ummul Mukminin


SYRIA - Seperti As-Sisi, Assad Menang

Menangi 88.7 peratus undi, mudah tewaskan dua pencabar

Damsyik: Bashar al-Assad dipilih semula sebagai presiden Syria apabila memperoleh 88.7 peratus undi pada pilihan raya yang kemenangannya sudah dijangka sedari awal.
 
Dua lagi calon pada pilihan raya Selasa lalu — Hassan al-Nuri dan Maher al-Hajjar — masing-masing memenangi 4.3 peratus dan 3.2 peratus undi, kata speaker parlimen Mohammad al-Lahham.

“Tahniah kepada rakyat Syria yang membuat pilihan dan keputusan,” katanya. “Syria mempunyai pemimpin dan kapten, yang akan mengemudi kapal ke pantai keamanan dan keselamatan.” sumber

Tuesday, June 3, 2014

PALESTIN - 1 Warga Maut, 1 Askar Zionis Cedera

Pasukan penjajah zionis mendakwa telah membunuh seorang pemuda Palestin setelah menembaknya di pos perlintasan Za’tara di kota Nablus, wilayah utara Tebing Barat.

Sumber-sumber zionis mendakwa bahawa seorang askar dari pasukan penjajah zionis cedera setelah seorang pemuda Palestin melepaskan tembakan ke arah pasukan zionis. Sumber zionis menyebut askar tersebut mengalami luka ringan.

Sumber-sumber Palestina di Nablus mengatakan, pasukan penjajah zionis mencegah pasukan perubatan Bulan Sabit Merah untuk mencapai lokasi sampai saat ini. Sampai saat ini belum diketahui identiti pemuda Palestin yang gugur tersebut.

MAJLIS Baba Ismail Sepanjang al-Fatoni


LIBYA - PM Baharu Mula Bertugas

TRIPOLI: Perdana Menteri Libya yang baharu, Ahmed Maiteeq mengadakan mesyuarat Kabinet pertama selepas pasukan polis membantunya mengambilalih bangunan pejabat.

Negara itu berdepan kekacauan dan krisis politik apabila bekas Perdana Menteri, Abdullah al-Thinni enggan menyerahkan kuasa kepada Maiteeq yang dipilih oleh Parlimen menerusi pengundian dicemari kekecohan bulan lalu.

Maiteeq tiba di pejabat perdana menteri dengan diiringi polis manakala Thinni sudah dipindahkan lebih awal ke bangunan lain. - Reuters sumber

AFGHANISTAN: Karzai berang tindakan AS

Karzai berang tindakan AS

Kabul: Presiden Hamid Karzai berang selepas diberitahu berhubung perjanjian membebaskan lima pemimpin Taliban sebagai pertukaran kepada tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditahan dan menuduh Washington gagal menyokong pelan damai negara itu, kata sumber semalam.

Lima banduan berkenaan diterbangkan ke Qatar kelmarin sebagai sebahagian perjanjian rahsia membebaskan Sarjan Bowe Bergdahl, yang menuju ke Jerman dari Afghanistan pada hari sama.

Satu-satunya tahanan perang Amerika di Afghanistan, Bergdahl ditahan selama lima tahun.


“Presiden kini lebih tidak mempercayai niat Amerika di negara ini. Beliau bertanya: Bagaimana pertukaran banduan berjalan lancar, apabila proses damai Afghanistan gagal membuat sebarang kemajuan?,” kata sumber di istana presiden di Kabul.


Perangi tentera asing

Karzai menyokong rundingan damai dengan Taliban yang memerintah Afghanistan antara 1996 dan 2001 dan sejak itu berjuang memerangi tentera asing diketuai Amerika di negara berkenaan.
Namun ia tidak menunjukkan banyak perkembangan setakat ini dan pergerakan itu berharap pertukaran banduan akan menyalakan semula rundingan damai antara kumpulan itu dan kerajaan Afghanistan.


Jejas proses damai

“Ia tidak membantu proses damai kerana kami tidak percaya proses damai itu,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, kelmarin.

Istana rasmi juga berkata, Karzai bimbang perjanjian seterusnya dibuat tanpa pengetahuan beliau.

“Ia menunjukkan perjanjian lain boleh dirunding di belakang presiden,” kata sumber.

Karzai belum memberi komen terbuka mengenai pertukaran banduan itu yang menambah rasa tidak percaya pemimpin itu yang mengkritik keras pentadbiran Amerika secara kebelakangan ini.

Beliau dijangka meletak jawatan lewat tahun ini, tetapi ramai rakyat percaya Karzai terus berpengaruh dalam dasar kerajaan di belakang tabir.

Pejabat media Karzai dalam satu kenyataan perjanjian Amerika untuk memindahkan lima pejuang Taliban dari penjara Teluk Guantanamo ke Qatar melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tiada kerajaan boleh memindahkan rakyat negara lain ke negara ketiga sebagai banduan,” menurut kenyataan, yang dikeluarkan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri.

Pertukaran banduan berkenaan juga menaikkan kemarahan di Afghanistan, yang dilihat ramai sebagai tanda keinginan Amerika untuk menjauhkan diri daripada negara itu secepat mungkin.

Sumber

MESIR: 28 penyokong Mursi dipenjara seumur hidup

KAHERAH 3 Jun - Mahkamah Jenayah Fayoum menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas 28 orang penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi semalam atas kesalahan melakukan tunjuk perasaan ganas.
Selain itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap 15 orang pengikut Mursi kerana melakukan tindakan mensabotaj dan menghalang jalan pada Julai tahun lalu.
Keputusan terbaharu ini merupakan sebahagian daripada siri perbicaraan besar-besaran yang dilakukan terhadap penyokong Mursi dan pengikut pergerakan Ikhwanul Muslimin, ekoran rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera. - AGENSI

PALESTIN: Fatah-Hamas bentuk kerajaan

Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah (kanan) mengangkat sumpah mengetuai kerajaan perpaduan Palestin sambil diperhatikan Presiden, Mahmoud Abbas di Ramallah, semalam. - REUTERS
 
 
RAMALLAH 2 Jun - Hampir 10 tahun selepas terlibat dalam pertelagahan, pergerakan Hamas dan Fatah hari ini akhirnya membentuk kerajaan perpaduan baharu Palestin dalam satu majlis angkat sumpah di hadapan Presiden, Mahmoud Abbas.
Majlis ringkas yang diadakan di ibu pejabat Abbas di Tebing Barat itu, turut menyaksikan pembentukan barisan Kabinet baharu yang terdiri daripada 17 anggota dari kalangan teknokrat, diketuai Perdana Menteri, Rami Hamdallah.
Namun begitu, pada saat-saat akhir sebelum majlis mengangkat sumpah dijalankan, berlaku sedikit perselisihan faham di antara Hamas dan Fatah selepas jawatan Menteri Hal Ehwal Penjara dikeluarkan daripada senarai Kabinet.
Beberapa minit sebelum majlis berlangsung, pegawai Hamas berkata, masalah berkenaan sudah diselesaikan melalui pendekatan bertolak ansur, namun tidak menjelaskan lebih lanjut.
Menurut sumber, Hamas bersetuju untuk mengekalkan portfolio itu, yang mana jawatannya akan disandang oleh Rami.
Hamas pada 2007 merampas Genting Gaza menyebabkan pergerakan Fatah pimpinan Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.
Penubuhan kerajaan perpaduan tersebut akan menjadi langkah terbaik untuk menamatkan perpecahan politik dalam mencapai pembentukan negara Palestin di Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, yang dirampas Israel pada 1967.
Sejak tujuh tahun lalu, rundingan damai antara kedua-dua pergerakan tersebut gagal ekoran Hamas dan Fatah masing-masing enggan mengalah dalam tuntutan mereka.
Hamas mengalami krisis kewangan ekoran sekatan dikenakan di sempadan Israel dan Mesir. - AGENSI/AFP

Monday, June 2, 2014

As-Sisi Memalukan Islam dengan Pilihan Raya Lucunya

Seorang anggota parlimen Jerman dari parti pembangkangGreens menyatakan bahawa pilihanraya presiden yang diadakan pada 26-28 Mei lalu di Mesir hanya sebuah drama lawak jenaka belaka.

Dalam pernyataannya, Francesca Brantinr mengatakan “pemilihan presiden di Mesir hanya sebagai lelucon belaka. "

Brantinr menambahkan ” walaupun mantan Menhan Abdel Fattah al Sisi telah memenangi banyak suara dalam pilihanraya kelmarin akan tetapi demokrasi tidak hanya dapat dicapai melalui mekanisme pemungutan suara saja. Kerana demokrasi meliputi transparansi, supremasi undang-undang , kebebasan dan penghormatan terhadap hak manusia yang tidak dimiliki Sisi.”

Di akhir kenyataannya mengatakan “tingkat kekerasan terhadap pihak pembangkang di Mesir selama beberapa minggu terakhir telah menunjukkan kembalinya Mesir dibawah rejim diktator Hosni Mubarak.” (Aljazeera/Ram) sumber

PALESTIN - Netanyahu Ugut Fatah-Hamas


ISRAEL-PALESTINIAN-GAZA-CONFLICT-NETANYAHU
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memperingatkan para pemimpin dunia untuk tidak terburu-buru untuk mengakui pemerintah persatuan nasional Palestin yang dirancang akan diumumkan pada hari Isnin (02/05).

Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel tidak akan percaya bahwa pemerintahan baru Palestin akan terdiri dari para teknokrat, dan berjanji akan mempromosikan pemerintah persatuan nasional Palestin sebagai pemerintahan terorisme kerana adanya kehadiran Hamas.

Israel telah membekukan pembicaraan damai dengan Pihak Berkuasa Palestin, setelah Hamas dan Fatah mencapai rekonsiliasi nasional pada April 23 lalu.

Sebelumnya Presiden Mahmoud Abbas telah memperingatkan bahawa Israel telah memboikot pemerintah Palestin sejak pengumuman perjanjian rekonsiliasi tersebut. Dan mengatakan “Israel ingin menghukum kami kerana kesepakatan dengan Hamas dalam pemerintah ini, kerana setiap langkah Palestin akan memiliki reaksi dari Israel.”

Menurut sejumlah pengamat menyatakan bahawa Mahmoud Abbas menilai tidak akan dapat mencapai kedamaian dengan Netanyahu, dan menyedari sudah tiba saatnya untuk mengatur urusan internal Palestin. (Bbcarabic/Ram) sumber

MALAYSIA - Dipukul Mati kerana Tunjuk Kemaluan

Shah Alam: Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah apabila menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

 Jurucakap polis berkata, sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap pemuda terbabit.

Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan” Jurucakap polis

“Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa pengsan. Tangannya juga dalam keadaan terikat ketika ambulans tiba untuk memberikan bantuan kecemasan,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata, polis turut menghantar pasukan foresik ke tempat kejadian dan kini dalam proses merekodkan keterangan saksi untuk mengesan kumpulan lelaki yang memukul suspek. sumber

MESIR - Bantahan Hamdeen Sabahi Ditolak

Suruhanjaya Pilihanraya Umum menyatakan akan mengumumkan hasil rasmi pilihanraya presiden Mesir 2014 pada hari Selasa (03/06) malam.

Dalam keterangannya pada Ahad (01/06) malam, Setiausaha Agung SPU Mesir, Abdel-Aziz Salman, mengatakan “SPU akan mengumumkan secara rasmi hasil akhir pemilihan presiden pukul 19.00 malam.”
Pengumuman SPU dikeluarkan hanya selang beberapa jam setelah komite pengaduan penipuan dalam pilihanraya Mesir, menolak bantahan penipuan yang diajukan kubu oleh calon presiden Hamdeen Sabahi pada Ahad siang.

Sabahi sendiri hanya mendapatkan 3 peratus suara dalam pilihanraya yang diadakan pada 26-28 Mei lalu, sedangkan mantan Menteri Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi memperoleh sekitar 93 peratus suara. (Skynewsarabia/Ram) sumber

PALESTIN - Hamas Bertegas dengan Fatah

Gerakan Pejuang Islam Palestin (Hamas) menyatakan tidak akan mengakui pemerintah konsensus nasional jika Presiden Mahmoud Abbas menghapuskan Kementerian Tahanan Palestin.

Pernyataan rasmi ini dikeluarkan Hamas pada Ahad (01/05) malam untuk membantah adanya desas-desus kesepakatan dengan Presiden Abbas yang akan mengumumkan pemerintah konsensus nasional hari Isnin (02/05) ini.

Dalam pernyataannya, wakil Hamas Sami Abu Zuhri mengatakan “komunikasi antar faksi Palestin masih akan menemukan solusi dari masalah ini. Dalam pertemuan terakhir, Hamas dan Fatah telah menyapakati untuk tetap mempertahankan Kementerian Tahanan dan menunjuk seseorang untuk menempati jawatan tersebut.

Menurut Abu Zuhri “Hamas telah mengajukan usul kepada Presiden Abbas untuk menggabungkan Kementerian Tahanan ke dalam Kementerian lain dan menunda pembentukan badan khusus independen untuk urusan tahanan Palestin di luar pemerintahan.”

Seorang pegawai tinggi Hamas, Tawfiq Abu Naim, mengatakan “Kami tidak dapat menerima pemerintah konsensus nasional tanpa kehadiran Kementerian tahanan Palestin, kerana kementerian Tahanan yang di bentuk mendiang Presiden Yasser Arafat menjadi faktor pendukung bagi para tahanan dan keluarga mereka.”

Perlu diketahui bahwa pengumuman penghapusan Kementerian Palestin dilakukan sepihak oleh  pemerintah Fatah, yang menyebabkan tertundanya pengumuman pemerintah konsesus Palestina selama 2 minggu kedepan. (Aljazeera/Ram) sumber

MAJLIS Abu Zulfiqar (Satu Umat)



Lebih 900 orang terkorban di IRAQ bulan lalu

BAGHDAD 2 Jun - Lebih 900 orang terkorban dalam kejadian keganasan yang berlaku di negara ini bulan lalu. angka korban tertinggi sejak tahun 2008.
Data yang dikumpulkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Iran itu menunjukkan, sekurang-kurangnya 799 orang terbunuh akibat `tindakan keganasan'.
Manakala baki 195 lagi kes kematian disebabkan oleh operasi ketenteraan yang dijalankan oleh kerajaan, dalam menanggani kemelut yang melanda wilayah Anbar, barat negara ini. - AFP

Israel sabotaj kerajaan perpaduan PALESTIN

Gambar bertarikh 23 April lalu, menunjukkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (kanan) menyerahkan perjanjian kepada Perdana Menteri, Rami Hamdallah yang dilantik mengetuai kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah. - REUTERS
 
BAITULMAQDIS 1 Jun - Rejim Israel cuba mensabotaj pembentukan kerajaan perpaduan Palestin apabila menghalang tiga bakal menteri Palestin memasuki Tebing Barat dari Genting Gaza, hari ini, sehari sebelum Presiden, Mahmoud Abbas mengumumkan kerajaan baharu itu.
Laporan radio tempatan yang memetik kenyataan ketua pentadbiran tentera Israel di wilayah Palestin, Mejar Jeneral Yoav Mordechai berkata, ketiga-tiga pemimpin itu tidak dibenarkan melintasi sempadan kedua-dua kawasan terbabit sebagai tanda bantahan rejim Zionis terhadap pembentukan kerajaan perpaduan.
Bagaimanapun, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kementerian Pertahanan yang dihubungi AFP enggan mengulas lanjut tentang laporan tersebut.
Malah, identiti ketiga-tiga pemimpin Palestin itu juga tidak didedahkan.
Dalam pada itu, Abbas berkata, barisan menteri yang akan mengemudi kerajaan perpaduan Palestin akan diumumkan esok selepas penangguhan pelantikan Menteri Luar.
Tambahnya, beliau dimaklumkan bahawa Israel akan memulaukan kerajaan baharu itu kerana pergerakan Fatah bekerjasama dengan pergerakan Hamas yang dilabel sebagai pengganas oleh rejim Zionis.
"Israel cuba melemahkan semangat kita apabila mahu menghukum Palestin kerana bekerjasama dengan Hamas.
"Di bawah kerajaan perpaduan ini, Fatah dan Hamas akan bekerja sebagai kerajaan yang bebas selain membuka jalan mengadakan pilihan raya yang telah lama tertangguh," katanya.
Permusuhan Fatah dan Hamas yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu, berakhir pada April lepas selepas kedua-dua pihak bersetuju membentuk kerajaan perpaduan yang diumumkan pada 28 Mei lalu.

Tiga maut, 600 dipindahkan akibat banjir di IRAN

TEHRAN 1 Jun - Tiga wanita maut ekoran banjir yang melanda wilayah Khorasan di tenggara Iran, manakala seramai 600 penduduk dipindahkan akibat kejadian tanah runtuh di wilayah Golestan, menurut laporan Bulan Sabit Merah Iran semalam.
Pekerja keselamatan menyelamatkan para penduduk selepas mereka terperangkap akibat banjir teruk dan tanah runtuh akibat hujan lebat melanda negara ini sejak minggu lalu.
Gabenor wilayah Golestan, Hassan Sadeqloo berkata, jumlah kemusnahan di wilayah berkenaan dianggar sebanyak AS$49 juta. (RM 157.6 juta). - AFP

Sunday, June 1, 2014

Ketua Pengganas LIBYA Puji Ketua Pengganas MESIR


haftar & Sisi
Mejar Jeneral Libya Khalilfa Haftar, yang memimpin operasi militer di Libya, di mana pemerintah menganggapnya sebagai rampasan kuasa militer, menyebut bahawa dirinya sampai saat ini belum bertemu As-Sisi yang baru saja memenangi pemilihan Presiden. Dia menegaskan bahawa perasaan mereka bersatu dalam satu tujuan iaitu menumpas “Terorisme”, di mana hal itu menunjuk pada gerakan Islam yang ada di Libya dan Mesir.

 Dia menekankan bahawa untuk itu kerenggangan hubungan antara Libya dan Mesir yang terjadi selama beberapa waktu terakhir mestilah dipulihkan. Katanya.

Haftar Menambahkan: As-Sisi adalah tokoh militer terkemuka….saya kagum kepadanya bahawa dia telah menunjukkan rasa hormat yang sangat besar terhadap para mantan pemimpin Mesir, seperti mendiang Gamal Abdul Nasser.

Ini adalah pernyataan pertama Haftar setelah pilihanraya Mesir, yang dimenangi oleh Sisi .meskipun peratus rakyat Mesir mengundi dalam pemilu kali ini sangat sedikit. Di mana hal itu juga menunjukkan akan lemahnya figur As-Sisi di mata rakyat Mesir yang akan dipimpimnya. (hr/im) sumber

PALESTIN - Sinagog 6 Tingkat Dekat Masjidil Aqsa

Menteri Perumahan dan Pembangunan Israel, Uri Ariel, meletakan dasar batu pertama pembangunan sebuah sinagog “Permata Israel” yang terletak hanya 200 meter sebelah barat dari Masjid Al Aqsa.

Dalam ucapannyanya hari Selasa (27/05), Uri Ariel, mengatakan “hari ini kita menempatkan batu pertama untuk membangun sinagog di kota Al Quds. Ini adalah langkah simbolik untuk mencapai tujuan lebih besar kerana Al Quds milik kita,” seperti dipetik dari Yayasan Al Aqsha untuk Warisan dan Wakaf.

“Hari ini kita akan membangun sebhaagian dari Kuil Sulaiman, kerana kita berjuang dan bekerja untuk mencapai itu. Kita akan terus membangun di semua bagian kota Jerusalem dan tidak akan menghentikannya, kerana Jerusalem adalah kota suci milik kita selamanya,” tambah Uri Ariel.

Menurut data yang diterima Al – Aqsa Foundation, pemerintah Israel menyatakan akan mendanai pembangunan rumah ibadat yang terletak di tengah jantung kota tua Jerusalem dengan biaya sebesar 50 juta shekel (14 Juta dolar AS).

Kuil Permata Israel dirancang akan dibangun sebanyak 6 tingkat di lahan seluas 1400 meter persegi, dengan  275 meter untuk pembangunan rumah ibadat dan 103 meter sebagai taman umum yang menjadi bahagian pintu masuk utama dari rumah ibadat. (Rassd/Ram) sumber

PALESTIN - Zionis Bimbang Askar2nya Diculik Hamas



 
Kalangan keamanan Zionis di Tel Aviv memperingatkan adanya persiapan kelompok-kelompok Palestin untuk menculik para askarnya. Bahagian intelijen dalam negeri Zionis Shin Bet, dalam pernyataan yang dipetik laman “Israel Defense” mengatakan bahawa organisasi-organisasi Palestina khususnya Hamas, sedang berusaha kembali melakukan aksi-aksi penculikan terhada tenteranya dan menahannya sebagai jaminan. Kerana itu mereka terus mengumpulkan informasi gerakan tentera Zionis.

Setelah informasi ini, militer Zionis memperingatkan pegawainya agar tidak menghampiri kereta-kereta yang disebutnya mencurigakan. Dalam konteks ini, disebutkan bahawa gerakan Hamas baru-baru ini telah menyebarkan buku kecil dengan judul “Petunjuk Penculikan” dan dibagikan ke level lapangan di sayap militer Hamas, Brigade al Qassam. Menurut sumber Zionis, buku kecil setebal 18 halaman ini berisi calon-calon perwira zionis yang akan menjadi sasaran penculikan.

Dalam konteks yang sama, analis urusan strategis di akhbar Zionis Yedeot Aharonot, Dr.  Ronen Bergman, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku tentang perang rahsia kembalinya penculikan. Setelah meneliti ribuan dokumen tentang penculikan pegawai tentera dan pemukim Zionis, penulis Zionis ini mengungkap sebuah dokumen berisi 18 halaman yang diberikan gerakan Hamas di level lapangan di brigade al Qassam dengan judul “Petunjuk Penculikan”, berici calon sasaran penculikan.

sumber

Abbas dan Perez Akan Bertemu di Vatican


abbas-peresJurucakap untuk Ketua Gereja Katolik menyatakan bahawa Presiden Mahmoud Abbas dan Shimon Peres dijadualkan akan mengunjungi Vatican pada tanggal 8  Jun mendatang, untuk melakukan doa bersama dengan Paus Francis bagi perdamaian di Timur Tengah.

Dalam keterangannya hari Khamis (29/05) , Pastor Federico Lombardi mengatakan “ doa bersama bagi perdamaian di Timur Tengah dilakukan pada petang hari 8 Jun dan akan dihadiri oleh Presiden Shimon Peres dan Mahmoud Abbas.”

Dalam kunjungan 3 hari ke wilayah Timur Tengah yang berakhir pada hari Isnin (26/05) , Paus Francis mengundang Presiden Shimon Peres dan Mahmoud Abbas untuk melakukan doa bersama di Vatican bagi kedamaian di wilayah Timur Tengah.

Dalam keterangannya di dalam pesawat yang membawanya ke Rom, Paus Francis menegaskan “Pertemuan di Vatikan adalah untuk berdoa bersama-sama dan tidak untuk tujuan mediasi. Setelah berdoa mereka akan kembali ke negaranya.”

Menurut keterangan seorang pegawai Palestin menyatakan bahawa Presiden Mahmoud Abbas dijadualkan akan berangkat ke Vatican pada 6 Jun akandatang, sementara Shimon Peres telah mengatakan kepada Paus menerima undangan tersebut tanpa menyebutkan tarikh keberangkatannya. (Rassd/Ram) sumber
 sumber

Presiden PALESTIN dan Israel Berdoa Bersama di Vatican?

abbasVatican mengumuman tentang akan dilaksanakannya doa bersama yang akan dihadiri oleh Presiden Mahmoud Abbas bersama Presiden Zionis Shimon Peres di dalam Vatican pada tanggak 8 Jun.!

Sebelumnya ketua gereja Katolik, Farancis, telah mengundang Abbas dan Peres untuk berdoa bersama dan bertemu, hal tersebut disampaikan disela kunjungannya ke Jerussalem pada minggu lalu. Menurut Reuters.
Hal ini datang saat pihak pendudukan masih melanjutkan penindasan dan pembunuhan terhadap warga Palestin dan melanggar kesucian Masjid al-Aqsa setiap hari bahawa mencuba untuk meng-Yahudi-kan Jerussalem.

Vatikan menambahkan bahawa Rabbi Yahudi dan pegawai muslim akan menghadiri doa bersama tersebut.
Sedangkan negosiasi antara pihak berkuasa Abbas dan entiti pendudukan Zionis masih terhenti menyusul penolakan dari pihak zionis untuk menghentikan pembangunan pemukiman di wilayah Palestin. (hr/im) sumber