Thursday, July 31, 2014

Pemimpin Al-Qassam Tekad Terus Berperang



MohammedDeif
Komandan  sayap militer Hamas , Al Qassam – Muhammad Deif, mengirimkan sebuah surat rasmi yang berapi-api pada Selasa malam, menyatakan pasukannya sangat  “bersemangat untuk kematian” dan mengatakan kelompok pejuang tersebut  tidak akan berhenti berjuang sampai Israel mencabut sekatan di Gaza.

“Tentera Israel akan melawan tentera yang bersemangat untuk mencari kematian ,” kata Mohammed Deif dalam pesanan yang dirakam dan disiarkan pada  al-Aqsa TV. ” Ketabahan rakyat Palestin adalah  yang akan membawa kemenangan di medan perang. Musuh mengirimkan tenteranya untuk mendapatkan  bencana tertentu. “

Suara Deif  sangat  dikenali dalam siaran audio. Dia telah selamat berulang kali atas cubaan pembunuhan oleh Israel, dia telah beroperasi di bawah tanah selama bertahun-tahun.

Deif telah memimpin   Briged Izzuddin  al-Qassam sejak 2012, meskipun banyak penganalisis percaya kelompok ini sebenarnya dikendalikan panglima Nombor  2 nya , Marwan Issa. sumber

PALESTIN - Israel Bom Sekolah PBB, 16 Maut, 90 Cedera

Israel bom sekolah PBB di Gaza  
Seorang penduduk Palestin memungut cebisan daging mayat yang berkecai dari salah sebuah bilik darjah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Jabaliya di Gaza semalam.
 
Bandaraya Gaza: Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala 90 lagi cedera apabila Israel meningkatkan keganasannya dengan melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Jabaliya di Gaza awal pagi semalam.

Serangan itu adalah kali kedua dalam tempoh seminggu membabitkan sekolah PBB yang menjadi tempat perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin selepas meninggalkan kediaman masing-masing.
 
Keganasan terbaru itu menjadikan angka korban di Gaza meningkat kepada 1,302 orang.

Serangan mula 4.30 pagi

Pengetua sekolah Abu Hussein, Fayez Abu Dayeh berkata, serangan bermula pada jam 4.30 pagi apabila beberapa peluru ditembak ke arah perkarangan sekolah hingga merosakkan dua bilik darjah dan sebuah bilik mandi.sumber

Wednesday, July 30, 2014

HAMAS Tak Akan Menyerah, Israel Tak Akan Menang


netanyahuSeorang pegawai tinggi dalam tentera pendudukan Zionis , pada hari Selasa menuntut ahli politik tingkat tinggi Israel untuk membuat satu keputusan, sama ada memperluas operasi militer di Jalur Gaza atau menyepakati gencatan senjata.

Dia memperingatkan tentang kebosanan serta tekanan yang dialami oleh askar dengan mengatakan,”Pembicaraan akan terus berkisar tentang perang yang nyata dan bukan lagi tentang program hiburan dan sandiwara”.

Dia menambahkan,”Kita tidak akan melihat Hamas mengibarkan bendera putih dan kita tidak akan meraih kemenangan.”

Sebagaimana yang dikutip oleh salah satu stesen televisyen Israel, pegawai tersebut menyebut bahawa pejuang Hamas memiliki kemampuan untuk terus berjuang.

Dia menekankan bahawa “Kita tidak dapat menghancurkan semua terowong dan menghentikan seluruh roket, namun kita bolrh mencapai penyelesaian yang dapat membantu kita untuk dalam mencapai kesepakatan dan ketenangan sebagaimana yang telah terjadi setelah perang Lebanon kedua dan gencatan senjata untuk waktu yang lama.” (hr/im) sumber

15 Orang Keluarga Duta PALESTIN ke MALAYSIA Terbunuh

KOTA KINABALU: Lima belas daripada 145 rakyat Palestin yang terkorban di Gaza berikutan serangan ganas terbaharu Israel di Gaza adalah waris kepada Duta Besar baharu Palestin ke Malaysia, Dr Anwar H Al Agha.

Beliau berkata 15 orang itu, kebanyakannya sepupu, tinggal di tiga rumah apabila mereka terbunuh dan beberapa yang lain tercedera.

Dr Anwar berharap masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mengheret negara Yahudi itu ke mahkamah antarabangsa kerana kebanyakan yang terbunuh pada hakikatnya adalah orang awam dan kanak-kanak.
“(Kali ini) keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah antara yang terburuk sejak 2008 dan 2009.

“Israel tidak menghormati aktiviti agama rakyat Palestin kerana sekalipun dalam Ramadan, mereka tetap melakukan serangan dan pembunuhan terhadap rakyat di Gaza,” katanya ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan di sini hari ini.
Mengenai sokongan Kerajaan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin, duta itu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin kerana ia percaya rakyat itu mempunyai hak untuk menegakkan negara mereka, Palestin. - BERNAMA sumber

LIBYA - Pengkalan Tentera Beghazi Dikuasai Penentang


A general view shows fire burning at a fuel depot near the airport road in TripoliMujahidin Islam Libya  kuasai sebuah pangkalan militer Libya  di kota timur Benghazi pada hari Selasa setelah pertempuran sengit yang melibatkan roket dan pesawat tempur di mana sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, menurut laporan Reuters.

Pasukan Khas Libya  terpaksa meninggalkan kem utama mereka di Benghazi tenggara setelah mendapat serangan berterusan dari Mujahidin , pejabat berita memetik kata para pegawai militer.

“Kami telah berundur  dari pangkalan militer setelah serangan berat,” kata Fadel Al-Hassi,  pemimpin tinggi Pasukan Khusus. sumber

PALESTIN - Rumah Haniyeh Hancur Dibedil


Foto Warga Palestin berjalan dekat runtuhan rumah pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh yang ranap akibat serangan Israel di Gaza semalam.

Kediaman Ismail Haniyeh ranap dibedil peluru berpandu Israel

Bandaraya Gaza: Serangan bertubi-tubi pesawat tentera Israel meranapkan rumah pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Gaza semalam selain merosakkan pejabat stesen televisyen satelit Hamas Al-Aqsa, memusnahkan masjid dan beberapa pejabat kerajaan.
Serangan itu dilakukan ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan Aidilfitri, selepas sebulan berpuasa pada Ramadan. Sekurang-kurangnya 100 terkorban pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Gaza, semalam.

Pegawai di Kementerian Kesihatan Hamas Ashraf al-Kidra berkata, lebih 1,156 warga Palestin terbunuh dan lebih 6,500 cedera sejak 8 Julai lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata 75 peratus yang terbunuh adalah penduduk awam. SUMBER

Monday, July 28, 2014

HAMAS Yakin Berjaya Bunuh 91 Askar Israel

Sekurang-kurangnya 91 orang askar “Israel” telah terbunuh sejak serangan maut dilancarkan “Israel” di Jalur Gaza, demikian menurut Middle East Monitor, Isnin (28/7/2014). Dalam sebuah pernyataan pada Isnin, Briged Izzuddin al-Qassam mengatakan bahawa pejuangnya telah berjaya membunuh seramai 91 orang askar “Israel” dalam pertempuran di Jalur Gaza.

Menurut pernyataan itu, ratusan askar “Israel” juga telah mendapat kecedaraan di wilayah Palestin. Pihak berkuasa “Israel” mengatakan bahawa hanya  seramai 43 orang askarnya dan tiga oranga wam yang terbunuh sejak 7 Julai ketika “Israel” melancarkan serangan militer di Jalur Gaza. -sumber

MESIR Bantu Israel Musnahkan Terowong2 PALESTIN

Tentara junta Mesir mengatakan pada HARI Ahad (27/7/2014) bahAwa mereka telah menghancurkan 13 terowong lainnya yang menghubungkan Semenanjung Sinai ke Jalur Gaza, siar Ma’an. Penghancuran itu akan berpotensi memperburuk situasi ekonomi dan kemanusiaan di Jalur Gaza yang terkepung, yang telah mengalami penurunan besar dalam standard hidup sejak presiden diktator Mesir Abdul Fattah As-Sisi meluncurkan kempen untuk menghancurkan terowong-terowong Gaza musim panas lalu.

 Selama lapan tahun sejak zionis “Israel” memgenakan sekatan ekonomi di Jalur Gaza dengan dalih kemenangan Hamas dalam pilihanraya, terowong-terowong itu telah menjadi akses penyelamat utama yang menghubungkan 1.7 juta rakyat Gaza ke dunia luar.

Sejak musim panas lalu, Kaherah telah mengirim pasukan ke semenanjung itu untuk menghadapi penentangan yang meningkat sejak penggulingan presiden yang terpilih secara demokratik, Muhammad Mursi tahun lalu, dan operasi itu melibatkan penghancuran terowong-terowong ini.

Kelompok pejuang Palestin, Hamas, yang merupakan kekuatan utama di Gaza, dilaporkan menggunakan terowong-terowong itu untuk menyeludupkan senjata, makanan dan wang ke Jalur Gaza yang disekat.

Penjajah “Israel” telah melancarkan serangan militer di Gaza sejak 8 Julai lalu, dan melancarkan serangan darat pada 17 Julai yang juga bertujuan menghancurkan jaringan terowong di Jalur Gaza. Serangan itu telah membunuh lebih dari 1.000 warga Palestin, sebahagian besar dari mereka adalah warga awam.

Hubungan antara Hamas dan Kaherah telah memburuk sejak tentera Mesir menggulingkan Mursi pada 3 Julai 2013 lalu. Hamas merupakan afiliasi dari Ikhwanul Muslimin Mursi. Kaherah juga menuduh Hamas terlibat dalam serangan militan di dalam wilayah Mesir, yang telah bertambah jumlahnya sejak Mursi digulingkan. Baik Hamas mahupun Ikhwanul Muslimin telah membantah hubungan apapun dengan serangan-serangan yang telah diakui oleh keompok-kelompok jihad. Kelompok-kelompok jihad itu mengatakan bahawa serangan penentangan mereka merupakan pembalasan atas tindakan brutal polis terhadap kaum muslimin yang merupakan para pendukung Mursi. Tindakan brutal tersebut telah menyebabkan lebih dari 1.400 orang terbunuh dalam serangan terhadap para penunjuk perasaan dan dalam huru-hara di jalanan. - sumber

PALESTIN - Pertempuran Meletus Semula


Foto Kepulan asap memenuhi ruang udara utara Semenanjung Gaza selepas Israel melancarkan semula bedilan, semalam. - Foto AP

Tentera Israel bedil sasaran pesisiran pantai selepas Palestin lancar roket

Bandaraya Gaza: Gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza berakhir semalam selepas bedilan roket yang dilancarkan pejuang Palestin dibalas Israel, tamparan baharu kepada usaha mendapatkan perjanjian kekal.
 
Kereta kebal Israel dan artileri tentera membedil sasaran di sepanjang wilayah persisiran pantai itu, menghasilkan asap hitam, menandakan berakhirnya perjanjian gencatan senjata sehala oleh Israel selama 24 jam.

Saksi Palestin melaporkan serangan hebat di timur Bandaraya Gaza, dengan ambulans segera bergegas ke kawasan berkenaan. Sekurang-kurangnya tiga kematian dilaporkan dalam serangan berasingan. Lebih 1,050 rakyat Palestin, terutama penduduk awam, terkorban di Gaza. sumber

PALESTIN - Korban Pertama Setelah Gencatan Senjata

BANDARAYA GAZA: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun, terbunuh di utara Gaza selepas dilaporkan terkena tembakan kereta kebal Israel, hari ini.

Menurut pegawai perubatan Palestin, ini adalah kematian pertama sejak kedua-dua pihak itu menghormati gencatan senjata kemanusiaan menjelang Aidilfitri.

Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf al-Qudra, kanak-kanak itu terkorban selepas letupan itu terkena sebuah rumah di timur Jabaliya - tempat pertempuran tercetus di antara tentera Israel dan Hamas, baru-baru ini.

Menurut Qudra, kanak-kanak berkenaan, Samih Ijneid, adalah orang pertama terbunuh di Gaza, hari ini sejak gencatan senjata dimulakan walau pun tiga kali mengalami kecederaan pada malam kejadian itu.

Jumlah kematian setakat ini meningkat kepada 1,036 sejak pencerobohan tentera Israel di Gaza pada 8 Julai lalu. - AFP  sumber

THAILAND - Aidil Fitri dengan Pertempuran Bersenjata

NARATHIWAT: Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang tercedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis, Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang juga Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.
Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong, Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.

Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampung Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.

Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.

Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - BERNAMA  sumber

Gambar2 Demonstrasi Sokong Gaza di Serata Dunia


19 Hari Perang Gaza - 80 Askar Israel Maut, 1957 Roket Hentam Israel


tentara israel tewas 1
Sayap militer Gerakan Pejuang Islam Hamas, Briged al Qassam, mengatakan bahawa pihaknya telah membunuh 80 askar Israel dan melancarkan 1957 roket ke wilayah Israel sepanjang 19 hari agresi militer ke Jalur Gaza sejak 8 Julai lalu.

Dalam sidang medianya pada Sabtu (26/07) pagi, al Qassam menyatakan “11 orang askar Israel terbunuh dan puluhan lainya cedera dalam pertempuran darat sepanjang hari Jumaat(25/07) lalu, menambah korban di kalangan militer Yahudi menjadi 80 orang,” seperti disiarkan akhbar Palestine Today.

Al Qassam menambahkan bahawa jumlah tersebut belum termasuk tentera yang meninggal akibat pengeboman kenderaan berperisai ataupun pos militer, selama agresi berlangsung.

Sebanyak 216 rudal jenis M75 – J80 – R160 – S55 – Fajir5 telah dilancarkan ke pelbagai wilayah Israel, 177 antaranya mengenai kota Haifa, Tel Aviv dan sekitar wilayah al Quds yang diduduki oleh pemukim Yahudi, di samping lapangan terbang Ben-Gurion dan wilayah disekitar reaktor nuklear Dimona.

Selain itu dalam sidang medianya pada Sabtu pagi, al Qassam mendakwa berhasil menembak sebuah pesawat tempur berjenis F15, dan menawan seorang perajurit bernama Aaron Shaul. (Rassd/Ram) sumber

Saturday, July 26, 2014

Sikap MESIR yang Pro-Israel Dikecam


Dr. Azzam Tamimi

Seorang penulis dan wartawan senior Palestin menyebut rejim Sisi sebagai pemerintah pro-Israel, kerana mendukung usaha menyekatmasuknya doktor, ubat-ubatan, dan bantuan kemanusiaan ke Jalur Gaza.

Dalam wawancaranya dengan stesen al Jazeera Live Mesir, Dr. Azzam at Tamimi mengatakan “Pemerintah Mesir telah membuat dinding antara mereka dan orang-orang Palestin ketika usha penentangan warga Jalur Gaza (terhadap Israel).”

“Mereka kini mendukung Israel dengan mengajukan fail gencatan senjata tanpa mencabut sekatan yang telah berlangsung sejak tahun 2006 lalu,” tambah Dr. Azzam at Tamimi.

“Saya tegaskan bahawa rakyat Palestin, khususnya rakyat Gaza tidak akan menerima gencatan senjata apapun kecuali menyetujui pencabutan pengepungan dan mengakhiri agresi. Kerana saat ini sikap rakyat Gaza bersatu dengan pejuang dan tidak akan berundur,” ujar Dr. Azzam at Tamimi berapi-api. (Rassd/Ram) sumber

Israel Bersedia untuk Perang Darat yang Lebih Besar


Moshe Yaalon
Menteri Pertahanan Israel Moshe Yaalon menyatakan bahawa pasukannya sedang bersiap sedia untuk operasi darat yang lebih besar di Jalur Gaza, ketika usaha gencatan senjata sementara Hamas-Israel.

Seperti yang dipetik Voice of Israel dari kunjungan Moshe Yaalon ke salah satu sistem Iron Dome hari Sabtu (26/07) mengatakan “Hamas akan membayar harga yang sangat tinggi.”

Sebelumnya seorang sumber pegawai militer Israel mengatakan bahawa pasukan mereka akan terus menghancurkan sejumlah terowong yang telah ditemui selama proses gencatan senjata yang akan berlangsung selama 12 jam sejak Sabtu jam 7 pagi waktu tempatan.

Israel sendiri baru menghancurkan 15 dari 31 terowong pejuang Palestin yang telah ditemui. (Dostor/Ram)

PALESTIN - Menuju Gencatan Senjata Seminggu Aidil Fitri


netanyahu cemasPemerintah Israel memutuskan untuk menerima gencatan senjata sepihak selama 12 jam, dan mendukung usaha ke arah gencatan senjata 7 hari yang diusulkan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, dan Menlu Mesir Sameh Shoukry.
 
Gencatan senjata sepihak Israel akan berlangsung mulai hari Sabtu (26/07) pukul 7 pagi dan berlangsung selama 12 jam lamanya.

Sementara itu seperti yang disiarkan pejabat AFP menyatakan bahawa usul gencatan senjata kemanusiaan berlangsung selama hari raya Aidil Fitri tersebut di usulkan oleh Menteri Luar Amerika John Kerry dan Menteri Luar Mesir  Sameh Shoukry.

John Kerry dalam sidang medianya di Kaheraj menyatakan “Masih ada perbezaan pendapat mengenai perumusan usaha gencatan senjata, akan tetapi hal tersebut akan dimulai pada minggu depan selama hari raya Aidil Fitri.”

Sementara itu Setiausaha Agung PPB Ban Ki Moon segera mengadakan pertemuan kecemasan dengan menteri luar negeri dari negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Qatar, dan Turki di Paris pada hari Sabtu ini untuk membicarakan usaha gencatan senjata di Jalur Gaza.

Sementara itu anggota biro politik Hamas, Ezzat Rasyaq, dalam pernyataannya di laman Fecabook resmi miliknya menyatakan “Hamas kini sedang mengkaji usaha gencatan senjata kemanusiaan selama satu minggu hari raya Aidil Fitri.” (Rassd/Ram) sumber

Gaza - Korban Meningkat ke 879 Orang

BANDARAYA GAZA: Lapan rakyat Palestin, empat daripada mereka kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Khan Yunis di selatan Gaza, menurut petugas kecemasan.

Kira-kira 20 orang lagi cedera dalam serangan itu, beberapa jam sebelum gencatan senjata sementara bermula.

Kematian terbaharu itu menjadikan angka korban meningkat kepada 879 orang. - AFP   sumber

PALESTIN - Gencatan Senjata 12 Jam

Israel dan Hamas bersetuju melakukan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bermula pada jam 04:00 GMT pada hari Sabtu untuk menghentikan seketika pertempuran di Gaza.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata pergerakan beliau bersama-sama dengan semua kumpulan bersenjata di Gaza, telah bersetuju untuk gencatan senjata sementara yang katanya telah ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agensi berita Reuters melaporkan.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas kabinet Israel menolak syarat-syarat gencatan senjata yang diperjuangkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry.


sumber

PALESTIN - 30 Rumah Awam Dibedil, Pemimpin Jihad Islam Terkorban

Rejim Zionis bedil 30 rumah awam  
Seorang lelaki Palestin membawa seorang kanak-kanak perempuan yang cedera akibat bedilan Israel di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menjadi tempat perlindungan penduduk Palestin. - Foto Reuters
 
Pemimpin jihad Islam terbunuh, angka kematian Palestin cecah 828

BANDARAYA GAZA: Korban keganasan Israel di Gaza mencapai angka 828 semalam, ketika Washington menekan rejim Zionis itu dan pergerakan Hamas supaya bersetuju dengan gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu dan mencapai penyelesaian mengenai perjanjian jangka panjang.

Pesawat Israel awal semalam membedil 30 buah rumah di Semenanjung Gaza, mengorbankan seorang pemimpin militan Jihad Islam Salah Hassanein dan dua anak lelakinya, ketika Kabinet Keselamatan Israel membincangkan sama ada untuk memperluaskan tindakan serangan atau mempertimbangkan untuk gencatan senjata.

Jurucakap polis Gaza, Ayman Batniji dan al-Kidra berkata Hassanein dan dua anak lelakinya terkorban dalam serangan udara itu.

Sementara itu setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, berkata beliau terkejut dengan pengeboman tempat kemudahan perlindungan PBB oleh Israel kelmarin, dan mahu pembunuhan dihentikan.

Washington berkata, ia amat sedih dan bimbang mengenai kejadian tragik itu menyalahkan sekutu kuatnya itu secara jelas.

Di tengah tekanan antarabangsa yang memuncak ke atas kedua-dua pihak supaya mengadakan gencatan senjata, Kabinet keselamatan Israel bertemu semalam untuk membincangkan cadangan perjanjian yang diserahkan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, lapor media.

Ia mencadangkan gencatan senjata kemanusiaan selama seminggu bagi membolehkan Hamas, pentadbir Gaza, mendapat semula kredibiliti selepas menolak inisiatif Mesir minggu lalu yang mencadangkan gencatan senjata dulu dan berbincang kemudian.

“Caranya adalah akan ada gencatan senjata diisytiharkan selama tujuh hari, dan semua orang akan ke Kaherah untuk berunding,” kata pegawai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Kerry, kelmarin menjemput sekutu Hamas, Turki dan Qatar, dan Ban serta Setiausaha Politik Britain, Philip Hammond, menyertai mereka di Kaherah untuk mendesak pelan itu, kata diplomat.

Pemimpin dalam buangan Hamas, Khaled Meshal, bagaimanapun memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin sebarang gencatan senjata mesti memasukkan jaminan ditamatkan kepungan ke atas Gaza selama lapan tahun.

“Kami mahukan gencatan senjata secepat mungkin, yang selari dengan menarik semula kepungan di Gaza,” katanya.

Media Israel pula melaporkan tentera mahukan lebih masa untuk memusnahkan kawasan roket dan terowong dari Gaza hingga ke Israel, yang digunakan Hamas untuk melancarkan serangan. Tentera berkata mereka menjumpai 31 terowong tetapi hanya berjaya memusnahkan satu pertiga daripadanya setakat ini.

Di Tebing Barat, Palestin mengisytiharkan Hari Kemarahan, dan beribu-ribu rakyat Palestin bertempur dengan pihak keselamatan Israel. Seorang rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Jumlah rakyat Palestin yang terkorban mencecah 828 semalam, apabila 115 orang terbunuh kelmarin, kata pegawai kesihatan Palestin, Ashraf al-Kidra.
Lebih 5,200 rakyat Palestin pula cedera sejak pertempuran bermula 8 Julai.

Dalam tempoh sama 35 rakyat Israel maut, 33 daripadanya adalah tentera, manakala seorang pekerja rakyat Thai turut terkorban. - AFP / AP sumber

Friday, July 25, 2014

Selatan THAILAND - 3 Maut, 36 Cedera


Foto ANGGOTA penyelamat Thai memadamkan kebakaran akibat letupan bom di hadapan sebuah hotel di daerah Betong, selatan Thailand, petang tadi. Letupan bom kereta itu meragut tiga nyawa dan mencederakan 36 yang lain. - Foto AFP

HATYAI: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh manakala 36 cedera termasuk tiga parah susulan letupan bom kereta di daerah komersial Betong di selatan Thailand, yang bersempadan dengan Pengkalan Hulu, Gerik, petang tadi.

Leftenan Kolonel Sophon Saisuree berkata bom kereta berkenaan meletup di depan Hotel Holiday pada jam 4 petang (waktu tempatan).

Letupan berkenaan turut memusnahkan beberapa kenderaan lain dan merosakkan struktur bangunan.

Sumber berkata, bom pada kenderaan itu diletupkan menggunakan alat kawalan jauh oleh pihak yang bertanggungjawab.

Betong yang terletak dalam Wilayah Yala, antara bandar dikunjungi rakyat negara ini, namun sehingga kini tiada maklumat terdapat rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Sementara itu, seorang pekerja di sebuah hotel berhampiran mendakwa terdengar letupan kuat menggegarkan bandar itu.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Syarifuddin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian letupan itu. sumber

25 lagi penduduk PALESTIN terkorban

GAZA CITY 24 Julai - Sekurang-kurangnya 25 orang lagi penduduk Palestin terbunuh termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan udara terbaharu tentera Israel awal pagi ini di Genting Gaza, sehari selepas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk melancarkan siasatan ke atas serangan berterusan Israel di wilayah Palestin itu.
Kebanyakan penduduk Palestin itu yang terkorban hari ini adalah di bandar Khan Younis di tenggara Gaza.
Ambulans mengalami kesukaran untuk memasuki kawasan itu selepas berlaku pertempuran sengit antara tentera Israel dan pejuang pergerakan Hamas di situ.
Pegawai kesihatan semalam mengeluarkan data rakyat Palestin yang terbunuh kepada 695 orang, manakala lebih 4,100 lagi cedera.
Perkhidmatan Kecemasan Palestin berkata, mangsa terbaharu serangan Zionis itu termasuk sebuah keluarga terdiri daripada enam orang termasuk dua kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di selatan Gaza.
"Enam anggota keluarga Al-Aftal termasuk kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dalam serangan itu,'' kata jurucakap perkhidmatan kecemasan, Ashraf Al-Qudra sebagaimana yang dilaporkan Arab News.
Menurut jurucakap Palestin, serangan tentera Israel itu turut memusnahkan sekurang-kurangnya 475 buah rumah dengan 2,644 lagi rosak sebahagiannya, manakala sebanyak 46 buah sekolah, 56 buah masjid dan tujuh hospital turut mengalami kerosakan.
Dalam pada itu, Presiden Perancis, Francois Hollande mengumumkan pakej bantuan bernilai 11 juta euro (RM47.14 juta) kepada penduduk Palestin di Gaza.
Penasihat Hollande berkata, lapan juta euro (RM 34.28 juta) itu akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin, manakala bakinya akan diagihkan kepada badan-badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan bukan kerajaan (NGO) di Gaza.
Sementara itu, Israel mempertahankan tindakan mereka menyerang kawasan awam dengan mendakwa pemimpin Hamas menyembunyikan senjata dan pejuang mereka di situ atau di terowong yang terletak di lokasi-lokasi tersebut.
Israel bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah korban di pihaknya, namun jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner mendakwa 210 pejuang Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan serangan darat di Gaza. - AGENSI

AMERIKA: 50 bekas askar Israel enggan sertai tentera simpanan

WASHINGTON 24 Julai - Lebih 50 bekas askar Israel enggan berkhidmat dalam pasukan tentera simpanan ekoran kesal dengan peranan mereka ketika bertugas dalam pasukan keselamatan rejim Zionis itu yang menindas penduduk Palestin.
Akhbar Washington Post semalam melaporkan askar-askar berkenaan berkata, mereka mendapati tentera rejim Zionis itu menguasai kehidupan Palestin.
"Atas alasan itu, kami kini enggan melaksanakan tanggungjawab sebagai askar simpanan dan kami juga menyokong mereka yang enggan berbuat demikian,'' kata askar-askar berkenaan dalam petisyen yang disiarkan di atas talian.
Pada awal bulan ini, Israel berkata, pihaknya akan mengerahkan lebih banyak tentera simpanan bagi meningkatkan serangan.
Askar-askar itu berkata, kebanyakan daripada mereka bertugas dalam bahagian sokongan logistik dan birokratik di Tebing Barat sebelum ini mendapati tentera Israel membantu melaksanakan penindasan ke atas Palestin.
Kenyataan askar-askar berkenaan dikeluarkan ketika konflik di Gaza semakin buruk yang menyaksikan lebih 600 penduduk Palestin terbunuh dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal.
Dalam petisyen itu, askar-askar itu menyatakan bahawa pasukan tentera memainkan peranan penting dalam melaksanakan setiap pelan tindakan dan cadangan yang dibincangkan pada rundingan nasional, yang menjelaskan mengapa tiada penyelesaian kepada tindakan bukan ketenteraan dalam konflik berkenaan, telah mengheret Israel dengan jiran-jirannya.
``Bagi kami, operasi ketenteraan ketika ini, dan kesan daripada tindakan ketenteraan tidak boleh dipisahkan,'' kata askar berkenaan.
Setiap rakyat Israel yang berumur 18 tahun perlu berkhidmat dengan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sehingga tiga tahun namun mereka yang kelahiran Arab dikecualikan daripada berbuat demikian.

21 juta warga CHINA sambut Aidilfitri

Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China bakal menyambut Aidilfitri pada tahun ini. - AGENSI
 
BEIJING 24 Julai - Dianggarkan 21 juta penduduk Islam di China dibenarkan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi, di bawah Perlembagaan negara, kata Duta China ke Arab Saudi, Li Chengwen.
Beliau memberitahu laman web arabnew.com, terdapat 10 etnik minoriti Islam di China.
"Kebebasan beragama adalah hak bagi setiap rakyat dan dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang," kata Chengwen ketika mengucapkan tahniah kepada umat Islam di negara ini yang akan menyambut Aidlifitri, tidak lama lagi.
Chengwen berkata, beliau faham kepentingan Ramadan kepada umat Islam sebagai menjiwai nasib golongan miskin dan bagi meningkatkan ketakwaan.
Jelas Chengwen, China kini bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain bagi memastikan keamanan dan kebajikan di Asia Barat.
Perwakilan khas China ke Asia Barat telah melakukan beberapa lawatan di rantau itu bagi mencari penyelesaian diplomatik dalam pelbagai krisis.
Beliau berkata, China menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat sebuah negara merdeka dan mahu memastikan tiada pihak yang menjadi mangsa dalam peperangan tersebut.
"Pada kesempatan ini, terimalah salam ikhlas dan ucapan selamat maju jaya kepada penduduk Arab Saudi dan umat Islam di negara-negara jiran.
"Kami tidak akan lupa dengan penderitaan rakyat Palestin di Gaza dan umat Islam lain yang menderita," katanya.
Katanya, China juga menyokong gesaan Arab Saudi dan negara-negara Arab lain supaya dilaksanakan gencatan senjata di Gaza dan penyediaan bantuan kemanusiaan.

PALESTIN - Korban Sudah 800

BANDARAYA GAZA: Israel membedil sebuah rumah di Gaza hari ini, mengakibatkan seorang terbunuh, menjadikan jumlah kematian rakyat Palestin meningkat kepada lebih 800 orang berikutan konflik selama 18 hari itu.

Bedilan kereta kebal itu terkena di rumah berkenaan di Khan Yunis, kata jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra.

Hampir 100 rakyat Palestin terkorban semalam, menurut angka daripada perkhidmatan kecemasan itu.

Tembakan projektil ke Israel hanya mengakibatkan tiga orang awam terbunuh - dua rakyat Israel dan seorang pekerja Thai serta 32 askar rejim berkenaan setakat ini. - AFP   sumber

PM Baru IRAQ dari Kurdis

BAGHDAD: Ahli politik Kurdis, Fuad Masum dipilih sebagai presiden Iraq baru ke arah pembentukan sebuah kerajaan inklusif.

Serangan di kawasan Sunnah Arab di utara dan barat Baghdad oleh pergerakan jihad Negara Islam (IS) bulan lalu mengugat keamanan dan mengancam kestabilan negara berkenaan, justeru amat penting baginya membentuk kerajaan kukuh .

Parlimen yang bersidang semalam memberi sokongan majoriti kepada Masum, yang pernah menjadi perdana menteri pertama di kawasan autonomi Kurdis Iraq selama lebih dua dekad.

Di bawah perjanjian perkongsian kuasa tidak rasmi, golongan Kurdis Iraq secara tradisinya diberikan jawatan presiden.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon menemui Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, yang menekan kepada beliau betapa pentingnya kerajaan lebih inklusif ditubuhkan bagi menyelamatkan negara berkenaan daripada runtuh.

“Iraq menghadapi ancaman besar yang boleh diatasi dengan pembentukan kerajaan inklusif,” kata Ban pada sidang bersama dengan Maliki. - AFP  sumber

AMERIKA, MH17 dan Gaza

Seorang lelaki memerhatikan serpihan pesawat MH17. Sudah seminggu berlalu namun sehingga kini, siapa sebenar yang menembak jatuh pesawat malang itu belum lagi dikenal pasti. - Foto AFP

SEKUMPULAN orang gasar atau barbarian yang susah hendak dibawa bicara. Itu tanggapan saya mengenai pemberontak Ukraine pro Rusia yang menyusuli berita-berita awal tragedi MH17.

Imej itu ditanam dalam kepala saya oleh media. Mereka digambar sebagai kumpulan penjahat yang bukan sahaja ganas malah tidak berperikemanusiaan. Tanpa berkira-kira, saya pun percaya.

Akan tetapi apabila PM Najib secara tiba-tiba dan dalam tempoh yang singkat, berjaya memujuk ketua pemberontak, Alexander Borodai untuk menyerah kotak oren - saya tidak mahu tipu diri mengatakan itu kotak hitam - kepada pasukan penyiasat Malaysia, dua pertanyaan muncul secara tiba-tiba dan terus berputar mengikut orbit mengelilingi kepala saya.

Yang pertama, bagaimana Najib tiba-tiba jadi begitu hebat berjaya menundukkan pemberontak yang sebelum itu digambarkan seganas raksasa, sukar berkompromi dan tidak berperikemanusiaan terutama dengan tindakan mereka merampas mayat mangsa daripada pasukan penyelamat, lalu disembunyikan?

Apa ilmu yang Najib pakai?

Yang kedua, benarkah kumpulan pemberontak pro Rusia itu benar-benar ganas dengan sikap yang sangat tidak sesuai untuk hidup pada zaman ini, sebagaimana yang digembar-gembur media?

Ya, agak sukar bagi diri saya sendiri mulanya untuk menyisih tanggapan buruk itu. Meskipun dari awal hati saya seakan tidak mahu terima momokan media kononnya pemberontaklah yang menembak jatuh pesawat kita, namun rasa marah tetap ada.

Tidak mudah sebenarnya untuk dinyah persepsi itu selagi kita tidak dapat jawapan yang pasti, siapa yang sebenarnya menembak MH17 dan membunuh 298 manusia yang tidak bersalah. Sekurang-kurangnya pada masa itu, kita sudah ada kambing hitam!

Namun saya mula curiga apabila tersebar cerita 'propa' MH17 jadi mangsa tersilap tembak yang sebenarnya menyasarkan pesawat IL96 yang bawa Vladimir Putin. Bersama-sama dengan 'propa' itu, bertebaranlah gambar IL96 yang warna dan coraknya mirip pesawat MAS.

Entah si Kitul mana yang terjumpa 'jigsaw puzzle' di tepi jalan lalu mencantumkan cerita yang tidak munasabah itu. Apakah ia dari pihak Ukraine?

Bagi saya, cerita itu bukan sahaja tidak munasabah malah sangat bodoh kerana kalaulah mahu dikata tembakan peluru berpandu itu pemberontak pro Rusia yang punya angkara, apa jenis penyakit gila yang telah merasuk mereka untuk menembak 'big boss' sendiri?

Yang kedua, Ukraine dengan Rusia diketahui bermusuh, dungu sangatkah Putin untuk melalui ruang udara negara musuh sedangkan dia tahu peluru berpandu BUK M1 boleh mencapai sasaran sejauh 35 kilometer atau 100,000 kaki?

Dalam perbualan dengan rakan-rakan wartawan, kami juga tertanya-tanya, mengapa Presiden Ukraine, Petro Poroshenko sebaik sahaja berlaku tragedi, pantas memberitahu dunia bahawa itu bukan angkara pihaknya.

Siapa yang tuduh dia?

Kremlin pada masa itu sekadar berdiam diri ketika tuduhan dalang bertubi-tubi ditujukan ke arahnya.

Tidak, kita tidak pun menuduh Ukraine. Yang tuduh Ukraine, Rusia dan yang tuduh Rusia, Ukraine, Amerika dan seluruh dunia yang mempercayai Amerika atau berjaya diperdaya olehnya.

Mujurlah, kebijaksanaan PM Najib memposisikan diri dalam situasi mencabar ini membantu kejayaannya berunding dengan Borodai. Rusia sebagai 'godfather' pun tidak berupaya mempengaruhi ketua pemberontak itu tetapi Najib telah melakukannya.
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte juga sekadar berkomunikasi dengan Putin, bukan dengan pemberontak.

Dalam protokol diplomatik, bukan mudah sebenarnya bagi seseorang ketua kerajaan untuk berunding dengan pemberontak di luar sempadannya. Tindakan menongkah arus Najib bukan sahaja seperti melempar kek ke muka pemimpin-pemimpin besar dunia yang sekadar mampu menjerit dan melaung dari jauh supaya mangsa tragedi itu diberi keadilan, malahan juga boleh mengundang kecurigaan Kiev.

Berhubung secara terus dengan pemberontak boleh sahaja membuatkan Kuala Lumpur dilihat seolah-olah mengiktiraf pemberontak Donetsk. Walaupun secara tidak rasmi, hal yang seperti ini mudah dimanipulasi.

Kumpulan pemberontak yang dipimpin Borodai menguasai wilayah Crimea yang secara rasminya masih lagi sebahagian daripada Ukraine. Republik Rakyat Donetsk yang mana Borodai mengaku dirinya perdana menteri, tidak diiktiraf masyarakat antarabangsa sebagai sebuah negara.

Justeru, urusan ini sememangnya tidak mudah bagi Najib. Namun demi kepentingan rakyat Malaysia, terutama keluarga mangsa, dia lakukan juga dan kesudahannya, berjaya!

Sekarang, proses memindahkan mayat mangsa sedang dilakukan dalam perjalanan untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Dalam kesibukan ini, orang sudah kurang memberi perhatian terhadap siapa sebenarnya dalang.

Dalam keadaan inilah, nun di Gaza... Amerika tiba-tiba dilapor menghantar 2,000 tentera untuk membantu pengganas Zionis yang sudah tidak terdaya menghadapi tentangan sengit komando Al-Qassam.

Apakah di belakang layar, kedua-dua kes ini ada kaitan? sumber

MALAYSIA - Jerebu dari Sumatera Berterusan Hingga September

Kuala Lumpur: Kebakaran di Sumatera Tengah, Indonesia, punca sekali lagi Malaysia mengalami jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung dan Lembah Klang sejak kebelakangan ini dan dijangka berterusan sehingga September.

Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), keadaan berjerebu dengan bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat dipengaruhi pencemaran jerebu merentas sempadan.

“Peta imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) yang dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Center (ASMC) semalam menunjukkan lingkaran asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah ditiup ke arah kawasan tengah dan utara pantai barat Semenanjung,” katanya dalam kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, imej satelit itu turut mengesan 42 titik panas di Sumatera manakala 12 titik panas turut dikesan di dalam negara iaitu Sarawak (lapan), Pahang (tiga) dan Selangor (satu).

“Keadaan cuaca panas dan kering serta atmosfera yang tenang telah menyebabkan habuk-habuk terampai yang dibawa merentas sempadan dari kawasan kebakaran menjadi kekal terperangkap dalam ruang udara dan menyebabkan jerebu,” katanya.

Menurut NRE, sebanyak 4,400 kes pembakaran terbuka membabitkan 1,435 kes kawasan pertanian dan 897 kes kawasan hutan dikesan dalam tempoh tujuh bulan sejak awal tahun ini. – BERNAMA sumber

MISTERI - Budak Berbulu Kucing

Beijing: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini digelar budak kucing selepas badannya dipenuhi bulu lembut hitam.
Namun, itu bukan satu-satunya masalah Zhao Xinrui.

Sejak menunjukkan tanda-tanda mengalami keadaan kulit pelik itu tahun lalu, dia ditinggalkan ibunya

Keadaan tidak dapat dijelaskan pakar perubatan itu bermula dengan tompokan kecil rambut halus berwarna gelap pada belakang badannya.

Lama kelamaan tompokan itu memenuhi hampir seluruh belakang serta punggungnya dan kini menunjukkan tanda naik ke muka, lengan dan bahunya.

Menurut keluarga Zhao, masalah kulit itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk di perkampungan mereka di Changshan berhampiran bandar Luzhou di wilayah Sichuan.
FotoBADAN Xinrui dipenuhi bulu hitam dan lembut seperti kucing.
Bagaimanapun, guru Zhao membantu memastikan dia tetap diterima rakan sekolahnya apabila mereka memberitahu tompokan itu cuma tahi lalat.

Sementara itu Zhao pula sentiasa memastikan badannya ditutup untuk mengelak diejek.
Neneknya Henghui berkata, mereka pada mulanya dimaklumkan doktor bahawa tompokan itu tanda lahir.

“Mereka tetap menegaskan ia tanda lahir walaupun selepas mula merebak. Kini hampir separuh badannya dipenuhi ‘tanda lahir’ itu,” katanya.

Ayah Zhao, Lai, 45, berkata, mereka merayu sesiapa saja yang mampu memberi bantuan perubatan untuk mengawal pertumbuhan tompokan itu.

“Kasihan anak saya. Luluh hati kami melihat penderitaannya. Kami dimaklumkan dia tidak boleh dibedah sehingga berusia lima tahun.

“Kini dia sudah cukup besar, namun kami pula tiada wang walaupun kami menabung sejak tahun lalu,” katanya. Menurutnya, walaupun ditinggal isteri, dia berazam untuk membesarkan anaknya itu dengan bantuan ibu bapanya.
sumber

Gaza - 2 Masjid, 1 Surau Sumbangan MALAYSIA Musnah

 Israel bom masjid, surau ‘kita’
Kuala Lumpur: Dua masjid dan sebuah surau di Gaza, yang dibina menggunakan dana sumbangan rakyat Malaysia, musnah dibom dalam serangan rejim Zionis Israel yang masuk hari ke-17 semalam.

Masjid An-Nasr dan Masjid Umar Abdul Aziz serta Surau Syeikh Solah Syahadah, dibina Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggunakan sumbangan derma rakyat Malaysia. MAPIM antara badan kemanusiaan Malaysia yang menggerakkan misi kemanusiaan ke Gaza, selain Mercy Malaysia dan Aman Palestin sejak serangan bermula 8 Julai lalu.
 
 Tiga rumah ibadat itu terletak di Beit Hanoun di utara Gaza, antara lokasi tumpuan serangan rejim yang setakat ini mengorbankan lebih 730 warga Palestin dan mencederakan 4,605 yang lain.

Setiausaha Agung MAPIM, Abdullah Ismail, berkata kedua-dua masjid mengalami kerosakan kritikal, termasuk menara Masjid An-Nasr yang musnah dibedil Israel, manakala Surau Syeikh Solah Syahadah pula musnah sepenuhnya dalam serangan hari ketiga tentera Zionis.

“Surau itu dibina dengan kos RM31,000, terletak kira-kira 800 meter dari sempadan Israel,” katanya kepada BH, di sini semalam, selepas menghantar memorandum kepada media mengenai perkembangan di Gaza.

Halang misi kemanusiaan

Ketika ini, pihak berkuasa Mesir menghalang pergerakan dari Kaherah ke sempadan Rafah dengan misi kemanusiaan yang melepasi Terusan Suez, diarah berpatah balik oleh tentera negara.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Penasihat Persekutuan Persatuan Perubatan Islam (FIMA) yang juga Pengerusi Viva Palestina Malaysia, Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata setakat ini hanya lima doktor sukarelawan, termasuk seorang pakar berjaya memasuki Gaza melalui laluan Erez yang dikawal Israel, selepas laluan Rafah ditutup sepenuhnya.

Sebelum ini, FIMA melalui kerjasama Kesatuan Perubatan Arab (AMU) yang berpangkalan di Kaherah, berjaya menghantar tujuh trak bekalan ubat-ubatan ke Gaza. sumber

PALESTIN - 2 Ditembak Mati di Tebing Barat

Polis Israel telah menembak mati sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin semasa protes besar-besaran di Tebing Barat yang diduduki, di utara Jerusalem, untuk menyokong mereka yang di bawah pengepungan di Gaza.

Keselamatan Palestin dan pegawai perubatan menyatakan salah satu daripada yang terkorban ialah Mohammed Al-Aaraj, 25, yang merupakan seorang antara beribu-ribu orang yang bertempur dengan tentera dan polis sempadan di Qalandia, antara Jerusalem dan Ramallah.

 

sumber

Gaza - Sekolah PBB Dibedil, 15 Terkorban

Gaza City: Lima belas terbunuh apabila bedilan bom tentera Israel meledak sebuah sekolah yang dijadikan sebagai pusat perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza, awal hari ini.

Kejadian di pusat perlindungan itu di mana ratusan penduduk Palestin di Gaza yang melarikan diri akibat kempen serangan Israel dua minggu lalu itu kini meningkat angka kematian menghampiri 800 orang.

Serangan terbaharu itu mengenai sebuah sekolah PBB yang didami sebahagian 100,000 orang awam Palestian yang meninggalkan rumah mereka bagi mencari tempat selamat daripada setangan udara Israel.

Bedilan berkenaan terkena kawasan gelanggang apabila penduduk Palestin menggunakannya untuk membina khemah.

Perkhidmatan Kecemasan Gaza berkata sekurang-kurangnya 15 terkorban dan lebih 200 lagi cedera dalam serangan yang masuk hari ke-17 itu, menjadikan angka korban kini 798 orang. - AP sumber

PM UKRAINE Letak Jawatan

Donetsk (Ukraine): Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyukmeletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik

Pengumuman mengejutkan itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 terhempas akibat ditembak jatuh minggu lalu.

Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Russia. - AFP sumber

Bangkai Pesawat ALGERIA di utara MALI

Ouagadougou: Pesawat The Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso.

Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou, sebentar tadi. "Kami sudah menemui pesawat Algerian. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya...50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso. - AFP sumber

Thursday, July 24, 2014

Pejuang MALI Tiada Senjata utk Jatuhkan Pesawat ALGERIA

Pegawai penerbangan Algeria telah mengesahkan bahawa kapal terbang yang dikendalikan oleh Air Algerie membawa 116 orang dari Burkina Faso ke ibu kota Algeria telah jatuh di utara Mali.

Penerbangan AH5017 dilaporkan hilang dari radar ke utara Mali selepas hujan lebat, menurut pegawia kerajaan di Perancis dan Burkina Faso.

Penerbangan, yang dimiliki oleh syarikat swasta Sepanyol Swiftair, membawa 110 penumpang dan enam anak kapal.

Tiada sebarang butiran tambahan ke atas mangsa.

Perkhidmatan navigasi udara kehilangan jejak MD-83 kira-kira 50 minit selepas berlepas dari Ougadougou, ibu Burkina Faso, di 01:55 GMT pada hari Khamis, agensi berita rasmi APS Algeria berkata.

Senarai penumpang termasuk 51 Perancis, 27 warga Burkina Faso, lapan Lubnan, Algeria enam, lima Kanada, empat Jerman, dua warga Luxemburg, satu Swiss, Belgium satu, satu Mesir, satu Ukraine, satu Nigeria, Cameroon dan salah satu Mali, Menteri Pengangkutan Faso Burkina Jean Bertin Ouedraogo berkata.

Enam anak kapal adalah Sepanyol, menurut kesatuan juruterbang Sepanyol.

Menteri Pengangkutan Jean Bertin Ouedraogo juga berkata, pesawat itu menghantar mesej yang terakhir kira-kira 01:30 GMT, meminta kawalan udara Niger untuk menukar laluannya kerana hujan lebat di kawasan itu.

Frederic Cuvillier, Menteri Pengangkutan Perancis, berkata pesawat itu hilang lebih utara Mali.

Pesawat itu telah hilang selama beberapa jam sebelum berita itu dihebahkan kepada umum. Tidak jelas mengapa syarikat penerbangan atau pegawai kerajaan tidak memberitahu lebih awal.

Air Algerie Penerbangan 5017 sedang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Sepanyol Swiftair, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Kesatuan juruterbang Sepanyol 'berkata, pesawat itu milik Swiftair dan ia dikendalikan oleh anak-anak kapal Sepanyol.

Laluan penerbangan pesawat dari Ouagadougou ke Algiers tidak diketahui. Ougadougou adalah dalam garis lurus hampir selatan Algiers, melintasi Mali di mana pergolakan berterusan di utara.

Utara Mali jatuh di bawah kawalan pemisah etnik Tuareg dan pejuang al-Qaeda berkaitan rampasan kuasa tentera pada 2012.
 

Seorang pegawai kanan Perancis berkata bahawa tidak mungkin pejuang di Mali mempunyai senjata yang boleh menembak jatuh pesawat.

 sumber

Pesawat ALGERIA Dipercayai Terhempas

ALGIERS: Pesawat Air Algerie dengan 110 penumpang terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers, menurut pegawai penerbangan Algeria.

Tidak banyak petunjuk mengenai apa yang berlaku kepada pesawat berkenaan atau penumpangnya tetapi Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago, ia terpaksa mengubah haluan pada 0138 GMT (9.38 pagi waktu Malaysia) kerana ribut di kawasan itu.

"Saya boleh mengesahkan ia sudah terhempas," seorang pegawai penerbangan Algeria memberitahu Reuters.

Hampir separuh daripada penumpang pesawat itu adalah warga Perancis. - Reuters sumber

Pesawat ALGERIA Hilang di Utara MALI


ALGIERS, Algeria: Pesawat Air Algerie yang membawa 116 orang hilang dari radar awal hari ini di utara Mali selepas melaporkan keadaan hujan lebat, menurut pemilik pesawat dan pegawai kerajaan di Perancis dan Burkina Faso.

Perkhidmatan navigasi udara gagal mengesan pesawat MD-83 kira-kira 50 minit selepas ia berlepas dari Ougadougou, ibu negara Burkina Faso, pada 0155 GMT (9.55 pagi waktu Malaysia), menurut agensi berita Algeria, APS.
 
Menteri Pengangkutan Burkina Faso menyatakan 50 warga Perancis adalah antara mereka yang berada dalam pesawat berkenaan selain 24 rakyat Burkina Faso, enam warga Lubnan, lima rakyat Kanada, empat warga Algeria, dua rakyat Luxemburg dan masing-masing seorang warga Switzerland, Nigeria, Kemboja dan Mali.

Jean Bertin Ouedraogo juga berkata, pesawat berkenaan menghantar mesej terakhir pada 0130 GMT (9.30 pagi waktu Malaysia) meminta kebenaran pegawal trafik udara Niger untuk mengubah haluan disebabkan hujan lebat di kawasan itu.

Menteri Pengangkutan Perancis, Frederic Cuvillier, berkata pesawat berkenaan hilang di utara Mali.

Penerbangan 5017 itu dikendalikan syarikat Sepanyol, Swiftair. - AP sumber

2 Jet PERANCHIS Cari pesawat ALGERIA

PARIS: Dua jet pejuang Perancis berpangkalan di Afrika Barat dikerah mencari pesawat Air Algerie yang hilang, kata jurucakap tentera darat Perancis.

"Dua jet Mirage 2000 berpangkalan di Afrika dihantar untuk mencari pesawat Air Algerie yang hilang hari ini," kata Gilles Jaron. - Reuters sumber

IRAQ - 51 Banduan 9 Polis Maut dalam Serangan Bom

BAGHDAD: Satu kejadian tembakan dan serangan bom ke atas sebuah bas di Iraq mengakibatkan 51 banduan dan sembilan anggota polis terbunuh.

Bas berkenaan sedang membawa banduan dari pangkalan tentera di bandar Taji ke Baghdad apabila ia terkena bom di tepi jalan. Sekumpulan lelaki kemudian melepaskan tembakan. - Reuters

Pesawat ALGERIA Hilang dari Radar, 110 Penumpang

ALGIERS, Algeria: Penerbangan Air Algerie AH5017 dari Burkina Faso to Algiers has hilang dari radar, menurut agensi berita rasmi Algeria.

APS melaporkan perkhidmatan navigasi udara terputus hubungan dengan pesawat berkenaan selepas 50 minit ia berlepas, iaitu pada 0155 GMT.

Difahamkan, pesawat Airbus A320 itu membawa 110 penumpang - Agensi sumber
 

Gaza - Korban Sudah 715, 4550 Cedera



 
Selama 18 hari berturut-turut penjajah Zionis terus melancarkan pembantaian dan agresi besar-besaran di Jalur Gaza. Seramai 715 warga Palestina telah gugur yang sebahagian besarnya kanak-kanak dan wanita dan lebih dari 4550 lainnya cedera. Sementara itu sudah belasan ribu rumah warga hancur oleh bom pasukan Zionis.

MH17 - Jasad Mangsa Dibawa Pulang Selepas Aidil Fitri

KUALA LUMPUR: Jasad mangsa nahas MH17 warga Malaysia tidak berkemungkinan dapat dibawa balik ke tanah air sebelum Aidilfitri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menandatangani buku takziah sebagai penghormatan ke atas mangsa pesawat MH17 di kediaman Duta Belanda, di sini hari ini. - BERNAMA sumber

Zionis Hanya Faham Bahasa Perang


 

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada Hamas kerana menolak genjatan senjata dengan rejim zionis Israel.

Menurutnya, tindakan Hamas itu dilihat begitu berani dalam menjaga kedaulatan Islam dan bumi Palestin sendiri.

Tuan Guru seterusnya berkata, saki baki keturunan Bani Israel yang jahat sejak dahulu, membunuh para nabi seperti Nabi Zakaria dan Yahya kini melakukan kerosakan sama dengan menjajah tanah air Palestin serta membunuh rakyat dengan kejam.

"Kekejaman pihak mereka dibalas balik oleh tentera yang berani serta menghalau mereka dari mendiami tanah suci Palestin.

"Hari ini Briged al-Qassam dan mujahidin lain daripada Hamas adalah tentera tentera berani yang amat digeruni zionis telah melancarkan serangan balas yang dinamakan al-ashf al-ma'kul atau daun kering yang dimakan ulat dengan menggunakan persenjataan yang semakin canggih," ujarnya.

Dalam kenyatannya kepada Harakahdaily, Tuan Guru berkata, Israel semakin gentar lalu bersetuju menerima genjatan senjata yang dicadangkan pihak Mesir.

Namun tambah beliau, ia tidak dipedulikan oleh Hamas.

Tegas beliau lagi, bahasa berinteraksi dengan zionis Israel ketika ini ialah bahasa perang senjata.

Beliau mendapat maklumat, Israel memperluaskan lagi serangan mereka dan ingin menguasai beberapa tempat di bandar Gaza, Baet Hanoun, Khan Yonis akan tetapi dipatahkan serangan mereka oleh Briged al-Qassam.

"Saya ucap tahniah atas keberanian pejuang Hamas ini yang tidak pernah menyerah kalah dan tidak menerima genjatan senjata yang ditawarkan. Ini sikap pejuang yang kita banggakan.

"Kami akan memberi sokongan padu dengan sumbangan sumbangan dan mengajak masyarakat supaya berdoa kesejahteraan dan kemenangan bagi pihak pejuang islam di Gaza," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/7/2014

Surat Mursyidul Am Parti Islam kepada HAMAS

SURAT MURSYIDUL AM PAS KEPADA HAMAS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Assalammualaikum wbt

إلى قادة الحركة المقاومة الإسلامية ( حماس )
Kepada pimpinan hamas

تحية طيبة وبعد :
Dengan segala hormatnya.

قال الله عزوجل : Firman Allah swt. وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إسْرائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الْأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً * فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولَاهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَاداً لَنَا أُولِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُوا خِلَالَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْداً مَفْعُولاً. ( الإسراء : 4-5)
Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.

يخبر الله عزوجل أنه قضى إلى بني إسرائيل في الكتاب الذي أنزله عليهم أنهم سيفسدون في الأرض مرتين
Allah azza wajalla mengkhabarkan kepada bani israil bahawa Dia menceritakan di dalam taurat yang diturunkan kepada mereka bahawa mereka akan melakukan kerosakan didunia 2 kali.

ويقتلون الأنبياء بغير الحق ويتجبرون ويطغون على الناس
Dan membunuh para nabi tanpa haq dan melakukan kerosakan serta melampaui batas terhadap manusia
ثم أرسل الله عليهم جنودا أولي بأس شديد لمحاربتهم حتى سلطوا عليهم Kemudian Allah swt menghantarkan kepada mereka tentera-tentera yang dahsyat untuk mengalahkan mereka sehingga mereka dikalahkan
ونتمنى في المقاومة الفلسطينية الانتصارات مثلها.
Dan kami berharap agar hamas mendapat kemenangan sepertinya

وباسم الحزب الإسلامي الماليزي نهنئ كتائب الشهيد عز الدين القسام الجناح العسكري لحركة المقاومة الإسلامية ( حماس )،
Dan dengan nama
Parti Islam Semalaysia, kami mengucapkan TAHNIAH kepada Briged Assyahid Izzuddin Alqasam, sayap tentera bagi HAMAS.

علي الانجازات و الانتصارات التي حققتها علي جيوش الاحتلال الصهاينة المتجبرة الباغية والصمود أمام هذا الأعداء الظالمين
Diatas kejayaan dan kemenangan terhadap tentera penceroboh zionis yang sombong, pelampau dan zalim.

ونؤيد بشدة موقفكم الشجاع بعدم قبول المبادرة المصريه التي تدعو إلي الاستسلام والخضوع لجيوش الاحتلال الصهاينة.
Dan kami menyokong pendirian kamu yang amat berani iaitu tidak menerima cadangan mesir yang menyeru kepada menyerah kalah dan tunduk kepada askar penceroboh zionis.

ونعاهد الله عز وجل ثم نعاهدكم أن نكون في خندقكم ونكون معكم جنبا إلي جنب نقدم كل الدعم والتأييد والمساهمة في تحرير فلسطين الأبية من أعدائكم وأعداء الله.
Dan kami berjanji kepada Allah azza wajalla dan kami berjanji kepada kami bahawa kami akan bersama kamu dari setiap sudut. Dan kami menyerahkan sokongan dan dokongan kami didalam membebaskan palestin yang dibanggakan dari musuh kamu dan musuh Allah.

ونتمي لكم تحقيق مزيد من الانتصارات ومزيد من التطور في صناعة الأسلحة التي قهر الأعداء.
Dan kami berharap agar kamu mendapat kejayaan didalam menambah baikkan teknologi senjata kamu yang menggegarkan musuh.

فامضوا يا إخوتي بما أراكم الله ونحن معكم وسيروا علي بركات الله فالله ناصركم ولن يتركم أعمالكم .
Majulah kehadapan wahai saudaraku dengan apa yang Allah perlihatkan kepada kamu dan kami bersama kamu. Berjalanlah dengan keberkatan Allah sesungguhnya Allah lah pembantu kamu dan tidak menyia-nyiakan amalan kamu.

أخوكم في الله ,
Saudara kamu dalam Islam

الحاج نيء عبد العزيز نيء مت
المرشد العام للحزب الإسلامي الماليزي
Haji Nik Abdul Aziz b Nik Mat.
Mursyid Al-Am PAS
تحريرا : 20 من رمضان 1435 ه الموافق 18 يوليو 2014 م
Dicatatkan pada
20 Ramadhan 1435 bersamaan 18 Julai 2014

Kematian Komander Al-Qassam adalah Penipuan Israel


sinwar
Briged Izzudin al-Qassam, sayap militer Gerakan Pejuang Islam, Hamas, menafian berita tentang terbunuhnya Komandan al-Qassam, Muhammad Sinwar.

Briged Al-Qassam dalam sebuah pernyataannya pada hari Rabu mengatakan,” Tidak benar berita yang menyatakan terbunuhnya komandan al-Qassam Muhammad Sinwar”.

Al-Qassam menegaskan bahawa khabar yang beredar di sejumlah halaman Facebook adalah hanya sebuah isu yang di buat oleh tentera Zionis. (hr/im) sumber

PALESTIN: PLO setuju tuntutan Hamas

GAZA/BAITULMAQDIS 23 Julai - Badan pembuat keputusan Palestin yang diketuai Presiden Mahmoud Abbas, hari ini mengesahkan tuntutan pergerakan Hamas untuk menghentikan pertempuran di Gaza dengan Israel, langkah yang dapat menjayakan gencatan senjata anjuran Mesir.
Dengan galakan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, Mesir cuba mendapatkan kedua-dua pihak untuk menghentikan serangan dan kemudiannya membincangkan terma untuk melanjutkan tempoh keamanan di Gaza setelah lebih 624 penduduk Palestin terkorban dalam serangan selama 15 Israel ke atas wilayah Palestin itu.
Hamas, pergerakan Palestin yang menguasai Genting Gaza dan beberapa kumpulan bersenjata lain di wilayah Palestin situ sebelum ini menolak gencatan senjata yang ditawarkan Kaherah dengan mahukan jaminan yang dapat mengurangkan sekatan Israel-Mesir dan beberapa konsesi lain.
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) hari ini secara rasmi menyokong terma yang dituntut oleh Hamas.
"Tuntutan Gaza supaya dihentikan pencerobohan dan penarikan semula semua bentuk sekatan, adalah merupakan permintaan semua penduduk Palestin dan mereka mewakili matlamat kepimpinan Palestin yang mendedikasikan kesemua kuasa mereka bagi mencapainya," kata pemimpin kanan PLO, Yasser Abed Rabbo di Ramallah.
Yasser berkata, mereka yakin Gaza tidak akan dipecahkan selama mana penduduk Palestin berdiri teguh bersama dan menyokong sebarang kemungkinan sehingga penceroboh faham bahawa rakyat Palestin di dalam dan di luar tidak akan meninggalkan Gaza.
Sebagai isyarat kepada kenyataan Mahmoud, pemimpin pergerakan Fatah, pada masa sama semalam mencadangkan satu gencatan senjata, diikuti lima hari rundingan tentang terma-terma perjanjian berkenaan.
Bagaimanapun, masih tiada maklum balas segera daripada Hamas atau Israel tentang kenyataan PLO itu. - REUTERS

PALESTIN: Hamas sasar lapangan terbang Tel Aviv

Dua orang kanak-kanak perempuan Palestin berjalan di kawasan runtuhan akibat dibedil tentera Israel di Gaza City, semalam. - AFP
 
GAZA CITY 23 Julai - Serangan roket Hamas dilancarkan dari Gaza mengenai kawasan berdekatan landasan lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv menyebabkan penerbangan antarabangsa ke Israel terpaksa dibatalkan, ketika serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza menyaksikan enam orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, hari ini.
Perkhidmatan kecemasan Palestin berkata, sekurang-kurangnya enam orang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Khan Younis, selatan Gaza awal pagi ini.

Anggota keluarga meratapi kematian dua beradik, Adnan Habib, 22, kiri dan Mahmoud, 27, kanan yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, semalam. - AGENSI
 
"Lebih 20 orang lagi cedera, kebanyakan mereka cedera teruk dalam serangan tersebut," kata pasukan kecemasan tersebut.
Angka kematian akibat serangan Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 hari ini meningkat kepada 639 orang dengan lebih 4,000 orang lagi dilaporkan cedera.
Dalam pada itu, tentera Israel melaporkan dua lagi askarnya terbunuh dalam konflik tersebut, menjadikan jumlah askar Israel yang maut sejak serangan darat dilancarkan enam hari lalu meningkat kepada 29 orang.
Dalam pada itu, berpuluh-puluh keluarga Palestin terperangkap di selatan Genting Gaza ketika menyelamatkan diri daripada konflik berkenaan.
Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pihaknya cuba menyelamatkan 230 orang berdekatan Khan Younis yang diserang kereta kebal Israel dan pesawat drone Zionis Israel sejak pagi ini.
Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengharamkan perjalanan ke Israel sekurang-kurangnya selama 24 jam, manakala Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah menasihatkan semua penerbang mengelak ke Tel Aviv sehingga satu masa yang akan ditentukan selepas roket Hamas yang mengenai kawasan berdekatan lapangan terbang Ben Gurion itu. - AFP/AGENSI

HAMAS Kecam Cara As- Sisi


khalid

Rabu, Pemimpin Hamas mengulangi penolakannya untuk gencatan senjata dengan Israel walaupun serangan militer Israel sejauh ini mengorbankan lebih dari 640 warga Palestin, kebanyakannya orang awam.

Khalid Mishal, dalam ucapan yang disiarkandi  televisyen, memuji “kepahlawanan” pejuang Palestin menghadapi tentera Israel di Jalur Gaza mengatakan bahawa Palestina adalah “kuat” berbanding  musuh mereka.

Mishal mengatakan para pejuang Palestin telah mengejutkan moral  Israel dan mengungguli dalam “etika perang.”

“Kami membunuh askar mereka sedangkan mereka (hanya mampu) membunuh orang awam kami,” kata pemimpin Hamas.

Palestin telah berulang kali menyerukan agar sekatan dihapuskan Gaza, selama bertahun-tahun, sebelum berbicara tentang gencatan senjata.

“Mesir tidak peduli tentang penghapusan sekatan sebaliknya berbicara tentang gencatan senjata , sedangkan yang lainnya akan dibicarakan kemudian. Orang-orang Palestin mengatakan mereka tidak akan menerima gencatan senjata tanpa terhapusnya sekatan, dan kita mesti mendengar kehendak rakyat Palestin,

Abdel Fattah al-Sisi, Rabu mempertahankan peranan Mesir yang cuba untuk menjadi orang tengah gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas.

“Apa yang kami inginkan adalah bahawa warga  di Jalur Gaza tidak mengalami masa berat sekarang,” kata Sisi , yang menuntut gencatan senjata sebelum pembicaraan masalah sekatan dan lain lainnya. (Arby/Dz)
 sumber

PALESTIN: Obama hantar 2,000 askar AS bantu Israel gempur Hamas?

NEW YORK 23 Julai - Dokumen tersebar di internet mendedahkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Pentagon bersiap sedia untuk mengerahkan kira-kira 2,000 askar ke Genting Gaza, bagi membantu tentera Israel menggempur pergerakan Hamas dan Palestin.
Portal berita National Report melaporkan dokumen Pentagon yang disiarkan oleh laman web WikiLeaks kelmarin, mengarahkan pasukan tentera darat dan tentera laut bersiap sedia, selain arahan satu laporan pengurangan kekuatan tentera untuk melancarkan operasi gempur besar-besaran di Gaza.
Laporan pengurangan kekuatan itu merupakan jangkaan kematian askar AS jika operasi darat dilancarkan.
Maklum balas Pentagon adalah mereka akan menyediakan beberapa kompeni Renjer Tentera AS dan akan menghantar helikopter Apache Longbow, dua helikopter AH-6 Littlebird dan beberapa kenderaan sokongan termasuk helikopter Blackhawk, kenderaan pengangkutan berperisai dan Humvee.
Pasukan tentera darat akan disokong dengan serangan udara dari kapal pengangkut pesawat George H.W. Bush yang kini berada dalam perjalanan ke Laut Merah.
Dalam laporan pengurangan kekuatan itu, Pentagon memberikan gambaran buruk dengan jangkaan sebanyak 18 peratus askar akan terbunuh dalam kerahan tersebut.
Laporan itu juga berkata, pasukan tambahan akan diperlukan jika White House berharap untuk melancarkan tindakan berkesan di rantau itu ekoran jumlah 2,000 askar dan kenderaan berkenaan tidak cukup untuk melancarkan operasi menggempur.
Seorang pegawai tentera AS, Jeneral (bersara) Paul Horner yang mempunyai latar belakang dalam risikan tentera berkata, tentera dengan jelas tidak mahu melaksanakan misi Gaza itu dengan jumlah askar yang diminta oleh Obama.
"Ini kerana jika anda mahu jumlah kematian askar dikurangkan, anda perlu menghantar lebih ramai askar," katanya.

Anggota Parlimen BRITAIN kutuk Israel dikecam hebat

LONDON 23 Julai - Seorang anggota Parlimen Britain daripada Parti Liberal Demokrat, hari ini dikritik hebat oleh anggota parti itu berikutan komennya di laman sosial Twitter yang menyatakan beliau berharap dapat melancarkan roket ke Israel jika beliau tinggal di wilayah Palestin.
"Persoalannya ialah jika saya tinggal di Gaza apakah saya akan melancarkan roket? Mungkin ya," kata David Ward di laman sosial Twitternya yang dipetik daripada laman portal berita Al-Arabiya.
Ekoran itu, Ward telah digantung keahlian daripada parti terbaharu dalam kerajaan gabungan Britain berikutan kritikannya terhadap Israel, lapor AFP.
Sebahagian anggota parti dan pengguna di laman sosial itu menggesa pemimpin parti itu, Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg menggantung keahlian Ward selain menggambarkan komen itu sebagai satu hasutan ke arah keganasan.
Parti Liberal Demokrat tidak mengulas komen tersebut dan menyatakan Clegg sebelum ini telah lama memanggil untuk mengadakan satu resolusi berhubung konflik tersebut.
"Kami benar-benar mengutuk komen David Ward, mereka yang mengkritik itu bukan wakil rakyat daripada Parti Liberal Demokrat.
"Parti itu mengambil serius perkara itu dan akan menganggap perkara ini sebagai satu isu disiplin," kata parti itu dalam satu kenyataan. - AFP

PALESTIN: John Kerry usahakan gencatan

TEL AVIV 23 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dijangka tiba di Tel Aviv, hari ini bagi mencari jalan menghentikan perang di Gaza.
Kerry melawat Israel untuk mencari kaedah terbaik bagi menamatkan perang dan menlaksanakan gencatan senjata antara Hamas dan rejim Zionis Israel.
"Kerry tiba di Israel pagi tadi untuk bertemu dengan beberapa pegawai bagi membincangkan usaha gencatan senjata berterusan.
"Beliau juga akan melawat Baitulmaqdis dan Tebing Barat serta mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki. - AFP

PALESTIN: Serangan Israel satu jenayah - PBB

GENEVA 23 Julai - Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay menyifatkan serangan tentera Israel ke atas Genting Gaza menyerupai jenayah perang.
Laman web al-Jazeera melaporkan Pillay sebagai berkata, terdapat kemungkinan tinggi undang-undang antarabangsa telah dilanggar yang boleh disamakan sebagai jenayah perang.
"Pembunuhan orang awam di Gaza terutama kanak-kanak meningkatkan kebimbangan berhubung tindakan Israel," katanya pada sidang khas berhubung serangan Israel tersebut di Majlis Hak Asasi Manusia, di sini.
Pada masa sama, beliau mengutuk serangan roket yang dilancarkan oleh pergerakan Hamas ke atas Israel. - AGENSI

AM - Serangga Air Terbesar di Temui di CHINA

Serangga air terbesar  ditemui di China Serangga air luar biasa dipercayai terbesar di dunia ditemui di China, baru-baru ini. Serangga dari keluarga Megaloptera ini bersaiz besar menyerupai burung dengan lebar sayap sepanjang 21 sentimeter (8.27 inci) apabila sayapnya terbuka.
Beijing: Spesies serangga air terbang terbesar di dunia dengan penyepit ditemui di kawasan pergunungan Chengdu wilayah Sichuan China, kata pakar.

Serangga dari keluarga Megaloptera ini bersaiz besar menyerupai burung dengan lebar sayap sepanjang 21 sentimeter (8.27 inci) apabila sayapnya terbuka.
Muzium serangga di Barat China memberitahu, serangga pelik yang menyerupai pepatung gergasi dengan penyepit itu diserahkan oleh penduduk tempatan di wilayah terbabit, awal bulan ini.

Rekod asal yang pernah dipecahkan untuk serangga akuatik pernah dipegang oleh pepatung Amerika Selatan yang mempunyai sayap selebar 19.1 sentimeter (7.5 inci).

Dikenali sebagai petunjuk kualiti air

“Serangga itu cukup besar untuk menutup wajah seorang dewasa, dan mempunyai penyepit seperti gigi panjang ini juga dikenali di kalangan pakar entomologists sebagai petunjuk kualiti air,” kata jurucakap muzium.

Tidak banyak maklumat yang boleh diperoleh mengenai serangga ini. Pakar turut meramalkan spesies ini adalah yang paling besar, lapor jurnal ScientificAmerican edisi Julai 2014.
Serangga jenis ini ketika di dalam bentuk larva, banyak menghabiskan waktu di dalam air sama ada di sungai, kolam atau danau.

Ketika dewasa, serangga ini menghabiskan masa hidupnya untuk mencari pasangannya. Serangga jenis ini juga termasuk pemakan tumbuhan dan haiwan atau omnivor.

Pihak muzium turut memeriksa beberapa jenis serangga tetapi mendapati spesimen yang dikenali dobsonfly gergasi itu agak luar biasa. Ia dikatakan berasal dari China dan Vietnam.

Serangga ini membuat rumah di atas air yang bersih dan sangat sensitif kepada sebarang perubahan dalam ketulenan air dan kehadiran ejen pencemaran.

Menariknya, jika ia mendapati terdapat sedikit pencemaran ia akan pergi ke tempat lain untuk mendapatkan air yang bersih.

Serangga ini juga boleh dijumpai di wilayah-wilayah lain di China, Assam India, dan di utara Vietnam. Ini adalah kali pertama ia telah muncul di wilayah Sichuan. - AGENSI sumber